Menyusuri hari-hari ku di Labuan menggamit kembali kenangan masa-masa lalu yang telah jauh ditinggalkan....apa pun yang telah berlaku takkan dapat kita ulang kembali...Persekitaran dan masa telah jauh memisahkan kita dari semua peristiwa lalu...
Disini, ku lalui lorong-lorong itu.....sekadar mengenangnya...
Setiap hari dia menunggu ku disitu, disimpang itu...
Disini, ku lalui lorong-lorong itu.....sekadar mengenangnya...
Setiap hari dia menunggu ku disitu, disimpang itu...
Janji kami, siapa yang datang dulu dia akan menunggu...tak kira hujan, tak kira panas..tetapi biasanya dia lah yang akan smpai dulu, taat menantiku, duduk atas batu dibawah pokok simpur berlindung dari hangat mentari Labuan, kalau hari hujan pula dia akan berlindung di sebuah pondok tak jauh dari situ..ditepian pelabuhan..
Sejak ku mengenalinya..aku tahu aku serasi dengannya... Dia datang dari sebelah kampung ku... keluarganya pun sangat baik dengan ku. pertama kali ku dibawa kerumahnya dan diperkenalkan kepada orang tuanya, dalam hati berkata...oh alangkah baiknya mereka, kesemuanya...ibunya, kakak-kakaknya, abang-abangnya dan adik bungsunya yang cantik, Fatimah masa tu mungkin berumur 5 atau6 tahun..
ketika itu ayahnya sudah meninggal dunia....
Selepas diperkenalkan itu, aku pun mengenali adik beradiknya...malah sehingga kini aku masih ingat kesemua mereka..
Dia adalah keluarga 'yang ada-ada'...sedang aku datang dari keluarga sederhana...
masa sekolah rendah dia sengaja membawa bekalan lebih untuk kami makan bersama-sama. Keluarganya kadang menitip makanan untuk ku...alangkah baiknya hati mereka.
Bapa dan ibu pun bersetuju aku berkawan dengannya...kerana bapa memang mengenali keluarganya.
Walau pun sangat baiknya mereka, aku masih rasa segan dan malu...pada ketika itu pula aku sangat pendiam..sepatah ditanya, sepatahlah dijawab...tetapi keluarga mereka tetap menerima ku sebaiknya.
Aku mengenalinya sejak dari sekolah rendah, hingga kesekolah menengah, dialah pembakar semangat...kami sering saling bantu membantu, saling sokong menyokong, menemani saat suka dan duka...
Banyak juga janji-janji kami terakam bersama. Janji untuk kemenara gading bersama!
Banyak juga janji-janji kami terakam bersama. Janji untuk kemenara gading bersama!
Ketika disekolah rendah dia adalah pelajar pintar sekolah...kerana aku duduk disebelahnya dikelas yang sama, aku pun terikut-ikut jadi pandai. Setiap kali peperiksaan penggal, tangga pertama dan kedua, adalah milik kami berdua. Kadang dia tangga teratas, kadang aku mengambil tempatnya...kami saling bertukar dua kedudukan itu..Namun tiada sedikit pun rasa sakit hati, dengki apatah lagi benci sesama kami..
Aku, dia dan orang tua kami sangat gembira bila diberitahu pada satu perhimpunan sekolah pagi itu, guru besar mengumumkan kami berdua dilompatkan kelas dari darjah empat terus ke darjah enam...dan kami berdua tak perlu ke kelas darjah lima lagi... itu adalah kejayaan pertama kami..
Kami kesekolah menengah yang sama...dan setiap hari kami berjanji untuk pergi dan balik dari sekolah bersama-sama...dan disimpang itu, diatas batu itulah dia duduk menanti ku..
Pada suatu hari, masa makan malam bapa memberitahu bahawa bapa akan di pindahkan kerja ke Pelabuhan Kota kinabalu...maknanya kami sekeluarga akan berpindah ke bandar itu..
Sukar menafsirkan perasaan ku ketika itu.. adakah suka, sedeh terkejut, sayu, risau?? bercampur baur...
Antara suka dan sedeh, Pulau Labuan kami tinggalkan...dan tinggallah dia yang selama ini menemaniku, meniti bersama zaman kanak-kanak dan separuh usia remaja ku.. Namun tak pernah ada ungkapan SELAMAT TINGGAL...
Entah kenapa, hubungan terputus walhal Labuan dan Kota Kinabalu bukanlah jarak yang jauh sehingga terputus segalanya..
*
*
*
*
*
Bertahun, setelah zaman sekolah jauh kutinggalkan, aku sudah menetap di Kota Kinabalu dan kami masing-masing sudah bertemu jodoh dan punya cahaya mata...dia dapat menghubungi ku kembali...
Selepas itu dia rajin menalipon ku bertanya khabar...
Ketika Syawal menjelang pasti aku akan menerima kad ucapan raya darinya...ianya bukan sekadar kad, tapi disertai dengan pemberian kain ela ketika itu untuk kami anak-beranak buat baju kurung.
Orang tua ku sudah kembali menetap diLabuan...dan sudah pasti sesekali aku pulang kekampung menjenguk mereka...dan jika aku balik aku pasti akan mengkhabarkan kepadanya..agar kami dapat bertemu..
Bila dah berjumpa banyak cerita kami, seolah-olah takkan pernah habis..bila dah berpisah kembali, telefon adalah penghubung antara kami.
Namun keadaan sudah agak berbeza...apabila berkeluarga dengan anak-anak yang masih kecil, kesibukan menguruskan rumahtangga, membataskan aku kadang-kadang untuk duduk berlama-lama setiap kali dia menalipon ku.
Ada suatu hari tu, aku tak dapat menjawab panggilannya kerana ketika itu aku sedang memandikan anak kecil ku, ku minta anak kedua ku yang menjawab panggilan itu agar memberitahunya yang aku akan menghubunginya kembali... tetapi aku terlupa sehingga beberapa hari...dan sehinggalah beberapa hari lagi selepas tu, telefon ku berbunyi kebetulan aku yang mengangkatnya....menerima perkhabaran nya...bukan suaranya, suara saudaranya mengatakan dia sudah kembali ke Rahmatullah!
Kawan ku, Sahabat sejati ku, Nikmah binti Wanchi telah meninggalkan dunia ini, meninggalkan keluarga dan segalanya, meninggalkan aku tanpa ucapan SELAMAT TINGGAL..
Airmata sudah tidak tertahankan, sebak teramat menerima berita yang mengejutkan itu, ku peluk beg biru pemberian yang dianyamnya sendiri dari benang sulam...
Ya ALLAH, aku bermohon kepada Mu Tuhan, ampuni dosa-dosa sahabat ku ini, himpunkan dia dikalangan orang-orang yang beriman.
Setelah belasan tahun dia pergi, namun setiap kali kembali ke Labuan ini ingatan itu lebih kuat...
Tenanglah dikau di alam sana wahai Sahabat ku...
Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment