Sunday, February 14, 2016

Retina mata terkoyak. Hati terobek





Assalamualaikum...

Apa khabar anda? 
Diharapkan kita semua lebih kuat dan tabah melalui hari2 kita yang semakin mencabar... 
Krisis ekonomi dunia dengan kejatuhan harga minyak, membuatkan ramai dari kita kehilangan pekerjaan...
kesihan kepada golongan marhaen yang sudah susah, bertambah susah lagi dengan kehilangan punca pendapatan.... 

Allah menguji kita, menguji dunia.... tidak ditimpakan kesusahan itu kepada yang tidak mampu memikulnya... 

Kemelestan ekonomi menjalari institusi keluarga... 
kalau dulu bermegah dgn percutian luar negara....sekarang menyedut udara Langkawi pulau lagenda....(bersyukurlah...pun, masih boleh bercuti).

Kalau dulu makan nasi lemak di restoran Madam "wann" di Pavillion, sekarang makan nasi lemak bungkus digerai tepi jalan...sama sedap dengan nasi lemak Madam wann... (bersukurlah....kerana masih boleh membeli)

Kalau dulu menyarung baju jenama luar negara...menyendeng beg dengan menjaja jenama antarabangsa harga ribuan ringgit...sekarang... hanya melihat dibalik cermin dengan hati menggigit....

Punnnn bersyukurlah... bukan itu yang kita perlukan...
ada yang lebih penting untuk difikirkan.... bayaran rumah, kereta, letrik, air,  persekolahan anak-anak....perbelanjaan harian...

Cuma, jangan sampai kerana terlalu memikirkan semua ini, kita lupa diri kita, yang pernah wujud membawa bahagia, pernah hadir menceria rasa...
 kesihani diri sendiri dan kesihani mereka yang mengasihi... 
Jangan pula hilang kemewahan....hilang juga insan kesayangan..

Kita pun masing-masing ada masalah...kecil atau besar...itulah ujian Allah pada seseorang....mungkin kecil bagi orang itu tapi besar bagi orang lain.. ujian pula berbagai cara....hati kita saja yang harus kuat dan tabah untuk melaluinya...insya Allah...rezeki Allah tetap ada...
Yang penting, adalah sokongan dan pengertian insan yang kita sayang...

Bumi Allah maha luas....maka bertebaranlah engkau mencari rezeki apabila timbulnya mentari...


Terlalu panjang mukadimah saya ini...
OK saya nak cerita ni, pada suatu hari dibulan November... selepas berehat hanya beberapa jam selepas kerja syif malam...saya rancang nak kepasar untuk membeli barang basah, ikan, sayur2an dan lain-lain untuk keperluan seminggu....lagi pula waktu tu ibu ada dirumah... nda bagus juga kalau aisbox (peti ais) kami kosong...dan juga untuk memudahkan saya...
nda perlulah kepasar selalu... 

Suami bertugas out station, anak-anak pula tiada dirumah, saya nda kisah juga kalau pergi bersendirian...
Sebelum kepasar tu (gerai-gerai ikan dan sayur sebenarnya), saya sempat singgah ke hospital Queen untuk visit adik nadia yang baru bersalin...siap saya tapaukan nasi briyani dan kami makan sama-sama dikatil hospital...
selepas tu bergegas ke pasar, kerana sudah terdengar dentuman guruh dilangit.. kilat pun sambar menyambar.... saya pula waktu tu rasa macam tak sihat...dalam badan rasa panas sangat... tapi diluar badan rasa sejuk. 
isi2 badan terasa sakit....urat2 didalam  badan macam ditarik... tak pernah pula saya rasa mcm ni sebelum ni...
Tapi memikirkan, mungkin saya tak cukup rehat sebab saya baru habis keja syif malam paginya tu...saya teruskan saja...

Titik2 hujan mulai jatuh ketika saya sampai kegerai jualan ikan... 
waahhh.. banyaknya ikan-ikan yang segar membuatkan saya membeli banyak juga, ikan merah, ikan tenggiri, ikan kembung dan ikan kerisi...

Selepas tu saya berjalan digerai jualan sayur dan buah-buahan...maka ternampak lagi ubi kayu, saya fikir ada baiknya dibeli sebab ibu ada dirumah, dia suka makan ubi kayu, termasuk juga saya. 
Ternampak lagi buah langsat, saya tahu ianya juga kesukaan ibu, maka 2kilo langsat lagi yang saya angkat...
sayur-sayur juga menghijau segar... saya suka sangat melihatnya...dan tak lama tu beberapa jenis sayuran lagi yang saya gendung...
hujan tiba-tiba lebat, saya tak dapat menyimpan dulu barang yang lain sebelum membeli yang lain...maka saya angkatlah barang-barang yang agak berat juga sorang2, sambil mencari barang yang lain....
Hujan lebat sangat, seperti tidak mahu berhenti...saya redah saja hujan tu..
basah kuyup saya, memasukkan barang belian kebonet kereta...

