Thursday, October 2, 2014

High Tea @Souq Garden TABUNG HAJI HOTEL, KOTA KINABALU










Assalamualaikum...

Sabtu lepas...kebetulan hari OFF DAY jatuh pada hari sabtu...apa lagi bergandalah rasa keseronokan dihati maklumlah orang yang berkerja shift ni...masa OFF nya tak sama dengan orang yang berkerja waktu pejabat.
Kadang-kadang hujung minggu kami berkerja, ketika suami dan anak-anak ada dirumah. 
Adakala Suami dan anak-anak pula tiada dirumah kalau OFF DAY ngam kena weekdays....ada pula tu ketika orang bergegas kepejabat dipagi hari, kami pula menongkah arus trafik jalan raya untuk balik kerumah dari berkerja shift malam.

Ketika orang tidur kami berjaga, ketika kami tidur orang lain pergi berkerja...
Apa nak buat sudah begitulah takdir NYA..

Jadi bila dah OFF tu kena pula weekend..apa lagi ligat kepala memikir kemana nak bawa keluarga....terfikir nak gi kundasang nak bermalam kat situ...tapi sekadar OFF dua hari..alang-alang juga nanti balik penat pula..kena tunggulah OFF yang 3/4 hari barulah nak pegi...

Apa kata..kita makan-makan sajalah...
so terfikirlah kat Tabung Haji dengan restorannya  Souq Garden, yang mengadakan High Tea pada tiap hari sabtu dengan bayaran RM33 seorang. murahkan!!..mana ada hotel buat high tea semurah itu lagi sekarang.
ada yang kenakan harga RM60 ke RM80 seorang. Mahal sangat, sedangkan makan kita tak seberapa. 

Tapi kalau nak pegi ke hotel mana pun tertakluklah kepada kehendak masing-masing, tepuk dada tanya selera.

Setelah sarapan yang sekadarnya pagi tu...dan masing-masing tembolok telah dikosongkan..kami pun dengan kelaparan yang menggila menuju Tabung Haji yang terletak di Sembulan Kota Kinabalu...

Sampai di Souq  Garden dalam pukul 1ptg...orang ramai sangat.. meja lain semua penuh...nasib baik meja kami sudah direserved kan...sebab kami dah buat tempahan tempat lebih awal. tu sebab tak berkesempatan ambi gambar.. sebab orang ramai tu pasti tak selesa jika terlihat 'ada orang tu' klik klik kamera handphonenya...so kena tunggu lega sikit dan kebetulan saya masih menanti 2orang lagi untuk join bersama kami...jadi orang lain dah selesai..kami masih meneruskan misi...

Hanya setelah orang lain beransur pulang barulah saya dapat ambi gambar, itu pun dipersekitaran ruang kami duduk saja..

Pelayannya peramah dan memberi salam kalau bertembung ngan kita..
Sejuk telinga mendengarnya. Dah tu bila kita duduk dan makan-makan dorang tak peduli pun hal kita.. makanlah dan bawalah kemeja apa saja dorang tak ambi kisah.. mereka meneruskan kerja masing-masing.
Tak macam kebanyakan hotel...siap berdiri-diri dan pandang-pandang depan kita. Buat kita rasa tak selesa makan yang kita bayar dengan duit kita sendiri tu... 
kalau mereka berdiri tu dalam 2/3 org.. mulalah berbual-bual... walau MUNGKIN bukan mengata kita.. masih..rasa kurang selesa...bila kita makan, org pandang2 sambil pula borak yg kita tak tahu apa...
 (kah aku ni rakus?)

Bila dah berbual sambil jeling dan pandang-pandang kat kita,..apa lah tu??
Hotel macam tu takkan ku pegi lagi..

Tetapi perasaan itu tidak kita rasai disini...kerana tak nampak pun mereka dok jeling2 kita...
Bolehlah makan dalam keadaan yang mententeramkan jiwa.




Meja kat ruang utama sudah penuh.., jadi kami ditempatkan di ruang yang ada sebelah tu..beratapkan kaca...dan ruang dihias dengan beberapa pokok kurma.. macam duduk-duduk kat restoran luar negara rasanya kebetulan diluar hujan sedang turun, so kami nampaklah titis hujan diatap kaca yang lutsinar...

Tenang pula rasanya..




Oh ya, restoran ni berkonsepkan arab..namun tak semua makannnya ala2 arab.. kebanyakan citarasa malaysia juga.
Tapi hari tu merasalah nasi mandy. seakan-akan nasi briyani...
Saya makan dengan kari ayam dan sepotong ikan tengiri goreng rempah... tak tahulah orang lain...tapi bagi saya, ianya SEDAP!

Macam-macam ada...saya tak terambi gambar, kerana sibuk ambi makanan..
hehehe....






Croissant inti tuna ada, sandwich telur, potato salad, rojak buah pun ada, kek-kek, kuih muih tempatan dan...puding rotinya sedap...
saya bubuh sekali semuanya dalam satu pinggan...
sup-sup pun ada...bubur jagung memang berasa.





Disudahi dengan kopi susu..hujan-hujan ni terasa nikmatnya kopi itu.
Syukur Alhamdulillah...



Tempatnya cantik, makanan nya pun tak kurang hebatnya untuk harga yang sederhana. 
Sesekali, tempat ni akan menjadi pilihan kami sekeluarga!