Assalamualaikum........
Keluarga kami adalah keluarga
biasa....hidup secara sederhana dipinggiran pekan yang sederhana... Labuan...
Ibu berasal dari tanah besar, dijodohkan
dengan bapa kerana ada pertalian kekeluargaan... cinta orang dulu-dulu, cinta
dirancang orang tua, cinta selepas
berkahwin!
Bagi saya, anak kedua dalam adik-beradik,
ibu sangat tegas, mungkin kerana dia seorang yang akan mengatur segala tentang
rumahtangganya setelah bapa pergi kerja untuk beberapa lama. segalanya menjadi
pundak tanggung jawabnya.
Anak-anak tak boleh bagi muka sangat nanti
tak mendengar cakap...dengan ketiadaan bapa, ibulah yang akan mengemudi rumah
kami yang sering di "porak-perandakan" oleh anak-anaknya...jadi tak
hairanlah ada ketikanya tekanan melanda ibu....Anak-anak yang macam tak
"reti bahasa" kadang menggugat kesabaran ibu!. dalam seramai lima
orang anaknya ketika itu, ibu tak tahu ada seorang anak ini , walau berumur
tujuh tahun takkan macam adik beradik lain yang tidak mendengar kalau
sekali ditegur... apabila yang lain mula menyepahkan rumah, saya perlahan
mengemasnya kembali..
Tapi manalah saya seorang mampu menyaingi
sepahan yang adik beradik lain lakukan diketuai oleh Kakak sulung, yang
jarak umur kami hanya setahun... bila dah isi rumah macam diserang garuda,
sudah pasti ibu mengamuk setelah dia penat menyelesaikan kerja-kerja
didapur..bila dah melihat ruang tamunya macam tongkang pecah apa lagi, dengan
rasa geram cubitan pedas dan pedih hinggap ke paha semua anak-anaknya termasuk
saya!
Kadang dalam fikiran kanak-kanak saya, pada ketika itu merasa ibu tak sayangkan saya,
perlahan saya menyisihkan diri sedikit dari ibu.. Kenapa ibu tak seperti bapa?
kenapa ibu tak pernah menyatakan rasa sayangnya?
Ibu tak pandai menzahirkan
perasaannya....namun saya tahu ibu sayangkan saya apabila dia sering mengatakan
"seorang ibu, macam mna pun rupanya, macam ikan, macam kucing atau macam
harimau, tetap sayangkan anak-anaknya".
Lain sangat cara ibu memberitahu
perasaannya...kenapa semua rupa dikaitkan dengan binatang?
kenapa tidak rupa orang yang
cantik-cantik, sedap mata membayangkan...
perlahan....akhirnya saya tahu ertinya,
macamana pun rupa seorang ibu, cantik
kah, buruk kah, dia tetap ibu kita, yang susah payah melahirkan dan membesarkan
kita....
dan....anak-anaknya tetap anak-anaknya,
yang tetap akan disayanginya seumur hidupnya...
Berbeza dengan bapa,
bapa sangat penyayang, suka bercerita, suka melayan kerenah saya dan suka
memenuhi permintaan saya, samaada minta bawa berjalan-jalan atau membelikan apa
yang saya mahukan, akan dicubanya sedaya upaya, kalau tak dapat pada ketika itu
akan ditunaikannya pada hari yang lain.
Saya percaya pada janji bapa! Nasib
baik saya bukan penggila mainan pada ketika itu.. saya hanya minta bapa belikan
buku-buku cerita!
Kalau buku-buku cerita lambat sampai
ditangan, bapa aka mendahului dengan cerita-cerita pelayarannya. Saya sangat
suka mendengar mengenai tempat-tempat yang pernah disinggahi...
maka bermulalah lagi angan-angan
kanak-kanak ini sehingga terbawa-bawa kedalam mimpi..
Kalau bapa berpergian jauh saya jadi
sunyi, tiada teman yang memahami, adik beradik pun rasanya macam nak cari gaduh
saja....saya rasa sedeh apabila bapa cakap dia nak belayar, perlahan.. tanpa disedarinya
airmata saya menitis, rasa sangat sayu
(manjanyaaa..)...
Rumah kami bertambah sunyi, kerana kalau
ada bapa rumah ini menjadi tempat mengaji bagi budak2 yang belajar mukadam dan
Quraan, dan ada yang belajar sembahyang....saya kadang-kadang menjadi pembantu
bapa menolong mereka mengenal bentuk alif ba ta....
Bapa sebenarnya bekerja sebagai juragan
(kapten) kapal laut...kalau dah kerja, saya takkan berjumpa dengannya,
berminggu atau berbulan lamanya...tugasnya membuatkan bapa dapat
mengunjungi beberapa negara, yang mustahil dapat dikunjungi kalau
mengharapkan perbelanjaan sendiri...
