(Singapore....aku di sini....)
Assalamualaikum...
Saya sambung kembali catatan percutian kami di Singapore ini....
Masih dihari pertama, dihari ketibaan kami kesini...usai Solat dan mengalas perut dalam bilik, kami pun merancang hendak pergi ke Merlion Park...Tempat patung mermaid berkepala Lion yang rajin sangat menyemburkan air dari mulut tu...
Sebelum ni saya ada juga mengintai-intai tempat ni dengan Cik Google Map dan cuba "berjalan-jalan" dulu kesini dengan Google Street...sebelum benar-benar smpai kesini, jadi bolehlah gambarkan sikit-sikit keadaannya..konon...
Tetapi tak sama dengan kita betul-betul berada disini...dengan Google Street saya kerap kali sesat dan tak dapat kembali ke permulaan jalan...
Walau bagaimana pun, alangkah canggihnya dunia maya!
Kembali kedunia realiti....lebih mudah bertanya dengan pekerja wanita kat kaunter hostel tu...
dia beri cadangan sama ada nak naik teksi, MRT atau dengan Bas, kalau naik teksi waktu hampir pukul 4 petang, lambat nak dapat teksi kerana dorang tengah change shift...
Berjalan kaki juga boleh, sebab ianya tak jauh dari situ..
Gambar diatas diambil dari Google Map. Lofi Inn ke Merlion Park sejauh 2.7 km, kalau tak sesat dan dah mahir tempat untuk berjalan kaki tu bolehlah sampai dalam 33minit...ada sanggup??
Nak naik MRT??
Kami ikut cadangan pompuan kat kaunter tu untuk naik Bas...,hanya beberapa minit saja berjalan kaki ke perhentian bas, dijalan besar.
Kami menaiki bas yang bernombor 131...atau boleh juga yang bernombor 57 untuk ke Merlion Park..Tambang bas yang dikenakan adalah SGD1.10 (RM2.75).
Kami berpesan pada driver bas untuk memaklumkan kepada kami apabila sampai ketempat tersebut... Ya lah, kita mana lah tahu rupa persekitarannya kalau nak tekan loceng bas nak berhenti kat mana kan?
Turun dari bas kami pun konfiden saja mengikut kaki melangkah kesebelah kanan....dah nampak dah teluk Marina tu, kami teruskan berjalan...tetapi bangunan sekeliling yang kami temui tinggi-tinggi belaka nampaknya...macam dah luar biasa...takkan patung merlion tu dalam bangunan tu...so, saya pun bertanya dengan seorang budak melayu yang kebetulan lalu, bernama Faizul...ada name tag dibajunya...(mungkin berkerja kat hotel sekitar tu)..
Rupa-rupanya kami tersalah arah...sepatutnya turun dari bas tadi, pergi kesebelah kiri bukannya kesebelah kanan...dan benar, ianya memang tak jauh dari perhentian bas tu...aiseh men...
Nah! kita akan temui papan tanda ini sekitar sini...aiseh men lagi....
Sesampai kami kat Merlion tu, apa lagi bergambar sakanlah kami....namanya membawa budak-budak muda, macam-macam gaya diambil untuk gambar kelihatan hebat...maka masing-masing asyik mengangakan mulut berlatarkan pancutan air dari lion tu, konon-konon air tu mencurah kemulut...
Pada ketika itu ramai pelancong..maka ramailah yang turut mengangakan mulut seperti dalam gambar diatas...tetapi kalau kita ambil gambar mereka dari angle atau sudut yang berbeza, tanpa air tu..memang pelik nampaknya, mendongak kelangit dengan mulut ternganga, seolah-olah ada sesuatu berlaku dilangit...
Adalah juga saya ambi gambar pelancong tu yang memang pelik kelihatannya, tapi tak sampai hati nak tempel kat sini...nikmati sajalah gambar-gambar lain yang sempat diambi ini, hanya dari kamera handphone yang tak berapa nak canggih..
