Thursday, March 27, 2014

MH370 - Doa Kami bersama mu








Assalamualaikum...

Tak berdaya rasanya untuk sementara waktu ni menyambung kisah percutian kami ke Hongkong disaat negara kita berdukacita diatas kehilangan MH370 yang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing di awal pagi 8hb Mac 2014.

Berita ini benar-benar mengejutkan bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia...
kehilangan yang misteri,tiba-tiba pesawat hilang dari sistem radar DCA (Jabatan Penerbangan Awam), juga tiada hubungan komunikasi selepas itu melalui radio samaada dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang atau pun Kawalan Trafik Udara Ho Chi Minh (Vietnam).

239 orang didalam penerbangan ini termasuk crew juga ada 2 orang bayi.
Seperti mahu meraung bila mendengar berita ini diawal pagi yang kita sangkakan akan berjalan seperti biasa...tetapi aturan ALLAH Yang Maha Besar telah merubah hari kita, terutama keluarga penumpang dan crew penerbangan dan seterusnya mereka yang terlibat dalam usaha Mencari dan Menyelamat (SAR - Search And Rescue)....

26 negara terlibat dengan pencarian ini, Malaysia sedaya upaya berusaha sehabis mungkin mencari dan merungkai misteri kehilangan pesawat ini.

Memang amat-amat memeranjatkan dan menyedehkan....pesawat jumbo yang membawa penumpang seramai itu...tidak tiba di destinasi yang sepatutnya dia mendarat pada pagi itu....bayangkan, betapa pedeh dan luluhnya perasaan keluarga mereka...

Maka bermulalah penjejakan MH370...
Malaysia dengan dibantu dari beberapa negara cuba merungkai kemanakah menghilangnya pesawat ini??

Bermula di Laut China Selatan...namun tiada petunjuk  ianya ada disitu...sehingga pencarian diperluaskan ke lautan Hindi...

Akhirnya....
Pada malam hening jam 10.00 malam 24hb mac2014,  PM kita telah mengumumkan bahawa "That British investigators from its Air Accidents Investigations Branch (AAIB) have concluded that the flight of Malaysian Airlines MH370 ended in the Southern Indian Ocean"

Betapa sedeh dan pilunya, mendengar ini....apatah lagi pd kaum keluarga mereka yang terlibat...berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. 
Apa pun yang berlaku...doa kita takkan pernah putus...



Bermula dari titik akhir kehilangan blip MH370 di skrin Radar...bermulalah juga andaian mereka yang tidak bertauliah menzahirkan pendapat dan telahan mereka...
berbagai spekulasi yang tentunya TIDAK SAH kebenarannya..sehingga semua ini mengguris perasaan keluarga penumpang dan keluarga krew pesawat ini.. 

Beberapa hari, hati saya turut disayat pilu...walaupun tiada keluarga terdekat didalamnya, tetapi pesawat MH370, bagaikan dekat dihati ini. Krew pesawat ini,
mereka juga seperti keluarga, Abang, kakak, adik dan seperti anak sendiri!

Hairannya, ada jiwa manusia yang tidak prihatin..menjaja cerita, mengutuk orang, mengutuk kelemahan negara sendiri... 

simpatilah pada keluarga dan sahabat handai mereka yang terlibat dengan tragedi ini. Jangan lah mengambil kesempatan, ini pun nak dipolitikkan..
Tolong lah MALAYSIA bersatu hati lah disaat kesedehan negara ini..
Ingatlah Dunia sedang memerhati!

***


Ya ALLAH, selamatkanlah Malaysia Airlines...lindungilah setiap penerbangannya yang lain..
Selamatkan mereka sampai kembali kerumah dari setiap penerbangan mereka terutama untuk krew yang mencari rezeki... Ammmiiiinnnnn


To Malaysian Airlines (MAS)...Be Strong, we r always wif U.


  

Friday, March 7, 2014

PENGALAMAN BERCUTI KE HONGKONG Part 2 (Citygate Outlet & 1881 Heritage)








Sebelum meneruskan tulisan saya ini, adalah disarankan kepada anda kemana pun destinasi anda bercuti atau atas urusan apa pun diluar negara, anda perlu dilindungi insyuran,Travel insyuran contohnya.  kerana dengan memilikinya  jika berlaku sesuatu perkara anda akan dilindungi. 

