Assalamualaikum Dunia...
Teruja bangun pagi 23 April 2013...selesai solat Subuh bersiap perlahan-lahan, tak perlu tergesa-gesa kerana tempat destinasi pagi ini hanya buka pada pukul 10 pagi.
Menguak langsir kamar, menyaksikan warga bandaraya ini berebut-rebut keluar mecari rezeki....
"warga" bilik ini pula teruja untuk pergi ke Universal Studio, agenda utama percutian dengan budak-budak muda ini (kah kanak-kanak tua?)...hehehehe...
Setelah semua siap, dan jam ditangan menunjukan pukul 9 pagi...ada lagi masa satu jam untuk bersarapan....tapi dimana??
Hotel ni memang ada menyiapkan sarapan pagi, tapi kami was-was nak makan...
Tak perlu risau, kawasan ini adalah Little India...banyak restoran mamak.
Dibawah penginapan kami ni sendiri ada restoran mamak yang bernama Dickson mengikut nama jalan disini....jadi apa lagi, jom kita sarapan....
Kami bertiga mengambil set sarapan pagi, western roti sandwich, dan dua set roti bom... hanya Yus seorang yang makan mee goreng+telur mata lembu... masing-masing dangan teh dan kopi...semua berharga SGD15.50 (RM38.75).
Dah selesai bersarapan pagi, perut pun dah kenyang....jom cari teksi untuk ke Universal Studio yang terletak di Pulau Sentosa..kira-kira 10.3 km dari tempat penginapan kami. cadangan dari pompuan kat kaunter tu, kalau dah berempat lebih baik naik teksi saja, naik MRT pun dah SGD3.00 lebih seorang...nak berjalan kaki lagi ke stesyen terdekat...mungkin mengambil masa dalam 10-15 minit...
Kalau MRT SGD3,00 X 4 orang = SGD12 (RM30)
So kami pun naik lah teksi...yang ditahan betul-betul kat luar restoran kami bersarapan tadi...dalam masa lebih kurang 20minit kami sudah berada di Universal Studio Singapore.
Bayaran Teksi SGD10 (RM25) untuk berempat !!
Oh ya, tiket untuk masuk USS pula kami minta tolong kaunter hotel ni belikan, harga tiket seorang SGD74....katanya, dia bagi diskaun..so bayar SGD70 sahaja...bersamaan RM175.oo seorang.
Kalau nak merancang kesana , boleh juga membeli tiket ni melalui on-line...kadang-kadang ianya ada promosi diskaun, bersama bank-bank tertentu... Masa-masa cuti sekolah, sama ada di Malaysia atau Singapore tiket ini akan cepat SOLD OUT...so beli awal-awal untuk mengelak kekecewaan!
Perlu diingat, percutian ini dan apa jua jumlah bayaran yang dinyatakan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk...ianya adalah semata-mata sebagai panduan kepada mereka yang ingin kesana...
Pada saat post ini ditulis, Universal Studio ni ada 7 Attractions, atau ada 7 bahagian..semuanya diambil sempena filem-filem blockbuster.... bahagian tersebut adalah:-
1.HOLLYWOOD
2. SCI-FI CITY
3. LOST WOLD
4. MADAGASCAR
5. NEW YORK
6. ANCIENT EGYPT
7. FAR FAR AWAY
Tak perlu saya nyatakan satu persatu apakah permainan yang ada didalam disetiap bahagian...tetapi percayalah semuanya menarik....nanti dah tak surprise lak kalau yang nak pegi kesana...alami sendiri barulah tahu ok kah tak...
Jika dua tahun lepas, masuk pintu USS, saya terus masuk ke sebelah kanan (mengikut langkah kaki)...ia itu bahagian NEW YORK....terasa macam berada di New York, saya banyak menghabiskan masa dengan bergambar disini....jadi lambatlah untuk pegi game yang ada dibahagian yang lain...akibatnya orang dah ramai dan setiap permainan adakalanya berbaris hingga satu jam... walhal pada masa tu bukan masa cuti sekolah atau hujung minggu....
Jadi kali ni kami mula dari kiri, selepas Hollywood, kami terus ke Madagascar....
Awal pagi, orang tak ramai (agaknya semua orang masuk dari New York terlebih dulu)..
Kami menaiki river boat ride, dalam keadaan yang sangat-sangat selesa!
Kali ini kami tak perlu berbaris panjang seperti dua tahun lepas... terus saja masuk untuk tayangan 4D di Far Far Away.....saya suka disini! wah macam real...
Sampai dekat Lost World...saya tidak menyertai mereka, kerana macam rasa tak sihat pula, mungkin kerana sekejap panas dan sekejap hujan...menimbulkan rasa tidak sedap...so saya hanya duduk menunggu... apabila waktu Zohor masuk,saya mendahului mereka, dan mencari surau untuk Jamak Qasar....
Jangan risau dalam map tu ada dinyatakan dimana surau...iaitu berhampiran Sci Fi City...
