Tuesday, May 14, 2013

PENGALAMAN BERCUTI KE SINGAPORE - Part 4 (selamat Tinggal...)



Selamat Tinggal Singapore.....



Assalamualaikum....


Hari ini adalah hari terakhir kami berada disini....kota Singapore..
Kami akan berangkat balik, menuju Johor Bahru pula, pada kira-kira pukul 0100 tghari nanti.

Kami telah berjanji dengan teksi JB yang menghantar kami masa datang kesini hari tu.  Berilah peluang kepada Teksi Malaysia...kesihan dorang,  semenjak ada penerbangan terus Kota Kinabalu  ke Singapore, atau dari mana-mana di Malaysia yang terus ke Singapore, pendapatan mereka agak merosot...so, jika ada kesempatan...gunakanlah perkhidmatan mereka.
Bayaran Teksi dari Lofi Inn ke JB masih sama seperti kami datang kesini iaitu RM165.00.

Sudah siap packing barang-barang jam menunjukkan pukul 0900 pagi...
Ada 4 jam sebelum janji dengan teksi JB tu...so, seperti yang dirancang hari terakhir ni kami hanya nak ke Mustafa Centre...tempat ni disebut-sebut oleh rakan blogger yang lain..apa ada disini??

Pada mulanya saya sarankan, masa balik dari Mustafa Centre baru nak check out, sebab apalah yang nak di shopping kan sangat...ya tak? 
Takkan 4jam tak cukup? nak hangkut apa pula???
Tapi kata Yus, manalah tahu terlambat, lebih baik check out dulu..maka kami pun sepakat check out....
Jangan risau, kita boleh simpan semua beg kita kat kaunter hostel ni... dorang OK ja...
Setelah bertanya kepada pompuan kat kaunter tu arah mana Mustafa Centre,maka kami pun mula lah menapak perlahan-lahan sambil melihat keliling....kawasan Litlle India adalah sederhana...tak sibuk...
Hostel Lofi Inn juga OK....kalau datang kesini lagi..mungkin saya akan stay disini juga...
Pekerja Kaunternya sangat baik, membantu dan sabar dengan kerenah tetamunya...





Kami perlahan-lahan menapak menuju ke Mustafa Centre..





Dalam 10 ke 15 minit berjalan kaki, maka sampailah kami ke Mustafa Centre... Lihat tu tepian jalan dalam penyelenggaraan....
Mustafa Centre adalah Mall kecil, seperti Mydin kat Jalan  Masjid India tu...kedai ni buka 24jam...
Ianya bangunan yang terpisah oleh jalan..tetapi rasanya ada lantai menghubung keduanya diatas...(tak sempat perati)...bila kami berjalan menujunya, ada dua pintu masuk, pintu kiri dipisahkan oleh jalan dengan pintu kanan....kerana terbiasa mengikut kaki melangkah kesebelah kanan, kami pun mengambil pintu kanan....apa boleh buat dah ditakdirkan..
Wah!....3 langkah nak masuk pintu, semerbak haruman terhidu, ini bukan babak wayang Harum Sundal Malam ya.
Bagai ada magnet kaki mau terseret kesitu...tetapi tiba-tiba Yus menunjuk isyarat, sejak bila pula dia belajar bahasa isyarat ni?
alaaa...bahasa isyarat menyuap kemulut...budak kecil pun tahu...
OOhhh!.....baru teringat kami belum bersarapan pagi...




Kami pun patah balik ke sebuah kedai mamak diseberang jalan Mustafa...
Jadi, bersabarlah Mustafa menunggu kehadiran kami...apa pun perut kena isi dulu...
Kami pun order lah makanan...
Sambil makan. mata ku melekat ke pintu Mustafa dibelakang tu....
bagai dipukau, haruman itu memanggil ku...
Ah! sudah!...melampau ni....



Tengok, dibelakang tu Mustafa, kedai mamak ni hanya seberang jalan...senang cari makan kat sini..ada lagi beberapa kedai mamak yang kami nampak disekitar perjalanan kami dari Lofi Inn tadi...




Kami bertiga makan set roti canai macam ni... dan nasi briyani tu pula Yus yang makan... okeylah (sangat Ok) mengisi perut...Syukur Alhamdulillah.. makan yang ni dalam 15 atau 17 SGD dah tak ingat sgt...hampir-hampir RM40 lah tu....