Walaupun hanya sebagai pekerja kapal namun
dapat juga menjejakkan kaki kenegara yang menjadi angan-angan rakan
sekampungnya yang meneruskan kerja-kerja seperti nelayan atau jadi petani.
Mereka masih tidak berani untuk melangkah keluar dari kampung yang sudah sebati
dijiwa mereka...atau mungkin itu kesukaan mereka.
Berbeza dengan bapa seawal umur dua
puluhan sudah berani memecah 'tradsisi' kerja, mencuba sesuatu dari luar
kebiasaan anak-anak muda dikampung pada ketika itu. Melangkah keluar dari
kampung dan mencuba sesuatu yang baru.
Ianya bermula dengan bekerja sebagai
kelasi kapal-kapal dagang atau kapal kargo yang membawa muatan barangan...
Dari kapal kecil kepada kapal besar. Dari
kelasi biasa naik kepada Juragan (kapten) kapal. Saya pernah diberi
kesempatan untuk memegang stereng kapal besar yang bapa kemudi. Dengan
bangganya saya berdiri diatas kerusi (badan pendek umur baru 9 tahun)
memusing-musing stereng ditangan, kekiri dan kekanan...
"jangan terlampau kekiri nanti
terlanggar kapal lain" kata bapa.
saya masih dengan bangga hanya mengganguk
kepada arahan kapten kapal itu...walhal kapal yang saya kemudi itu terikat
dipelabuhan!
Sebelum keluar rumah untuk bekerja, bapa akan
mendongak kelangit, melihat awan, meramal cuaca dengan caranya.
Pada ketika itu belum ada ramalan cuaca
yang disiar dan mudah didapati seperti sekarang, kita boleh lihat siaran diTV, dengar radio lebih canggih di handphone kita
boleh tengok ramalan umtuk seminggu akan datang!
Bapa kelihatan sedikit risau kalau cuaca
buruk, risau pada kapal laut yang dikendalinya, risau pada
...keselamatn anak-anak kapal dibawahnya ....kerana segalanya dibawah
tanggung jawabnya...bila dah dilautan, apa pun yang berlaku keputusan adalah
ditangannya....
(puluhan tahun kemudian.....saya juga akan
mendongak kelangit sebelum keluar bekerja.... ada sedikit kerisauan andai
tanda-tanda hujan ribut akan turun.....keputusan dan tindakan segera juga
berada ditangan saya...
Disini, hari ini dapat saya fahami perasaan bapa.....)
Ada rasa kesihan terhadap bapa....tak kira
hujan, tak kira panas, apa bila jadual telah tiba maka belayarlah bapa,
meninggalkan kami lima beradik ketika itu, bersama ibu.
Bapa berpergian lama dan sangat laamaaa
rasanya....
Ada cerita, apabila suatu hari bapa dalam
pelayaran, cuaca yang pada mulanya baik, tetapi ditengah lautan cuaca
buruk tiba-tiba datang....dengan jarak pengelihatan yang kurang 100
meter....dengan ketidak cukupan alat-alat canggih pada waktu itu, tidak seperti
sekarang ini ada radar yang boleh mengesan sebarang pergerakan.... ....apakah yang
dapat dilihat pada jarak itu, dan pada waktu malam pula tu..
=>
=>
=>
Ini terjadi sebelum bapa membawa kapal
besar, kapal yang dikemudikan ini sederhana saja, dalam pelayaran menghantar muatan untuk ke
Miri dari pelabuhan Labuan. Tiba-tiba diperairan berhampiran Brunei, kapal ini
menghadapi ribut dengan hujan dan angin yang kuat...ombak pula agak besar,
tidak ingat difikiran kanak-kanak ini berapa ketinggian ombak itu...
Jarak penglihatan pula sangat terbatas
dalam jarak 100 meter.... mata biasa takkan nampak apa-apa yang muncul didepan
mata....
Amat sukar mengendali kapal yang terumbang
ambing dilanda ombak besar sambil cuba meneropong, memerhati persekitaran..dalam pekat malam...
.
Tiba-tiba...
Satu hentaman kuat datang dari tepi
sebelah kanan, betul-betul ditengah kapal yang bapa kemudi.....
"ALLAHUAKBAR...."
Bapa menjerit, apabila terlihat sebuah
kapal lain melanggar kapal bapa, betul-betul ditengah kapal...dan kapal itu
agak besar dari kapal bapa.....
Bayangkan apa yang terjadi.......
Kapal bapa terbelah dua !!
Dalam hujan ribut malam dalam keadaan
gelap!
Bapa menjerit kepada kelasi-kelasinya agar
menyelamatkan diri.... bapa cuba dan cuba juga untuk menyelamatkan kapalnya
tetapi air laut sudah terasa hingga kelututnya, akhirnya keparas pinggang.....sekejap
lagi kapal itu pasti tenggelam!