Pernah berlaku kepada seorang kawan ketika sedang bercuti diluar negara dengan cuaca yang berbeza dan makanan yang berlainan dari negara kita dia telah menghadapi alahan yang teruk sehingga muka dan bibirnya membengkak.
Dia telah dihantar ke klinik, dan pihak klinik mencadangkan dia untuk dibawa kehospital tempatan...dia ditahan dihospital selama dua hari, dengan diberi ubat dan water drip kerana dia juga muntah-muntah dan pening.

Tahukah anda berapa bayaran dikenakan untuknya?
lebih RM2,000 ! banyak kan??  dia terpaksa membayarnya menggunakan Master Card kerana dia tidak memiliki insyuran perjalanan..
Nasib baik ada card, kalau tak? tentu menangis nak hulur RM2000 (hampir HKD5,000 tu )...

Mendengar cerita kawan tu, saya pun khuatir juga, maklumlah kita bukan tahu sakit pening ni...disamping berdoa agar kita dilindungi Allah yang Satu dimana pun kita berada...saya pun ambil lah juga insuran perjalanan dari MH insure, (kerana saya terbang dengan Malaysia Airlines). Untuk 3orang bayarannya hanya RM192, dilindungi selama 7hari.
Ianya ada berbagai plan,  bacalah kat MH insuran ni..kalau saya nak citer, panjang pula..tak sudah cerita Hongkong..saya lak yg ZzZz nanti...

Ok saya teruskan cerita dihari ke 2 berada dibumi Hongkong ni...

Siap solat subuh pagi ni, dengan rasa gembira saya siapkan bekalan untuk kami jenjalan nanti...ya lah dibuatnya tak jumpa makanan halal camana nak pujuk perut kalau ianya mengamuk nanti. seadanya saya buat sandwich, menyumbat dalam bag pack makanan ringan..dan botol termos kecil berisi white coffee kegemaran ku...








Lebih kurang dalam pukul 9 pagi kami keluar dari hotel...

wah....sampai ja pintu keluar hotel ni emmmm...angin sejuk musim dingin 12'C segera menerpa ketubuh...dengan dua lapis baju dan ditutupi blazer pakai stokin segala....cuaca ini boleh dilalui ,dan... sangat nyaman...
inilah Nikmat Allah yang perlu di syukuri dapat merasa aircond percuma sebesar-besar alam Hongkong...

Hari ni kami nak ke Citygate Outlets di Lantau Island, tapi sebelum tu kami nak menyusuri jalan di Haiphong Road ke China Ferry Terminal, feri nak gi Macau tu...sengaja berjalan-jalan pagi ni agar mudah kami tahu esok nak ke Macau, bila dah tahu jalan ke terminal tu dan sekali nak beli tiket return Hongkong/Macau...





Keluar dari pintu hotel ni, didepan tu belah kanan sikit ada tempat melintas jalan, cross jalan tu...dan susuri jalan Haiphong, disebelah kanan kita akan nampak Exit MTR Exit A1 (didepan tangga Masjid Kowloon)...teruskan perjalanan dijalan Haiphong Road ni....

Lihat peta perjalanan kami dari "A" hotel California dimana kami menginap Ke Point "B" China Ferry Terminal....dengan langkah tanpa henti henti menggunakan speed sederhana bolehlah sampai dalam 10-15minit...
Tapi percayalah takkan rasa berjalan tu 15 minit..macam 5 minit ja...kerana jalan tu sangat happening...kiri kanan jalan adalah gedung beli belah yang berjenama...dengan warga kotanya yang sibuk dengan berbagai urusan, berjalan dengan bergaya fesyen musim dingin yang cantik-cantiklah! 

kami....sambil berjalan ketik gambar...jalan sikit, ambi gambar.. kul berapa nak sampainya ni??













Jalan terus hingga kita nampak trafik light berdepan Harbour City mall tu, seberang jalan tu dan arah kekanan sehinggalah kita jumpa terminal...