Perut dah kenyang, mari kita mulakan operasi...
Masuk pintu kanan Mustafa ni (kan tadi dah kata dah di Takdirkan)...
Wah! berderet di rak, perfume original jenama antarabangsa disebelah kanan dan dihujung sebelah kiri yang tak ori..
Yang ori macam-macam ada Elizabeth Arden, CK, Britney Spears, Kate Moss. Victoria Secret, Davidoff, David Beckham, DKNY, Bvlgari....dan banyak lagi..
Begitu mudah untuk mencuba hidu, sebab takde yang menjaganya...test bottle terletak begitu saja, spray lah kat mana-mana...tak macam kat Malaysia ianya diletak dirak yang dikunci, kalau nak cuba hidu, dispray lah kat paper...hidu yang tu lah dulu memanjang...
Disini, kami heran, mamak yang lalu dari pintu depan....chhiiitttt (bunyi spray).. lalu keluar sangat wangi dari pintu belakang!

Apa lagi saya pun spray kat hujung lengan, mencari bau yang berkenan dihati, pancit sana, pancit sini...pegi rak sana, pegi rak sini....membanding dan mencari bau yang sedap dengan harga yang lebih murah...akhirnya bau bercampur, saya pun sudah konfius, 
Kembali lagi ke rak yang mula-mula..aduhh spray semula...dan seterusnya..
Sambil spray, sambil membanding harga di Malaysia...
Bayangkan Elizabeth Arden tu 2 botol..SGD44...maknanya harga sebotol hanya RM55. 

Tak perlulah saya banyak cerita...inilah tangkapan saya dalam gambar dibawah, setelah "berhempas pulas berperang" dengan bau-bauan....





Inilah harga yang dibayar dari hasil yang didapati tadi...silalah darab ke 2.5
(aduuiii baru suami ku nak puji, baiknya aku ni tak bershopping...sudahnya, ni angkara sapa pula ni???)






(Ini pula hasil keseluruhan "tangkapan" kami anak beranak...yang ni resitnya tak berani nak tunjuk...)



OK.....dalam tak sedar kami berada dikawasan Yang harum mewangi tu rupanya hampir 3jam,  ibunda juga jangan dilupa, maka mencari lagi...ibu pesan, nak minyak juga...tapi bukan minyak wangi tapi minyak gosok panas untuk lenguh-lenguh badan...jadi jumpa lah juga...

Sudah-sudah lah tu...balik kembali ke Lofi Inn...menunggu teksi disana...
Direstoran kat bawah tu, kami basahkan tekak dulu ...tapi tak lama minum,
jam 12.55 En. Mohd Fauzi dah ada diluar pintu...dia menolak bila diajak minum..kami pun dengan tergesa gesa membayar dan lepas tu mengambil beg-beg pakaian dan mengucapkan Selamat tinggal pada pekerja kaunter Lofi Inn tu...

Teksi mula bergerak dalam pukul 0105 ptg....Trafik berjalan lancar....walaupun tengah hari...
dan kami sampai ke Woodlands Check point Singapore pukul 0140ptg...
ketika hendak cross jambatan menuju Malaysia saya masih sempat menoleh kebelakang dan membisikkan dihati..
Selamat Tinggal Singapore...kalau ada  kesempatan dan rezeki aku datang lagi...
In Sya ALLAH...


Tak sampai 10 minit menyeberangi jambatan tu kita dah berada di Malaysia... Syukur Alhamdulillah..sampai ke negara sendiri, hujan emas di negara orang....hujan emas juga dinegara kita....cuma, tiada salahnya bercuti sesekali keluar negara (terdekat)..
Khuatir juga nak pegi sebenarnya..kerana Suami tiada bersama...saat-saat akhir dia ada mesyuarat penting yang perlu dhadiri. Ini adalah percutian pertama saya tanpa Suami tak kira dalam atau luar negera!  
Nasib baik anak-anak dah boleh diharap... Alhamdulillah ianya berjalan dengan sempurna.

