Friday, April 19, 2013

SERVIS KERETA, OH! SERVIS KERETA...





Assalamualaikum


Ya ALLAH ya TUHAN ku berikanku batas-batas kesabaran yang dalam, jauhkan ku dari rasa sakit hati yang sangat sakit hati kepada sesama manusia..
..dinginkan hati ku bak salju, tenangkan hati ku bak bayu semilir..

 Astaghfirullahilazim.. Astaghfirullahilazim..

Saya kongsikan cerita saya yang pagi-pagi  sudah mendidih..

Jam 5 pagi saya dah bangun, lepas solat Subuh dah pun bersiap. Hari ini ada appoinment untuk servis kereta pukul 9, (wah! bukan sebab suka sangat nak pergi servis, tapi ingin mendahului masa appoinment kalau boleh, supaya cepat sampai cepatlah siap).

 Tempat menunggunya ok, ada mesen coffee dan teh tarik yang sedap! 
Saya dua beranak (bersama sibongsu saya),  sukakan kopi/teh nya..boleh ambil banyak kali, boleh minum banyak kali, cuma sendiri mau ingat!



 Kami sampai kat pusat servis tu jam 8.15 pagi, itu pun setelah pemanduan yg amat sederhana dan sangat-sangat berhemah!..
 Simpang masuk lengang, tidak "huru hara" macam selalu..  banyak lot parking yang masih kosong, tanda-tanda orang tak ramai..memang lengang lah!

 Kereta saya pun dapat diletakkan diparking dengan penuh bergaya! (perasan sendiri)




(ruang menunggu bagi yang membawa anak-anak bersama...selesakan?)


Kaunter saya untuk hari tu adalah no3, mengikut notis board yang tertera plat kereta saya.. Dengan rasa tenang saya menuju kekaunter tersebut...

Tetapi sampai kat kaunter tu tutup lah pula, tanya kat kaunter sebelah dia cakap kena tukar gi kaunter 7..
Saya pun pegi ke kaunter 7, tapi masih ada orang berurusan disitu..5minit dia serahkan buku servis dan kunci kereta tak mencukupi bagi lelaki ini, ntah apa urusannya segala mcm kertas dan resit dikeluarkan,
...... dah tu bla bla bla...
bla bla....
terus-terusan.. 

Seolah-olah dikaunter  itu lah dia servis keretanya dengan tunjuk segala benda.. 
Dah selesai urusannya, lelaki yang kerja kat kaunter tu pun pergilah menghantar segala maklumat kereta orang tadi kepada mekanik dorang..

 Tetapi saya tak peduli, saya duduk saja kat kerusi depan meja kat kaunter 7 tu..
menunggu lelaki yang bertugas tu.

Setelah dia sampai, dia pun tanya apa nombor plat kereta..saya pun bagi tau lah dengan perasaan yang baru nak lega..

 Tiba-tiba dia cakap "oh bukan di sini, disana...buka sudah tu kaunter 3 tu...
gggrrrrr..

 Dengan kesabaran yang kian tergugat, pegi lah pula ke kaunter 3, ada pula nyonya sedang berurusan depan tu. 
Pun ambil masa lama tapi tak selama lelaki kat kaunter7 tdi.

 Maka menunggulah lagi...

 Bersama saya ada bebrapa orang juga untuk ke kaunter 3.. Macam biasa, lepas nyonya tu siap memberi kunci dan buku servis, lelaki yang berkerja kat  kaunter tu menghilang juga jumpa mekanik.. Degan rasa khuatir, orang lain mendahului saya, saya pun  duduk sajalah  kat kerusi depan tu, tanpa di undang!, 

Menunggu lagi.. Kali ni mcm lama juga..
.gggggrrrrrrr ...
ggggrrrrrrrrrr....


Tiba-tiba datang seseorang jumpa saya, "kak mari kekaunter 1, saya uruskan.."

 Tiada rasa terima kasih, dan belum bersyukur, saya hamburkan kemarahan kepadanya yg dikaunter 1 tu..

