Sunday, September 22, 2013

Indahnya Beraya Di "Desa" (Part 2)







Assalamualaikum...

Bulan Syawal sudah berlalu pergi...sayu juga hati mengenangkannya terutamanya bulan Ramadhan.....mudah-mudahan kita dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dibulan Ramadhan yang akan datang..

Dah basi pula rasanya nak cerita bulan raya ni....tapi dah ada part 1...nak disudahi juga dengan part2....terlalu lambat nak post ni sebab kesibukan kerja, dah tu demam batuk dan selsemalah pula...makanya tulisan ini asyik tertunda...batuk tu pula lama nak baik, maklum saya berkerja shift, bila kena shift malam sejuk aircon dan kurang rehat, maka batuk tu pun menjadi-jadi lah pulak...sekarang ni pun masih terkokol-kokol..


 Rakan sekerja yang tahu blog ini asyik bertanya...mana part2?? 
Terima Kasihlah yer kerana sudi mengikuti cerita ku ini..

Makanya dipetang yang tenang ini (waktu ini ditaip)..berbekalkan banana muffin dan karamel coffee..akan cuba disudahi cerita Raya ni..dan nantinya dapatlah kita mulai dengan cerita baru...




Sebelum tu, TERIMA KASIH kepada anda yang sudi singgah disini... tinggalkan lah jejak anda agar saya dapat pula menjejaki blog anda..

Perjalanan balik kami kekampung hari itu tak adalah perkara rumit berlaku Syukur Alhamdulillah, walau kami travel bersama dua budak yang tengah nakal, ya ampun! terutamanya si adik. 
Kami selamat sampai kekampung pada jam 1 petang...oh ya lupa nak bagitahu...kalau kita nak bawa kereta ke Labuan, bayaran kereta tertakluk kepada jenis kereta, kalau kereta biasa dalam RM80 bayaran pergi balik, manakala yang besar atau 4W pula RM100, dan jangan lupa bayar juga landing fee (sekali bayar ja kat menumbuk)- RM50, kalau tak silap ya.
dan tambang untuk penumpang lain pula, seorang RM2.50.

Dalam Feri ni ada juga menjual makanan ringan dan minuman... tapi kerana ini bulan Puasa... selamat lah aku..



Di feri kami lebih suka duduk diruang yang terbuka duduk bersila di dek atas bersantai-santai macamlah feri ni kami yang punya...
Sambil melihat kebiruan laut dan menghidu angin laut yang membangkitkan kenangan masa zaman kanak-kanak.








Menghampiri Labuan kita akan nampak kapal-kapal besar berlabuh, pelabuhan Labuan memang sibuk dengan aktiviti perkapalan...disinilah Labuan mendapat namanya...berasal dari perkataan Pelabuhan, Labuhan..Labuhan maka jadi lah nama Pulau ini Labuan..







Boat kecil ini adalah alternatif kalau nak cepat sampai Labuan, dalam 30 ke 40minit dah sampai Labuan ianya dipanggil boat express, berbanding naik feri besar tu hampir dua jam baru lah nak sampai...dan sudah tentulah boat express ini mahal sedikit saja..
Buat masa ni tambang nya, kalau tak silap dalm RM7.50...

Sudah tentulah dengan feri , kereta kita boleh masuk sekali...Wah senang bawa kereta ni, tak perlu turun dan punggah memunggah beg. Duduk saja dalam kereta dan kita akan sampai kehalaman rumah... Syukur Alhamdulillah ada ruang untuk kereta ku mencelah dalam feri tu..

Sebelum ni, setiap tahun kekurangan feri ni menyulitkan mereka yang membawa kereta..kadang jadual feri ditambah sehingga malam menggunakan feri sama...tetapi tidak tahun ni, Feri sudah ditambah untuk menampung permintaan/sungutan orang ramai yang saban tahun tak dapat menyeberangkan kereta mereka dihari raya..ya lah, macam mana nak mengunjungi sanak saudara kalau dah tak da kereta ya dak?


Ok...kami dah sampai diLabuan, adik beradik yang lain telah mendahului saya, saya dan anak-anak adalah yang terakhir tiba..berseri-seri muka ibu bila anak-anaknya berada disisinya...sibuk dia memasak itu ini untuk menjamu kami.