Sampai dirumah, saya siang ikan, potong2 dan asingkan kedalam bekas untuk mudah mengeluarknnya ketika diperlukan...
Kepenatan yang amat sangat sudah mulai dirasai....
Diluar, ribut petir dan hujan masih lebat, disaat orang lain dibilik tidur bermalas-malas, tangan saya sibuk ikan dibilas....

Selesai semuanya, barulah saya berehat sebentar setelah menelan 2biji panadol.... bangun petang tu barulah rasa okey sedikit...

TETAPI, ketika saya bangun pagi esoknya....saya sangat panik apabila pengelihatan mata kanan saya terganggu dengan dot..dot yg banyak, 3tompokan hitam pekat dan seperti ada gel bergerak2 dalam mata. 
Saya kelip2kan mata.. buka dan tutup kelopak mata, namun "benda" tu tetap menganggu.
saya lihat dicermin, tetapi mata kelihatan seperti biasa. Tiada tanda merah, tiada tanda luka...kelihatan macam biasa!

 Sebenarnya apa yang saya lihat ini  jauh didalam anak mata...
Saya seolah-olah melihat movie 3D, gel yang bergerak-gerak tu seolah2 diluar mata dan boleh disentuh...tetapi sebenarnya tidak...ianya bergerak setiap kali saya mengerlip, 'diramaikan' lagi dengan dot..dot... dan 3tompokan hitam pekat yang sangat2 merimaskan... dan ianya benar-benar menganggu pengelihatan yang selama ini bersih! 
Namun mata saya tidaklah merasa sakit, cuma rasa
 pening kerana otak sudah confius menerima imej yang dihantar mata....

Macam anak kecil ketakutan, saya segera berlari memberitahu ibu apa yang saya rasai... ibu menyarankan saya membawa ke doktor pakar mata... 
Saya cuba tenangkan hati, ini kemungkinan ada jangkitan kuman dalam mata, titisan ubat dari doktor akan menyembuhkannya... 

Oleh kerana suami out station...saya tidak mahu merisaukannya... malah saya tidak memberitahu dulu apa yang saya rasai...
Masa tu pula yang lain tiada dirumah, cuba mesej adik masih belum berjawab.. saya kuatkan saja hati drive kereta sendiri ke klinik dengan pengelihatan yang terganggu. Syukur, saya sampai juga klinik yang ketika itu belum dibuka lagi....
Saya adalah orang nombor dua untuk berjumpa doktor, sebelum tu nurse yang buat pendaftaran tu bertanya apa masalah saya....saya pun explain apa yang saya lalui dan...oh ya....2/3 hari sebelum tu saya melihat beberapa kali sehari, kilatan cahaya ditepi kanan atas mata saya.
selepas tu nurse tu tanya, adakah saya mengangkat barang berat yang melebihi 10kilogrm?

Apabila nama saya dipanggil untuk berjumpa doktor, soalan itu juga pertama ditanya doktor?

""Ada angkat barang, berat lebih 10 kilo??"


Apa kaitan?? tangan yang mengangkat, mata yang tanggung akibat??

 Segera ingatan saya mengangkat, ikan2, sayur2, ubi kayu dan langsat. Agak-agak dalam 13kilo....memang berat tu untuk seorang aku.

Selepas tu mata saya diperiksa, tapi sebelum tu ubat dititiskan kemata untuk membesarkan anak mata agar doktor dapat melihat lebih jelas apa terjadi. selepas beberapa minit, anak mata akan kembang, dan ini akan membuatkan mata menjadi kabur, silau pada cahaya...

Doktor melekapkan kanta kemata dan melihat kedalam anak mata... lalu captured  image mata dilihatkan kepada saya, 3tompok hitam pekat dimata itu adalah RETINA MATA TERKOYAK!
juga dipanggil retina robek, retina terlepas atau retina putus... 
atau Retinal detachment.

Barang-barang berat yang saya angkat tu menekan lagi saraf mata dan 'membantu' retina saya terkoyak....oh NO....

 Dot dot kecil yang saya nampak itu adalah bintik2 darah.
 Floaters adalah bintik kecil bergerak atau gel atau seperti air yang terapung itu pula...adalah gel mata yang sudah terperangkap dalam retina mata.... gel itu masuk melalui koyakan dan akan berada disana untuk selama2nya... bahkan ini dapat dilihat walaupun mata tertutup.

