(Singapore...aku datang..)
Assalamualaikum....
Sebenarnya saya tak sabar-sabar nak menulis tentang percutian kami di Singapore ini, tetapi memandangkan, selepas Singapore kami ke Johor untuk 3hari 2 malam dan menghabiskan lagi percutian di Kuala Lumpur selama 5 hari...maka terlambatlah untuk dikongsikan pengalaman itu disini.. Tapi taklah lambat sangat ianya baru seminggu lepas...
Percutian ini adalah ala-ala bajet dan telah dirancang sejak dari tahun lepas lagi..namun akhirnya tak berapalah nak bajet...
Tiket Airasia dibeli ketika ianya mengadakan promosi ...tiket dari Kota Kinabalu terus ke Johor Bahru untuk 6 orang berharga dalam Rm300 lebih....termasuk dua orang kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun...
Perancangan awal, dua orang dari Kuala Lumpur akan meyertai kami di JB dan kami akan bermalam di hotel di JB, hotel-hotel di Johor Bahru lebih murah berbanding Singapore..sebab itulah tiket kapal terbang kami dibeli untuk ke JB terlebih dahulu..
Kami menukar Plan...dari bermalam di JB..teruskan saja bermalam di Singapore..sebab ada dua orang kanak-kanak yang mungkin akan 'melengahkan' perjalanan..
Teringat pengalaman saya ke Singapore dua tahun lepas melalui Imigresen checkpoint di kedua-dua negara, masa tu saya, suami dan si bungsu menaiki bas dari JB ke Singapore, kereta kami tinggalkan di hotel di JB kerana kami hanya nak ke Universal Studio Singapore dan akan balik Jb malamnya...
kami sangat heran bila orang lain terkejar-kejar tak kira tua atau muda...mengisi borang, berbaris dan turun berkejar lagi ketempat bas yang sedang menanti... memikirkan ini, mesti nantinya keadaan akan rumit kalau ada kanak-kanak yang dua orang tu...

Kami pun teruskan saja lah rancangan untuk bermalam saja di Singapore...
Persediaan dibuat sebulan lebih awal termasuk renew pasport, mencari hotel yang agak-agak okay namun dalam jangkauan bajet...(adakah tu??)... mencatit tempat-tempat yang ingin dilawati, pengangkutan...dimana nak makan..semuanya perlu difikirkan...

Seronok sangat membuat segala persediaan nak bercuti ni....setelah survey sana sini kat internet akhirnya hotel ala bajet kami ditemui, dan tempahan dibuat melalui Booking.com dua minggu sebelum berlepas.
Nama hotel (hostel) tu ialah Lofi Inn, terletak di Jln Dickson Singapore, komen-komen kat internet mengenai hostel ni agak ok juga walaupun ada yang lain menyatakan tidak senang dengan pekerja kaunternya.
Nampak gambar-gambar kat internet macam okay, so kami pun booked Family Room untuk 6 orang . Bayaran dua malam SGD360 (RM900.00) termasuk sarapan pagi (was-was pula ngan sarapan ni)..
Nampak gambar-gambar kat internet macam okay, so kami pun booked Family Room untuk 6 orang . Bayaran dua malam SGD360 (RM900.00) termasuk sarapan pagi (was-was pula ngan sarapan ni)..
Selesai hotel!
Kurang seminggu berangkat, dua orang kanak-kanak dan ibunya tidak jadi menyertai kami sebab-sebab tertentu yang tak dapat di elakkan....'burn'lah tiket Airsia tu....huhuhu
Tak apa, cuti tetap cuti...segalanya sudah ditangan, tiket kapal terbang dan tempat untuk bermalam pun sudah confirmed, hanya tinggal menanti hari.... dan melangkah pergi...
Dua hari sebelum berangkat barulah menukar Ringgit Malaysia kepada Singgapore Dollar... tukaran pada masa itu RM1 darab 2.5 = waduh! hampir 3kali ganda...tak apa, jangan difikirkan sangat, inilah masanya untuk bercuti, kan dah rancang awal, so adalah duit yang dah disimpan-simpan tu....
