Tuesday, April 8, 2014

PENGALAMAN BERCUTI KE HONGKONG Part 3 ( MACAU, Ladies Market dan apa ada di ASHLEY ROAD??)






Assalamualaikum....

Sebelum saya meneruskan perjalanan kami ke Macau, saya sambung sikit cerita malam ke 2 kami  di Hongkong yang tak habis saya ceritakan kat Part 2... ingat tak betapa terujanya saya  tatkala  terlihat tanda jalan Ashley Road ni ketika keluar dari subway.

 Saya tahu ianya ada disini. Saya dah study map Hongkong ni. Tetapi study map tu perjalanan semuanya bermula dari  hotel..tak sangka pula tiba-tiba Ashley Road depan mata.....
Yeeeyy...seenangnya dalam hati...

Apa ada disini??





Bersyukur amat sangat kerana saya tahu ianya berada disini..kerana kami datang tadi dari 1881 Heritage kat south...so berjalan sedikit menuju north.....tadaaaaa..
kami dah jumpa.....Restoran pertama kami masuk kat Hongkong...dan HALAL!!
Alaaa...restoran saja pun..ingatkan jumpa apakah???
Ya..mungkin ada yang terfikir begitu...heellloo bercuti itu, disamping jalan-jalan...mesti makan-makan...di negara yang sebegini bukan mudah mencari tempat yang semestinya HALAL dan boleh diterima tekak...

So, manalah  tak teruja jumpa restoran yang ini...sesekali nak merasa makan kat luar,  diluar negara!
Walaupun bukan makanan local Hongkong, yang penting ada makanan HALAL...Syukur Alhamdulilllah, mudahnya jalan-jalan kami....
Jom...kita ke Ebeneezer's kebab & Pizzeria.....Middle Estern & Indian Cuisine ..


Berada diantara deretan restoran antarabangsa, restoran ini berjaya menapakkan dirinya didalam kawasan majoriti penghuninya berbangsa China... 







Lihat tanda HALAL tu... 








Lagu-lagu dari CD Video  terpasang melalui TV kat atas ni




Ini menunya.... macam-macam ada makanan dari middle east, kebab-kebab, piza, spageti...indian cuisine, nasi briyani, roti..juga ada manisan (dessert)
Kami sangat lapar, selera melayu nak makan nasi juga..bukanlah nasi campur siap sambal belacan....mana ada semua tu...jadi kami bertiga memilih nasi briyani lamb, nasi briyani ayam dan nasi briyani ikan dengan tambahan Lamb salad....Wah! memang sedap!!

Nasi briyani yang sedap, salad lamb yang sedap, disudahi dengan manggo Lassi...
kami suka sangat-sangatlah restoran ni.... 






Saya makan nasi briyani ayam....sukalah!



Lamb salad memang sedap!..masih teringat hingga kehari ni....nak gi Hongkong lagi nak makan salad ni..boleh kah gitu??

Berapa kami bayar untuk makan malam kami ni??


Perlu diingat sekali lagi, apa pun bayaran dan harga yang tercatat dalam tulisan saya ini, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk...ianya hanyalah sebagai panduan kepada anda, berapa nak bajet untuk datang kesini andai nak makan kat luar..ok


Cuaca yang sejuk nyaman, persekitaran yang menyenangkan... 
harganya lebih kurang sama kalau makan kat secret recepi tempat kita.dan yang ni pula. siap dia pasang video lagu-lagu hindustan..sambil makan nasi briyani, sambil layan lagu Shah Rukh Khan...hahahaha... 
ok lah kan....





Berjalan menuju balik ke Hotel ada beberapa kedai yang masih buka, lalu termasuklah kami ke sebuah butik pakaian...sempatlah mencuba beberapa helai baju... memikirkan esok nak ke Macau dan baju yang sesuai untuk winter pun saya tak ada lagi...maka sengajalah dibeli  sehelai, berharga lebih kurang RM250....
Semasa dalam kedai ni, orang Malaysia yang kami nampak makan sama kat restoran tadi..pun masuk juga...suka hati doranglah kannn..

 Setelah urusan kami selesai disini kami pun keluar menuju balik ke hotel..
Penat yang melampau membuatkan saya dengan mudahnya lena....hangatlah mimpiku malam ni sehangat baju winter hasil rembatan dimalam kedua ku di Hongkong......