Surau wanita kecil saja, tapi rasanya masih boleh memuatkan 4 orang serentak... ketika saya masuk tiada seorang pun didalam.
Suraunya ber aircond... sangat bersih dan berbau harum!
saya ambil kesempatan berbaring seketika (takde orang).....
Saya biarkan yang lain bermain sepuasnya terlebih dahulu sebelum 'menyedarkannya' untuk Solat..
Bila perut terasa lapar dan kami dah berkumpul semula....cari pula tempat nak makan...
Ada beberapa restoran didalam ni bertanda HALAL! so pilih lah yang mana suka...
kami sepakat nak makan kat restoran Mel's Drive In...western, tetapi lebih kepada burger..rasanya lah!
Tak perlu banyak cerita, kaki dah lemah sangat nak melangkah, badan dah gigil... punyalah lapar!....jom makan...
Bila perut terasa lapar dan kami dah berkumpul semula....cari pula tempat nak makan...
Ada beberapa restoran didalam ni bertanda HALAL! so pilih lah yang mana suka...
kami sepakat nak makan kat restoran Mel's Drive In...western, tetapi lebih kepada burger..rasanya lah!
Tak perlu banyak cerita, kaki dah lemah sangat nak melangkah, badan dah gigil... punyalah lapar!....jom makan...
(Ini makanan kami, sebelum diagihkan...)
(ini desert kami bersama-sama..lupa namanya, macam apple crumble with ice cream.. yang ini sedap sangat!! aduuhhhh...saya, semualah sedap)
(lihat gambar atas ni...fries dengan cheese hangat ditabur bawang dan tomato yang di potong dadu....eemmmmm....sedap lagi)
(dan...minum air kegemaran masing-masing....)
Makanan untuk 4 orang tadi berharga SGD59 (RM147.50). Mahal kan...hanya untuk makan burger, fries, desert nya dan air tadi... memang agak mahal didalam ni.... tapi kalau nak bajet sangat..boleh bekal sandwich kah... apa-apalah...kalau duduk kat JB boleh beli siap-siap dan makan bila lapar kat sini...
Makan kat restoran lagilah seronok terutama untuk budak-budak... takpe lah....
sya sya kali....
Selepas makan...agenda diteruskan....permainan yang menggugurkan jantung tidak saya hampiri....roller coster disini..memang "hebat"...naiklah kepada yang punya semangat waja!
Saya memang tak sanggup....
mereka bermain setiap permainan adakalanya sehingga dua kali...seperti yang saya katakan tadi, memang tak ramai orang hari ini... beruntung budak-budak tu....
Saya pergi kekawasan New York...tempat ini dua tahun lepas "melalaikan"saya kerana bangunan kat sini, seolah-olah kita berada di New York....jadi tangkap perasan kat New York laahhh...
Disini juga ada set pengambaran bagaimana keadaannya tatkala New York dilanda ribut taufan (hurricane)...seolah-olah ianya benar-benar berlaku didepan mata!
Saya juga suka tengok set ini, dua tahun lepas yang ini saya dan Suami masuk 2kali...
Hari ini, saya meneroka lagi bandar New York...jom bersama saya...
Saya juga suka tengok set ini, dua tahun lepas yang ini saya dan Suami masuk 2kali...
Hari ini, saya meneroka lagi bandar New York...jom bersama saya...
(Gambat atas.... "Light, Camera, Action" - hosted by Steven Spielberg)
Sesudah yang lain puas bermain dan saya pun dah terasa penat menapak kat dalam ni. kami pun mengucapkan selamat tinggal lepada USS...
Lalu pergi ke tingkat bawah untuk menaiki teksi...dan kami meminta untuk dihantar ke Orchard Road....
Teringat masa saya kecil, bapa sering bercerita pasal Orchard road ketika dia pernah datang ke Singapore dulu atas urusan kerja...lihat kerja bapa dalam post saya terdahulu sebelum ini dalam tajuk "mangsa di lautan"...
Orchard Road - bukanlah suka sangat dengan tempat ni, tetapi ianya seperti berada dihati sejak kecil lagi...dan saya mesti kesana walau mungkin keadaan nya sudah tak sama dengan yang bapa ceritakan dulu...dan saya pernah bertanya kepada bapa...bolehkah saya datang ketempat ini suatu hari nanti....tentu jawabnya boleh, dan jawapan biasa seorang bapa...asalkan belajar tinggi-tinggi, akan sampai kemana saja....
Oh Bapa, malam ini kami menyusuri Orchard Road...seperti mahu bergenang airmata berada disini....kalau lah bapa seperti dulu tentu akan banyak soalan bapa tentang keadaan tempat ini sekarang....berada disini saya seakan bertemu sesuatu yang tersimpan di sudut hati
Kini bapa hanya merenung tak bersuara....tiada lagi ceritanya, tiada lagi amarahnya, tiada lagi senyumannya.... :(
Usah bersedeh, usah berduka....kalau bapa tahu pun tentu dia tak nak saya menangis ketika bercuti.....