Ha, dalam 25minit kami berada didepan pintu China ferry terminal ni...apa susah-susah..tanya ja kat service kaunter kat depan tu..mana  kaunter tiket to Macau, dengan muka senyum terpaksa dorang akan bagitau lah..jalan ke kanan naik tingkat 2, kita akan jumpa kaunter tiket tu...
Sampai ja kat kaunter tu kita akan jumpa lagi, orang yang mukanya kelat seribu bersusah payah bertutur dalam bahasa china bercampur english juga macam bunyi cakap china explain pada kami perkhidmatan feri yang ada...saya pun dengan susah payah terang kat dorang nak beli tiket feri untuk perjalanan esok pagi, kami ambil pukul 0800 pagi Hongkong > Macau dan balik kul 5.30ptg Macau > Hongkong dengan Feri Cotai Jet berhenti di terminal Taipa Macau. Return ticket seorang HKD298. Harganya berlainan kalau pi malam, feri yang kul 6ptg dia dah kira perjalanan malam.

Perlu diingat ada beberapa Terminal dari Hongkong ni nak gi ke Macau, dan kat Macau pula ada dua terminal.
Kat Hongkong: Terminal China Ferry (yang kami pegi ni) berada di Kowloon tak jauh dari hotel penginapan kami, kebanyakan Feri Cotai Jet tiba di Terminal Taipa Macau.
 Turbo Jet pula akan tiba di jeti Macau Peninsular.

Terminal ke 2 adalah di Hongkong Island, naik MTR dari mana-mana stesen to Sheung Wan stesen...pandai-pandailah korang cari kaunter tiket..jgn risau kat sini mudah, dalam exit-exit MTR telah tersedia penunjuk arah, exit mana harus di ambil untuk pergi kesatu-satu tempat.

Kalau anda dari airport Hongkong nak terus pegi ke Macau juga ada sebuah lagi terminal ferry dari sana..







Tiket feri ke Macau untuk perjalanan esok dah ada dalam tangan, so esok tak payah susah-susah lagi diawal pagi baru nak kekaunter nak beli tiket bagai..


Ok, kami akan teruskan perjalanan kami ke Citygate Outlets di Lantau Island..
Kami pun berjalan balik melalui jalan yang kami datang tadi dan nak gi ke stesen MTR Tsim Sha Tsui. Kami akan masuk melalui pintu Exit A1 yang bersebelahan dengan masjid Kowloon tu...
Alang-alang dah berjalan lalu masuklah Harbour City Mall dulu... kompleks beli belah....lagi.....jenama terkenal antarabangsa banyak kat dalam ni..
dah tu mall ni agak besar untuk kami sukat keluasannya dipagi hari ni... jimat tenaga dulu, simpan untuk Citygate Outlets.


Macam mana nak gi Citygate outlets yang terletak kat Lantau tu??...
Naik MTR, since kami berada di area Tsim Sha Tsui..ambi MTR Tsuen Wan Line (line merah)., 
Turun kat stesen Lai King, naik MTR Tung Chung Line (line Orange). 
Berhenti kat stesen terakhir, iaitu Tung Chung...kat situ lah Citygate Outlet tu..













TETAPI.....
dalam MTR Tung Chung ni segera pula teringat, dihari ke 4 nanti barulah kami akan pegi Disneyland...rancang tu nak naik teksi saja dari hotel terus ke disneyland hari tu nanti, kerana beg=beg kami memang besar gedabak. jika itu caranya tak berpeluanglah nak merasa train khas yang membawa ke disneyland...so nasib teringat...jom kita cuba hari ni..hanya sampai kat stesen disneyland saja tau, tak masuk disneland dulu yer..simpan disneyland untuk hari ke 4.

Kami pun turun kat Sunny Bay, stesen ni sebelum Tung Chung.... dan dari sinilah train khas yang akan membawa kita  ke Disneyland...train ni bercirikan mickey...segalanya mickey.
wahhh..kalau kanak-kanak ni pasti amat-amat teruja, ni baru nampak train, belum lagi Disneyland...








Teruja menanti train disneyland yang diceitakan rakan-rakan blogger... tak sangka saya turut berada disini...sempat memerhati persekitaran, dengan cuaca sejuk nyaman, dedaun yang menghijau...satu lagi Nikmat Allah yang tidak boleh didustakan...