ZzZz......ZzZz....ZzZz...

*
*
*
Seawal kul 5 pagi saya dah bangun...mandi dan menunaikan kewajipan kita sebagai hamba NYA....setelah selesai semuanya, saya menyediakan bekalan seadanya untuk ke Macau, dibuatnya takda makanan halal kat situ....derita juga perut nak tunggu sampai petang balik ke Hongkong...so lebih baik bersedia...siap tanak nasi, tapau elok corned beef dan sambal udang...juga makanan ringan..keropok dan biskut...jangan lupa termos kecil berisi kopi panas...seronoknya nak 'piknik' kat Macau pula...

kira-kira pukul 6.50pagi kami sudah keluar dari hotel meredah kedinginan pagi musim dingin bumi Hongkong...terasa juga sejuknya...walaupun tak nampak matahari tapi disini, waktu ini sudah siang..lebih kurang sama saja masa sunrise dan sunset nya dengan bandar Kota Kinabalu..jadi, yang ni tak mengherankan lah kan..bagi kami...

Dengan konfiden yang tinggi dan dibaluti baju winter yang baru beli malam tadi heheh....kami berjalan menuju ke China Ferry Terminal untuk menaiki feri pukul 8 pagi,  Jalan ni takyah nak tengok-tengok map lagi dah.......senang saja...percayalah takkan sesat punya...
mana tak konfiden nya..kan semalam sudah disusuri jalan ini....aduyaiii..

Berjalan bersama-sama kami beberapa kumpulan, mungkin orang cina dari mainland, mengheret beg masing-masng menuju terminal sama nak ke Macau, mereka pergi penuh dengan harapan...agar balik kelak boleh jadi jutawan..haha..
sedang kami berkelana dari Kota Kinabalu sekadar ingin menjejakkan kaki ditanah Macau, alang-alang dah sampai Hongkong, hanya satu jam menyeberang lautan maka sekali kita akan dapat pegi satu lagi bahagian di negara China. so, jimat tiket kapal terbang kat situ.


Sebelum memasuki pintu imigresen...akan ada satu skrin besar pemberitahuan pintu dermaga mana satu kita nak pegi mengikut waktu dan tempat kita nak pegi.. macam bay/gate la tu kalau naik kapalterbang...yang ni dia panggil BERTH...
Kalau dah tahu berth nombor berapa, masuk pintu melalui agen Cotai Jet atau Turbo Jet ikut kita beli tiket dengan company yang mana.... dan didalam kita akan melalui imigresen...biasalah nak cam kawat lah tu...disini saya bertengkar sedikit dengan pegawai imigresen nya...kenapa?? biar saya saja yang tahu...hehehe







Terminal feri besar macam airport, awal pagi orang pun tak ramai lagi...















Feri ni agak besar...penumpang awal pagi ni hanya dalam sekitar 15 orang....so banyaklah tempat yang kosong....sangat-sangat selesa duduk dalam ni...tengok betapa luasnya..







Tepat kul 8 pagi feri ni bertolak menuju Macau...terujanya hati ku nak menjejakkan kaki ke Macau ni....perjalanan baik walau pun agak berombak tetapi taklah terasa sangat dan takda lah rasa mabuk pun...syukur Alhamdulillah...
Cuaca berkabus dan agak sejuk....tiada apa sangat kecuali lautan dan pulau-pulau kecil.. nak ambi gambar pun tak berapa jelas kerana hujan juga turun renyai-renyai.

Satu jam perjalanan taklah terasa lama, penumpang lain siap berdengkur lagi, tapi saya dan ichie menikmati perjalanan ini dengan mata terbuka...







Saya sempat masuk tandas dalam feri ni...sangat-sangat bersih...
Teringat tandas dalam feri Labuan/Menumbuk....aduuiii sangat kotor, air dilantai yang bertakung...ntah segala air bercampur kat lantai tu, air paip, air masin, air "buangan"..
sanggup rasanya ku 'menahan'...dari memasukinya!