"kalau u boleh uruskan kereta saya, kenapa yang kat kaunter 7 tu tak terus urus saja tadi..dia sendiri nampak saya sudah lama tunggu...

.bla bla bla..... bla bla bla....
.
 Dup dap dup dap rentak jantung, cuba mencari sabar yang yang sudah tercicir.. 

Nasib baik budak kat kaunter tu "sudi" mendengar kemarahan yg meluap luap.
.
 Astaghfirullahilazim.. 

Bila dah siap daftar kereta untuk diservis, pergilah saya ke ruang menunggu, lalu berpapasanlah  pula dengan lelaki yang kat kaunter 7 tadi, pandai pula tu meminta MAAF! 

Tetapi belum ada ruang maaf tu dihati saya, sehinggalah saya meminum coffee dan teh tarik dorang yang sedap tu...






NASI LEMAK DI LUAR PAGAR





 Assalamualaikum....


.Pada suatu pagi yg masih dingin, tatkala mentari baru memunculkan diri, terpandang bungkusan plastik tergantung diluar pagar rumah.
 Khuatir dan berhati-hati meneliti apakah yang ada didalamnya, maklumlah sekarang ni macam-macam perkara yg berlaku di sekeliling kita.. Tapi bungkusan ini taklah begitu mencurigakan, kerana ia kelihatan bersih dan tiada benda bergerak-gerak atau bernyawa didalamnya.


                                        Rupa-rupanya dalam plastik itu ialah 4 bungkus nasi lemak daun pisang yang masih panas-panas. Tidak hairan dan tidak terkejut kalau ianya bungkusan makanan, kerana sering menerima "special delivery" dari "syarikat" yang sama dengan menu yang berbeza...tak perlu order, tak perlu minta,  kerana dia seperti tahu, saya anak beranak akan makan apa saja yang dihantarnya.



(imej dari Cik google... nasi lemak sebenar tak sempat ambil gambar....licin!)


Kadang-kadang lauk-pauk yang telah dimasak, (ayam masak kicap adalah masakannya yang sangat saya sukai), sambal ikan masin dan kuih muih sama ada dimasaknya sendiri atau dibeli di mana-mana, tanda kami anak beranak tak pernah dilupai.

Inilah penghantaran istimewa yg sangat-sangat tinggi nilainya..walau apa pun yang dihantarnya (bukan sebab free) ia membawa nilai budi, tanda kasih sayangnya, tanda ikatan keluarga yg tetap kekal dan takkan pernah berubah!

Dimana pun kita berada, sejauh mana pun kita pergi...walau ke negara empat musim pun, tatkala kawan baru silih  berganti kita temui, adik beradik kita kekal menemani, dalam sedeh dalam tawa kita..dalam susah, dalam senang!



TERIMA KASIH  adikku OTTE untuk nasi lemak hari tu.. 



Note: Otte adalah adik saya, melati. Anak kelima dari tujuh beradik kami. 

Tuesday, April 9, 2013

SEDETIK INGATAN INI....




                                       Assalamualaikum..

Bangun pagi dengan penuh rasa Syukur...diberi kesihatan yang baik, dapat makan, dapat minum ...ada makanan, ada rumah tempat berteduh...tidak mewah harta, tetapi tenang hidup dibumi aman damai dan maju..

Siapa pun kita, dan apa pun yang kita fikirkan, apa pun kepercayaan....buka lah mata...
lihatlah....kita masih boleh kemana-mana di Malaysia, membawa anak-anak kita bercuti menikmati keindahan dan kedamaian negara kita....
Walaupun kedamaian ini telah tercemar dengan kehadiran mereka yang ingin merampas tanah tempat tumpah darah, namun beberapa bahagian lain dinegara kita tidak tergugat, dan masih boleh meneruskan hidup dengan penuh ketenangan..
 Bersukurlah !!
 Pertahankanlah bersama-sama keamanan negara kita.

....................................................................................

Apahal buku-buku pula ni??




