Sunday, February 23, 2014

PENGALAMAN BERCUTI KE HONGKONG Part 1








Assalamualaikum...


Sangat-sangat teruja  bangun pagi 15 Februari lepas, kerana inilah hari yang ditunggu-tunggu...hari kami akan berangkat ke Hongkong!
yeeyy horreee.... (macam kanak-kanak darjah 4 lagaknya).

Saya percaya orang lain pun pernah kesana,
Mungkin cara orang lain adalah caranya dan cara saya adalah cara saya.
Tempat percutian yang sama, tetapi pengalaman/perasaan kita berbeza.
Percutian bukan sekadar bercuti makan angin, tetapi adalah Pengalaman yang kita kutip disepanjang perjalanan...



Tulisan saya ini bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk membangga diri/riak, TIDAK SAMA SEKALI !! hanyalah sekadar mencatitkan pengalaman untuk dijadikan kenangan dan sebagai panduan kepada yang sudi mengikutnya..insya ALLAH






Sebelum memulakan langkah saya kena lah tahu kedudukan Geography sesebuah negara kalau tak terasa macam lost!

Seperti yang kita nampak kat map tu, Hongkong ni ada 4 bahagian, New Territories, Kowloon Peninsula, Lantau island dan Hongkong Island.

Hongkong berkepadatan 7.05juta penduduk yang majoriti tentulah keturunan china yang ditambah dengan kedatangan imigran dari Indonesia (anggaran 150.000 org yang berkerja disana). Juga dari Vietnam, Philipine, India, Nepal dan Pakistan...(limpahan mereka dibumi HK inilah memudahkan kita merasai makanan Halal disini).

Berbalik kepada map tadi,New Territories tu tak berapalah nak femes tetapi kalau kat Kowloon dan Hongkong Island ianya  adalah dua tempat yang menjadi pilihan bagi pelancung untuk mencari tempat nak menginap. Manakala Lantau Island adalah kawasan dimana letaknya Hongkong International Airport, Chep Lap Kok Airport, which
 largely comprises land reclaimed for the construction of the airport itself.

Airportnya sangat-sangat besar dan luas ok....lenguh kaki nak berjalan menuju gate.
Ops! dah ke lain pula.. 
Selain Airport, di Lantau Island ini juga terletaknya Disneyland, Ngong Ping 360 (yang ada cable car dan patung budha besar)  dan Citygate Outlet (tempat shopping barang-barang branded).

Apa ada kat Kowloon dan Hongkong Island pula??

Ikuti pengembaraan kami seterusnya....



  

Inilah beg pakaian kami, selain tu ada back pack juga. apa hal lah banyak sangat ni...dah cuba kurangkan sehingga dikeluarkan baju winter yang besar gedabak dan mengambil banyak ruang, sebab dah check ramalan cuaca kat sana nanti dalam 15'c ke 23'c. Ok lah tu macam dalam aircond saja di Malaysia. Boleh tahan lah kan dengan bawa jaket biasa jer..

Semua barang-barang dah checked. sedikit ubat-ubatan dibawa, ya lah tiba-tibanya pening dan sakit kepala mana nak cari ubat dengan segera, dah tu mahal lak tu...

Sebut tentang mahal, semua tahu kat Hongkong serba serbi mahal. Hotel/hostel, makan kat restoran adalah yang paling ketara mahalnya. Lagi sekali. kita pun bukan terus tahu dimana restoran makanan halal tu berada. Walau pun dah study map segala...dalam map kelihatan macam dekat ja ...nanti mana tahu lapar sangat dan tak tahu tempat mana nak dituju kan kah haru jadinya.. so, bawalah juga makanan ni..
makanya, sebuah beg tadi dipenuhi barang makanan kami seperti dalam gambar dibawah.
Periuk kecil, beras, sambal udang, serunding corned beef yang dimasak oleh adik (Nadia),yang ni boleh tahan 2/3 hari, yang ini sedap! 
dan bawa juga beberapa tin kari daging Yeos serta maggi goreng.
Juga makanan ringan pengalas perut, biskut-biskut,keropok dan jangan lupa minuman 3 in1..kami siap bawa termos kecil untuk minuman panas.
Wah! sangat-sangat seronok, seperti nak pergi berkelah pula.