(kanak-kanak pastinya suka tengok "Merlion Kecil ni....)
Saya bersyukur kerana sampai kesini, dua tahun lepas kami tak berkesempatan kerana tak cukup masa.. Berada disini sekarang, sangat kagum melihat Bangunan Marina Bay Sands tersergam diseberang sana...
Tiga bangunan dengan atapnya terdapat struktur perahu besar yang menjulur keluar.
Diatas ini ada ruang tinjau (hujung depan perahu) untuk menikmati pemandangan indah bandar Singapore, juga diatas ni ada kolam renang "melayang" terpanjang didunia... Sungguh hebat struktur bangunan ini.
Saya memang teringin sangat nak naik keatas Marina Bay Sands...tapi kedudukannya berada nun diseberang sana...yang ni, rasanya bolehlah kalau nak menapak...so, kami mengikut langkah kaki mengmbil arah di sebelah kanan....mulai menyusuri jalan ditepian teluk Marina....jom..
Sambil berjalan, sambil menangkap gambar.... bersihnya negara kecil ini... dan kawasan pinggiran menuju bangunan Marina Bay Sands ini memang dimanfaatkan dengan membina bangunan-bangunan moden dan unik bentuknya...
Warga Singapore atau mungkin ada juga pelancong kelihatan berjogging....
Tak ingat nak lihat jam kerana asyik dengan persekitaran, mungkin dalam 20 minit berjalan kami tiba diperkarangan Mall yang ada kat bawah Marina Bay Sands tu..
Shopping mall dibawah tu mungkin dalam 3/4 tingkat, menjual pelbagai barangan berjenama..baju, kasut, jam, hand bags dan macam-macam lagi...
tetapi hati ini tidak bertujuan langsung untuk membeli belah disini...memandangkan tukaran wangnya dengan ringgit Malaysia begitu tinggi....so, abaikan ajalah...
Setelah puas berjalan-jalan kat dalam mall ni, kami pun naik keatas tempat perahu besar atas bangunan ini bayaran dikenakan SGD20 seorang RM50 lah tu...
Apa bila berada diatas...wah! alangkah cantiknya bandaraya ini..
Jadi saksikan lah gambar-gambar dari atas Marina Bay Sands....
(perhatikan dengan jelas banyaknya kapal-kapal yang berlabuh)
(padang bola terapung)
Selepas dari Marina Bay Sands kami menaiki teksi menuju pula ke Bugis Street..tempat ni seperti Petaling Street kat Malaysia.. (Teksi SGD10 (RM25)
Kat Bugis Street ni macam-macam yang dijual, kasut, baju.dan barangan souvenir juga boleh dibeli disini seperti key chain dan lain-lain...
Harga barang=barang ni nampak macam murah 10, 15, 20, 29.90 Sing Dollar.. tapi, sila lah darab dengan 2.5... mahal juga jadinya....kalau barang-barang tu ada kat Petaling Street, buat apa susah-susah nak belinya kat sini...buat berat nak mengendongnya...
Tiada apa yang kami beli malam ni....perut pun dah terasa lapar...kemana nak makan? Bugis Street area ni memang banyak restoran fast food..
Jangan risau, fast food disini seperti KFC, MC D dan Poppeye adalah HALAL...
oleh kerana kat Kota Kinabalu takde Poppeye..kami nak merasa lah kat Singapore ni.....
(Ini makanan bersama........)
(ini pula makanan saya seorang...ya ampun!)
Selesai makan kami berjalan kaki balik ke Lofi Inn...kami cuma minta tunjuk dengan sorang mamak kat Bugis Street tu arah ke Litlle India, kerana dikawasan itulah Lofi Inn...
Setelah berjalan dalam 15 minit kami sampai kebilik dengan penuh kepenatan...
Jangan lupa ikuti seterusnya....ke USS pula...
nantikan PENGALAMAN BERCUTI KE SINGAPORE Part 3
No comments:
Post a Comment