Assalamualaikum
Ya ALLAH ya TUHAN ku berikanku batas-batas kesabaran yang dalam, jauhkan ku dari rasa sakit hati yang sangat sakit hati kepada sesama manusia..
..dinginkan hati ku bak salju, tenangkan hati ku bak bayu semilir..
Astaghfirullahilazim.. Astaghfirullahilazim..
Saya kongsikan cerita saya yang pagi-pagi sudah mendidih..
Jam 5 pagi saya dah bangun, lepas solat Subuh dah pun bersiap. Hari ini ada appoinment untuk servis kereta pukul 9, (wah! bukan sebab suka sangat nak pergi servis, tapi ingin mendahului masa appoinment kalau boleh, supaya cepat sampai cepatlah siap).
Tempat menunggunya ok, ada mesen coffee dan teh tarik yang sedap!
Saya dua beranak (bersama sibongsu saya), sukakan kopi/teh nya..boleh ambil banyak kali, boleh minum banyak kali, cuma sendiri mau ingat!
Kami sampai kat pusat servis tu jam 8.15 pagi, itu pun setelah pemanduan yg amat sederhana dan sangat-sangat berhemah!..
Simpang masuk lengang, tidak "huru hara" macam selalu.. banyak lot parking yang masih kosong, tanda-tanda orang tak ramai..memang lengang lah!
Kereta saya pun dapat diletakkan diparking dengan penuh bergaya! (perasan sendiri)
(ruang menunggu bagi yang membawa anak-anak bersama...selesakan?)
Kaunter saya untuk hari tu adalah no3, mengikut notis board yang tertera plat kereta saya.. Dengan rasa tenang saya menuju kekaunter tersebut...
Tetapi sampai kat kaunter tu tutup lah pula, tanya kat kaunter sebelah dia cakap kena tukar gi kaunter 7..
Saya pun pegi ke kaunter 7, tapi masih ada orang berurusan disitu..5minit dia serahkan buku servis dan kunci kereta tak mencukupi bagi lelaki ini, ntah apa urusannya segala mcm kertas dan resit dikeluarkan,
...... dah tu bla bla bla...
bla bla....
terus-terusan..
Seolah-olah dikaunter itu lah dia servis keretanya dengan tunjuk segala benda..
Dah selesai urusannya, lelaki yang kerja kat kaunter tu pun pergilah menghantar segala maklumat kereta orang tadi kepada mekanik dorang..
Tetapi saya tak peduli, saya duduk saja kat kerusi depan meja kat kaunter 7 tu..
menunggu lelaki yang bertugas tu.
.
Setelah dia sampai, dia pun tanya apa nombor plat kereta..saya pun bagi tau lah dengan perasaan yang baru nak lega..
Tiba-tiba dia cakap "oh bukan di sini, disana...buka sudah tu kaunter 3 tu...
gggrrrrr..
Dengan kesabaran yang kian tergugat, pegi lah pula ke kaunter 3, ada pula nyonya sedang berurusan depan tu.
Pun ambil masa lama tapi tak selama lelaki kat kaunter7 tdi.
Maka menunggulah lagi...
Bersama saya ada bebrapa orang juga untuk ke kaunter 3.. Macam biasa, lepas nyonya tu siap memberi kunci dan buku servis, lelaki yang berkerja kat kaunter tu menghilang juga jumpa mekanik.. Degan rasa khuatir, orang lain mendahului saya, saya pun duduk sajalah kat kerusi depan tu, tanpa di undang!,
Menunggu lagi.. Kali ni mcm lama juga..
.gggggrrrrrrr ...
ggggrrrrrrrrrr....
Tiba-tiba datang seseorang jumpa saya, "kak mari kekaunter 1, saya uruskan.."
Tiada rasa terima kasih, dan belum bersyukur, saya hamburkan kemarahan kepadanya yg dikaunter 1 tu..
"kalau u boleh uruskan kereta saya, kenapa yang kat kaunter 7 tu tak terus urus saja tadi..dia sendiri nampak saya sudah lama tunggu...
.bla bla bla..... bla bla bla....
.
Dup dap dup dap rentak jantung, cuba mencari sabar yang yang sudah tercicir..
Nasib baik budak kat kaunter tu "sudi" mendengar kemarahan yg meluap luap.
.
Astaghfirullahilazim..
Bila dah siap daftar kereta untuk diservis, pergilah saya ke ruang menunggu, lalu berpapasanlah pula dengan lelaki yang kat kaunter 7 tadi, pandai pula tu meminta MAAF!
Tetapi belum ada ruang maaf tu dihati saya, sehinggalah saya meminum coffee dan teh tarik dorang yang sedap tu...
No comments:
Post a Comment