Buku-buku diatas adalah buku himpunan saya pada dua tahun kebelakangan ini, yang lainnya tercicir entah dimana-mana...dipinjam, berpindah...dimakan anai-anai....
 lalu hanya ini yang sudah ada buat masa ini.

Saya sangat suka pegi kekedai-kedai buku seluruh Malaysia, tetapi setiap kali masuk tak semestinya membeli...saya sangat meminati buku-buku travelog, catatan benar perjalanan penulis
kenegara orang, catatan seorang penulis mencari kebenaran, catatan penulis dalam meniti hari-hari yang dilalui...







dan....akhirnya buku ini menggamit pandangan saya..



Semasa disekolah rendah bapa belikan novel Badai Semalam tulisan Khadijah Hashim



 Gambar dari Cik Google

Satu-satunya kedai melayu yang menjual buku-buku yang ada dipekan kami ketika itu adalah Pustaka Melayu...dan bapa pernah membelikan buku ini, jauh lebih awal sebelum kami gunakan untuk buku sastera disekolah menengah....


Terima kasih bapa kerana memenuhi kesukaan saya pada ketika itu...
Biasanya dalam perjalanan balik dari sekolah kami akan singgah di Pustaka Melayu meninjau-ninjau kalau ada buku baru dipasaran pada ketika itu...
Sekiranya ada, saya akan merengek dengan bapa untuk minta dibelkan, tanpa memikirkan ada duit kah atau tidak bapa waktu tu....kesihannya bapa....
Setelah membelikan, dia akan bertanya apa kandungan atau cerita buku tersebut....lalu saya dengan penuh semangat bercerita pula pada bapa ..

Kini, setelah mampu membeli sendiri tak kira apa jenis buku, bapa sudah tidak bertanya lagi isi cerita buku yang saya baca.....
Dia hanya memandang jauh tanpa suara....hanya merenung tanpa kata-kata....

Monday, April 8, 2013

RANTAI KAKI RANTAI BASIKAL


(Mengimbau zaman kanak-kanak)




Assalamualaikum...


Hari ini dah hampir empat bulan kita berada dalam tahun 2013...macam sekejap saja masa berlalu, baru saja rasanya kita memasuki 1 januari, pejam celik dah nak hampir setengah tahun.
Hari-hari berlalu silih berganti, umur kian bertambah, mudah-mudahan dengan bertambahnya usia, kita semakin  matang lah membuat keputusan yang terbaik untuk hidup kita.
dan mudah-mudahan hari-hari mendatang akan merubah sama-sama diri kita agar menjadi lebih baik...mudah-mudahan...lagipun, bila lagi nak berubahkan...

 Apa yang ditulis didalam blog ini tidak akan mempunyai turutan umur atau nombor. Apa yang terlintas diingatan, lalu segera dicatatkan menjadi kenangan....

Pada suatu hari dibulan Syawal....usia saya ketika itu menginjak 14 tahun...
saya dan kawan-kawan berjanji untuk berhariraya kerumah seorang lagi kawan kami yang tinggal dikampung sebelah dengan kampung saya....

Bapa sangat tegas dalam hal anak-anak nak keluar berjalan.... dan takkan membenarkan saya kemana-mana dengan kawan-kawan...tetapi apabila saya memberitahu yang saya akan kerumah kawan karib saya  Nikmah, bapa membenarkannya...ini kerana keluarga Nikmah sangat dikenalinya, sangat mengenali kedua ibu bapa dan adik beradiknya. Bapa sendiri tahu saya sudah berkawan dengan Nikmah sejak dari sekolah rendah...

Nikmah pun selalu datang kerumah dihantar oleh ibu atau kakaknya, atau kadang-kadang saya pula pergi kerumahnya untuk sama-sama mengulang kaji pelajaran..


Kali ini saya sudah berjanji akan datang kerumahnya utk berhariraya....
Sebelum mengunjungi rumah Nikmah, saya singgah dulu beberapa rumah kawan-kawan perempuan yang sekelas dengan kami yang sekampung dengannya, rumah pun tak jauh, selang beberapa rumah sahaja.....maklum, kan hari raya takkan kami abaikan saja, inilah masanya kita saling mengunjungi.

