Wednesday, July 10, 2013

7 JULAI ....Cheese cake, Macaroon dan Cup Cake..







Assalamualaikum...apa kahabar?

Sebelum meneruskan tulisan saya nak ucap, Selamat Menyambut  bulan Ramadan Al-Mubarak....



7 Julai -  bukan hari kebesaran negara pun.. bukan juga hari keputeraan mana-mana raja atau ulangtahun pembesar negara...ianya adalah tarikh insan kerdil ini dilahirkan..
Hanya diingati oleh keluarga tersayang dan rakan-rakan rapat...dah syukur dah.. 

Apa yang penting Suami tak lupa tarikh ni...kalau terlupa mendunglah hari, muram lah suasana....hahaha. walau apa pun tak pernah lagi selama ini si dia melupakan tarkh-tarikh penting kami bersama... dekat atau jauh pasti akan diingatnya..
Ops! saya yang dok membebel ni lah yang kadang terlupa..nasib baik dia dok rancang itu ini sebelum tiba tarikhnya..so saya pun beria-ia lah juga itu ini, walhal baru teringat apabila Suami menyebut tentangnya..
Bukan lupa, tapi tak ingat! hehehe...

Tepat tengah malam masuk 7 Julai, anak-anak siap memberikan cup cake dan biskut macaroon (ni pertama kali makan)
Cup cake memang biasa makan, seperti yang kita ketahui berbagai rasa, berbagai rupa cup kek sekarang. salute lah mereka yang membuatnya, ada saja idea kreatif dorang mencipta rasa, menggubah rupa cup kek agar kelihatan semakin menarik dan menyelerakan..
Berbeza dengan biskut macaroon, ianya berbentuk bulat inti yang manis diapit biskut yang manis juga...agak kureng tekak nak terima... Tak tahulah kalau ada ditempat lain yang ada membuatnya lebih baik...

Walau apa pun Syukur Alhamdulillah dengan rezeki dan Nikmat Allah... dikenang, dan dikelilingi insan-insan tersayang sangat memberi makna dalam hidup...
Syukur juga kerana masih diberi kesempatan bernafas sehingga kedetik ini..




(macaroon dari Dina dan Cup cake dari Yus..
TERIMA KASIH....sedap!)


Keluarga kita, Suami, anak-anak dan teman rapat adalah insan-insan keliling yang menceriakan hidup kita...mereka inilah yang mewarna-warnikan hari-hari yang kita lalui. Jadi tulisan ini, bukanlah semata-mata mengkhabar kepada dunia akan tarikh kelahiran manusia yang tak famous ni...tetapi ini adalah dedikasi khas untuk Suami, anak-anak dan teman rapat yang memberi ucapan..(mengingatkan pada kita, tua lagi setahun..)

Terutama Suami dan anak-anak, susah payah merai kan, membawa makan malam, memberikan hadiah...berusaha untuk membuat saya rasa dihargai...
sejak dulu, setiap tahun mereka tak pernah terlepas ini... 

Kali ini Suami membawa kami makan ke sebuah restoran kat Cheras... restoran diatas tasik, dengan pancuran air terjun buatan, suara cengkerik bersahutan..dan diiring muzik dari live band yang ada disitu...cuma tak suka dengar second voice penyanyi wanita.. suaranya yang nyaring mengganggu konsentrasi kita mnedengar gemersik suara penyanyi utama. Sekali lagi, itu bukan masalah besar...itu hanyalah masalah halwa telinga saya yang tak puas hati...tapi yang penting...USAHA Suami yang bersusah membawa kesini, tambahan bila tiba-tiba pelayan itu membawakan kek dan meletaknya diatas meja kami, mahu tak kembang hidung saya...campur rasa terharu bagai nak mengalir airmata...entah dimana suami letak kek tu dalam kereta, kalau kat bonet nasib baik tak cair...

Makan malam tu saya dibiarkan memilih menu makanan...apa lagi, kerapu masak stim, butter prawn, ayam goreng kunyit (kegemaran Suami)..
dan sayur kailan...cukup! Jangan membazir...
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah...




(Gambar makanan yang diambil menggunakan hand phone yang tak berapa nak canggih..
dalam suasana suram  romantik..so gitulah saja cahayanya...)





Malam ini rasa sangat happy....
bayangkan kalau takde sapa-sapa nak sambutnya ngan kita...fuh tak payah fikirlah besday mefday ni...buat sayu je...lagi pula kita ni bukannya budak-budak lagi...
Namun bersyukur kerana dilanjutkan usia hingga kehari ini...disisi mereka yang menyayangi kita...

Kalau bukan kerana mereka, apalah ertinya tarikh ini!














/

No comments:

Post a Comment