Dia hanya terdengar jeritan kelasinya,
“kapt, selamatkan diri, cepat. Kapal dah
nak tenggelam.....”
Apabila segala usaha sudah cuba dibuat,
ternyata kapal itu dan isi muatannya tak dapat diselamatkan lagi. Anak-anak
kapal pun sudah meninggalkan kapal, atas arahan bapa. Barulah bapa meninggalkan dan dengan sayu melihat kapalnya tenggelam perlahan-lahan..... dari anjung
kapal yang melanggarnya tadi....
Mereka yang melanggar tanpa sengaja itulah
menyelamatkan mereka!!
Kali ini bapa benar-benar lama tidak
balik, macam berbulan juga rasanya....
Peristiwa ini menjadi kes dimahkamah
negara jiran kita itu, kerana kapal yang melanggar itu adalah kapal dari negara
jiran dan diperairan mereka!
Dia tak dapat balik selagi kes ini tidak
selesai.......
Ianya melibatkan dua negara yang bagaikan
bersaudara .....bersaudara, saudara juga...muatan yang dibawa perlu
diganti.....bapa bukan saja disoal siasat oleh mereka disana.....tetapi juga
dari orang-orang dari ibu pejabat syarikat kapal bapa......
Dan ianya tak semudah itu, beberapa
perkara perlu diselidik, dikaji dan diteliti secara manual (penggunaan komputer
dan alat-alat canggih masih jauh didepan)
Detik-detik perlanggaran dirakamkan dalam lakaran dikertas, semua ini mahu dijadikan bukti dimahkamah jiran itu,
siapakah yang bersalah !!
Nun...... di pantaran (serambi) rumah,
seorang kanak-kanak dengan linangan airmata berdoa kepada TUHAN, agar bapa
diselamatkan walau dimana pun dia berada dan memohon segerakanlah bapa kembali
kerumah..... kali ini saya tidak mengharapkan buah tangan dari bapa, dan berjanji
tidak akan meminta bapa membeli apa-apa untuk dibawa balik.. apa yang penting,
saya ingin berjumpa bapa...telah lama dia pergi kerja, dan telah lama tidak
mendengar suaranya!
Ketika itu bukan mudah untuk
menghubunginya.....tidak ada telefon awam apatah lagi telefon rumah.....mungkin
hanya beberapa ofis saja yang ada kemudahan itu, dan tak semudah itu untuk
meminjamnya, kalau dapat pun, nombor apakah mahu didail untuk menghubungi bapa?
Kami hanya menunggu perkhabaran bapa dari
syarikatnya dan menunggu kiriman telegram dari bapa.....
Sayu memandang kelaut yang biru terhampar,
yang memisahkan kami dengan bapa...kasihan melihat ibu yang juga merindui dan
risau keadaan bapa, ditinggalkan dengan anak-anak yang tak tahu berduka, entah
cukupkah duit ibu pada ketika itu.....tak dapat saya ingati....
Kakak dan adik beradik yang lain bermain
macam biasa, seolah tiada apa yang berlaku....tetapi saya? Pada umur itu saya
masih terfikir kenapalah kakak dan adik beradik yang lain sentiasa gembira,
boleh gelak ketawa dan bergembira...kalau pun bersedeh hanya sekejap saja, dan selepas
tu bermain lagi..
Mereka hanya kanak-kanak biasa yang dalam fikiran mereka hanya
tahu bermain. Lapar dan haus akan merengek kepada ibu dan lepas tu sambung lagi
bermain-main...
Sikap saya lah yang ganjil
sebenarnya...saya terlalu emosi, terlalu mudah tersentuh hati....dan berfikiran
seperti orang dewasa sebelum sampai waktunya!!
Lama setelah itu.................bapa pun
balik akhirnya.....
Rasanya dia menang dalam kes itu....dia
membawa lakaran kertas kapal yang dilukisnya, lukisan kapal terbelah dua
disimpan dan ditunjukkan kpd kami.......hanya saya yang berminat bertanya,
bagaimana, kenapa terjadi.....seperti biasa adik beradik yang lain sambung
bermain......
Saya memerhati lukisan itu dan terbayang
ribut yang melanda..... dan ingatan ini menjengah kembali fikiran saya setelah
puluhan tahun, apabila baru-baru ini dipawagam ditayangkan movie “The life of
PI”
Dahsyatnya lautan....memisahkan Pi dengan
kedua ibubapa dan abangnya..
Menjadikannya sebatang kara....dilautan,
berjuang berseorangan untuk hidup!!
Saya, sangat-sangat bersyukur kehadrat
Ilahi kerana menyelamatkan bapa sehingga kehari ini, SYUKUR ALHAMDULILLAH !!