Tengok ni..tingkapnya pun dah Mickey.. teringat Rafeef and Luluth disini :(














Dah sampai di stesen Disneyland...tapi, belum berniat lagi terlebih dulu nak masuk disneyland hari ni, jangan lupa kita nak gi Citygate outlets...
Sebelum kesana..apa kata kita bergambar dulu....







Kita tangkap gambar dulu ala-ala model tak ternama....
cantik persekitaran ini....






Ramai juga yang nak ke Disneyland ni...walhal bukan masa cuti sekolah kat Hongkong...tak tahu lah kalau kat Mainland china tu sedang bercuti..








Kami tinggalkan stesen disneyland untuk meneruskan perjalanan ke Citygate outlets...yeeehhhh shopping time...tak ingat berapa bayaran tiket MTR ni..kami just guna octopus kad ....touch kat mesen di gate masuk stesen kita pegi...






Wah...ramainya orang nak bershopping ni...dari mana lah mereka semua ni..

Citygate Outlets adalah sebuah mall yang didalamnya deretan kedai dari lebih 80 jenama terkenal antarabangsa offering year-round discounts of 30% to 70%...yang macam kat Johor Premium outlets tu laa...



Terlampau banyak kedai...kami asyik berjalan dari satu kedai ke satu kedai... masuk, tengok-tengok dan keluar balik...belum ada yang berkenan...dah hampir satu jam tangan kami masih kosong....(sama juga macam ketika kami berada di Johor premium outlet hari tu...)


Tengok kat Coach ni...nak masuk siap berbaris kat pintu...tak kuasa aku!


Kedai KOOKAI ni... kalau masuk boleh pokai ni...

Masa datang Hongkong ni, saya tak bawa pun baju winter...tetapi still boleh tahan sejuknya tu dengan pakai blazer ja..
tapi bila dah berada dideretan kedai macam ni..nak juga cari satu yang berkenan..bukan satu sebenarnya, banyak yang kena dihati tu..
Esok kan nak gi Macau...mana tahu kat Macau dibuatnya lebih sejuk...nak kena cari juga ni..kalau beli hari ni, bukan saja kat Macau....lain kali pun boleh pakai lagi...

Musim ni penghujung winter, so banyaklah baju winter yang tengah sale
OOhhh...barulah tahu patutlah baju-baju winter dorang kat bandar Hongkong tu cantik-cantik...dah memang cantik pun yang dijual tu..





Dikedai gambar kat bawah ni...adalah sehelai baju winter yang berkenan sangat dihatiku .. kaler, cutting dan size seolah-olah diciptakan khas untuk ku...tapi bila tengok harga..
wah melampau untuk ku jangkau...HKD8,000 !!
 hellooooo...negara kami nak dapat suhu 25% pun payah... nak keluar negara tiap musim snow?...tak dapatlah ku janjikan diriku untuk melakukannya saban tahun..
kirim salam sajalah....tak kuasa aku nak melayan bisikan syaitan yang dok suruh convert ke RM...walau separuh harganya...but still hatiku tetap mengatakan ianya mesti dilepaskannnn...



Tidak ada sesuatu khusus yang ingin dicari...dengan ramainya orang, keluasan kedai yang tidak tersukatkan oleh kaki kami...kelenguhan sudah mulai menjalari perlahan-lahan dari tapak kaki...membuatkan keseronokan itu hilang..
 eleh!..takde apa sangat pun, buat membazir ja.... 
Dah beberapa jam disini tangan kami tetap KOSONG.. maka terngiang-ngiang lagu...Najwa Latif..."kosong...kosong...kosong..."




Nampak tak cable car kat luar tu??
itu adalah cable car nak gi Ngong Ping 360. satu lagi attractions yang ada kat Hongkong ni kalau anda nak pegi...kat sinilah yang ada patung budha besar, Ngong Ping village kat seberang..nak naik cable car atau bas untuk melihat perkampungan dan tarikan alam semulajadi...

