Friday, May 31, 2013

PESTA BUKU, NASI BRIYANI...







Selama berada di Kuala Lumpur hari tu, berkesempatanlah juga mengunjungi Pesta Buku yang berlangsung di PWTC...
Sejak di Kota Kinabalu lagi, sebelum bercuti ke Singapore dan Johor, pesta buku ini sudah ada dalam senarai untuk dikunjungi, Ada beberapa buku baru dari penulis yang diminati sudah disenaraikan untuk dibeli...


Keluar saja dari pintu LRT menuju PWTC, berduyun-duyun orang ramai menuju kearah yang sama... kami mahu pergi pesta.!
Pesta ini bukan hanya untuk muda-mudi, tua, kanak-kanak malah ada bayi yang dibawa bersama.....

Dipintu masuk PWTC sudah nampak tersangatlah ramainya orang...
masuk saja tak tahu mana booth permulaan, kerana dah tak nampak dilitupi kelibat orang dan nak bergerak kegerai berikutnya lagilah susah kerana lorong berjalan sudah menjadi sesak...dan perjalanan tersekat! Walaupun begitu digagahi juga menerjah halangan..
kalau nak bersantai-santai nak tengok-tengok buku, baca sikit. baru nak beli...memang takde nya laahhh.....
Semua gerai dipenuhi orang, sesak! nak hulur tangan nak capai buku pun payah...

Takkan dapat untuk pergi dari satu booth kesatu booth dalam kadaan begitu...saya pun sudah rimas..tetapi ada beberapa buku mesti saya cari. inilah kesempatan yang ada, dan tak ingin saya lepaskan...tetapi dengan kesesakan ini memang akan mengambil masa untuk mencari buku-buku tersebut kerana bukan dari penerbitan yang sama...

Caranya, saya minta anak-anak saya setiap seorang, pergi ke booth yang saya sebutkan dan cari buku yang saya inginkan..dan saya pula akan mencari satu lagi buku hasil dari penulis yang saya minati...

Saya sampai kegerai yag menerbitkan buku yang ingin saya cari, gerainya ditemui, melilau mata saya mencari tajuk buku yang saya ingin kan itu tetapi buku tersebut tak saya temui..
saya pun bertanya kat budak lelaki yang menjaga tu, katanya "cuba kak tanya dengan kakak tu" sambil memuncungkan mulut menunjukkan kearah seorang perempuan yang turut menjaga disitu..
Saya pun dalam kepayahan 'menentang arus' langkah orang ramai pergi keperempuan tu..dan memberikan tajuk buku yang dicari...
katanya, "cuba kak tengok disana" juga sambil memuncungkan mulut kearah tumpukan buku-buku yang banyak....melilau lagi mata, bagai nak terkeluar...".scan" tajuk-tajuk buku yang ada, pun takde juga....aduh tak boleh jadi ni...bertanya lagi dengan yang lain, ada tak buku yang ni..
"cuba kak tanya kakak tu"...sekali lagi?? Oh tidak!!
Takpe lah, lupakan aja dulu, memang bukan rezeki saya, eemmm ...rezeki buku tu untuk dibeli hari ni. 

Anak-anak pun hilang didalam kesesakan orang ramai, kesihan dorang pun mungkin sedang mencari-cari buku yang mama dorang nak....namun bila saya call dorang, dengan mudah pula  menemui buku yang saya maksudkan....saya pun suruh dorang datang disatu sudut tempat tu, dan kami menuju ke kaunter bayaran untuk bayar segera buku yang ada kerana dah tak tahan berlama-lama didalam tu, semput jadinya...memang tersangat ramai orang!!

Wah! 95% orang melayu yang hadir dipesta itu. Saya suka tengok orang-orang kita berada dipesta yang mendatangkan faedah seperti itu...sehingga ada yang sanggup menggendong bayi, dan bayi ni pula menangis dengan kuat, mungkin kerana kepanasan...
hawa dingin dewan pun sudah tak terasa dingin nya...kerana tidak tertampung ramainya "panas' tubuh mereka yang datang...











Kami memang tak tahan untuk berlama-lama disitu...tidak mengapalah...akan dicari saja buku-buku yang lain itu nanti dikedai-kedai buku..

Gambar dibawah, adalah beberapa buku yang sempat dibeli...
buku yang tidak dapat  saya temui itu adalah buku "Anekdot Madinah" tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, Suami kepada Puan Roza Roslan yang menulis buku "Aroma Antara Benua" tu... Hasil tulisan suami isteri ini memang saya minati...