Kami dah sampai JB...saya minta En Fauzi menghantar kami ke Grand Bluewave Hotel. kami akan menginap disini untuk dua malam...percutian disambung lagi disini....
Tapi sampai kesini ianya dah tak merisaukan saya lagi kerana Suami akan join kami petang ni...so segala-galanya, hand over to hubby...hehehe (selamat aku)



Ini adalah lobi Grand Bluewave Hotel...kalau nak bandingkan dengan lobi Lofi Inn di Singapore memang tersangat-sangat jauh dan luasnya lobi Grand Bluewave ini...






Kami  ambil 2 bilik Connecting room...yang dihubungkan dengan ruang tamu yang ada dining table dan kitchen.....bilik sebesar ini, untuk 2 malam sama harga dengan Lofi Inn Singapore juga untuk 2malam... sila rujuk kat post saya "pengalaman bercuti Ke singapore Part 1"...
Satu  bintang hotel di Singapore adalah sama bayaran dengan 4/5 bintang hotel kat Malaysia..inilah saya katakan hujan emas dinegara orang, lagilah hujan emas dinegara kita...







Selepas masuk bilik, solat dan merehatkan diri sebentar... sambil menunggu Suami yang masih dalam perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur...
saya merancang nak bawa budak-budak ni ke mall yang terdekat...
tanya kat kaunter dan dia cadangkan ke City Square JB..kami menunggu teksi diluar lobi hotel ni...dalam 10minit menunggu teksi pun muncul...
dengan drivernya sibuk menjawab hand phone, dengan tempat duduk belakang bersepah news paper yang tak dikemaskan...masuk dalam teksi hangat semacam, ada aircond pun didepan saja, ditempat driver...perjalanan tak sampai 15minit kami dah tahu 10 cerita...
Masa ni demam nak pilihanraya... tahu-tahulah apa tajuk ceritanya...memuja yang baik baginya dan mengutuk yang tidak disukainya...
kami anak beranak terdiam...tak tahu nak jawab apa....oh Malaysia ku!
Nasib baik dah tiba kat mall....cepat! cepat! selamatkan diri....


Kami hanya berjalan-jalan dalam mall ni, dah tak tahu nak kemana...dalam 2 jam baru suami sampai dari KL...
sempatlah juga minum petang kat sini..oh ya kan kami tak makan tengah hari lagi, so makanlah...
kami masuklah satu restoran ayam penyet...makan nasi yang set ayam lah tu... lapar tak sempat nak tangkap gambar, teringat hanya setelah sup ni tinggal separuh..



(Sup ekor kah tu...Yus makan ni)


Selepas makan kami sempat berkeliling dalam mall ni....sama aja dengan mall lain di Malysia kan?...takde apa yang nak beli sangat...
Pukul 05.30ptg suami call,  dia dah ada berdekatan dengan mall tu, so kami pun keluar ditempat yang mudah baginya nak ambi kami...berpusing juga dia dengan kereta kat luar tu, maklum lah kita bukan biasa tempat orang..so macam-macam bangunan bersebelahan yang saya sebutkan kat hampir pintu masuk tu....akhirnya jumpa juga..
Dah jumpa suami barulah terasa lapang yang amat sangat....tak lagi risau, tak lagi khuatir, kerana "menteri kewangan" dah sampai...hehehehe

Balik hotel dan berehat sebentar...
baru juga rasanya lepas makan, suami ajak kami makan...katanya ini untuk makan malam...so kami pun survey kat internet nak cari restoran seafood pula...
Jumpa kat Stulang laut..dah lupa nama restoran nya...dalam dah kenyang minum, ops! makan petang....selera lagi untuk makan malam.. siapakah yang menolak jika semua ini dah terhidang diatas meja...jom nikmatinya...












Bila digabungkan kesemuanya...inilah hidangan yang kami hadap ini...memang sedap!
Licin....seolah-olah belum ada minum petang tadi....
Syukur Alhamdulillah...lebih bersyukur kerana dah ada "menteri kewangan" yang bayar.. hehehehe...
Harga kesemuanya lebih murah berbanding makan burger kat  dalam USS hari tu..
"hujan emas dinegara orang, hujan emas juga dinegara sendiri...."

Cukup-cukup sudah.... makan tu...jom balik hotel berehat...esok ada misi lagi mahu diselesaikan...kemana??

Ya nantikan....post seterusnya..

Pengalaman Bercuti ke Johor Part 1  (Legoland)





No comments:

Post a Comment