...disini bukan segalanya, tapi ada cerita hidup dan liku-likunya.....
Tuesday, November 7, 2017
Dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur
Saturday, May 27, 2017
Mencari kedinginan di Colmar Tropical dan Genting Highland
Memang SEDAP!
Tak kenal pun kakak ni...tapi klau anda singgah kat Genting Sempah...cubalah nasi lemaknya
Selain nasi lemak, kita order lagi lempeng..eemmmm
Teringat sekarang pun terliur juga buatnya
Telaga nasib...haha...tempat baling duit syiling... yg kononnya akan mendatangkan nasib yg baik... rezeki mari konon...terserah...kepada anda...nak baling atau tak...tapi bagi orang islam tak digalakkan ni...
Kat Bukit Tinggi...panas pula hawa nya... jadi kami teruskan perjalanan ke Genting Highland...memang terasa sejuknya....semakin petang kabus sudah mula menutupi kemuncak ini...memang dingin terasa....
Kawasan outdoor game yang dulu, taman tasik dan roller coster sudah tiada. Sekarang taman tema baru dalam proses pembinaan.
Dalam keluasan 25ekar tanah di puncak Genting ini, taman ini akan menyediakan permainan bertemakan filem-filem blockbuster dari Century Fox seperti, Ice Age, Avatar, Titanic, Rio, Planet Of The Apes dan lain-lain.
Sungguh teruja menanti ianya dibuka di penghujung 2017 ini...katanyerr...
Dengarnya lagi, Shopping Complex iaitu Genting Premium Outlet juga akan dibuka...sama seperti Johor Premium Outlet... menjual barangan branded dan dijual murah sepanjang tahun...
Seronok tak?
Hotel yg ada disekitar Genting ni pun tengah buat renovasi penambahan bilik. So boleh pilih untuk bermalam kat Genting ni...dah lah suhu sejuk nyaman diatas perbukitan...ada taman tema... ada shopping complex...wah teruja sangat-sangat dan tak sabar menanti pembukaannya...
Sunday, June 5, 2016
Salam Ramadan....
Assalamualaikum.....
Tersangat lama kali ini tidak menulis... entahlah kenapa??
Apa kabar semua...diharapkan kita sentiasa diberi kesihatan yg baik.. dimurahkan rezeki... dipanjangkan umur dan dapat lagi menjalankan ibadah puasa yang akan tiba esok atau lusa..
in sya Allah....
Post ini ditulis ketika saya berada dalam feri...perjalanan balik dari Labuan ke Kota Kinabalu selepas membuat kenduri tahlil arwah bapa sebelum masuk bulan Ramadan....
Feri petang ni sangat2 penuh... mungkin orang ramai yg sekadar mengambil cuti hujung minggu mengambil kesempatan balik kampung atau nak ke KK... bersempena juga dgn cuti sekolah ...
Dah beberapa feri ditambah...tapi setiap kali perayaan...kalau kita tak buat booking....alamat berputih mata lah tu..
Apa pun tulisan saya petang ni sekadar untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK.....
.
Wednesday, March 2, 2016
Selamat tinggal Terminal 2, Lapangan Terbang Kota Kinabalu...
Andailah itu hanya mainan perasaan...andai lah itu gangguan fikiran.. mungkin juga gundahnya emosi....kerana bukan mudah membiasakan diri, apabila pancaindera tidak lagi seperti dulu, pengelihatan tidak lagi secerah dulu...
sudah saya ceritakan pada post yang lalu disini, apa yg telah berlaku kepada mata saya...ada yang bertanya, bagaimana keadaan pengelihatan selepas dilakukan laser?
Syukur Alhamdulillah, saya masih boleh melihat...mata saya masih boleh memandang... masih boleh melihat dan fokus pada skrin kerja... dan masih boleh membuat keputusan-keputusan, melihat cepat kepada target di skrin komputer dan segera memberi arahan.
Tindakan yang dilakukan atas apa yang dipandang dengan mata, lalu minda segera bekerja....
Itu amat2 saya syukuri...
TETAPI seperti juga yang sudah dimaklumkan pakar mata kepada saya bahawa "floaters" (benda yang terapung seperti awan dan air yg bergenang2) didalam mata itu TIDAK akan hilang...ianya akan berada disana sampai bila-bila. apabila saya fokuskan mata kepada satu pandangan, floaters dlm mata itu akan berada ketepi atas mata kanan saya...so, memandang kedepan akan jadi seperti biasa....cuma kalau diluar dari bangunan, tempat yang cerah dengan mata yang terpaksa sentiasa berkelip, membuatkan floaters itu bergerak2....dan menganggu pengelihatan...inilah yang merimaskan!
Inilah yang harus saya biasakan....
Apakah ini puncanya, sayu pilu, sedeh sendu??
OK, cerita kepada tajuk saya diatas, baru-baru ini...seperti jua kita maklum.. bahawa Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah DI TUTUP untuk operasi penumpang....
sudah tentu penumpang terbesar Terminal 2 ini adalah penumpang pesawat Air Asia...
Bertambahnya penumpang dan pesawat saban tahun di terminal ini tidak dapat lagi menampung jutaan penumpang keluar dan masuk dilapangan tebang ini, yang beberapa kali telah melalui pengubahsuaian dan penyelenggaraan selepas lapangan ini yang mula2 duluu...lamaaa dulu.....
Akhirnya setelah perang telah lama tamat, operasi dan penyelenggaraannya diambil alih Department Of Civil Aviation (DCA) North Borneo.
Untuk menampung kepadatan dan kesesakan penumpang...seiring dengan prmbangunan negara
Satu terminal baru telah dibina dikawasan yang bertentangan dgn terminal 2 dan pentadbiran, pengendalian dan operasi terminal baru dan lama diambil alih oleh Malaysia Airports Holding Berhad setelah sebahagian pentadbiran DCA pada waktu itu dikoperasikan....huhu..
Malaysia Airlines beroperasi dari terminal 1, Air Asia dari terminal 2...
Namun akhirnya, sejak 1hb Disember 2015 Airasia beroperasi dari Terminal 1, meninggalkan terminal 2 (old airport) sunyi...sesunyi2nya...
Sengaja masuk kesini setelah Airasia tiada lagi disini, alangkah sunyi dan lengang...seperti tidak percaya, kerana tempat ni pernah sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk....
Mustahil kita dapat melihat suasana selengang ini sewaktu tempat ini masih beroperasi....
Episod kenangan di terminal 2 Kota Kinabalu akan kekal diingatan..
Selamat tinggal Terminal 2, Kota kinabalu...