Friday, April 19, 2013

NASI LEMAK DI LUAR PAGAR





 Assalamualaikum....


.Pada suatu pagi yg masih dingin, tatkala mentari baru memunculkan diri, terpandang bungkusan plastik tergantung diluar pagar rumah.
 Khuatir dan berhati-hati meneliti apakah yang ada didalamnya, maklumlah sekarang ni macam-macam perkara yg berlaku di sekeliling kita.. Tapi bungkusan ini taklah begitu mencurigakan, kerana ia kelihatan bersih dan tiada benda bergerak-gerak atau bernyawa didalamnya.


                                        Rupa-rupanya dalam plastik itu ialah 4 bungkus nasi lemak daun pisang yang masih panas-panas. Tidak hairan dan tidak terkejut kalau ianya bungkusan makanan, kerana sering menerima "special delivery" dari "syarikat" yang sama dengan menu yang berbeza...tak perlu order, tak perlu minta,  kerana dia seperti tahu, saya anak beranak akan makan apa saja yang dihantarnya.



(imej dari Cik google... nasi lemak sebenar tak sempat ambil gambar....licin!)


Kadang-kadang lauk-pauk yang telah dimasak, (ayam masak kicap adalah masakannya yang sangat saya sukai), sambal ikan masin dan kuih muih sama ada dimasaknya sendiri atau dibeli di mana-mana, tanda kami anak beranak tak pernah dilupai.

Inilah penghantaran istimewa yg sangat-sangat tinggi nilainya..walau apa pun yang dihantarnya (bukan sebab free) ia membawa nilai budi, tanda kasih sayangnya, tanda ikatan keluarga yg tetap kekal dan takkan pernah berubah!

Dimana pun kita berada, sejauh mana pun kita pergi...walau ke negara empat musim pun, tatkala kawan baru silih  berganti kita temui, adik beradik kita kekal menemani, dalam sedeh dalam tawa kita..dalam susah, dalam senang!



TERIMA KASIH  adikku OTTE untuk nasi lemak hari tu.. 



Note: Otte adalah adik saya, melati. Anak kelima dari tujuh beradik kami. 

No comments:

Post a Comment