Ok, sampai kat Orchard Road, tempat ni adalah deretan kedai-kedai berjenama hebat disepanjang Jalan Orchard....masing-masing ada ruang kedai/bangunan mereka tersendiri...direka cantik mengikut konsep masing-masing....ada berani nak masuk? dengan keadaan tukaran wang kita?
saya? tak lagi!..
Bagusnya bini aku ni, mungkin begitu kata hati Suami ku...
Rupanya malam tadi budak-budak muda ni tak puas lagi kat Bugis Street...selepas Orchard Road lalu naik teksi lagi kami menuju Bugis Street...ku tinggalkan Orchard Road dengan rasa kepuasan kerana telah "menemui" sesuatu yang bertahun dipendamkan...
kami turun kat Bugis Mall....
(lukisan 3D...dipintu masuk Bugis Mall)
Malam ni kami makan nasi lemak disebuah restoran ntah apakah namanya, dah lupa lah.
kat area bugis street ni juga...
heran lah, restoran-restoran kat sini, yang kami pegi, pekerja/pelayan nya tak mesra alam....muka dan cara layan kita macam seolah-olah berkata...
"aiseh, kenapa lah kamu makan kat sini...pegi lah tempat lain"...
takkan nak pegi fast food lagikan...maka kami makan ja lah... Syukur Alhamdulillah dengan rezeki ALLAH..
Nasi lemak berlauk ayam ntah masak apa, ada sambal ikan bilis dan ikan goreng...rasa biasa-biasa saja, mungkin lebih sedap kat gerai Bandar Tun Razak KL...
Yang buat tambah tak sedap tu adalah layanan tak' mesra alam' dorang...
Kami di Bugis Street (petaling Street kalau kat Malaysia)...
mungkin dorang nak beli cendrahati, sebab disini murah kalau setakat nak beli key chain...kalau barang-barang lain kat Malaysia juga ada, jadi..apa nak susah-susah mencurah duit disini...
Cuma kat Lucky Plaza di Orchard Road saya ada membeli key chain yang cantik, berharga SGD10 untuk 3biji....
so, adalah juga kenangan saya di Orchard Road...
Ok malam ni kami kepenatan yang amat sangat...seharian di USS, menyusuri Orchard Road...dan keliling Bugis Street...jom rehat, esok kami dah nak ke Johor pula..tapi esuk pagi nak singgah kat Mustafa Centre di Sngapore ni...apa ada disini? ntah! saya pun tak tahu..
Tapi ramai yang menyarankan saya untuk pergi kesini...blog kawan-kawan ada sebut tempat ni....dah saya katakan apa yg ada kat Singapore ni, sama hebat dengan barang-barang tempat kita...tapi bila dah disebut-sebut dapat pijak kaki kesitu pun jadilah...
sekarang kita kumpul tenaga dulu...
jumpa lagi di...Part4
Saya sudah tengok pakej yang pihak ada @ PAKEJ TRAVEL DELIGHT ...wah okey juga..ada diskaun pula tu...macam-macam ada.
ReplyDeleteHotels and Hostels at discounted rates
Attraction tikets dengan harga diskaun
dan lain-lain lagi..
Nanti tahun depan saya akan ke Singapore lagi.. Saya akan hubungi TRAVEL DELIGHT untuk gunakan perkhidmatan yang mereka ada pula..
Saya memang suka melancong ni... Singapore adalah negara luar yang paling dekat dengan Malaysia, so apalagi musim-musim cuti ni, masih ada satu bulan lagi, disember ni untuk anda membawa keluarga anda...pasti anak-anak anda teruja untuk ke USS, tarikan utama ke Singapore!
Pergilah bercuti !
Hi Semua! Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/SINGAPORE ZOO/GARDEN BY THE BAY/SEA AQUARIUM dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
ReplyDelete.
Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
JESSICA, LOVE TRAVEL (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ
๐ข๐ PROMO SINGAPORE HOLIDAY!! ☺๐ข **info terbaru k**
ReplyDelete.
Jom book pakej murah-murah dgn sis:
๐USS (Universal Studios Singapore), harga Lebih Murah dari⭐RM259 ya (PM untuk harga EXTRA DISKAUN) = pakej dengan bus dari JB 2 Ways Transfer tau. Tiket Sahaja pun ada - PM.
.
"SingaporeTour" Trip Bajet dari JB SENTRAL:
dari๐ฅRM97 seorang sahaja (if 3pax) Kalau ramai murah lagi..Tix lain-lain pun available. PRIVATE TRIP via ALZA & STAREX available. Dah sampai Johor? Jom lah kita masuk Singapore sekali. ๐
.
PM JESS di ๐ธ012-7760219
Love Travel --> www.facebook.com/lovetravel86
.
๐www.wasap.my/60127760219/sgtour (JESS)