Bismillahirramaanirrahim....ku jejakkan kaki ku ditanah Macau...yang juga digelar Las Vegas Asia...Bangunan hotel mencakar langit yang sudah pasti menyediakan Casino untuk mereka yang mencuba nasib dimeja perjudian...malah ada pusat judi ni yang dibuka 24jam!
Apa tak mewahnya tauke-taukenya mengaut keuntungan ini, sehingga boleh membina hotel dengan strukutur bangunan dan sudahan binaan yang mewah. 
Malah setiap Casino-casino yang besar di Macau ada menyediakan bas percuma dari terminal feri ke Casino...samaada nak pegi The Lisboa (bangunan mcm kipas tangan tu).. City Of Dream, Venetian, Wynn, Galaxy dll.



The Venetian -  itulah tujuan saya ke Macau! Bangunan yang dibina didalamnya berkonsepkan Venetian di Italy... Beberapa tahun dahulu tak ingatlah tu tahun berapa...ternampak kat TV on Discovery Channel kalu tak silap...melihat proses pembinaan bangunan Venetian Macau ni...bayangkan, ada bandar didalam bangunan siap ada sungai yang mengalir dan awan yang sentiasa membiru...betapa canggihnya. 
So, ini tempat pertama mesti pegi...kalau yang lain di Macau ni, tak dapat pegi saya sudah tak peduli yang penting, saya mesti jejak kaki dalam Venetian ni..sebab nak pegi Venetian Italy mungkin jauh lagi...
 jom, naik bas percuma mereka yang akan membawa kita kesana....










Di terminal feri ni ada menyediakan pondok-pondok setiap casino untuk bas percuma mereka...so, pilih mana bangunan nak pi dulu.....







Oh..patutlah tak ramai orang dalam feri tu pagi ni nak ke Macau, rupanya mereka baru nak balik ke Hongkong setelah melaburkan duit mereka kat sini..ramainya mereka yang mencuba nasib ni..pasti ada yang tersenyum dan sudah tentu ramai yang menangis dalam hati..

Setelah 20minit perjalanan dengan bas mewah ke Venetian ni, maka sampailah kami ketempat yang dituju...



Tengok, kat luar tak nampak apa sangat...tapi bila masuk kedalam...wow, inilah wajah dalam bangunan yang pernah ku lihat pembinaannya dalam Tv beberapa tahun lalu..tak sangka aku dah berada dalam ni...
Fuh! warna dinding dan segalanya wana keemasan...warna lambang kemewahan!









Saya tempekkan gambar ja lah ya.....
Layaannnnn....






Dah berlama-lama kat dalam ni..mesti rasa nak tengok tandasnya kan...ha tu dia kalau letak bilik air ni kat bangunan Centre Point Kota Kinabalu,  berapalah kita kena bayar nak masuk ni?
sedangkan disini ianya percuma....so berlama-lama lah juga kami dalam ni....



Wash Room at ground floor ni berada ditepi hall, berjalan menuju tandas di sebelah tempat meja-meja perjudian yang luas, sempat melihat warga yang asyik dan fokus pada nasibnya diatas meja...kasihan...
 pihak security disitu akan menahan orang yang difikirkannya dibawah umur lantas meminta ID untuk pengesahan...
so, budak=budak berdua tu cakap...hello uncle kami nak guna bilik air..bukan nak berjudi...

OK...sekarang saya nak pi 'bandar' dalam ni ,siap ada sungai mengalir....
tak tahu kat mana?? tanya jer kepada pekerjanya..walaupun bercakap seperti ayam dengan itik..akhirnya akan faham jua...english dia tak tahu, cakap cina kita tak tahu...hentam ja cakap melayu.
"uncle, dimana yang ada gondola tu??"
second floor, second floor....wah! faham pula dia...heheh

sampai tingkat yang dimaksudkan.....wowww....
sekali lagi aku tak percaya, yang aku sudah berada disini..titik jernih menitis dipipi, kerana apa yang saya lihat di TV, ada didepan mata.. deretan kedai, sungai yang mengalr, dengan awan yang sentiasa membiru, awan buatan!...betapa besarnya kuasa Allah meniup kepintaran di minda manusia agar dapat dizahirkan dan dikongsikan idea (idea buat bangunan....TIDAK UNTUK JUDI)

Kat dalam ni siap ada gondola lagi, tapi kami tak naik gondola tu kerana bisa gondol poket! hehehe...
takda lah.......berkayuh disungai ni saya tak berapa heran..tambahan sungai buatan...kerana pernah ku rentasi laut lepas,  berdayung berseorangan menuju lautan..boleh baca disini kalau nak tahu ceritanya...itu dulu, nakal seorang kanak-kanak. Gerun, bila memikirkannya kembali..