Setelah singgah dirumah kawan-kawan yang lain, akhirnya kami sramai 5 orang jadinya, berjalan lah menuju kerumah Nikmah...
Ternyata keluarganya sedang menunggu kehadiran kami, aneka hidangan disediakan...
Ketika kami baru sampai dan masuk pintu tadi,  rumahnya telah sedia dikunjungi oleh beberapa orang pemuda yang hampir sebaya dengan kami, kalau tak pun sebaya Abang nya.... mungkin itu kawan-kawan abang Nikmah.

 Saya tak mengenali mereka itu...cuma salah seorang dari mereka itu berasal dari kampung yang sama dengan saya... itu saja!

Kami dihidang ditempat yang berasingan dari mereka, kami berborak dengan Nikmah yang kadang disertai emak dan kakaknya....sambil berbual, sambil menjamu selera yang kadang disulami gelak ketawa...

Tidak lama selepas itu terdengar orang memberi salam diluar rumah, orang datang nak beraya, kan memang sudah hari raya, jadi tak heran kalau orang datang berkunjung dan memberi salam.

Rupa-rupanya yang datang itu ialah Pakcik saya, sepupu  bapa. maka makin riuh rendahlah kelompok lelaki itu ketika bertemu....
Kami tak endahkan mereka...kerana kami juga asyik berbual sambil menikmati juadah....
kemain lamanya kami dirumah tu sehingga tersedar hari hampir petang....
kami pun bermohon diri untuk pulang.

Menyedari kami hendak balik pemuda lelaki yang datang awal tadi juga bergegas hendak balik... suka hati dorang lah...bukan kita datang bersama pun....

Selepas bersalaman dengan keluarga Nikmah...kami pun balik kekampung kami. Sama sekali berbeza arah dengan pemuda-pemuda tadi, mungkin mereka meneruskan kunjungan raya kerumah rakan-rakan mereka yang lain.
Sampai disimpang kampung, saya dan kawan-kawan perempuan tadi menuju kehaluan rumah masing-masing. Penat sangat rasanya hari tu, mana tak penat perut dah penuh...rasa mengantuk pun sudah datang, tapi terpaksa ditahan kerana hari dah senja,,,
Bapa pun belum balik dari kerja...kalau sekiranya didapatinya tidur pada waktu-waktu ini, dihari raya pula pasti akan dibebelnya...

Jadi lebih baik membantu ibu membuat kerja-kerjanya didapur dan menolong untuk sediakan makan malam..
Selepas tu kena isi pula balang-balang kuih raya yang sudah mulai kosong kerana bilang ibu ada pakcik akan datang beraya...ah!..tak kisahlah siapa, datanglah...kan dah hari raya...

Sebelum maghrib bapa pun balik dari kerja...kata bapa masa raya ni, waktu makan malam mesti diawalkan kerana bila orang dah mula mengunjungi nanti tak nak sempat makan...

Selepas solat maghrib berjemaah kami pun makan malam....selepas makan tak tertahan sudah kantuk mata ini..tapi ditahan juga untuk menanti solat isyak....usai solat,.maka tertidurlah saya, hanya sesekali terdengar orang berborak-borak diruang tamu..
Tidur yang amat lena sehingga tidak menyedari siapa yang datang dan pergi...

Dalam tidur yang lena itu, tiba-tiba terasa seseorang sedang memegang pergelangan kaki saya dan terdengar bunyi seperti besi berkerincingan....


Terdengar suara bapa yang sesekali diselangi suara ibu, walaupun terkejut dari lena namun saya berpura-pura terus tidur....
Terasa pergelangan saya seperti dililit sesuatu, walaupun takut namun saya membiarkannya kerana saya tahu ada bapa dan ibu dihujung kaki saya...