Cadang tu , selepas PWTC nak pegi KLCC...tapi dah tak jadi pegi hari ni....
Esoknya kebetulan ada urusan hendak dibereskan, maka sempatlah singgah ke KLCC...tahukah kenapa saya nak kesana..jom tengok gambar kat bawah ni...



Ini adalah salah sebuah gerai kat food court di KLCC, yang saya suka sangat nasi briyani kambingnya...percaya tak saya tak makan kambing...tetapi saya boleh pula makan nasi briyani yang hanya berkuahkan kari kambing itu...Suami harus "disalahkan" dalam hal ini kerana dia yang "mengajar' saya makan sesuatu yang dulunya saya tak makan...hehehe..
but still, kambing tak boleh nak makan...heran, kuahnya laju ja masuk tekak jika dikombinasikan dengan nasi briyani ditambah kari kacang kuda....nyaaaam nyaaamm...




Saya hanya akan memakan nasinya, sesiapa yang bersama saya pada ketika itu akan menjadi "mangsa" untuk menghabiskan daging kambing dalam pinggan tu...




Nasi briyani yang hanya berkuahkan dari kari kambing dimakan dengan kari kacang kuda memang menjilat jari.... Syukur Alhamdulillah !!



Thursday, May 30, 2013

PENGALAMAN BERCUTI KE JOHOR PART 2 (JOHOR PREMIUM OUTLET)







Assalamualaikum....

Hari terakhir di Johor Bahru...kami akan check-out dari Hotel Grand Bluewave pagi ini, tapi sebelum tu seperti biasa perut kena diisi dulu..
Kemana kah lagi, kalau bukan kat hotel ni juga....dah sarapan pagi disediakan, takkan tak nak pegi pula. 
Risau juga ni, mentang-mentang bercuti. makan dan makan, dan makan lagi ....
isyy..takkan nak 'menyiksakan' diri sendiri lagi..
Insaf juga setelah beberapa hari asyik makan tanpa memikirkan berapa kalori yang telah diambil...sedar diri juga, namun hanya setelah makanan berada didalam perut..
Namun keinsafan itu hanya sementara...bila makanan didepan mata, lupa janji-janji pada diri sendiri....
Oat yang dibekal dari Kota Kinabalu tersimpan rapi didalam beg....
Sempat pula berbisik sendiri,"takpe, ini hari terakhir...esok no more!"
Nikmatilah dulu percutian ini.....takkan dikala yang lain makan sedap-sedap, saya pula hanya meminum oat! 
Aduh, tak sangup....esok sajalah kita mulakan diet kita.. (kalau.....)
So, hari ini jom kita bersarapan dulu.....



(Hidangan sarapan pagi mereka....)




(Hidangan sarapan saya pula, macam biasa timur dan barat menyatu didalam pinggan)

*
*
*
*
*
*

Setelah bersarapan pagi perut sudah di isi, dengan senang hati kami pun berangkat pergi, tambah senang hati kerana Suami membawa kami ke Johor Premium Outlet (JPO).. yang terletak di Kulaijaya dan tak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan...jalan balik menuju Kuala Lumpur. 
Seperti yang saya katakan pada post sebelumnya...kalau melancong ke Singapore, singgahilah juga Johor kerana disana kita ada LEGOLAND....alang-alang dah di Johor ni,  sekalikan lah dengan pegi ke JPO. Malah ada ajen-ajen pelancongan menawarkan percutian Hotel kat JB + USS + Legoland + JPO...memang ada yg boleh bajet...


Suami memandu dengan hemah, menuju destinasi...(terasa si dia memandu lebih berhemah dari ku...syyyyy!!!)
Lebih kurang setengah jam kami pun sampai JPO...kelihatan tak banyak kereta pagi ini, jadi mudahlah bagi kami untuk memarkir kereta kami....mungkin hari masih awal, atau hari biasa memang tak ramai orang...









JPO ialah deretan butik-butik berjenama seperti, COACH, BURBERRY, FOSSIL, LACOSTE, BONIA, GUESS, DKNY, la SENZA, TIMBERLAND,  ADIDAS, NIKE, PUMA... dan ntah apa lagi, dah tak ingat...
Saya memang agak teruja masuk kesini..orang pompuan lah kan, "andai" tak beli pun tengok-tengok jer pun dah ok...
Sebelum keluar kereta, Suami sempat pula bersalaman dengan saya...kenapakah pula??


Ohh....bukan salam kosong yah...dalam salam itu ada "tanda" kasih sayang seorang Suami... 
beberapa helai RM terselit sama...itu adalah cara Suami "menghulur"
Syukur Alhamdulillah...Terima Kasih Hubby! 
Dia memang bukan kaki shopping, dan tak suka kehulu kehilir masuk keluar kedai... namun temankan juga lah si isteri ni...