2/3 hari sebelum berlepas mata wang ringgit yang ada pun bertukarlah ke Hongkong Dollar (HKD), tukaran pada masa itu HKD100 < > RM42.5 kalau tak silap lebih kurang macam tu lah...waaahh!...nampaknya macam banyak kita dapat kan??
Tapi tunggu dulu, jangan lupa disana semua mahal contoh, mineral water kecil yang saya jumpa berharga HKD15 (RM7.00) !

Bayaran hotel kena bayar cash masa kat sana nanti, no credit card!
So, pandai-pandailah nak hdup dinegara orang...hehehe





Masa yang dinanti-nanti dah tiba, flight kami berlepas dari Kota kinabalu International Airport pada pukul 11.45am meredahi Laut China Selatan menuju Hongkong..
Penerbangan ini mengambil masa hanya 2jam 30min...tak lama kan? seperti flying time to Kuala Lumpur sahaja.
Dalam penerbangan kami dihidangkan dgn makanan seperti gambar dibawah



Dalam flight,tak tahu kenapa sejak dulu saya memang suka makan bun dan butter macam tu, terasa sangat sedapnya...tapi kalau berpijak dibumi taklah selazat tu, walau bun tu dibawa turun , dah pernah buat dah..
So, M.A.S jangan hilangkan bun itu dari menu anda!

Oh ya, tiket kami memang murah, hanya RM390 seorang, return ticket!
 Sejak adanya One World MAS ni, maka MAS dapat memberikan tiket murah kepada "keluarga mereka"..




Flight sudah mulai turun dari paras ketinggiannya....perlahan-lahan heading to Hongkong Airport, ternampak kat bawah ada lagi bahagian laut Hongkong yang sedang ditambak, ntah nak buat apa lagi dorang ni...




Flight kami mencecah landasan pada pukul 2.25ptg, kelihatan dalam berkabus bumi Hongkong ni, nun seberang sana Hongkong Control Tower.

 Syukur Alhamdulillah, dah selamat mendarat dan sekejap saja rasanya dalam flight tu sebab bukan aja makan, sambil tu boleh tengok movie lagi.

Besarnya airport Hongkong ni, rasanya lebih dari 70 bay/gate number nya dan
Kami kena naik train untuk mengambil luggage, tapi sekejap jak lah dalam train tu, senang aja ikut ja orang-orang yang sama flight dengan kita tadi.




Macam mana kami tahu area pengambian luggage kami di no 7. Jangan risau dalam flight tadi flight attendan dah siap-siap beritahu kat mana ok.

Tiada siapa yang tunggu kami kat airport ni, pandai-pandai lah nak hidup kat tempat orang...perkara pertama yang harus dbuat ialah beli octopus card seorang HKD150 + siap top up HKD100 = HKD250. senang, tak payah susah-susah nak tambah kedit... kad ni macam kad Touch n go..yang ni boleh guna di semua MTR, Tram, Star ferry dan beli barang kat Seven Eleven. Tempat membelinya, keluar dari ambil beg kita akan jumpa kaunter jual kad ni.
Harus diingat kad ni kita boleh kembalikan dan ambil balik deposit HKD50 dan lebihan HKD yang masih berbaki didalamnya.




(inilah octopus card)




Selepas tu naik ke tingkat 7 pegilah ke kaunter Customer Service ni, tanyalah apa-apa yang patut...bagi orang lelaki janganlah pula tanya kat amoi ni "awak free tak malam ni??" samaada dia diam sebab awak cakap melayu atau tumit kasut naik kepala kalau awak berbahasa inggeris...hehehe...(iklan kejap)

Saya nak beli local simkad Hongkong, ni nak memudahkan saya browse internet, untuk google dan map.. juga FB dan Whatsapp.
Tak perlu beli kad untuk call, sebab kita boleh siap-siap download TANGO atau yg lain untuk free menghubungi keluarga tercinta di Malaysia.

Harga simkad ni HKD88 untuk 7hari penggunaan internet unlimited.
Beli dimana?? nama kedai 1010 tingkat 7...tak tahu?? tanya ja arah kedai tu kat Customer Service tadi ianya sama level dengan dorang.
dan jangan lupa ambil segala map dan apa jua templet kat kaunter ni... city map dan map laluan MTR kalau dah ada dalam tangan senang lah perjananan kita, kerana semua penunjuk arah di Hongkong ni juga ditulis dalam bahasa Inggeris.




