Assalamualaikum.....
Bangun pagi 25hb April 2013 Bandar Johor Bahru, basah disiram hujan gerimis....
Dari jendela kamar tingkat 12 Grand Bluewave hotel, bandar Johor Bahru samar menyambut pagi ku...
Dari jendela kamar tingkat 12 Grand Bluewave hotel, bandar Johor Bahru samar menyambut pagi ku...
Bangun pagi ni terasa lapar lagi? aduh... kan malam tadi dah makan, macam makanan kat kenduri...
En. Suami bilang, tak mengapa ini kan bercuti..".bercuti itu adalah makan-makan"
tak boleh...bahaya ni..
tak boleh...bahaya ni..
Apabila semua orang dah siap, kami pun pergilah bersarapan kat hotel ni juga... menginap disini sekali dengan sarapan pagi...faham-fahamlah kalau dah buffet bekfas kat hotel, macam-macam ada...western, local or chinese food semua ada... pilihlah yang mana kecurkan liur...atau nak makan semua jenis pun boleh...cuma sendiri kena ingatlah!
Saya tak berkesempatan mengambil gambar makanan semua orang...hanya teringat ambil makanan sendiri, itu pun macam tak nak sempat-sempat, sebab lapar!
Saya berjanji dihari terakhir disini, sarapan pagi esuk saya akan snap gambar makanan yang lain....
(ini kombinasi makanan, sarapan pagi saya..western dan local bertemu didalam pinggan)
Selesai bersarapan, kira-kira pukul 10 pagi, kami pun mulakan perjalanan menuju ke destinasi kami pagi ini....LEGOLAND.
Percutian di sini mudah sedikit kerana suami datang kesini dengan membawa kereta dari Kuala Lumpur....so masa bergerak tu kami tentukan sendiri..dan berpandukan GPS kami mula menuju ke Nusajaya, dimana terletaknya Legoland...
Dalam pukul 1030pagi kami sampai di car park legoland....kami meletak kereta dengan begitu mudah dan sangat hampir dengan pintu masuk..kereta lain pun tak banyak waktu tu, sudah tentu orang pun tak ramai...
Tepat seperti yang dijangka...sama juga ketika kami pergi ke USS 2hari lepas..laluan kami begitu mudah! ini kerana percutian kami ni dirancang bukan musim cuti sekolah samaada di Singapore atau Malaysia. Saya difahamkan kalau masa-masa cuti sekolah atau dihujung minggu, orang ramai datang dan ada yang memarkir kereta jauh dan terpaksa berjalan kaki jauh juga dari pintu masuk...jadi hari ini kami sangat-sangat beruntung...
Oh ya, tiket untuk Legoland ini kita boleh beli sama ada dikaunter Legoland itu sendiri dihari kita sampai disana, tapi ini berisiko sedikit...terutama kalau waktu hujung minggu atau cuti sekolah...dikhuatiri tiket ini akan SOLD OUT!
Ada baiknya membeli melalui internet, dan lebih baik membeli seminggu lebih awal, tidak kurang dari 7 hari sebelum datang, kerana ianya ada 20% diskaun...dengan diskaun kita akan dapat harga tiket hanya RM112.00 seorang, berbanding biasa RM140.00.
Oh ya, tiket untuk Legoland ini kita boleh beli sama ada dikaunter Legoland itu sendiri dihari kita sampai disana, tapi ini berisiko sedikit...terutama kalau waktu hujung minggu atau cuti sekolah...dikhuatiri tiket ini akan SOLD OUT!
Ada baiknya membeli melalui internet, dan lebih baik membeli seminggu lebih awal, tidak kurang dari 7 hari sebelum datang, kerana ianya ada 20% diskaun...dengan diskaun kita akan dapat harga tiket hanya RM112.00 seorang, berbanding biasa RM140.00.
Apabila tiket dah ada dalam tangan so kita mulakan "kembara' kita di Legoland....
Ops!...apa pula ni mcm kedai runcit ni?? ini adalah salah satu kedai yang menjual apa yang sepatutnya kita perlukan...Pesanan saya, terutama untuk kaum wanita ...beli lah payung sebelum masuk, kerana didalam ini, sangat-sangat panas dengan angin yang takde nak bertiup. Kalau tak berkesempatan nak beli kat luar ni, kat dalam pun ada dengan logo Legoland lagi...tapi agak mahal lah.....so, tepuk dada tanya selera!
Ha, ini yang saya maksudkan tujuan payung tadi lihat, sinaran matahari hangat membahang..dari satu bahagian kesatu bahagian kita kena berjalan dibawah terik mentari.. dan kalau hujan pula payung ni juga penyelamat keadaan...
Lepas ja pintu masuk, kita akan nampak encik yang gambar kat atas tu sedang
bawa "mangkuk" tu,maknanya kita berdekatan dengan bilik air...ha apa lagi, buang apa yang patut dan segarkanlah muka..
Memasuki tempat ni, kanak-kanak terutamanya pasti sangat-sangat menyukai tempat ini, segalanya dibuat dari kiub lego dengan penuh warna-warni....
so, sambil sejukkan badan bolehlah bermain....
Setelah peluh kering dan puas bermain kat dalam ni, kami pun keluar untuk meneroka lagi kebahagaian lain kat Legoland ni...
