Assalamualaikum....
Walau pun tajuk tu LABUAN, tetapi saat ini ditulis saya sudah kembali berada di Kuala Lumpur untuk bercuti lagi beberapa hari disini, sebelum saya kembali berkerja dan menempuhi hari-hari dibulan mulia, Ramadhan kelak, insya ALLAH...
Nampak nya saya seolah-olah asyik bercuti...
NO.. NO..
Kali terakhir saya bercuti bulan april ketika ke Singapore hari tu...boleh baca tulisan saya mengenainya sebelum ni..
So dah hampir 3bulan...
Oleh kerana jadual berkerja saya dalam syif, so OFF Day tulah yang dapat saya kejarkan ke Labuan...pulau tempat tumpah darah ku..

Terima Kasih kepada anda yang singgah disini, hadir dalam senyap pergi tak meninggalkan jejak... namun kehadiran anda dapat saya rasai. Kepada anda, kalaulah ada yang hendak dibicara, atau ada ragu menjengah jiwa, atau sekadar menyapa..tinggalkan kata-kata anda, atau tinggalkan jejak anda untuk saya jejaki (blog) anda...
Ada yang bertanya kenapa dua tulisan terakhir saya yang lepas, bernada sedeh?
Bila kita balik kampung halaman, pasti terbayang semua memori silam...
Zaman kanak-kanak sehingga meniti awal remaja..
Keluarga, rakan-rakan yang pernah "mengiringi" masa-masa tumbesaran kita tetap kita ingati walaupun ianya telah jauh berlalu..
Hidup, biasalah....dalam suka riang kita kadang ada episod duka tanpa diduga..
terutama bila perginya orang yang rapat dengan kita...dan ini, meninggalkan kesan yang amat dalam hidup...
Balik ke Labuan baru-baru ni menggamit kembali semua itu...
Tambahan melihat wajah kedua ibubapa yang sudah dimamah usia, adalah melihat kepayahan nya ketika membesarkan anak-anaknya..
Labuan, memang sudah jauh membangun...dulunya pekan kecil terpencil sopan dan suci dari gejala sosial...kini melihatnya perlahan-lahan menuju bandar kemodenan..
Pulau bebas cukai, bukan saja dengan coklat beraneka jenama dan berbagai rasa, tapi juga dengan Arak dari berbagai negara...sedehlah, tak kira apa agama kita, mesti ada ibu bapa tak suka melihatnya, khuatir anak-anak kita dengan mudah membelinya, tambahan ada pek botol-botol kecil yang boleh dibeli murah..
Dikampung pun dah agak sunyi, kalau dulu hingar bingar, kanak-kanak bermain dipantaran dan kita juga boleh nampak orang diberanda sambil menyidai kain atau membuat kerja berbual dengan jiran tetangga disebelah rumah...tapi tidak kini semuanya sudah terperuk menghadap TV dan internet bagai!
Kawan-kawan yang seangkatan dulu, kini sudah sibuk dengan keluarga masing-masing...
kalau bertemu pun, seperti sudah ada jurang yang memisah, sudah tidak seramah dizaman remaja... ianya sudah lain !!
Benarlah, apa yang sudah berlalu memang takkan dapat diulang kembali..
Ianya sudah lain !!

No comments:
Post a Comment