Kalau naik gondola tu, kita akan dibawa menyusuri sungai buatan dan pengayuh tu siap menyanyikan lagu untuk kita...















Saya tak tahu berapa bayaran dikenakan untuk menaiki gondola ini..jadi kami hanya berjalan memasuki kedai-kedai sini dan berdiri kat jambatan yang ada tu...
apabila nampak kami berdiri-diri ditepian tu, pengayuh gondola tu siap tanya kami dari mana.
dengan bangga menjawab 'from Malaysia'
dia balas balik "Malaysia truly Asiaaannnn" dgn lenggok lagu iklan tu..









Kami teruskan lagi 'pengembaraan' kami dalam ni..sehingga terjumpa food court..ada gerai HALAL pula tu...syukur Alhamdulillah..kami suka cuba makanan ni sebenarnya..tak tahu sedap kah tak?? dah nampak halal tu apa lagi jom order...












Tak yah fikir lama-lama...jom order kat Indian Spices ni..saya memilih nasi putih ngan udang masak lemak...yang lain makan nasi putih lauk masala  ayam dan nasi puth ngan ikan masak 'takka' ntah ka apa....dessert lain takda, makan lah roti naan cicah humus... minum manggo lassi. Syukur Alhamdulillah...














Terus terang....bagi saya makanan kat sini tak sedap sangat... menghidang pula dalam tapau polisterin...tempat bukan main gah dan mewah..apalah salahnya hidang dalam pinggan elok-elok..seperti yang dia tunjuk dalam gambar menunya.., pelancong dorang ni datang dari seluruh dunia..saya tak heran kalau kat gerai tepi jalan..tak pa lah..klau mkn nasi digerai di Malaysia dan duduk makan kat gerai tu pun dorang hidang dalam pinggan. lainlah kalau kita tapau nak bawa balik...

Walau apa pun, Syukur Alhamdulillah dengan rezeki ALLAH...dengan rezeki NYA mampu kesini dan menikmati segalanya....dah kenyang apa lagi...seterusnya kami nak ke Senado Square..klau nak naik bas kena berpatah balik ke terminal..dan dari terminal kita naik bas kepunyaan The Lisboa dan sambung jalan kaki ke Senado Square.




Kat Lobi Venetian ni dah sedia ada Teksi yang menanti pelanggan..


Tetapi kerana saya dah malas nak bertukar-tukar bas...kami naik teksi saja yang ada diluar pintu masuk Venetian ni...
Macau ini adalah gabungan pulau-pulau yang dihubungkan dengan jambatan...


The Grand Lisboa...dari kejauhan...






Macau Tower....tidak berhajat untuk menaikinya


Senado Square terletak dipulau yang satu lagi...perjalanan teksi mengambil masa dalam 25 minit... Teksi tu turunkan kami kat tepi jalan.."OK here, walk there..."  katanya sambil menunjuk kebelakang...terpinga-pinga juga kami..tanpa map, tanpa arah..lantas berjalan ja lah menuju kebelakang seperti yang dia tunjuk ngan tangan tadi...
Berjalan menuju kebelakang, nasib baik Macau ni ramai pelancong termasuk kami so..ikut ja arah ramai-ramai tu berjalan...dalam 15minit macam tu baru sampai Senado Square.. jauh juga driver teksi tu turunkan kami. Teksi HKD50
Melampau juga dia....ingat tadi turun tepi senado tu saja..ni dah penat dah berjalan...sampai Senado tu..apalah non hado...duduklah dulu ditepian tembok meredakan kelenguhan kaki..
dah sedap duduk tu macam malas pula nak berjalan mencari serpihan dinding gereja yang kononnya rosak akibat perang...tak jumpa pun takpe lah..
benar-benar dah sakit kaki ni.....masuk ajalah kekedai-kedai disekitarnya..
Tidak lagi berhajat untuk berada di Senado Square ni lama-lama....now hanya nak pegi ke Grand LIsboa..nak melihat dari dekat bangunan yang berbentuk kipas tangan tu..
maka menapaklah lagi kami...
aduuuiiiii...penat juga dan kaki rasa sangat lenguh..tetapi usaha mesti diteruskan..