Berhenti seketika menghilangkan haus tekak, pekenalah chocolate icecream kegemaran Encik Suami....saya tumpang sesudu dua ja...
Kami teruskan "perjalanan..."
Namun biarlah gamba-gambar yang menceritakannya....layaannn..
Perut dah laparlah...jom kita cari tempat makan...
jangan risau kat sini, disediakan beberapa restoran yang menyediakan pelbagai hidangan yang memenuhi citarasa...pilihlah mana nak pegi...
kami pula??
Hari ini selera kami agak mafia...ops! italia laaahh...so, kami sepakat makan kat Pizza Mania
Kalau dah namanya Pizza, sudah pasti hidangannya Piza...
Gambar bawah ni lah PIZZA MANIA tu..kami makan dengan sangat-sangat selesa...
orang tak ramai...dan boleh pilih-pilih meja mana nak duduk...
makanan pun datang dengan SEGERA!
itulah kebaikannya kalau datang masa bukan hujung minggu atau masa bukan cuti-cuti sekolah...
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki ALLAH..
rezeki sampai USS dan Legoland, rezeki pula menikmati hidangan ini disisi Suami dan anak-anak....Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah, dah kenyang kita teruskan lagi "penerokaan" kita di Legoland...
kita sudahi perjalanan ini, melawat ke Miniland "Brunei, Singapore, Putrajaya, KL, JB, Myanmar, China, Indonesia, Port Tanjung Pelepas, dll negara yang tak tersebutkan....
Gambar yang ada pun hanya beberapa yang sempat diambil...
Disini ada beberapa surau disediakan untuk kemudahan kita...lihat saja map/peta yang ada, ianya begitu mudah untuk kita menunaikan tanggung jawab kita...
Ada diantara surau tu diluarnya ada kiub lego Puan dengan anaknya ni...kalau jumpa ni, suraulah tu....(surau perempuan)
Ada satu saja kekurangannya kalau pergi masa bukan hujung minggu, tempat ni akan tutup pukul 6 petang dan kita tidak dapat menikmati ketika Miniland disimbahi lampu warna warni dimalam hari...
Tak mengapalah, mungkin lain kali boleh pergi lagi....
Tempat ni sangat-sangat sesuai untuk kanak-kanak...dengan warna-warna yang ceria...patung-patung yang dibuat sepenuhnya dari kiub lego....
Pasti mereka amat gembira dan "tak ingat dunia" berada disini..
Kalau untuk anak-anak remaja, banyak permainan yang sesuai usia mereka di USS..
Tetapi kalau dah ke Singapore, jangan pula lepaskan peluang untuk pergi sekali ke Legoland, terutamanya yang datang dari jauh seperti negara Brunei, dari utara semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak...
ianya menjimatkan harga tiket penerbangan, malah menjimatkan tempat penginapan kalau memilih hotel-hotel kat JB...
Bila dah datang JB, dah datang Legoland...jangan pula tertinggal JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO) dalam senarai kunjungan...apa pula ada disana??
Tulisan saya akan datang menceritakannya dalam PENGALAMAN BERCUTI KE JOHOR Part 2 (JPO)..
Mengakhiri hari kami yang penat hari ini mencari tempat makan malam pula..
(macam baru saja makan...tak kenang-kenyang lagi?)
Berpandukan GPS..kami ke Danga Bay, tempat 2tahun lepas di rai Encik Suami sempena ulangtahun kelahiran sebelum ke Singapore esoknya..
kami makan direstoran kat Danga Bay masa tu...
Kami pun mencari kembali restoran tersebut...tetapi kami sangat hairan..tempat tu seolah-olah bak dilanda sesuatu, gerai-gerai kat situ dah tak beroperasi, namun meja dan kerusi ditinggal disitu, seolah tak sempat nak dibawa pergi...
Sayangnya, tempat ini cantik!
Sayu pula melihat keadaan seperti itu...
Kami pun mencari, sambil menikmati malam di JB...nasib baik bawa kereta sendiri dapatlah kami melihat-lihat suasana disini....
Akhirnya kami terjumpa lah Restoran Singgah Selalu...sebelah highway depan Danga Bay tu
Tempatnya ok juga dan orang pun kelihatan ramai...bagi saya kalau orang ramai berkunjung pasti makanannya sedap!..
Kami mencari tempat duduk yang sesuai, kerana ada live band kat sini...jadi, sambil makan sambil layan lagu-lagu dari mereka...
Pula tu ada orang tolong sediakan, salai/bakarkan makanan untuk menu barbecue dan steamboat. Memang sedap...bolehlah singgah selalu kalau berada di JB
Menunggu makanan tiba, layan lagu jiwang...bertambah laparkah??
Alhamdulillah.."dapur" kami sedang berasap..
Syukur Alhamdulillah....berbalui-balui....
Makan kat sini, dengan kekapis, kerang, udang segar, sotong, ikan, ayam, daging, mee hoon goreng, nasi goreng dan daun-daun salad....masih murah berbanding makan kat USS...
Tapi dah standard tempatnya macam tu kan....
TERIMA KASIH, kepada anda "pembaca senyap"....
Nantikan seterusnya tulisan saya akan datang...berkenaan
Johor Premium Outlets..
Apa ada disana??
No comments:
Post a Comment