Thursday, April 17, 2014

PERCUTIAN KE HONGKONG Part 4 .... The Peak, Madame Tussauds, Masjid Ammar dan menyusuri Causeway Bay







Assalamualaikum...


Keterujaan yang tidak akan pernah putus selagi masih berada di Hongkong. Usai Solat Subuh dengan perasaan yang sangat gembira, seperti biasa selama disini menyediakan bekal makanan untuk kami nikmati dimana-mana perhentian..hehehe
Hari ini bawa maggi goreng..biskut-biskut..keropok dan lain-lain kudap-kudapan. dan juga termos kecil yang berisi white coffee kesukaan ku...


Pukul 9.30 pagi kami dah keluar menuju stesen MTR Tsim Sha Tsui masuk melalui pintu A1 berdepan dengan masjid Kowloon. 
Destinasi pagi ini adalah ke The Peak yang berada di Hongkong Island. Tak sabar untuk kesana, kerana setiap malam saya hanya memandang pulau tersebut dari seberang. Hari ini kami akan memijakkan kaki kami disana. 
The Peak terletak ditanah yang paling tinggi, atau puncak tertinggi di Hongkong Island ni...kononnya kita boleh melihat sebahagian Kowloon diseberang tu dan melihat berceracaknya bangunan mencakar langit di Pulau Hongkong ni sendiri. ini semua lebih jelas dilihat dari dek pemandangan di panggil Sky Terrace...tingkat yang paling tinggi di The Peak!

Di The Peak inilah juga adanya Madame Tussauds, alaaa... tempat patung-patung lilin artis dari merata dunia...dimana kita boleh tangkap perasan bergambar dengan "dorang' yang tak punya perasaan itu...

Bagaimana nak keseberang to Hongkong Island ni?? Cara pertama pegi ke Star ferry Pier yang berada di TsimSha Tsui...naik feri bayaran murah saja dalam Rm2 lebih...menuju ke pulau ni..dan cara kedua adalah cara kami ni, naik MTR dari Tsim Sha Tsui menuju ke Central stesen di Hongkong Island...MTR melalui lorong bawah laut...tak lama dalam 15-20 minit dah sampai Central...
Kalau nak naik kenderaan lain, keretakah atau teksi ada juga terowong untuk kenderaan ni...tapi tak tahu lah pula bayaran untuk teksi tu berapa...

Dah sampai Stesen Central cari Exit J2, jauh juga nak keluar ni dalam 10minit baru jumpa exit tu..maklum stesen Central ni besar, ia umpama KL Sentral kat KL.  
Keluar dipintu Exit J2 to Ground Floor....udara sejuk nyaman menyambut kita diluar...keluar sebelah kanan kita akan jumpa taman Charter Garden, dan di sebelah kiri pula saya nampak ada macam hentian teksi. saya berkira-kira nak naik teksi saja ke Lower peak tram terminus... sebab bila baca dari rakan blogger yang lain macam jauh juga nak jalan kaki dalam 20 ke 30minit tu, tambahan akan kita akan berjalan menaik bukit sedikit demi sedikit untuk pegi ke Tram stesennya tu...macam semput saya mendengarnya...ketika nak menghampiri teksi ada pula orang lain dah sampai dulu... 2/3 minit tunggu (tak lama, tapi macam lama) tak ada teksi yang lalu..so kami pun mulalah berjalan kaki melalui taman tu..nasib kami baik ada 2/3orang pelancong china mungkin dari mainland juga dalam keadaan terpinga=pinga mencari jalan, kami agak mesti nak ke tram..so kami pun berjalan lah skali dibelakang dorang.











Dari Charter Garden tu jalan terus...dan kemudian kena seberang jalan dan kita akan melalui Bank of China disebelah kiri, seterusnya Citi Bank plaza dan Murray bulding..cross jalan seperti gambar kat bawah...kita dah sampai kat lower peak terminus tram..
sekejap ja dah sampai pun...nasib baik tak naik teksi tadi....hehehe

Pegi kekaunter dan beli tiket naik tram untuk keatas bukit the peak..ada berbagai combo disediakan..sama ada nak tram saja (tak nak masuk madame tussaud dan tak pegi sky terrace) atau nak masuk salah satu diantaranya..

atau nak beli combo 3...iaitu tiket tram (return) + Madame Tussauds + Sky Terrace...dan kami ambi yang combo 3 ni...berharga HKD855...mahal ya amat!!
sabar dulu, ini adalah harga tiket combo 3 tu untuk 3 orang!!
Alang-alang dah sampai Hongkong sengaja saya ambi combo ni, sebab tak tahu bila nak kemari lagi kan?