Saya pun memulakan operasi, masuk dari satu kedai kesatu kedai....sehingga terlupa nak tangkap gambar deretan kedai-kedai kat sana tu...
masuk, tengok harga, keluar....itulah yang saya lakukan...tak semua kedai saya masuk,saya hanya akan masuk kedai yang saya sukai.... mcm kedai sukan memang tak masuk, sebab takde rasa nak beli baju sukan pun...
dah setengah jam tak beli apa pun lagi....

Memang ada barang yang diskaun sehingga 50-70%...tetapi belum juga ada yang berkenan..
hand beg, baju-baju, barangan kosmetik dan kasut..semua ada dari pelbagai jenama..
tetapi yang mana jenama yang saya sukai, menjual bukan barangan terbaru...
Dah hampir satu jam, tangan saya masih kosong!
Kadang terfikir, kasut, beg, baju dah ada....malah ada yang baru diguna sekali dan masih baru......membazir pula membeli lagi...

Namun ada "bisikan" belilah.... 
bila terpandang beg GUESS yang boleh memasukkan lap-top keci, TAB, hand phone...dan juga boleh dibawa berkursus....boleh masuk segala file dan segala kertas....
belilah juga...lagi pun ada diskaun 50%.. jadi tak lah membazir sangat...
Untuk Suami tak dilupai... saya membeli sehelai kemeja BONIA untuknya 
(masa beli ni, dia gi bilik air)....
dan juga sebuah hand beg untuk anak..



(inilah hasil yg diperolehi....)

Makanya....RM yang dihulurkan Suami tadi masih banyak berbaki....hehehehe...

Saya memang suka pergi ke Shopping Mall kat mana-mana pun, tapi tak semestinya membeli... kadang-kadang tu beli juga barangan berjenama...tetapi takkan nak beli selalu....
dan juga tak semestinya barangan tak berjenama tak bagus....
Jangan membazir !!


Ini adalah pengalaman dan perasaan saya disini, taklah dapat dijadikan panduan kepada yang memang nak bershopping kat sini... tidak dapat saya tuliskan detail barang-barang dan harga kerana saya tidak menelitinya....
Datanglah sendiri....dan rembatlah yang benar-benar disukai... kalau tak cukup duit, jangan risau mesen ATM juga disediakan.....rasa-rasa nak keluarkan duit yang banyak dari mesen jangan takut pondok polis pun ada...

Kalau dah terasa lapar, ada food court ber aircond, boleh makan dengan selesa..

Kami tak makan disini kerana perut masih kenyang buffet bekfas kat hotel pagi tadi..
kami memulakan perjalanan kami menuju ke Kuala Lumpur...
Masih sempat di bisikkan didalam hati...
"Selamat tinggal Johor, lain kali saya datang lagi"....

Pada pukul 2.50 ptg kami singgah di R&R Machap untuk Solat  dan makan tengah hari...
selesai segalanya kami teruskan perjalanan...trafik menuju Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.

Syukur Alhamdulillah, kami sampai rumah di Cheras 
jam 7.30 malam....walau pun penat tetapi sungguh rasa puas dan seronok, dari Singapore, Johor....dan saya akan menghabiskan cuti  5 hari lagi disini sebelum balik ke Kota Kinabalu...


Apakah pula cerita saya di Kuala Lumpur ???













Sunday, May 26, 2013

PENGALAMAN BERCUTI KE JOHOR Part 1 (LEGOLAND)









Assalamualaikum.....

Bangun pagi 25hb April 2013 Bandar Johor Bahru, basah disiram hujan gerimis.... 
Dari jendela kamar tingkat 12 Grand Bluewave hotel, bandar Johor Bahru samar menyambut pagi ku...







Bangun pagi ni terasa lapar lagi?  aduh... kan malam tadi dah makan, macam makanan kat kenduri...
En. Suami bilang, tak mengapa ini kan bercuti..".bercuti itu adalah makan-makan"
tak boleh...bahaya ni..

Apabila semua orang dah siap, kami pun pergilah bersarapan kat hotel ni juga... menginap disini sekali dengan sarapan pagi...faham-fahamlah kalau dah buffet bekfas kat hotel, macam-macam ada...western, local or chinese food semua ada... pilihlah yang mana kecurkan liur...atau nak makan semua jenis pun boleh...cuma sendiri kena ingatlah!

Saya tak berkesempatan mengambil gambar makanan semua orang...hanya teringat ambil makanan sendiri, itu pun macam tak nak sempat-sempat, sebab lapar!
Saya berjanji dihari terakhir disini, sarapan pagi esuk saya akan snap gambar makanan yang lain....