Ini kaunter Customer Service..





Dah ada octopus card dan simkad, ok kita nak ke hotel...
samaada nak naik teksi, Express Train atau bas.
Kalau naik teksi kita mesti print nama tempat kita nak pegi tu dalam tulisan China (google di internet) sebab sebutan dorang tak sama dengan kita, so dorang takkan faham. Bayaran teksi fm Airport to Tsim Sha Tsui dalam HKD209 (sebab kami duduk kat area tsim Sha Tsui)

Nak naik Express Train? kat arrival hall tadi beli tiket kat machine untuk ke Kowloon station, dah sampai Kowloon stn kena naik teksi juga ketempat hotel kita klau duduk kat area Kowloon, kalau nak pegi tempat lain nak guna MTR dan beg anda tak menyusahkan anda bolehlah refer kepada laluan MTR dorang.
MTR to Kowloon stn HKD90 seorang (ini baru sampai Kowloon stn, belum sampai hotel lagi ni...cmpur lah harga samaada sambung ngan teksi atau other MTR)




Sangat senang dan mudah nak guna MTR kat Hongkong ni..

Ok berbalik kepada cerita kami anak beranak, selepas selesai semuanya urusan diairport kami turun ketingkat 3 di hall B (kalau tak tahu tanya kat customer svc tu)...berjalan sedikit kehadapan dan lepas tu turn ke kanan, kawasan terbuka menuju bus stand..

Waaahhhh...sampai kat kawasan ni, barulah angin Hongkong benar-benar dirasai, cuaca musim dingin segera menerpa ke muka...sejuk dan nyaman.
Terasa sayu hati, merasa lah juga aku musim winter walaupun tiada snow. Sebab tu lah memilih bulan februari untuk kesini kerana ingin merasai musim dingin....sejak zaman kanak-kanak tertanya-tanya pada bapa, macam mana rasa musim sejuk...jawab bapa seperti dalam peti sejuk bahagian bawah kalau musim sederhana, dan yang ada ais/snow tu macam dalam peti sejuk bahagian beku...begitu kata bapa...

Setitis dua airmata saya mengalir didalam diam, teringatkan bapa dan kisah peti sejuk....kalau saya ceritakan pun sekarang ini, kepadanya apa yang saya lalui sekarang dia takkan faham dan takkan ada lagi berbalas cerita dengannya... 

Apa pun, saya bersyukur kepada ALLAH atas rezeki pemberiannya. Atas rezeki NYA kerana mengizinkan saya merasai musim lain dibumi NYA.

Aduuiiiii.....segera hapus airmata, cari bas nak ke hotel..
sebelum keperhentian ke semua bas yang ada tu, akan dipaparkan bas apa yang patut kita naik untuk kesatu-satu tempat dan apa nombor stop kita nak berhenti berhampiran hotel yang hendak kita tuju.

Kami memilih untuk menginap di Kowloon area ia itu Tsim sha Tsui di kawasan Nathan Road, baca dari banyak blog kawasan ini adalah paling senang untuk kemana-mana, berdekatan dengan MTR Tsim Sha Tsui, walking distance ke banyak tempat seperti Avenue Of Star, 1881 Heritage, K11 mall, Harbour City, Museum, Kowloon Park, masjid Kowloon, Ferry terminal to Macau dan lain-lain lagi...

Melalui Booking.com, saya dah booked California Hotel di Nathan Rd untuk 4 malam. Bayaran utk 4 malam HKD3,545...bayaran ini, kita dapat hotel 3/4 bintang kat tempat kita. apa boleh buat ini adalah Hongkong, yang tanahnya semakin sempit dek pembangunan. negara Metropolitan global dan pusat kewangan dan mempunyai ekonomi kapitalis sangat maju!
(apa ni cerita pasal ekonomi segala...)

OK, dari airport kami memilih untuk naik bas, lagi jimat dan ingin merasai pengalaman itu di Hongkong. Guna octopus card tadi HKD33 seorang akan di tolak dari yang kita ada.
Nak naik bas no berapa ke Nathan Road, tengok panduan kat board..





