Saturday, June 20, 2015

Berpulangnya Ayahanda Tercinta kepada Pencipta NYA










Assalamualaikum....
Lama juga rasanya saya tak update blog ini....
Hari ini 3 Ramadhan, baru 3hari kita berpuasa...sama-sama kita rebut ruang dan peluang disepanjang bulan barakah ini membuat sebanyak mungkin kebaikan dan lipat gandakan amalan..
inn sya Allah... 

Dengan pelbagai kejadian alam, gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, permusuhan sesama, penganiyaan sesama manusia, kekejaman demi kekejaman yang kita dengar, pergolakan politik dalam atau luar negara....jadikanlah itu amaran dan petanda...dunia dipenghujungnya.
Bukalah mata dan minda...sama-sama kita ambil panduan dan iktibar... jadikanlah diri kita jauh lebih baik dari yang sebelumnya... 
inn sya Allah...


Seperti belum reda duka dihati, semenjak bapa tersayang meninggalkan dunia ini, meninggalkan ibu, meninggalkan anak-anak...sanak saudara dan rakan taulannya...meninggalkan aku yang begitu mengasihinya... 

Pagi Jumaat 24hb April 2015, panggilan telefon dan msg yang bertalu-talu dari kampung sejak pukul 4pagi belum dapat menyedarkan ku dari tidur...
hanya ketukan dipintu bilik oleh anak perempuan pukul 4.30 pagi tu, dan mengkhabarkan kepergian ayahanda, aku terpana....membuatku bangkit mamai dan terus mengerjakan solat subuh, walhal belum masuk waktu...

Pagi tu memang merancang nak balik kampung...dah berjanji dengan adik bungsu untuk balik sekali...bapa memang sudah tidak sihat, dan ianya bertambah semenjak seminggu dua ...kami baru juga balik dari kampung kira-kira seminggu lalu...dan selepas tu setiap hari sering menalipon bertanya khabar melalui ibu...  tuntutan kerja membuatkan ku tidak dapat lama disana. ...dan pagi tu memang beg pakaian dah disiapkan pada malam sebelumnya...hanya tunggu masa siang untuk berangkat...kebetulan memang kami nak kekampung pagi tu, tapi janji Allah, tidak menunggu walau sesaat..inikan pula 2/3jam untuk menanti kami tiba... :(


A-Fatihah....
untuk mu bapa...
"Ya Allah, kau limpahkan lah Rahmat MU, ampunkan segala dosa-dosanya dan kau tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman..."

Bapalah lelaki pertama dihati, mengajar erti sayang, mengajar erti rindu...
Terlalu...terlalu banyaknya kenangan ku bersamanya...
Bapalah tuju ku saat bersedeh, sakit dan menangis.. bapalah yang sering menunaikan permintaan ku hendak makan ais kepal, cendul dan jeruk papaya muda kesukaan ku, di gerai luar pejabat kompeni perkapalan dipelabuhan Labuan... 

Bapa jugalah tempat rengekan minta beli buku-buku baru sekolah, malahan kalau ada buku cerita atau buku-buku lain yang disukai... 
Dialah dengan senyum bertanya baju raya macam mana aku nak pakai tika hari raya menjelang...

Tangannyalah yang ku genggam ketika dia menghantar ku, pada awal-awal kesekolah Menengah pekan Labuan. Hanya berjalan kaki, sejauh hampir 3kilometer. Tingkatan satu waktu tu kelasnya adalah sesi petang, basah kuyup baju bapa oleh titik peluh dek bahang panas tengah hari mentari Labuan.


Bapa jugalah dengan sabar mendengar keluh kesah, susah payah dalam kehidupan atau dalam kerjaya. 

Dialah juga, orang pertama yang ku khabarkan kegembiraan ku...
Sungguh, aku tidak mahu mengecewakannya...
Maka, setiap peperiksaan akhir tahun, sekolah rendah dan menengah... pasti dia akan tersenyum melihat keputusan peperiksaan ku..

Dia mengajar aku kehidupan, dia mengajar aku ilmu agama... malah bukan hanya aku dan anak-cucunya yang lain, tetapi juga anak-anak dan orang-orang kampung...

Jenazahnya dimandikan dan disembahyangkan oleh anak-cucunya dan anak muridnya yang suatu ketika dulu yang bapa ajar sembahyang dan cara-cara memandikan jenazah.

Allahu Akbar...


Setiap bapa, mesti panjang bebelannya dalam mengatur dan mengajar kehidupan kepada anak-anaknya...
Ketawanya saat dia terhibur telatah anak-anaknya..
Suaranya mengaji quraan dan sesekali menyanyi dirumah mengikut suara dari lagu P.Ramlee kegemarannya...

Semua itu tiada kini....tiada lagi gurau sendanya, tiada lagi terdengar suaranya, tiada lagi amarahnya, tiadalah lagi renung matanya dan tiadalah lagi dia dibulan Ramadhan ini... :(

Ya Allah, Jauhkan bapa ku dari siksaan kubur, ampunkan segala dosa-dosanya dan Kau masukkanlah dia ke Syurga MU tanpa hisab... Aaamiiinnnn


Al-Fatihah....