(ini kombinasi makanan, sarapan pagi saya..western dan local bertemu didalam pinggan)


Selesai bersarapan, kira-kira pukul 10 pagi, kami pun mulakan perjalanan menuju ke destinasi kami pagi ini....LEGOLAND.
Percutian di sini mudah sedikit kerana suami datang kesini dengan membawa kereta dari Kuala Lumpur....so masa bergerak tu kami tentukan sendiri..dan berpandukan GPS kami mula menuju ke Nusajaya, dimana terletaknya Legoland...
Dalam pukul 1030pagi kami sampai di car park legoland....kami meletak kereta dengan begitu mudah dan sangat hampir dengan pintu masuk..kereta lain pun tak banyak waktu tu, sudah tentu orang pun tak ramai...

Tepat seperti yang dijangka...sama juga ketika kami pergi ke USS 2hari lepas..laluan kami begitu mudah! ini kerana percutian kami ni dirancang bukan musim cuti sekolah samaada di Singapore atau Malaysia. Saya difahamkan kalau masa-masa cuti sekolah atau dihujung minggu, orang ramai datang dan ada yang memarkir kereta jauh dan terpaksa berjalan kaki jauh juga dari pintu masuk...jadi hari ini kami sangat-sangat beruntung...

Oh ya, tiket untuk Legoland ini kita boleh beli sama ada dikaunter Legoland itu sendiri dihari kita sampai disana, tapi ini berisiko sedikit...terutama kalau waktu hujung minggu atau cuti sekolah...dikhuatiri tiket ini akan SOLD OUT!
Ada baiknya membeli melalui internet, dan lebih baik membeli seminggu lebih awal, tidak kurang dari 7 hari sebelum datang, kerana ianya ada 20% diskaun...dengan diskaun kita akan dapat harga tiket hanya RM112.00 seorang, berbanding biasa RM140.00.


Apabila tiket dah ada dalam tangan so kita mulakan "kembara' kita di Legoland....





Ops!...apa pula ni mcm kedai runcit ni?? ini adalah salah satu kedai yang menjual apa yang sepatutnya kita perlukan...Pesanan saya, terutama untuk kaum wanita ...beli lah payung sebelum masuk, kerana didalam ini, sangat-sangat panas dengan angin yang takde nak bertiup. Kalau tak berkesempatan nak beli kat luar ni, kat dalam pun ada dengan logo Legoland lagi...tapi agak mahal lah.....so, tepuk dada tanya selera!


Ha, ini yang saya maksudkan tujuan payung tadi lihat, sinaran matahari hangat membahang..dari satu bahagian kesatu bahagian kita kena berjalan dibawah terik mentari.. dan kalau hujan pula payung ni juga penyelamat keadaan...



Lepas ja pintu masuk, kita akan nampak encik yang gambar kat atas tu sedang 
 bawa "mangkuk" tu,maknanya kita berdekatan dengan bilik air...ha apa lagi, buang apa yang patut dan segarkanlah muka..

Memasuki tempat ni, kanak-kanak terutamanya pasti sangat-sangat menyukai tempat ini, segalanya dibuat dari kiub lego dengan penuh warna-warni....

















Untuk kanak-kanak, ada juga disediakan permainan lego in-door....ber aircond, so kami yang takde kanak-kanak kecil ni masuk untuk menumpang sejukkan diri sebentar.. tetapi rupanya, bukan saja kanak-kanak, orang dewasa pun ada game susun lego kat dalam ni...
so, sambil sejukkan badan bolehlah bermain....







Setelah peluh kering dan puas bermain kat dalam ni, kami pun keluar untuk meneroka lagi kebahagaian lain kat Legoland ni...









Berhenti seketika menghilangkan haus tekak, pekenalah chocolate icecream kegemaran Encik Suami....saya tumpang sesudu dua ja...



Kami teruskan "perjalanan..."
Namun biarlah gamba-gambar yang menceritakannya....layaannn..

















Perut dah laparlah...jom kita cari tempat makan...
jangan risau kat sini, disediakan beberapa restoran yang menyediakan  pelbagai hidangan yang memenuhi citarasa...pilihlah mana nak pegi...
kami pula??

Hari ini selera kami agak mafia...ops! italia laaahh...so, kami sepakat makan kat Pizza Mania
Kalau dah namanya Pizza, sudah pasti hidangannya Piza...
Gambar bawah ni lah PIZZA MANIA tu..kami makan dengan sangat-sangat selesa...
orang tak ramai...dan boleh pilih-pilih meja mana nak duduk...
makanan pun datang dengan SEGERA!
itulah kebaikannya kalau datang masa bukan hujung minggu atau masa bukan cuti-cuti sekolah...



