Tuesday, July 16, 2013

Nasi putih Ikan goreng dan kicap...








Assalamualaikum...

Sudah seminggu Ramadhan.... Alhamdulillah. Mudah-mudahan hari-hari Ramadhan seterusnya kita terus diberi kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan segala amalan dibulan yang mulia ini..
In Sya ALLAH..

Apa hal pula saya ni, masa-masa bulan Ramadhan ni post gambar makanan... tak salahkan?... Nasi putih, ikan goreng dan kicap..seolah-olah makanan orang tak posa saja...macam kelihatan curi makan siang hari dan dah kehabisan lauk-pauk..lalu makan nasi ngan lauk tu ja...

Oh! Tidak! Tidak! tidak sama sekali saya berkelakuan sedemikian...
Sebolehnya kita rebut peluang yang diberikan dibulan mulia ini untuk mendapat ganjaran yang telah dijanjikan NYA...mudah-mudahan..

Syukur kita ada bulan Ramadhan, sebulan dalam setahun dimana kita diwajibkan berpuasa.. kalau tak  kita akan melantak sepanjang tahun tanpa memikirkan kesihatan dan tubuh badan sendiri, yang bagai tong sampah terpaksa menerima apa saja yang kita humban kan kedalam perut akibat kerakusan mata dan selera...
Jadi bulan ini dapatlah mengurangkan sedikit lelemak yang bertenggek disana sini...sambil menyucikan perut dan "membersihkan hati"..
Maha suci Allah...diberikan kita bulan istimewa bukan setakat untuk mendapat ganjaran dari amalan, tetapi sambil itu kita dapat men detox tubuh kita, dimana proses pembersihan toxin dari tubuh dan sistem pencernaan..
Memberi peluang usus kita berehat disiang hari selama sebulan dari 12 bulan yang kita ada..

*
*

Bila hadirnya bulan Ramadhan..dengan sendirinya kita sering teringat kenangan masa-masa lalu kita, terutamanya masa zaman kanak-kanak.
Dilahirkan dalam keluarga yang...syukur, cukup-cukup makan...ada kalanya tiada lauk...
Namun seorang ibu takkan sanggup membiarkan anaknya kelaparan, akan dicuba sedaya upaya ada makanan terhidang diatas meja walau bukan makan yang mewah.

Selalu hanya nasi, ikan goreng dan kicap menjadi santapan kami adik beradik..ini sudah cukup amat-amat baik...
Balik dari sekolah, perut tengah lapar menghadap pula hidangan ini dengan ikan goreng panas-panas, nasi berkuah kicap tanpa lauk lain..percayalah memang sedap!

Hingga kehari ini pun sesekali (ketika seorang diri dirumah) saya akan makan begini, hanya nasi berkuahkan kicap dan ikan goreng..tambahan pula sekarang ni bermacam kicap dijual, yang kita boleh pilih, nak masin? manis? cair atau pekat?
kalau dulu hanya ada sejenis kicap saja yang dijual..dah tak ingat apakah namanya...sekarang boleh pilih mengikut kesesuaian selera sendiri.


Kalau dulu makan begini sebab tidak ada lagi makanan lain yang dapat dihidangkan...tetapi bila sekarang makan begini ianya mendatangkan keinsafan dihati...bersyukur amat sangat bila hari ini kita dapat menghidang dua tiga jenis lauk diatas meja atau sesekali keluar makan, direstoran pilihan dengan lauk pauk yang satu ketika dulu tidak pernah terbayangkan..

Jadi bersyukurlah dengan makanan yang kita hadap, kita masih ada makanan.. sedangkan ada yang lain lebih teruk dari kita...
Ada yang hanya makan bubur nasi, (sengaja masak bubur nasi, agar banyak jadinya)... bukan dengan lauk pauk dan kicap..
nak bubuh garam pun tak ada!

Lebih teruk, dinegara ketiga yang saya pernah nampak di TV, negara gersang dan kering kontang, kanak-kanak menguis-nguis tanah dan memakannya...

Syukur! Syukur Alhamdulillah. Allah pilih kita untuk hidup di Malaysia bukan dibumi ketiga sana..



No comments:

Post a Comment