Mungkin ada diantara anda yang sudah pegi madame Tussauds kat mana-mana, samaada London ke, bangkok ke....jadi, tak yah masuk lagi...lebih kurang sama saja...dan sky terrace tu klau tak nak pegi pun boleh juga...
walau apa pun boleh jenguk sini kalau nak tahu harga tiket dan combo yang ada.












Wah! kami adalah yang terawal sampai untuk naik tram seterusnya... terjumpa lagi beberapa orang pelancong Malaysia disini.....







Tengok kebelakang dah ramai pelancong yang saya agak datang dari Mainland cina, kami dah berada didepan tiba-tiba rombongan cina ni memotong barisan kami dan nak masuk kedepan...saya memang tak bagi peluang....kenapalah dorang ni tak ber**** 
tut ....tut ...tut....



Panjangnya mukadimah saya...The Peak tak sampai lagi....
Tak lama pun menunggu tram pun sampai, tram  akan bergerak  menaik bukit...
persekitaran hutan hijau diselang pemandangan bangunan yang kian rendah kat bawah tu kelihatan dicelah celah dedaun dan pokok-pokok lereng bukit....
kita juga akan nampak beberapa rumah penempatan untuk golongan elit.




Kami memilih dulu untuk pergi terus ke sky terrace, kerana semua orang yang naik tram bersama kami tadi menuju ke madame tussauds, sudah pasti tempat tu akan menjadi sesak. Masuk building sky terrace ni, naik escalator ketingkat atas dan kita akan jumpa orang yang akan check tiket kita...

Hanya beberapa orang yang ada kat sky terrace ni...mungkin kah juga ramai yang tak nak naik kesini..
Agak kecewa juga,  cuaca berkabus dan suasana kabut...bangunan mencakar langit kat bawah pun tak berapa kelihatan, apatah lagi seberang kowloon sana area Tsim Sha Tsui... tak nampak langsung...






Adalagi dek tinjau kat bawah ni...yang ni ntah sapa punya??... 




Kalau tak nak naik Sky terrace, tempat kat gambar atas ni pun dah okey untuk nikmati pemandangan... 




Kat atas ni juga disediakan tempat untuk kita menulis nota untuk keluarga, sahabat ke, kekasih ke, dan teristimewa Suami tercinta...tulislah apa saja...ikat dan simpan di tempatnya tu tempat yang bentuk love dan banyak nota terikat tu...
..kalau nak orang yang kita tujukan tu membacanya....tangkap gambar dan berikan padanya....hahaha ada-ada-ada saja....


So, untuk sidia, dimana saja dan apa pun jua tulislah 

"I LOVE YOU"




Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi ketika perut  mendendangkan irama keroncong...
suhu pun semakin sejuk dan harapan untuk melihat nya cerah adalah tipis...
so dari atas ku intai-intai port yang baik kat bawah tu untuk "berpiknik"....hehe



Kami pun turun balik ikut escalator....


Nak mencari tempat sesuai dibawah ni untuk membuka bekalan....
sebelum tu kami ternampak kedai jual air yang juga turut menjual buah-buahan....wah kelihatan segar buah-buahan nya...kami pun membeli dua pek, kalau tak silap satu pek harga nya dalam HKD7.50








Kami dah jumpa tempat yang baik punya...untuk kami berhidang makanan kami hehehe..
Wahhh...Syukur Alhamdulillah..inilah perasaan yang paling indah di Hongkong ni yang saya rasai...ianya benar-benar menyeronokkan saya..cuaca sejuk nyaman, tempat bersih.....berdepan deretan kedai tu Starbuck, 7 eleven, dan beberapa restoran kami duduk dibangku dan makan dengan penuh selera diluar ni, dengan diperhati oleh mereka yang datang dari mainland...peduli apa dengan dorang...






Satu suasana yang tak mungkin saya lupa....makan bekalan sendiri diruang terbuka dengan cuaca yang sejuk nyaman...seakan ingin mengulangi kesini dimusim winter akan datang... Waduh..duhh..
yer ler tu....



Memang menyeronokkan minum kopi panas...kalau ada ubi kayu lagi terangkat! Haha..


Budak-budak berdua tu sempat singgah kat 7-eleven kat depan tu membeli coklat snicekrs dan mars, dan ianya HALAL! mereka guna octupos kad..konon-konon ala master kad lah tu..perasan lah dorang ni...



Sudah-sudah lah tu oiii...dah licin dah.....hahaha


Ada beberapa bangku disediakan disini...dan kami nampak orang-orang cina dai mainland ni pun bawa air minuman yang mungkin dibeli dari starbuck dan mereka duduk dibangku bersebelahan.