Dalam remang malam saya tahu itu adalah rantai untuk kunci basikal sedang diikatkan dikaki saya digantung sekali dengan mangganya.. Bapa mengikat, melilit sebenarnya kaki saya dengan rantai itu sambil saya terdengar dengan suara marah bapa memberi arahan kepada ibu untuk tidak membenarkan lagi saya keluar rumah walaupun untuk berkunjung dhari raya ini...

Menyedari bapa dan ibu sudah meninggalkan saya dengan rantai terlilit dikaki, denga masih berbaring saya cuba mengangkat kaki, terasa berat pula tu..

Saya tidak berani membuka mata, takut dan hairan, kenapa bapa menghukum saya??
 Berkunjung kerumah kawan siang tadi pun dengan kebenaranya..
Dia pun tahu dengan siapa dan kerumah siapa saya berkunjungan....

Terkejut dan hairan ???? Sambil memikirkan, mencari kesalahan diri, rasa sayu menusuk hati, akhirnya dalam remang malam air mata saya mengalir....

>
>
>

Esoknya bila saya terjaga, saya segera teringat rantai dikaki, lalu segera duduk untuk melihat dan membukanya...
Ternyata rantai itu hanya dililitkan sahaja, tanpa dimangga, tanpa diikat dimana-mana!
sudah tentulah dengan mudah ianya terlucut dari kaki...

Namun itu bukan tanda untuk bersenang hati, kerana saya tahu itu adalah hukuman dari bapa..
mesti ada sesuatu kelakuan saya yang membangkit kemarahannya...

Perlahan saya keluar dan berjingkit mencari kelibat bapa..tidak ada!
Didapur hanya ibu sedang membasuh piring..
menyedari saya dibelakangnya, ibu bersuara..

"sudah bangun tidur pun....
masih sekolah sudah pandai-pandai nak berjaan-jalan dan berhari raya bersama lelaki"

Saya tergamam apabila ibu berkata sedemikian....
Tak pernah lagi saya berkawan , bertegur sapa apatah lagi untuk berjalan-jalan dengan lelaki, dihari raya pula tu.
Pada usia saya yang masih semuda itu, takkan saya nak berkawan dengan dorang!
Siapakah yang menabur fitnah..
dan siapakah yang telah membuat gosip tak benar sama sekali ni????


Malam tadi, ketika saya sudah lena tidur....tak menyedari siapa yang datang dan pergi, mengunjungi rumah kami...rupanya pakcik yang juga berkunjung kerumah kawan saya Nikmah, datang kerumah malam tadi dan dengan jujurnya menceritakan kepada bapa, telah terjumpa saya berhariraya bersama rombngan kawan lelaki!

Astaghfirullahilazim....pakcik...pakcik...
Pakcik telah tersalah anggap, saya dan kawan-kawan saya tidak berjalan dengan mereka..
secara kebetulan terjumpa disana dan, masa kami balik tu, kumpulan lelaki tu pun beria-ia lah juga balik pada masa sama (bencinya kat dorang waktu tu)..
jadi kelihatannya dimata pakcik kami datang bersama-sama mereka!
Lalu diceritakan pada bapa, yang dia terjumpa saya dan kawan-kawan (juga dengan kawan-kawan lelaki) berjalan bersama-sama dan mengunjungi rumah Nikmah!

Tidak hairanlah bapa telah menghukum saya dengan lilitan rantai malam tadi!
Nasib baik pagi itu saya tak menemui bapa, dan untuk beberapa hari seterusnya kerana bapa pergi belayar untuk beberapa hari....hingga dia balik dan terlupa dengan cerita itu!

....sehingga kini setelah puluhan tahun pun, bapa masih tidak tahu..ataukah bapa sudah tahu memang sebenar-benarnya saya tidak pernah pergi bersama kumpulan budak-budak lelaki tu, malahan mereka pun tak tahu, gara-gara mereka......pakcik telah tersalah anggap!

Namun saya tak pernah berdendam kepada pakcik kerana, pakcik cuma tersalah anggapan....
semogalah Pakcik damai dialam sana....
Al-Fatihah......