Saturday, June 15, 2013

LABUAN...Aku datang lagi...





(Gambar dari Cik Google)


Pesawat ATR72 MasWing mendarat "cantik" dilandasan Terbang Labuan pada pukul 7.50 pagi ini. Tak ada seorang pun sanak saudara yang tahu kepulangan ini...
Memang saya selalu begitu, saya takkan memberitahu sesiapa kalau saya nak balik kampung..
Saya suka memberi kejutan buat ibu...wajah tua itu akan berseri-seri gembira apabila anaknya tiba-tiba muncul dimuka pintu.. 
Saya bersendirian kali ini..dan saya tahu bila sesiapa tak diberitahu, maknanya takkan ada sesiapa menanti saya di airport. so, apa lagi kena naik teksilah jawabnya..

Sebelum tu saya singgah dulu Mc D yang ada kat airport ni, untuk tapau set bekfas.. Walau pun selera orang tua bukan omputih...tapi apa salahnya kita bagi dorang rasa makanan yang hanya selalu dinampaknya iklan kat TV...saya pun beli lah set penkek, egg McMuffin, Sausage McMuffin with egg dan poridge (bubur nasi lah tu) manalah tau dorang tak selera omputih, porridge tu adalah penyelamat..
Dah beli semua, saya pun ke kaunter teksi untuk beli tiket/kupon teksi ke kampung (tak jauh dari bandar pun...)...dari airport kerumah RM17 walau jauh rumah dari airport hanya 10minit driving...

Saya menaiki teksi pakcik yang dalamnya sungguh unik....di dashboard depan digam kan duit syiling lama dan baru, dari dalam dan luar negara. Duit yang dikumpul dari muda dan ada yang diperolehi dari pelancong yang menaiki teksinya...
Wang kertas pula dilekatkan kat siling kereta....
















Tak sedar dah sampai dirumah...setelah beberapa kali memberi salam, namun tiada yang menyahut...saya menolak pintu dan hanya nampak bapa terbaring diatas tilam diruang tamu, saya berjalan perlahan kearah bapa, kelihatan dia sedang tidur...saya tidak mahu mengganggu kerana saya tahu bapa tidak sihat...
Saya memanggil ibu sambil beri salam...kedengaran sahutannya dari dapur, masih dia tak cam suara saya, mungkin fikirnya anak kakak yang datang, mereka ni tinggal bersebelahan saja.

Bila saya jenguk kedapur, sekali lagi saya beri salam dan dia memang terperanjat bila saya sudah berada dipintu dapur...buah nenas yang dipotongnya jatuh tergolek kerana terkejut dengan kehadiran saya dengan tiba-tiba...kelihatan dia tersenyum gembira!


Syukur Alhamdulillah, berada disisi mereka....walau terasa kegembiraan itu namun disudut hati, ada rasa sayu yang tidak terungkapkan...





No comments:

Post a Comment