Maaflah tak berapa jelas nama tempat dan number ni, maklum camera pun camera biasa ja...






Masih kat airport ni, bila dah keluar menuju bas mana seharusnya kita pegi, ambil sebelah kanan dan cari yang bernombor A21

Contoh: kalau nak gi area Tsim  Sha  Tsui naik bas A21. nak stop kat mana?
stop kat pit stop 13 Cameroon Road, akan ada alighting nama bus stop setiap perhentian kat depan dalam bas ni, sehinggalah stop ke 13 tempat kita nak turun..perjalanan mengambil masa satu jam dan bas ada wifi, bolehlah berFB atau whatsapp sanak saudara di Malaysia.

Sampai kat Nathan Road, stop kat pit stop 13, turun dan berjalan kedepan,  satu blok didepan tu akan nampak citi Bank, California Hotel berada dalam bangunan Golden Crown court, pintu masuknya adalah antara Citi Bank dan Standard Chartered Bank, mudah bukan??




(gambar dari google street)

Berada di Nathan Road kemeriahan sudah terasa,



Tadaaaa...kita sudah benar-benar berada di Hongkong...
Kita akan nampak disebelah kanan kita adalah masjid Kowloon.


Masuk Golden Crown Court pegi lift sebelah kanan dan naik ke tingkat 4. check in dan masuk bilik.





Biliknya memang kecil, katil disusun berbentuk L..itu boleh diterima lagi tetapi..bilik air terlampau-lampau sempit...bukan tempat mandi sebenarnya hanya tempat untuk membuang air kecil/besar. pandai-pandailah mandi dalam bilik air sekecil tu. Kalau orang berbadan besar sedikit pasti tersenth lutut dan sinki yang ada didalam tu.

Namanya juga nak bajet, terimalah seadanya, Kalau kat Malaysia sebajet-bajet hotel pun bilik air kita masih boleh berenang (melampau lah juga kenyataan ini kan..)


ok lah berehat sekejap dibilik, solat jamak dan seperti yang dijangka hari pertama dah lah penat kita belum tahu arah restoran makanan halal, jadi apa lagi ambil periuk, masak nasi dan makan ngan corned beef yang diserundingkan, juga sambal udang. Memang berselera!

Jadual pertama harus diikuti malam ini ke Avenue of Stars.
Keluar dari pintu bangunan ni pegi sebelah kiri dan berjalan menyelusuri kedai-kedai disepanjang Nathan Road ini terus ke Selatannya. 
sehingga terjumpa Sheraton Hotel dan masuk subway dibawahnya untuk keseberang..Dikawasan ini tidak dibenarkan melintas dijalan raya..
















Kita akan sampai diseberang jalan melalui subway, berjalan sedikit kedepan kita sudah sampai di area Avenue of Star..jangan lupa setiap pukul 8 malam kita akan berkesempatan melihat pertunjukan lampu laser dari setiap bangunan yang mengambil bahagian di Hongkong island dan area Tsim Sha Tsui siap diiringi musik.



Ini di area Tsim Sha Tsui, tempat kami berdiri..




Ini juga area di TsimSha Tsui.




Ini pula pemandangan diseberang, Hongkong Island.



Cahaya lampu dari semua bangunan samaada di seberang Hongkong Island dan di Tsim Sha Tsui ni memang sedia terang benderang dengan lampu warna warni, dek ramai orang dan bising, tak sedar pun lampu laser sudah bermula....nampak biasa-biasa saja.







Sedikit kesejukan dengan suhu yang takkan pernah ada di Malaysia, orang pun agak ramai, kami pun meninggalkan Avenue of Stars melalui jalan yang kami datang tadi..


Seterusnya kami hanya nak jalan-jalan kat kedai-kedai yang berhampiran, lalu terjumpa kedai perfume yang di maksudkan rakan blogger Jari Manis dalam blognya. Blog rakan kita ini banyak membantu kita bukan sahaja nak ke Hongkong, malah banyak tempat lain yang boleh dijadikan panduan.


Untuk hari ini, belum pun bermalam di Hongkong saya sudah dapat hasil rembatan yang pertama....