Senado Square














Memang dah tak larat sangat nak berjalan... kami hanya duduk-duduk kat depan bangunan Grand Lisboa menikmati angin petang Macau sambil melihat-lihat bangunan sekeliling. Bosan menunggu lama kami nak balik ke terminal feri..klau nak naik bas FREE tu kena masuk kat Casino untuk ambil kopun barulah dibenarkan naik bas...konon-kononnya pi lah casino dorang tu...lucunya 
pegi salah satu meja yang sedang asyik masyuk didunia judi...minta kopun dengan pompuan yang bertugas tu kopun yang dimaksudkan..tapi dia tak faham..dia hulur pula mineral water...hahaha...hidup juga negara dorang, dan berjalan juga bisnes judinya walau tak tahu sepatah haram pun berbahasa Inggeris.
Akhirnya jumpa juga seorang yang tahu apa kami nak...lalu dapatlah 3 kopun untuk naik bas FREE....
Buat susah ja ambi kopun tadi...lama sangat tunggu bas sampai, akhirnya kami naik teksi juga ke terminal...bayarlah HKD50 lagi....biarlah kami menunggu diterminal feri saja dari berlama-lama dikawasan perjudian yang penuh dosa....

Pukul 5.30 feri kami pun bertolak balik ke Hongkong...tak tahu kenapa, saya tak ingin datang ketempat ini lagi....Good bye forever Macau.


Ini tiket one way Hongkong to Macau, jadi Macau to Hongkong HKD160X2..
so return ticket HKD320




Sampai hotel....dah rasa lapar..
kami dah ada nasi dan bekal yang dibawa ke Macau tak dimakan lagi kan?
so, apa lagi berhidanglah kami dan makan dengan penuh selera...

Selesai makan dan solat...pukul 8 malam kami dah berada di MTR stesen Tsim Sha Shui heading to Mongkok stesen nak pegi ke Ladies Market yang berada di Tung Choi Street.
Keluar ja dari exit Mongkok ni kami pun tak tahu nak ambil arah mana..tetapi ada beberapa kumpulan pelancong dari Semenanjung Malaysia..kami follow ja dorang..mudah!
dah sampai...










Tak ada apa sangat kat sini...rasanya lebih baik barang-barang yang dijual kat Petaling Street..saya cuma terkenang-kenang kan adik beradik dan anak buah di Malaysia, lalu dimalam ke3 berada disini, saya rembat lah 14 helai t-shirt yang  bercetak " I LOVE HONGKONG"




Pukul 10.30 malam kami dah kembali berada dibilik hotel...dengan kepenatan yang melampau...tak perlu tunggu lama..sekejap saja dah di alam mimpi


ZzZz...ZzZz.....ZzZz....





5 comments:

  1. Teringat kembali kisah lalu di macau
    Good bye forever macau? Dh x nk repeat ke heee

    ReplyDelete
  2. As salam JM.... tak nak repeat lgi Macau tu..cukup sekali..Hongkong bolehlaah berkali2 hehe....
    Pekaba?....kak janji nak bgi cenderahati...tak kirim2 lgi...brg dah ada dah..mungkin 2tahun lgi...hahaha...takde lah nnti nak bgi juga..tak peduli lambat atau cepat..(mmg lambat dah pun heheh..)

    ReplyDelete
  3. Kenapa tuan blog perlu melabelkan kumpulan pelancong yang seolah tidak senegara dengannya dalam ayat yang ditulis "tetapi ada beberapa kumpulan pelancong dari Semenanjung Malaysia"

    ReplyDelete
  4. Katakanlah ada 1 tempat saje untuk kita pergi di Macau... u rekemen tempat mana ye?

    Thanx in adavance...

    ReplyDelete
  5. aLiXaL....sorry lambat reply... ramadhan and raya...sibuk..tak sempat nak buka blog....
    ok..menjawab soalan kat Macau tu...kalau saya...pegilah Senado Square...kita boleh melihat bangunan lama peninggalan portugis...dan masih terlalu banayk kesan peninggalan Portugis kat situ...nama2 jalan...building...masih pengaruh portugis...yg seronoknya kita seperti berada di Portugal ditanah China

    ReplyDelete