 Ibu kita walau kita pun dah besar dan "besar" begini... masih juga dilayan macam kita masih kecil, masih juga nak menyediakan keperluan termasuk tempat tidur pun dia nak tolong hamparkan...
Ibu, ibu....dia lah permata hati kita....


Petang tu saya dan anak-anak pegi ke Bazaar Ramadhan Labuan, tak jauh dari Dataran Labuan juga bersebelahan bangunan tinggal, yang satu ketika dulu kalau dari jeti seberang dikampung kami akan nampak, satu-satunya bangunan tertinggi dari yang lainnya, iaitu Hotel Labuan... ianya jelas dari jeti tempat saya selalu duduk memancing atau sekadar bermenung memasang angan-angan...




Ini adalah sebahagian gerai-gerai yang ada...ketika kami sampai banyak yang telah tutup kerana mungkin mereka pun sibuk membuat persiapan menyambut Syawal... 
Memang tidak semeriah gerai Ramadhan di KK, jauh sekali kalau nak banding dengan Bazaar Ramadhan Tasik Permaisuri, Bandar Permaisuri Cheras KL..saya sempat kesana pada awal Ramadhan tu..bukan main meriah, macam pesta makanan...siap kambing seekor digolek-golek diatas bara api, dipanggang!


Penduduk Labuan ni taklah seramai dibandar besar...so memang takkan lah semeriah disana...dan makanan kuih muih pun tak banyak...belilah saja apa yang ada dan berkenan tu..



Gerai ni berada disebelah bangunan dulunya Hotel Labuan...yang satu ketika dulu tempat ni satu-satunya sangat hebat, lambang kemajuan Labuan.. terbayang keriuhannya dulu, tetapi entah kenapa ianya seolah ditinggalkan begitu saja...kalau malam ni berada disini mungkin menyeramkan..



Lobi Hotel yang suatu ketika dulu menerima tetamu VVIP dan lain-lain tetamu yang datang memeriahkan Labuan..memang sayu memandang bangunan ini (waduh emosi gak aku ni)..


Kuih muih berbuka dah dibeli, adik kat rumah pun dah sediakan lauk pauk..
jadi tak perlu membeli yang lain, tak boleh dituruti apa yang dipandang mata..kita pun tahu takkan mampu perut kita telan semua walau macam mana lapar pun kita...

Makanan dah sedia terhidang...semua orang sedang mengelilingi makanan, terutama kanak-kanak, seronok berkumpul adik beradik dan anak-anak mereka, riuh rendah jadinya...

Hari ini tekak saya rasa sangat haus kerana jauh perjalanan dan peluh dah memercik siang tadi...bila dengar suara Azan dari Radio, secara automatis cepat ja nak teguk air...Serentak suara ibu dan adik menjerit...

 "TUNGGUUUUU......itu azan Radio KK"...

hahahaha...anak beranak kami ketawa...lupa yang kami berada diLabuan dan kena tambah 2minit lagi...hehehe
Ibu bilang tunggu Azan dari masjid...ya lah...yang adik buka Radio KK apa hal??

Malamnya diumumkan lah oleh Mohor Besar, hariraya jatuh pada esok hari .. seronoknya kanak-kanak yang ada ni mendengar pengumunan itu..juga yang lainnya..

Saya, disudut bilik merenung jauh keluar jendela memandang kerlipan neon diluar....satu, satu.... airmata menitis...kesayuan yang tak dapat diceritakan..



Ini Daniel Luth si adik yang nakal, tengah mencuba baju melayu...ni kedai kat KK..



Di hari Raya....Luth makan dan makan...

Pagi Raya pertama seperti kebiasaannya kami, menghadap hidangan yang dimasak oleh chef-chef rumah ni yang diketuai oleh adik bungsu saya yang dah tak kecil lagi dah...ibu su...
Keluarga berdekatan mengunjungi rumah ni dan bersama menjamu selera...setelah kami saling bermaafan...biasalah dihariraya ni, kita akan teringat dengan insan yang telah tiada, kakak dah mendahului kami menghadap Ilahi, walau kepergiannya sudah 7 tahun lalu..namun kehilangannya tetap terasa.
Pada pagi raya pertama kami akan "menziarahi" pusaranya...