Apa yang doktor perlu buat adalah memancarkan jaringan2 laser kepada koyakan itu, seperti menampalnya...agar koyakan tidak menjadi lebih teruk..
kerana jika koyakan yang teruk, ianya akan melepaskan retina mata dari kedudukannya dan ianya akan berada dititik buta!
Jika ini berlaku kita akan kehilangan pengelihatan untuk selama2nya... 
nauzubillahiminzalik!....

Retina mata terkoyak....apakah sebenarnya?...ia boleh berlaku kepada semua orang 30an keatas terutama yang punya saraf yang lemah... 
Gel yang sepatutnya melekatkan anak mata tu menjadi cair dan melepaskan  sedikit demi sedikit gengaman retina dari tempatnya...kilatan cahaya yang saya nampak yang juga di panggil flashes adalah apabila anak mata tetarik-tarik untuk jatuh, dan cuba memisahkan bagian retina mata dari lapisan luar mata.

Kalau ianya teruk, pembedahan akan dilakukan dan ini belum tentu dapat memulihkannya....dalam kes saya, nasib baik saya segera ke kelinik dan hanya pancaran laser dilakukan. Saya yang memang sedia takut bertambah2 takut waktu doktor beritahu nak buat pancaran laser tu...debaran jantung hanya Allah yang tahu. sedeh, sayu pun ada seorang diri... (disini barulah saya memaklumkan kepada suami apa yang berlaku kepada isterinya ini)

Sesudah beberapa titis lagi ubat dititikkan....saya pun diarah masuk kesebuah bilik yang digelapkan dan duduk menghadap mesen pancaran tu, kepala akan diikat pada mesen tu agar ianya tidak bergerak andai kita tiba-tiba meronta kesakitan...

Ya Allah, tidak putus doaku...agar aku kuat dan dipermudahkan melaluinya berseorangan.

Lebih kurang dalam 20minit pancaran laser dilepaskan kemata saya.... saya terlihat seperti sinar cahaya yang amat terang berwarna hijau putih bersilih ganti dan kadang bercampur2,  menusuk kemata....ada  rasa ngilu.. ada rasa takut yang amat....

Syukur Alhamdulillah, Allah memudahkan aku melaluinya....

Sesudah pancaran laser tu, dititiskan lagi ubat....pandangan masih kabur, mata sudah menjadi silau....doktor memberitahu yang pengelihatan akan pulih dalam setengah hari.... waktu tu baru pukul 10pagi...orang2 yang saya hubungi untuk minta diambil belum membalas lagi mesej yang dikirim. suami pula jauh, takkan pula dia dapat datang sesegeranya...

Tiba-tiba saya rasa sedeh...
yang amat sedeh...
gangguan penglihatan yang tiba-tiba, benar2 membuat saya rasa tertekan....bayangkan, tiba-tiba hanya dengan membuka mata dari tidur semua "benda2' terapung kelihatan mengganggu pandangan.....

2 jam saya duduk diklinik menunggu entah siapa? sebab mesej saya belum berbalas..
akhirnya saya bertawakal kepada Allah...saya pun drive pulang bersendirian....yang penting nampak jalan dan kereta....
perlahan saya memandu...cross jalan besar dan memasuki jalan dalam, menuju ke rumah..
 dengan hati yang pilu... dengan hati yang sayu....
rintik hujan mulai turun seperti turunnya airmata ku :(
















.




Tuesday, February 2, 2016

Kerana mata... ku lupakan Bandung

            



(Gambar dari Google)



                Assalamualaikum... salam bahagia untuk semua...semoga kita merasa damai dan tenang jiwa...walau apa pun yg kita lalui...dan walau dimana pun kita berada. 

Dah sebulan kita ditahun baru, saya nak ucap Selamat TAHUN BARU 2016.... moga tahun ini kehidupan kita menjadi lebih baik...diberi kesihatan yang baik...dimurahkan rezeki...diberi kebahagiaan...dan menjadi insan yang lebih baik...insya Allah..
Aamiiiiinnnn....


Lama juga saya nak up date blog ni... janji pada diri sendiri pun amat sukar untuk ditepati... jadi lebih baik saya tidak berjanji pada anda untuk rajin meng update konon blog ini....kerana sudahnya saya tinggalkan anda berbulan-bulan tanpa kabar berita...senyap tiada cerita.

Kalau boleh, nak tulis cerita gi melancung saja...tapi saya belum ada "bahan"...
Cuma pada bulan april tahun lepas merancang gi Bandung/Jakarta tapi belum berkesempatan untuk ditulis.



Saya terbeli tiket penerbangan ke Jakarta seterusnya akan melalui pengangkutan darat untuk ke Bandung....tujuannya apa lagi, menjejak kaki ke tanah jawa... lagipun orang kata Bandung, tempatnya agak sejuk dingin berbandingn tempat lain di Indonesia.
Ianya juga syurga beli belah untuk semua pelancong...apatah lagi dari Malaysia.