Semoga tidur dan mimpi ku harum mewangi malam ini, damai dan tenang, setenang dan sesejuk  suhu bumi Hongkong (jiwa tenang....jauh dari tekanan kerja..oh! alangkah indahnya..

 ZzZz...ZzZz...














Tuesday, February 11, 2014

Mengintai mentari senja...







Assalamualaikum...

Apa khabar anda yang sudi membaca tulisan saya dan sentiasa menantikannya...walaupun anda tidak menyapa saya, tapi saya tahu anda ada disana.
Mudah-mudahan kita sama-sama diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dilimpahi kasih sayang keluarga yang kita cintai

Saya masih disini, dan sentiasa ingin menulis lagi...namun tiada apa yang menarik yang ingin saya kongsikan..

Saya tidak ingin kehilangan anda, lantas saya coretkan dulu sebaris dua ayat hari ini, sebelum banyak-banyak ayat kelak ditulisan saya yang akan datang, insya ALLAH.




Hari ahad lepas saya menghabiskan masa, merenung lautan mencuba menggapai indahnya sinaran mentari terbenam...sangat indah alam ciptaan Tuhan.
Pantai Tanjung Aru adalah pantai tercantik di Kota Kinabalu, pasirnya putih dipantai yang melandai...
Kepada anda yang datang berkunjung ke Kota Kinabalu tempat ini adalah tempat yang tidak patut anda lepaskan, terutamanya ketika matahari mula perlahan menyembunyikan diri di sebalik lautan sana. cahaya yang dibiaskannya ketika itu, adalah sangat-sangat indah
Sungguh!..
Hanya bertemankan camera handphone, camera yang tak berapa nak banyak megapixelnya, cahaya mentari itu tidak dapat dirakamkan dengan baik...
(ada hati nak ada camera DSLR lah tu...)


OK, sebelum tu kita lari dulu dari tajuk.... nak beritau sikit terutamanya kepada pembaca setia blog saya ni (setia ker? hehehe)  yang berjari manis dan punya senyuman manis,
Jari Manis.

JM, dah diterima FM dari mu, TERIMA KASIH...lambat sikit habaq yang ianya dah sampai kepenerimaan ku...fridge magnet dari Vietnam dan Perth...hasil kunjungannya...
wah! bagai menggamit diriku untuk kesana...insya ALLAH..

Belum berkesempatan lagi mengirimkan cenderahati untuk JM...seperti yang dijanji, nanti akan diberikan jua, mungkin next month atau mungkin next year hehehe...takde lah...nanti kan dibeitahu yer...
Dunia blogging telah menemukan saya dengan JM...bila berbicara, kami seperti pernah bertemu, akrab dan mesra! TQ JM..



(ni fridge magnet dari JM......fridge nya mana ya?...hehe)


Seorang lagi sahabat yang baru balik dari luar negara, Thailand (luar negara la tu)...Tatty memberikan fm dan bangle yang cantik ni... rakan yang seorang ni, kemana pun dia pergi saya tak pernah dilupakannya...ada saja ole-ole dibawanya untuk ku..malah kalau balik kampung pun mesti (MESTI tu Ti...hehehe) mesti ada buah tangannya, bukan sekadar benda yang tak boleh dimakan..tetapi dah berapa kali juga  menitipkan barang makanan.
Adakah memang saya dalam senarai untuk dikenang kalau dia berpergian (perasan lak aku...hahaha)
TERIMA KASIH Ti....




(Bangle dan fm  dari Tatty...TQ..bangle tu cantik!)



OK kita kembali kepantai Tanjung Aru, apalah..
ni la ni...satu post dua cerita..
Tengok sajalah gambar-gambar ini, jangan salahkan tempat kalau ianya keihatan tak menarik....







Yaaa....marilah kita bersama-sama membina istana pasir...yang mudah musnah dilanda badai...




Dengan susah payah dua beradik ni berkerjasama mengangkat air laut..



...air laut itu untuk memenuhi tasik buatan mengelilingi istana tu... sayangnya, air tak pernah penuh, jerlus kedalam pasir..





(kami...digigi air...)











 Kami bermohon pergi, tinggal lah istana pasir...kau akan tetap utuh selagi kau tak dilanda badai....