Pagi 22hb April 2013....kami sudah sedia untuk berangkat menuju ke Airport...
(Dua buah beg pakaian yang hendak dibawa)
Lebih kurang jam 10.20 pagi kapal terbang Airasia membelah awan menyusuri tepian pantai barat melalui Brunei, Miri, Bintulu dan Kuching, akhirnya merentasi lautan menuju Johor Bharu...
(Gambar diambil dengan kamera handphone yang tak seberapa nak jelas, dibawah, adalah hujung tanah Sarawak kelihatan samar-samar dari ketinggian 38 ribu kaki ! )
(ini makanan saya dalam flight..... dibeli sekali semasa membeli tiket..)
Syukur Alhamdulillah flight kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru pukul 12.20 tgh hari..
Yus sedang menanti kami disini, flightnya dari Kuala Lumpur tiba jam 8.30 pagi lagi... (next flight KL to JB 03.30pm..so terpksa ambil tiket pagi) kesian hamir 4jam juga dia menunggu kami...tak mengapalah, kerana rasa seronok dan teruja sangat, mengatasi segalanya...
Kami sebenarnya awal sudah buat tempahan teksi van untuk 6-7 orang dari JB ke Singapore dengan bayaran RM247..tetapi telah membatalkannya sebab kami hanya tinggal berempat, cukup untuk ambil teksi biasa, bayaran RM165...dan terus dihantar ketempat penginapan di Singapore..
(disini sudah tak berapa nak bajet).....
Kenapa tak naik bas saja?
Bas memang jauh lebih murah..tetapi memikirkan pada awal, kalau dengan teksi lebih mudah melalui Imigresen bersama dua orang kanak-kanak yang banyak songeh itu... apabila mereka tak jadi menyertai percutian ini... kami teruskan sajalah dengan teksi...mudah!
TEKSI SENAI AIRPORT JB TEL NO : 075991622
Kami menaiki Teksi Citra En Mohd Fauzi, dia memberikan kami borang imigresen untuk diisi...tulislah apa yang dipinta, nama, Singapore duduk kat mana, berapa hari, alamat tempat asal kita dll.
Jalanraya agak lancar selepas dari airport tetapi mulai perlahan apabila menghampiri bangunan Imigresen dikedua-dua negara...kami memasuki lorong kereta dan pihak Imigresen memeriksa pasport...melihat kemuka kami masing-masing, Pegwai Imigresen yang kat Singapore tu siap sebut nama satu persatu, Nadia! Dayang! Yus! Nor Reen ?? !... jadi kita jawab lah "saya Cikgu"...hehehe
Berbanding menaiki Bas, dengan teksi/kereta proses Imigresen begitu mudah, sekejap saja sudah selesai......sekali lagi dihujung pemeriksaan beg-beg kita akan diperiksa sebelum memasuki Singapore...tetapi taklah sampai nak korek apa ada dalam beg....memang jauh bezanya. semasa menaiki bas dulu, saya agak hairan orang ramai terkejar-kejar melalui lorong-lorong barisan untuk pemeriksaan pasport.. memikirkan mungkin khuatir ditinggalkan bas, maka kami pun ikut terkejar-kejar...
rupa-rupanya itu sudah menjadi kebiasaan mereka kerana kebanyakan yang merentasi border ni adalah mereka yang tinggal di JB dan bekerja di Singapore...
Ada juga nyonya-nyonya dan apek-apek yang sama bas dengan kami waktu itu terkejar-kejar sama, oh..rupanya dorang nak cepat ke kasino di USS..
(Inilah peta perjalanan teksi kami dari Airport Senai Jb ke Lofi Inn Singapore)
Jam menunjukkan pukul 2.30 petang ketika teksi berhenti betul-betul didepan Lofi Inn...
(Nampak cantik hostel ni dengan warna merahnya)
Dikaunter kami disambut dengan ramah oleh seorang wanita cantik yang pelat bahasa Inggeris nya (macam dari Vietnam, agaknya lah)... Sangat membantu dan memberi penerangan pada kami...sabar dengan pertanyaan saya yang entah apa-apa....