Harga tiket penerbangan RM850 return untuk 3orang Kota Kinabalu/Jakarta/Kota Kinabalu.. murahkan?....mungkin ada yg dapat lebih murah dari ini.... kan selalu harga tiket lebih dua orang klau dri KK dah ribu riban. Ni 3org punya harga beb..rm850 apa lgi...cepat saja terus beli...
Tempahan makanan dalam flight pun dibuat dan siap beli travel insuran...
Pergi untuk 5hari 4mlm...

Sejak dapat tiket tu, saya pun mula lah study tentang Jakarta Bandung.... 
Mula-mula tu kena cari hotel dulu... setelah puas cari sana sini thru google map dan Booking.com...hati berkenan dengan Sensa Hotel, Jln Cihempales Bandung... saya suka dgn hotel ni bukan saja sbb cantik dan memaparkan pemandangan di Bandung...hotel ini juga connecting dengan Cihampelas walk yang happening dimalam hari tu... 
kalau dekat dengan hotel ok la tu... jadi boleh kopi2 dan tak perlu naik kenderaan nak balik hotel.



 Sensa Hotel Bandung (Gambar dari Google)




Di Jakarta saya memilih untuk menginap di Novotel Hotel di Mangga Dua Square. Hotel ini berada dalam Mall  Mangga Dua ni..
kerana ianya berhampiran dengan mall.. mudah untuk berjalan..cari makan atau cari taxi utk kemana-mana...



(Dari Google)



Ok hotel dah dapat...now kita nak fikir pula pengangkutan apa yang nak kita gunakan setelah mendarat di  Bandara Seokarno Hatta untuk menuju ke Bandung... sama ada nak guna kereta sewa, bas atau nak naik keretapi... ada pro dan kontra.. 

Kalau nak naik bas terus ke Bandung, keluar dari aiport ringankan mulut bertanya kepada petugas dimana letak bas yang menuju ke Bandung..

Kereta sewa..kita boleh call mana2 yg di Jakarta atau di Bandung dan harganya tetap sama RM170...return...

Perjalanan mengambil masa 2/3 jam...dan boleh menjadi 4 atau 5jam kalau tersangkut dalam kesesakan teruk di jalan-jalan di Jakarta...
Beberapa orang agen kereta sewa ni dah cuba dihubungi...dan belum diputuskan nak ambi yg mana satu...


Keretapi pula ada jadual dan harga tiket tertentu...cuma klau terlepas train kita kena tunggu 2/3 jam utk next train.. perjalanan mengambil masa 3jam 10 minit.

Tiket train boleh dibeli ketika sampai distesyen Damri. untuk ke stesyen ni kenalah naik bas atau teksi dari airport. 
Tiket train juga boleh dibeli on-line

Juga belum diputuskan...yg mna ??
Nak guna kereta sewa atau nak naik train, atau bas??


Rancangan sudah diatur...hanya menunggu hari untuk pergi...



NAMUN....kita hanya merancang....
Rancangan Allah jua mengatasi segalanya....seminggu sebelum pergi... ayahanda tercinta di jemput pulang kesisi NYA... 

Tiada hiburan...tiada senyuman... tiada tawa...tiada music...tiada nyanyi berlagu dihatiku... sedih! Sangat sedih dgn kepergian ayahanda...

Saya tahu...bapa pun tak ingin saya bersedih selamanya....maka kepergian ke Jakarta/Bandung ditunda ke hujung tahun 2015... 

                              *
                              *
                              *
                              *


November 2015 - hidup di uji lagi....

Kisahnya bermula...ketika bangun pagi disuatu hari.. pengelihatan mata tak macam biasa...ada sesuatu menghalang pengelihatan...cuba kelip-kelipkan mata..
Gosok2...tutup dan buka kelopak mata namun benda tu tetap ada...
Dengan rasa bimbang dan takut cuba lihat dicermin tetapi anak mata kelihatannya seperti biasa...


Namun mengapa ada sesuatu yg menghalang pengelihatan? 
Ada tompok tompok hitam pekat dan dot dot kecil yang banyak dan seperti ada air bergenang yang menganggu pengelihatan...kembali melihat kecermin, memang tiada apa2 yang kelihatan..sepertinya benda-benda itu berada jauh didalam anak mata...

Saya jadi panik dan amat takut....hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan. 

Maka kerana mata ini, Bandung terpaksa saya lupakan....


Apakah sebenrnya yang berlaku???
Saya akan ceritakan di tulisan saya akan datang...

Doakan saja yang terbaik buat saya.....



.