Kami belum selesai makan ketika mereka tu tinggalkan bangku disebelah dengan bekas-bekas minuman dan bungkus keropok berselerak diatas bangku dorang duduk tadi.
Tempat tu amat bersih dan, walau hanya satu kecil sampah pun akan ketara terlihat..

Hairannya tanpa  rasa bersalah mereka meninggalkan sampah tinggalan mereka begitu saja, sedangkan tong sampah ada disediakan .. sungguh tidak berdisiplin!
oleh kerana kami duduk berdekatan dibangku itu, kami pun tolong kutipkan sampah tadi, kerana khuatir difikirkan itu bekas kami dan dituduh pelancong Malaysia pula yang pengotor.
Geram pun adalah....





Dah selesai makan, hati pun dah senang...jom kita pegi Madame Tussauds...
.belum sampai pintu masuk madame  tu...bila dah tenaga  tercas semula ni mata pula jadi terang...ternampak pula beberapa kedai cenderahati, dan ada juga Hard Rock Shop.
Tak boleh jadi ni kena singgah juga....







Dalam remang cahaya, nampak juga Hard Rock Shop ni...pandai betul dorang ni nak menghabiskan duit kita...





Baju-baju super hero ni kami abaikan...tak teringin langsung nak membelinya...

Bila ada orang yang dah melekat kat cermin pameran barang-barang Hard Rock ni...sure mesti ada yang terbeli ni... (tak sengaja beli ya....hehehe)





Selepas tu singgah lagi kat kedai sovenir ni....





Key chain, bangle yang cantik, pin-pin comel, pen tulis, fridge magnet dan macam-macam lagi ada dijual disini, untuk dibawa balik sebagai cendera kenangan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan.

Bagi saya lebih baik membeli disini daripada susah-susah nak tawar menawar kat Ladies Market...disini harganya dah tetap, tak payah berbuih mulut nak minta kurang harga... kadang Ladies Market lebih mahal sedikit...
Diakhir tulisan ini nanti akan saya beritahu apa pula rembatan saya hari ini...


Dah selesai sessi membeli cendera hati...jom belah, dah tengah hari ni kita nak mengunjungi Raja Permaisuri England Queen Elizabeth 11 and prince, Lady D, 
US President Barrack Obama....legenda tinju Muhammad Ali...
aaaahhhh ramai lagi yang sedang menanti ketibaan kami...jangan jeles
bila kemesraan kami dengan pembesar dan orang terkenal luar negara banyak terpapar disini...hanya kami yang ramah dan sgt mesra dengan dorang, sedangkan mereka kaku dan buat tak layan dengan kami....peduli apa!!

Layaaaannn....











































Atuk siapalah agaknya ni yang dorang tumpang 'bermanja' ni....tak kenal lah..




















Hahahaha....



Banyak sangat patung-patung lilin kat dalam ni...hampir 3jam juga kami didalam...
Lenguh kaki berjalan...dah habis semuanya kami kunjungi,.lebih baik berundur diri, sebab seterusnya kami nak ke Masjid Ammar Osman Ramju..kat Wan Chai...tujuan nak solat jamak kat masjid tu dan nak makan dimsum HALAL di kantin yang ada ditingkat 5  dimasjid tu.
Kata kawan-kawan dimsum tu sedap. ni yang nak cuba.....

TETAPI....

dimsum tu ada hanya sampai pukul 2 ptg sahaja. sedang sekarang ni dah kul 3.20ptg.
memang punah harapan untuk merasa dimsum halal sedap yang diceritakan oleh rakan-rakan blogger yang lain....tak apa la, kita makan yang lain ja nanti...katanyer selepas kul 2 dimsum habis hanya ada makanan yang digoreng, nasi goreng ke...atau apalah yang ada...
opsss...masih kat The Peak ni....kena beransur dulu...


Naik semula Tram dan kita menurun pula untuk sampai kat lower terminus. 
Waahhh!...sejuk sangat, bila dah sampai kat bawah ni. Rasanya suhu sudah drop ke 10'C.
Kami tak tahu nak naik bas apa....tak yah fikir-fikir naik ja teksi..tempat menunggu teksi ni pula terbuka...aduuiiiii disanalah angin sejuk meniup kuat sangat..terasa nak beku jari jemariku. Nasib baik teksi tak lama nak menunggu....

