Assalamualaikum....
Hari terakhir di Johor Bahru...kami akan check-out dari Hotel Grand Bluewave pagi ini, tapi sebelum tu seperti biasa perut kena diisi dulu..
Kemana kah lagi, kalau bukan kat hotel ni juga....dah sarapan pagi disediakan, takkan tak nak pegi pula.
Risau juga ni, mentang-mentang bercuti. makan dan makan, dan makan lagi ....
isyy..takkan nak 'menyiksakan' diri sendiri lagi..
Insaf juga setelah beberapa hari asyik makan tanpa memikirkan berapa kalori yang telah diambil...sedar diri juga, namun hanya setelah makanan berada didalam perut..
Namun keinsafan itu hanya sementara...bila makanan didepan mata, lupa janji-janji pada diri sendiri....
Oat yang dibekal dari Kota Kinabalu tersimpan rapi didalam beg....
Sempat pula berbisik sendiri,"takpe, ini hari terakhir...esok no more!"
Nikmatilah dulu percutian ini.....takkan dikala yang lain makan sedap-sedap, saya pula hanya meminum oat!
Aduh, tak sangup....esok sajalah kita mulakan diet kita.. (kalau.....)
So, hari ini jom kita bersarapan dulu.....
(Hidangan sarapan pagi mereka....)
(Hidangan sarapan saya pula, macam biasa timur dan barat menyatu didalam pinggan)
*
*
*
*
*
*
Setelah bersarapan pagi perut sudah di isi, dengan senang hati kami pun berangkat pergi, tambah senang hati kerana Suami membawa kami ke Johor Premium Outlet (JPO).. yang terletak di Kulaijaya dan tak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan...jalan balik menuju Kuala Lumpur.
Seperti yang saya katakan pada post sebelumnya...kalau melancong ke Singapore, singgahilah juga Johor kerana disana kita ada LEGOLAND....alang-alang dah di Johor ni, sekalikan lah dengan pegi ke JPO. Malah ada ajen-ajen pelancongan menawarkan percutian Hotel kat JB + USS + Legoland + JPO...memang ada yg boleh bajet...
Suami memandu dengan hemah, menuju destinasi...(terasa si dia memandu lebih berhemah dari ku...syyyyy!!!)
Lebih kurang setengah jam kami pun sampai JPO...kelihatan tak banyak kereta pagi ini, jadi mudahlah bagi kami untuk memarkir kereta kami....mungkin hari masih awal, atau hari biasa memang tak ramai orang...
JPO ialah deretan butik-butik berjenama seperti, COACH, BURBERRY, FOSSIL, LACOSTE, BONIA, GUESS, DKNY, la SENZA, TIMBERLAND, ADIDAS, NIKE, PUMA... dan ntah apa lagi, dah tak ingat...
Saya memang agak teruja masuk kesini..orang pompuan lah kan, "andai" tak beli pun tengok-tengok jer pun dah ok...
Sebelum keluar kereta, Suami sempat pula bersalaman dengan saya...kenapakah pula??
Ohh....bukan salam kosong yah...dalam salam itu ada "tanda" kasih sayang seorang Suami...
beberapa helai RM terselit sama...itu adalah cara Suami "menghulur"
Syukur Alhamdulillah...Terima Kasih Hubby!
Dia memang bukan kaki shopping, dan tak suka kehulu kehilir masuk keluar kedai... namun temankan juga lah si isteri ni...
Saya pun memulakan operasi, masuk dari satu kedai kesatu kedai....sehingga terlupa nak tangkap gambar deretan kedai-kedai kat sana tu...
masuk, tengok harga, keluar....itulah yang saya lakukan...tak semua kedai saya masuk,saya hanya akan masuk kedai yang saya sukai.... mcm kedai sukan memang tak masuk, sebab takde rasa nak beli baju sukan pun...
dah setengah jam tak beli apa pun lagi....
Memang ada barang yang diskaun sehingga 50-70%...tetapi belum juga ada yang berkenan..
hand beg, baju-baju, barangan kosmetik dan kasut..semua ada dari pelbagai jenama..
tetapi yang mana jenama yang saya sukai, menjual bukan barangan terbaru...
Dah hampir satu jam, tangan saya masih kosong!
Kadang terfikir, kasut, beg, baju dah ada....malah ada yang baru diguna sekali dan masih baru......membazir pula membeli lagi...
Namun ada "bisikan" belilah....
bila terpandang beg GUESS yang boleh memasukkan lap-top keci, TAB, hand phone...dan juga boleh dibawa berkursus....boleh masuk segala file dan segala kertas....
belilah juga...lagi pun ada diskaun 50%.. jadi tak lah membazir sangat...
Untuk Suami tak dilupai... saya membeli sehelai kemeja BONIA untuknya
(masa beli ni, dia gi bilik air)....
dan juga sebuah hand beg untuk anak..
(inilah hasil yg diperolehi....)
Makanya....RM yang dihulurkan Suami tadi masih banyak berbaki....hehehehe...
Saya memang suka pergi ke Shopping Mall kat mana-mana pun, tapi tak semestinya membeli... kadang-kadang tu beli juga barangan berjenama...tetapi takkan nak beli selalu....
dan juga tak semestinya barangan tak berjenama tak bagus....
Jangan membazir !!
Ini adalah pengalaman dan perasaan saya disini, taklah dapat dijadikan panduan kepada yang memang nak bershopping kat sini... tidak dapat saya tuliskan detail barang-barang dan harga kerana saya tidak menelitinya....
Datanglah sendiri....dan rembatlah yang benar-benar disukai... kalau tak cukup duit, jangan risau mesen ATM juga disediakan.....rasa-rasa nak keluarkan duit yang banyak dari mesen jangan takut pondok polis pun ada...
Kalau dah terasa lapar, ada food court ber aircond, boleh makan dengan selesa..
Kami tak makan disini kerana perut masih kenyang buffet bekfas kat hotel pagi tadi..
kami memulakan perjalanan kami menuju ke Kuala Lumpur...
Masih sempat di bisikkan didalam hati...
"Selamat tinggal Johor, lain kali saya datang lagi"....
Pada pukul 2.50 ptg kami singgah di R&R Machap untuk Solat dan makan tengah hari...
selesai segalanya kami teruskan perjalanan...trafik menuju Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.
Syukur Alhamdulillah, kami sampai rumah di Cheras
jam 7.30 malam....walau pun penat tetapi sungguh rasa puas dan seronok, dari Singapore, Johor....dan saya akan menghabiskan cuti 5 hari lagi disini sebelum balik ke Kota Kinabalu...
Apakah pula cerita saya di Kuala Lumpur ???
No comments:
Post a Comment