Assalamualaikum...
Biskut Makmur atau di sesetengah tempat di Malaysia dinamakan biskut mor..
sangat popular di Sabah. Boleh katakan hampir setiap rumah mesti ada biskut ni masa hari raya. kadang-kadang dimajlis perkahwinan biskut ni akan dihidangkan sebagai kunci 'cuci mulut'.
BIskut ini penuh nostalgik buat saya...ada saya tuliskan ceritanya dalam post saya terdahulu "Biskut makmur dan mercun"...
Dizaman gadis saya, biskut ini adalah biskut pertama yang saya buat dan berjaya sepenuhnya..ketika memasuki alam rumah tangga, biskut inilah juga yang mula-mula saya buat pada tahun pertama raya bergelar isteri..
(macam hebat sangat buat biskut, walhal biskut ini begitu mudah membuatnya).
Entahlah macam dah kebiasaan orang dikampung kami, biskut ini dibuat terlebih dahulu sebelum membuat biskut lain. Seolah-olah biskut makmur adalah "ketua" kepada biskut lain...
Malam tadi saya ke supermarket di Tanjung Aru untuk mencari bahan-bahannya...macam-macam bahan ada..ligat pula kepala berfikir nak buat biskut itu dan ini. Tiba-tiba terbayang biskut-biskut lain yang hendak dibuat juga..
Wah! semangat kemain berlebihan ni...tenaga tak dikira lagi...
Bila memikirkan kudrat tak mencukupi dengan kesibukkan tugas pejabat dan kesibukkan rumah..apakata mulakan saja dulu dengan biskut makmur..
mudah, cepat, sedap dan ringkas!
Saya tak pernah membuat sukatan khusus keatas bahan-bahannya..tapi percayalah, ianya menjadi...ikutlah langkah saya...tetapi sebelum tu lihatlah barang-barang yang saya beli, banyak ni pun dah RM100 lebih...
Bukanlah sebanyak ini bahan untuk buat biskut makmur, yang lain tu tambahan untuk biskut lain tertakluk kepada keajaiban tenaga yang ada kemudian nanti..
Panjang pula mukadimah saya ni...baiklah biskut makmur mudah cara saya, bahan-bahan pun tak guna banyak macam pun.. oh ya perlu saya beritahu sini..biskut makmur saya, tak suka bubuh inti kacang.. Ayah, ibu, suami, adik beradik dan anak-anak saya tak suka ianya berinti kerana kata mereka seperti memakan biskut kacang kalau ianya berinti..
Kalau nak bubuh inti pun boleh juga, hanya tumbukkan kacang tanah yang telah masak (goreng tanpa minyak) bubuh lah dalam doh yang dibuat bolat tu.
Ok resepi saya ni tak sukat-sukat ya...
Bahan-bahan yang pandang aja dah tahu berapa tepung nak guna..okey kita mulakan :
1. Satu tin Pure Cream Butter macam dalam gambar
2. Tepung gandum beli anggaran 2 kilo
3. Gula 1/2 kilo kisarkan halus
4. esen vanilla (kalau suka)
5. kacang tanah untuk inti (kalau suka, kalau takde pun sedap juga)
Syyy....Kalau baru nak belajar buat biskut ni, cuba tanpa inti terlebih dahulu..
Cara membuatnya:
1. Tepung hendaklah diayak terlebih dahulu dan disangai (tepung sahaja, masuk dalam kuali masak diatas api perlahan gaul hanya untuk beberapa minit..jangan sampai hangus..dah merata panas kat tepung tu..ok la tu)
dah tu, ketepikan...tujuannya apabila biskut ni menjadi nanti akan ada gelembung-gelembung udara kecil, ini akan mengurangkan melekit teramat kat tekak tika makan.dan ia akan menjadi lebih rangup dan nyam..nyamm..
2. Buka tin butter tadi letak atas dapur dengan api perlahan..biarkan panas sehingga butter tu cair..dah tu tungu sejuk sedikit, kalau tak lecur tangan nak menguli
3. Bubuh setengah sahaja dulu, tepung gandum tadi kedalam satu bekas untuk dicampur dengan butter yang yang dicairkan tadi...bubuh butter tu sedikit demi sedikit yer....gaul dengan tangan tepung dan butter tu sehingga butter tu habis digunakan dan tambah tepung sehingga adunan sudah menjadi doh, dah tu titiskan 2/3 titis esen vanila, jangan lebih-lebih pula..
ambil sedikt doh dan buatlah bulat-bulat sebesar biji guli putih...
susun diatas dulang..dan bakar selama 15 ke 20 minit atau sehingga kekuningan atau sedikit perang. Jangan sampai hangus...pahit tu.
Dah masak, sejukkan seketika.
4. Kisarkan gula hingga halus, taburkan pada biskut Makmur yang sudah masak tu.. bubuh dalam balang kedap udara, dan hidang ketika hendak makan atau bubuh dalam balang cantik ketika hariraya....
Selamat mencoba dan Semoga berjaya!