Kami dibawa ke bilik kami ditingkat tiga,
bilik Famili + bathroom untuk 6 orang..
walaupun kami hanya tinggal 4 orang, tapi kami dah tak boleh tukar bilik disaat-saat akhir. Tak kisahlah yang penting bilik, dan bilik airnya sangat bersih!!

Oh ya terlupa nak beritahu, oleh kerana kami check in flight awal beberapa hari, jadi semua 'peserta' dah check in sekali, tapi bila ada yang tak jadi ikut, kami tapau makanan dorang dalam flight tu...sayang jugakan.. kan dah bayar!
Sampai bilik kami makan makanan yang ditapau ini mengalas perut sebelum keluar, menjelajah!
walaupun ada sedikit rasa sayu kerana budak-budak berdua tu tak jadi ikut...tapi eeemmmm makan ajalah makanan dorang ni...apa nak sedeh-sedeh, kan tengah bercuti nak hiburkan hati...
Sambil makan kami merancang kemana dulu nak pergi....saya sudah pastinya mengusulkan pergi ke Merlion Park, Marina Bay Sand dulu sebelum pergi tempat lain....
kami memang nak pergi sendiri dan tak mahu ikut mana-mana ajen pelancongan...kan ini percutian ala-ala bajet gitu?
jadi, dari Lofi Inn ke Merlion Park, bagaimana???
Ikuti seterusnya...perjalanan cuti bajet kami...di part 2.....
Saya bercadang nak pergi berdua bersama suami, agak2 hotel mana yang sesuai di singapore erk..
ReplyDeleteSalam Linda....MAAF sgt2..tak perasan ada pertanyaan dri Linda ni..
ReplyDeleteagaknya mungkin Linda dah pegi Singapore kan....terlambat ke saya nak jawab ni...tapi tak peduli nak jawab juga..
Kemana pun kita pegi nak melancong...tanya pada hati, kita suka persekitaran yang mcm mna?...kawasan beli belah? keriuhan kota dan bangunan pencakar langit? (menilai pebangunan sesebuah negara tu..bukan dok shopping...hehehe)
atau kah...sukakan kedamaian desa, bukit bukau atau kah pantai dengan deburan ombak?? (apa saya dok melalut ni...hehe)
kan Linda nak gi Sngapore.nak gi Unicersal studio lah tu...kawasan tu ada bbrapa hotel..plih yg mna berkenan..atau kalau nak dduk kat pusat bandar..baanyyak pilihan...yg penting dekat dengan kemudahan pengangkutan..kalau tak pun teksi kan ada dan taklah mahal sangat...atau kalau nak sedikit tenang dduk kat area Little India mcm kami...bajet dan OK!
My visit to Universal Studios Singapore
ReplyDeletehttp://faridzulabdrahim.blogspot.com/2014/03/travelog-universal-studios-singapore.html
http://www.youtube.com/watch?v=l3rwo54KVgE
Email sy total cost travel bajet include mrt cost skli boleh?thanks akak!simplegurlfazfarah@yahoo.com
ReplyDeleteSalam Farah Wahida
ReplyDeleteperjalanan kita bermula dari Kota Kinabalu ke JB...tentulah dgn tiket flight sorang dalam rm150 (masa promosi)
dah tu naik teksi ke singapore Rm160
Hotel RM900 (2mlm)
kami hanya naik teksi kemana-mana kat Singapore
sebab jika pi ber4 ianya lebih murah berbanding naik dorangnya LRT
tu yang utamanya...so, mkn minum tu bajet2lah berapa or nak beli sovenir ke...akak nya ni terlari juga bajet tu..sbb kalau hal makan kami memang nak makan jer....heheh
Saya rasa nk pergi jugala untuk 2 org. Naik kereta sendiri,agaknya ok ke? :)
ReplyDeleteSalam Siti Aisyah, lagilah ok kn klau bwa keta sendiri senang nak jln2, tpi tak tau brapa keta kna byr msuk sna dan kn study lah map jln raya dorang tu
ReplyDelete