Kami pun bagitahu dia nak ke masjid Ammar...kelat mukanya tak tahu tempat tu.dahlah susah nak berkomunikasi..bibir saya pula ketar menahan sejuk..menambah sebutan ku dah jadi tak betul...dan kurang difahami...hahaha

Saya sudah agak mesti dorang tak faham sebutan kita...nasib baik masa kat Kota Kinabalu teringat nak print kat phone ni.....lalu tunjuk ja kat pemandu teksi tu...wahhhhh! berseri mukanya...apatah lagi muka ku..bila dia membacanya bunyi macam cakap cina ja...tak ada pun bunyi sebutan Masjid Ammar..
Angguk-angguk sambil membaca berkali-kali tandanya tahu dimana tempat tu...kami pun masuk dengan senang hati..
gigil weeyyy...diluar tuu...




Ha...ni lah yang saya tunjuk kat driver teksi tu..



Perjalanan dalam 20 minit, dah sampa ni
...bayaran teksi dalam RM15 lah duit kita... okeylah tu kan...
Tak payah susah-susah nak fikir...kami sudah berada didepan Masjid Ammar ni... Syukur Alhamdulillah..akan tertunailah niat kami untuk Solat disini...




Masuk dalam masjid ni terdengar suara ramai sedang mengaji dari surau perempuan...
Ramai jemaah dalam ni datang dari Indonesia yang berkerja disini...sempat saya interview mereka hehehe...



Ini adalah tangga dari hall pintu masuk 




Bilk solat lelaki ditingkat 2




Bilik solat wanita ditingkat 3




Ini tempat mengambil Wudhu lelaki d itingkat1



Tempat mengambil wudhu wanita ditingkat 1....dibilik berasingan dan bertutup...
luas dan sangat bersihnyaaa...siap ada tandas yang ada pili air kat dalam ni..




Inilah kumpulan wanita yang kedengaran mengaji masa masuk tadi....



Ini pula blik solat wanita..



Selesai Solat jom kita ke kantin...memang tiada harapan dah ni nak  makan dimsum sebab masa kami sampai kat kantin ni pun dah pukul 5 petang...


Sampai ja kat pintu ada beberapa orang sedang kelihatan duduk dimeja bulat kelihatan sedang berehat. Kantin pula senyap dan sepi...separuh lampu dewan makan tu digelapkan..

Seorang wanita separuh umur datang kepada kami dan memberitahu..

"CLOSED" !!

Jangan kan nak makan dimsum, yang di masak pun takda...

"we r open at 6.30pm" sambungnya...
sedehnya..kecewa pun ada....ketika kami nak meninggalkan kantin tu...

"but...we have only DIMSUM"

Whaaatttttttt ?????

Auntie, dimsum lah yang kami cari...terima kasih...terima kasih
Syukur ya Allah rezeki kami....masih bersusun dimsum dalam rak makanannya...
kami pun memilih ...wah...wah,,,,,
memikirkan tadi kami takkan sempat makan dimsum sebab dah lewat..mungkin hanya makan makanan yang lain..nasi goreng ke, sayur dan lauk...tetapi semua tu tak ada..hanya DIMSUM yang ada! bukan kah itu rezeki kami. Sebab memang DIMSUM lah yang kami nak makan datang jauh ni dari Kota Kinabalu....wah apa lagi jom makan...








Lihatlah rezeki dimsum kami di Hongkong...hidangan 3orang ni...
Syukur Alhamdulillah....
Cecah lada tu sangat sedap...walaupun agak pedas. Tapi sedaplah!!



Ni dah lupa apa namanya...


Beef dumpling...




Macam prawn ball ni...dah lupalah....




Steamed soybean sheet with chicken and vegetables




Ni pun dah tak ingat apa ni....makan ja lah...





Ni pula samosa..




Prawn Rose..





Hanya kami pelanggan kat kantin ni, pada masa tu..Kantin ni sedang TUTUP..buka balik kul 6.30 ptg..tetapi masa TUTUPnya ni dibuka untuk kami menikmati dimsum.... so sangat-sangat selesa makan tanpa ada pelanggan lain..

Syukran....



Dah tu minum kopi susu panas-panas...




Setiap meja beralas plastik berlapis-lapis..kami heran pada mulanya kenapa beralas plastik ni?? dah siap makan datang pekerjanya menyusun pinggan mangkuk atas meja tu,.dah tu membuka satu lapisan plastik yang diatas dan mengangkat sekali barang-barang atas meja tu dengan plastik tu...wah! sekali angkat, mejanya terus bersih!



Kami membayar dalam HKD230..dalam hampir RM90 la tu duit kita...ok lah kannn..
Sebelum balik kami siap tapau lagi bawa balik hotel dimsum lain yang ada kat situ...
Emmm rezeki sangat... Syukur Alhamdulillah...



