Selama berada di Kuala Lumpur hari tu, berkesempatanlah juga mengunjungi Pesta Buku yang berlangsung di PWTC...
Sejak di Kota Kinabalu lagi, sebelum bercuti ke Singapore dan Johor, pesta buku ini sudah ada dalam senarai untuk dikunjungi, Ada beberapa buku baru dari penulis yang diminati sudah disenaraikan untuk dibeli...
Keluar saja dari pintu LRT menuju PWTC, berduyun-duyun orang ramai menuju kearah yang sama... kami mahu pergi pesta.!
Pesta ini bukan hanya untuk muda-mudi, tua, kanak-kanak malah ada bayi yang dibawa bersama.....
Dipintu masuk PWTC sudah nampak tersangatlah ramainya orang...
masuk saja tak tahu mana booth permulaan, kerana dah tak nampak dilitupi kelibat orang dan nak bergerak kegerai berikutnya lagilah susah kerana lorong berjalan sudah menjadi sesak...dan perjalanan tersekat! Walaupun begitu digagahi juga menerjah halangan..
kalau nak bersantai-santai nak tengok-tengok buku, baca sikit. baru nak beli...memang takde nya laahhh.....
Semua gerai dipenuhi orang, sesak! nak hulur tangan nak capai buku pun payah...
Takkan dapat untuk pergi dari satu booth kesatu booth dalam kadaan begitu...saya pun sudah rimas..tetapi ada beberapa buku mesti saya cari. inilah kesempatan yang ada, dan tak ingin saya lepaskan...tetapi dengan kesesakan ini memang akan mengambil masa untuk mencari buku-buku tersebut kerana bukan dari penerbitan yang sama...
Caranya, saya minta anak-anak saya setiap seorang, pergi ke booth yang saya sebutkan dan cari buku yang saya inginkan..dan saya pula akan mencari satu lagi buku hasil dari penulis yang saya minati...
Saya sampai kegerai yag menerbitkan buku yang ingin saya cari, gerainya ditemui, melilau mata saya mencari tajuk buku yang saya ingin kan itu tetapi buku tersebut tak saya temui..
saya pun bertanya kat budak lelaki yang menjaga tu, katanya "cuba kak tanya dengan kakak tu" sambil memuncungkan mulut menunjukkan kearah seorang perempuan yang turut menjaga disitu..
Saya pun dalam kepayahan 'menentang arus' langkah orang ramai pergi keperempuan tu..dan memberikan tajuk buku yang dicari...
katanya, "cuba kak tengok disana" juga sambil memuncungkan mulut kearah tumpukan buku-buku yang banyak....melilau lagi mata, bagai nak terkeluar...".scan" tajuk-tajuk buku yang ada, pun takde juga....aduh tak boleh jadi ni...bertanya lagi dengan yang lain, ada tak buku yang ni..
"cuba kak tanya kakak tu"...sekali lagi?? Oh tidak!!
Takpe lah, lupakan aja dulu, memang bukan rezeki saya, eemmm ...rezeki buku tu untuk dibeli hari ni.
Anak-anak pun hilang didalam kesesakan orang ramai, kesihan dorang pun mungkin sedang mencari-cari buku yang mama dorang nak....namun bila saya call dorang, dengan mudah pula menemui buku yang saya maksudkan....saya pun suruh dorang datang disatu sudut tempat tu, dan kami menuju ke kaunter bayaran untuk bayar segera buku yang ada kerana dah tak tahan berlama-lama didalam tu, semput jadinya...memang tersangat ramai orang!!
Wah! 95% orang melayu yang hadir dipesta itu. Saya suka tengok orang-orang kita berada dipesta yang mendatangkan faedah seperti itu...sehingga ada yang sanggup menggendong bayi, dan bayi ni pula menangis dengan kuat, mungkin kerana kepanasan...
hawa dingin dewan pun sudah tak terasa dingin nya...kerana tidak tertampung ramainya "panas' tubuh mereka yang datang...
Kami memang tak tahan untuk berlama-lama disitu...tidak mengapalah...akan dicari saja buku-buku yang lain itu nanti dikedai-kedai buku..
Gambar dibawah, adalah beberapa buku yang sempat dibeli...
buku yang tidak dapat saya temui itu adalah buku "Anekdot Madinah" tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, Suami kepada Puan Roza Roslan yang menulis buku "Aroma Antara Benua" tu... Hasil tulisan suami isteri ini memang saya minati...
Cadang tu , selepas PWTC nak pegi KLCC...tapi dah tak jadi pegi hari ni....
Esoknya kebetulan ada urusan hendak dibereskan, maka sempatlah singgah ke KLCC...tahukah kenapa saya nak kesana..jom tengok gambar kat bawah ni...
Ini adalah salah sebuah gerai kat food court di KLCC, yang saya suka sangat nasi briyani kambingnya...percaya tak saya tak makan kambing...tetapi saya boleh pula makan nasi briyani yang hanya berkuahkan kari kambing itu...Suami harus "disalahkan" dalam hal ini kerana dia yang "mengajar' saya makan sesuatu yang dulunya saya tak makan...hehehe..
but still, kambing tak boleh nak makan...heran, kuahnya laju ja masuk tekak jika dikombinasikan dengan nasi briyani ditambah kari kacang kuda....nyaaaam nyaaamm...
Saya hanya akan memakan nasinya, sesiapa yang bersama saya pada ketika itu akan menjadi "mangsa" untuk menghabiskan daging kambing dalam pinggan tu...
Nasi briyani yang hanya berkuahkan dari kari kambing dimakan dengan kari kacang kuda memang menjilat jari.... Syukur Alhamdulillah !!
No comments:
Post a Comment