Doa ku, damailah kau disana wahai kakak...Al-Fatihah..



Pagi pertama selepas dari kubur, kami pun rancang pergi kekampung bapa..kami pergi  beberapa kereta kesana...tak jauh pun, hanya 15minit pemanduan...menemui mak usu, pak tua, pak uda, pak yayim, sepupu sepapat dan keluarga yang lain...





Beberapa hari tu kami mengunjungi rumah-rumah mereka yang dikenali, terutamanya saudara mara yang berserakkan sekitar Pulau Labuan ni.

Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan bercuti bersama keluarga kerana berkerja dalam syif, peluang untuk dapat cuti itu adalah satu rezeki yang besar. Ofis kami beroperasi 24 jam....dan saya sudah pernah lalui berkerja menjelang dan dipagi Raya....tangkap syahdu yang amat sangat....
Jadi bila ada peluang tu, digunakanlah sepenuhnya...

Dilahir dan dibesarkan dikampung ni...biar dihujung tanjung sana kita kenal siapa mereka...berbeza duduk dibandar, selang 3 rumah kita dah tak tahu siapa penghuninya.

Dihari raya ni, saya dan ibu su (adik saya yang bungsu) suka mengunjungi mereka, kawan-kawan kita sama-sama dari zaman kanak-kanak sehingglah meniti alam remaja. Cubalah kononnya...menggamit kembali keakraban dan keceriaan ketika bersama dulu... tapi keadaan itu sudah lain..bila dah berumur fikiran kita dah turut berumur, dah matanglah tu...jadi, bicara terlafaz sangat sopan dan teratur...tak ada lagi bertepuk tampar..


Seronok beraya di desa, terutama bila dapat berkumpul semuanya, bersama kedua ibu bapa, adik beradik, anak-anak, pakcik makcik, anak buah dan sanak saudara yang lainnya..memang riuh rendah rumah selama seminggu tu.
Cuma ada yang saya sedari, dikampung itu sendiri sudah tidak semeriah dulu. Kalau raya dulu...penduduk kampung ini akan terlihat berjalan dari satu rumah kesatu rumah, kunjung mengunjungi...bertembung dijalan, bertegur sapa, bermaafan dan saling mengajak kerumah masing-masing...
Berpakaian penuh warna warni memeriahkan pagi raya, satu pandangan yang begitu menyeronokkan. 

Tetapi...semua itu sudah berkurang kini...orang yang datang beraya pun dah berkurangan....pemandangan warna warni bertahun dulu pun sudah berkurang warnanya..


Kenapakah??


Apa yang dapat saya fahami, budaya bandar telah menjangkiti penduduk kampung ni....helloooo....
Orang bandar kebanyakkannya berkerja, ulang sekali lagi mereka berkerja...

kenapakah??
Wahai makcik, pakcik, encik, puan semua.....kenapa harus ada konsep "rumah terbuka" baru kita boleh mengunjungi....
Ini kampung kita, kampung yang penuh dengan suasana harmoni dan kemeriahan...budaya yang tak perlu diubah, tak perlulah terikut-ikut dengan cara dibandar tu....pleeezzz lahh..
Mereka dibandar tu selepas balik dari kampung kena terus berkerja seleps bercuti raya....jadi mereka kena set satu hari untuk menjemput rakan-rakan pejabat datang mengunjungi rumah mereka untuk dijamu dengan hidangan raya.

Takkan dikampung semua rumah kena buat begitu pula...
Sedehlah, bila hariraya lengang seperti hari biasa..
sayu pula rasanya bila keadaan itu sudah jadi lain...

Telah 'moden'kah kampung ku, apabila perlahan diresapi 'budaya' dari bandar.


Nasib baik keluarga besar bapa memeriahkan rumah kami, setiap pagi hariraya tu, chef chef rumah ini menyediakan juadah raya setiap hari, untuk dijamu kepada semua orang dalam rumah ni dan kepada siapa juga yang datang berkunjung....tak perlu nak buat "rumah terbuka"...datanglah....
 rumah kami sentiasa terbuka, In Sya ALLAH...makanan pasti ada...


Itulah cerita ku di HariRaya.....