Dah kenyang kami pun keluar dari masjid Ammar...kami berjalan menuju kebawah dan ambil jalan sebelah kanan...dah nak senja  suasana keliling sunyi dan lengang..risau juga pada mulanya...dan beberapa orang pula tu asyik perati kan kami....buat tak kisah kami jalan didepan deretan kedai dan lalu disebelah 7eleven sehingga terjumpa pagar gelanggang basket ball kah tu...Saya senyum sendiri kerana inilah jalan yang digunakan rakan blogger yang lain untuk pegi ke Masjid Ammar..sedang kami menyusurinya cara terbalik...maksudnya kami guna jalan ni untuk balik...









kami menyusuri jalan tepi gelanggang tu dan terjumpa jalan besar.

.Kalau boleh hari ni juga nak ke Causeway Bay....tapi tak tahu bagaimana??
kami cuba menahan teksi tapi semua taknak berhenti, mungkin waktu sibuk orang balik kerja. so dia tak mahu terkandas dijalanraya...
Jadi kami terpaksa mengikut langkah kaki berjalan terus kedepan...tiba-tiba kami sampai dijalan yang .sibuk, meriah dan ramai orang...

disini juga kami nampak rel untuk tram dijalan raya...kami nak cuba benda ni.tak kiralah nak turun kat mana pun...kami naik dari stop 47E....guna octupos kad hanya dalam lebih kurang RM2.50 kalau tak silap...tak kira dimana perhentian kita bayaran tetap itu juga...wah merasalah juga kami naik tram dua tingkat niii...
wah seronoknya hati orang dari kampung ni.




















.kami duduk ditingkat atas tram...sebab mudah bagi kami meninjau-ninjau kat mana nak turun nanti...Kami nampak SOGO dari jauh, maksudnya kami menghampiri kawasan Causeway bay.....dan memang Causeway Bay!
 Kami sampai ditempat yang memang kami rancang nak pegi. Syukur ya Allah...mudahnya jalan-jalan kami...

Kelihatan kawasan tu pun nampaknya kawasan beli belah yang happening lagi...
Kami pun turun kat situ..tak ingat dah stop number berapa? 

Kami turun ditengah kemeriahan Causeway Bay....dan menyusuri jalan-jalannya...
ditepiannya adalah deretan kedai....sempat memerhati kelling...gelagat orang kota keluar masuk kedai dan keriuhan yang lainnya balik dari kerja...

Seronoknya berjalan-jalan disini ni sebab cuaca yang sejuk dan nyaman...








Nampak tak SOGO tu??...bukan saja suka masuk SOGO kat Jalan TAR di KL....
Jauh-jauh gi Hongkong masuk juga SOGO kat sini...hehehe 
Maka, bila dah masuk maka terbelilah lagi sehelai baju kot warna hitam..yang sekali lagi seolah-olah diciptakn untuk ku...so apa lagi..angkatlah..
tak perlulah saya beritahu berapa harganya....
selepas sogo kami masuk lagi kebeberapa kedai disekitarnya yang budak-budak berdua ni nak masuk... FOREVER 21, ELLE,..dll yang saya dah tak ingat..
sempat juga saya terbeli lagi beberapa....bukan untuk diriku..tetapi sebagai tanda kenangan untuk yang tinggal nun di KK.





Disini juga ada seniman jalanan yang menyumbangkan suaranya kepada ramai....sedap juga suara dorang ni...












Hari dah malam..badan pun dah rasa penat jom lah kita cari MTR stesen untuk balik ke Tsim Sha tsui..Naik dari stesen Causeway bay ni menuju ke Central stesen..dan dari sentral tukar MTR ke Tsim Sha Tsui pula....

Hari ini adalah hari yang paling menyeronokkan bagi saya kerana dapat pegi ke Masjid Ammar, The Peak dan segala attraction nya....juga menyusuri jalan-jalan di Wan chai dan berjalan-jalan di Causeway Bay...sempurna jadual kami untuk hari ini..


Apakah yang dibeli hari ini untuk dibawa balik ke negeri dibawah bayu?
Saya hanya nak tunjukkan barangan sovenir, iaitu bangle, pemotong kuku dan key chain yang dibeli kat The Peak tadi...juga untuk diriku yang terbeli kat Hard Rock Shop. I like!
 Lain-lain yang di beli kat Causeway Bay tu, tak payah lah tunjuk gambar yer....









Biarlah tenang hatiku malam ini, dengan membawa segala kenangan manis Pulau Hongkong bersama ku....sebab esok Nathan Road dan sekitarnya akan ditinggalkan...kami akan berangkat pula ke Lantau Island.....


ZzZz....ZzZz....ZzZz......ZzZz.