Saya agak terkilan juga.. teringin sangat nak naik cable car yang kristal (berlantaikan cermin) jadi kita boleh nampak kat bawah dari lantainya... ada berani??
Budak-budak berdua tu tak nak naik cable car samaada yang biasa tu apatah lagi yang kristal..so, takkan saya nak naik sorang-sorang..dan tinggalkan dorang kat sini pula kan??....so lupakan ajalah....huhuhu :(



Dari dinding cermin mall ni dapat kita lihat jalan arah ke airport...ye lerr dah namanya airport terletak kat  Lantau Islad ni juga...



Dah tak da yang menarik minat ku...lebih baik balik ke hotel kat Tsim Sha Tsui sebelum waktu Asar habis...kerana bila tinjau-tinjau tempat ni..ntah kat manalah nak solat....

so, apalagi...naik MTR lahhhh...senang jer...ambi line tadi dan berpatah balik ke Tsim Sha Tsui.

Sampai bilik tunaikan kewajipan kita kepada yang SATU....tak kiralah dimana pun kita berada..
dah tu minum petang kat bilik...lebihan sandwich bersama white coffee panas pengalas perut...


Malam ni kami menuju lagi ke Avenue of Stars, pinggiran laut memisah Tsim Sha Tsui dan Hongkong Island..  bukan lah nak tengok sangat pancaran lampu laser  dari bangunan pencakar langit kat Hongkong ni, bukan juga nak tengok patung Bruce Lee berulang kali...
Tetapi saya suka tengok pemandangan indah pulau Hongkong dari seberang sini, dengan tiupan angin laut..cuaca musim dingin yang sejuk, yang tidak ada di Malaysia...jadi inilah masanya kita menikmatinya...boleh tangkap sayu dibuatnya..
Ku Syukuri hari-hari indah yang ku lalui...
Terima Kasih juga buat Suami Tercinta kerana telah merealisasikan impian musim dingin ku ini...XOXO











sejuk-sejuk ni...perut pun dah lapar semula...tak makan malam lagi...
kami pun mula berjalan ke balik kearah area Tsim Sha Tsui ni.. sambil menikmati sejuk malam yang nyaman...




Kami berjalan ke hujung arah  Old Clock tower Hongkong..
Tower 44 meters tinggi dibuat tahun 1915 katanya...lama tu.., kat Malaysia pun ada juga lah tower jam macam ni.. kat KK pun ada satu tower jam lama yang atas bukit dekat bandar KK tu..
So..yang di Hongkong ni tak berapalah  nak heran..





Kali ini kami melalui Subway yang keluarnya dipinggir jalan Canton...berjalan kira-kira 5minit dan kita akan temui 1881 Heritage...bangunan tinggalan era Victoria yang dulunya untuk ibupejabat polis marin...
sekarang bangunan ni dah menjadi deretan kedai..lagi..kedai jenama antarabangsa.... tiada apa sangat..tapi cantik untuk bergambar..








Teruskan lagi perjalanan...
Hongkong ni...meriah dengan kedai-kedai jenama terkenal..sana sini happening..
dimana-mana pun orang ramai...







Cartier, Hermes, Coach dan lain-lain lagi....isy tak tersebutkan dengan kata-kata..datang sendiri dan tengok...




Dalam dok asyik pandang sana, pandang sini kemeriahan malam kat sini tiba-tiba terpandang sign jalan ni.... ASHLEY ROAD !

Ya Allah, Syukur Alhamdulillah...Kau permudah kan "jalan-jalan ku"





Kenapa pula jalan ni begitu bermakna buat ku? Dan amat-amat teruja pula tu bila melihatnya???
Nantikan Post saya seterusnya....


* * *

Semasa post ni ditulis berita sedeh memeranjatkan seluruh Malaysia, sebuah kapal B777 milik MAS, MH370 telah hilang ketika dalam perjalanannya dari KL to Beijing membawa hampir 250 orang didalam nya termasuk anak kapal.
Saya secara peribadi amat-amat rasa sedeh  mendengar berita ini...
Sehingga post yang ini habis ditulis, nasib kapal ini belum diketahui.
Doakan semua wahai rakyat Malaysia, mudah-mudahan kapalterbang ini selamat dan berharap ianya mendaratlah dimana-mana. Ammiiiinnnnnn.....