Wah dah lapar sangat ni, Encik Suami pun layan saja selera kelaparan anak beranak ni...
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki ALLAH..
rezeki sampai USS dan Legoland, rezeki pula menikmati hidangan ini disisi Suami dan anak-anak....Alhamdulillah









Syukur Alhamdulillah, dah kenyang kita teruskan lagi "penerokaan" kita di Legoland...
kita sudahi perjalanan ini, melawat ke Miniland "Brunei, Singapore, Putrajaya, KL, JB, Myanmar, China, Indonesia, Port Tanjung Pelepas, dll negara yang tak tersebutkan....
Gambar yang ada pun hanya beberapa yang sempat diambil...



















Disini ada beberapa surau disediakan untuk kemudahan kita...lihat saja map/peta yang ada, ianya begitu mudah untuk kita menunaikan tanggung jawab kita...

Ada diantara surau tu diluarnya ada kiub lego Puan dengan anaknya ni...kalau jumpa ni, suraulah tu....(surau perempuan)



Ada satu saja kekurangannya kalau pergi masa bukan hujung minggu, tempat ni akan tutup pukul 6 petang dan kita tidak dapat menikmati ketika Miniland disimbahi lampu warna warni dimalam hari...
Tak mengapalah, mungkin lain kali boleh pergi lagi....

Tempat ni sangat-sangat sesuai untuk kanak-kanak...dengan warna-warna yang ceria...patung-patung yang dibuat sepenuhnya dari kiub lego....
Pasti mereka amat gembira dan "tak ingat dunia" berada disini..
Kalau untuk anak-anak remaja, banyak permainan yang sesuai usia mereka di USS..
Tetapi kalau dah ke Singapore, jangan pula lepaskan peluang untuk pergi sekali ke Legoland, terutamanya yang datang dari jauh seperti negara Brunei, dari utara semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak...
ianya menjimatkan harga tiket penerbangan, malah menjimatkan tempat penginapan kalau memilih hotel-hotel kat JB...
Bila dah datang JB, dah datang Legoland...jangan pula tertinggal JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO) dalam senarai kunjungan...apa pula ada disana??
Tulisan saya akan datang menceritakannya dalam PENGALAMAN BERCUTI KE JOHOR Part 2  (JPO)..

Mengakhiri hari kami yang penat hari ini mencari tempat makan malam pula..
(macam baru saja makan...tak kenang-kenyang lagi?)

Berpandukan GPS..kami ke Danga Bay, tempat 2tahun lepas di rai Encik Suami sempena ulangtahun kelahiran sebelum ke Singapore esoknya..
kami makan direstoran kat Danga Bay masa tu...
Kami pun mencari kembali restoran tersebut...tetapi kami sangat hairan..tempat tu seolah-olah bak dilanda sesuatu, gerai-gerai kat situ dah tak beroperasi,  namun meja dan kerusi ditinggal disitu,  seolah tak sempat nak dibawa pergi...
Sayangnya, tempat ini cantik!
Sayu pula melihat keadaan seperti itu...

Kami pun mencari, sambil menikmati malam di JB...nasib baik bawa kereta sendiri dapatlah kami melihat-lihat suasana disini....
Akhirnya kami terjumpa lah Restoran Singgah Selalu...sebelah highway depan Danga Bay tu 

Tempatnya ok juga dan orang pun kelihatan ramai...bagi saya kalau orang ramai berkunjung pasti makanannya sedap!..
Kami mencari tempat duduk yang sesuai, kerana ada live band kat sini...jadi, sambil makan sambil layan lagu-lagu dari mereka...
Pula tu ada orang tolong sediakan,  salai/bakarkan makanan untuk menu barbecue dan steamboat. Memang sedap...bolehlah singgah selalu kalau berada di JB



Menunggu makanan tiba, layan lagu jiwang...bertambah laparkah??











Alhamdulillah.."dapur" kami sedang berasap..











Syukur Alhamdulillah....berbalui-balui....
Makan kat sini, dengan kekapis, kerang, udang segar, sotong, ikan, ayam, daging, mee hoon goreng, nasi goreng dan daun-daun salad....masih murah berbanding makan kat USS...
Tapi dah standard tempatnya macam tu kan....

TERIMA KASIH, kepada anda "pembaca senyap".... 
Nantikan seterusnya tulisan saya akan datang...berkenaan
Johor Premium Outlets..


Apa ada disana??