Saturday, May 27, 2017

Mencari kedinginan di Colmar Tropical dan Genting Highland






Assalamualaikum....



Apa kabar semua? Kita berharapkan dan berdoa agar kita diberi kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, murah rezeki dan diberi kebahagiaan berkekalan. Aamiiiinnnn

Lama juga saya tak menulis dalam blog ini... melampau2 juga yer kesibukan itu...sehingga saya sendiri menjadi rindu untuk menjenguk dan membaca tulisan sendiri... 
ops...yg nulisnya aku..yg bacanya juga aku... hihi perasan sgt....takpe la yg penting suami tetap setia menjadi pembaca yang sentiasa ternanti2 tulisan isterinya yang tak penuh madah berhelah...

Tak banyak untuk di coret...sekadar membawa diri seketika dari panas hawa dan debu-debu Kuala Lumpur...menyejuk diri dan mendingin jiwa seketika ke Genting Highland... (sekarang musim hujan...maknanya...cerita ni musim kemarau hari tu...adiiiiihhhh lamanya baru nak menulis)

Lagi pun nak bawa ibu ke Genting Highland sempena ibu pertama kali sampai Kuala Lumpur. Ketika arwah bapa masih ada ibu tidak akan kemana-mana selagi bapa tak pegi sama...bapa pula tak suka berpergian, mungkin masa mudanya dia banyak kali tinggalkan rumah kerana kerjanya sebagai jurumudi kapal laut.

Maka, pukul 8.30 pagi tu kami sudah berada dijalanan menuju destinasi.... 

Bercuti, walaupun hanya dalam negara memang sangat2 menyeronokkan... tambahan lagi kalau kita hanya jadi Puan nya....  dan duduk disebelah Tuan besar yg sedang memandu...kita seronok melihat kiri dan kanan sedang dia terpaksa memfokus kejalan raya....sorry...next time I drive dari Perlis sampai Sabah yerr....

Sampai Genting Sempah perut dah mula lapar sengaja tu hanya minum air suam pagi tadi semata2 untuk bekfas kat sini..





Saya suka melihat RnR kat Genting Sempah ni.. atau mana2 saja RnR atau hentian sebelah kat jalan-jalan di Semenanjung ni... menyediakan gerai2 makanan yang sedap.. tempat yang selesa.... tempat solat yang bersih dan tandas yg bersih...
bagi saya RnR adalah tanda kemajuan dan moden nya sesebuah negara...





Tandas bersih dan berbau harum bungaan...




Selepas menyegar diri...jom kita order apa nak makan. 


Banyak gerai menjual makanan masing-masing, untuk sarapan pagi, nasi lemak, mee atau roti canai... dan ada yg sudah sedia menjual nasi dengan aneka lauk pauk....wahhh... belum tengah hari lagi ni... tapi seronok nampak makanan beraneka jenis. 

Kami sepakat memilih untuk makan nasi lemak. Kebetulan berhenti kat gerai yang mula2 tadi...memang TIDAK MENYESAL... nasi lemak berlemak...sambal ikan bilis ada pilihan nak pedas atau tak...dan pula ada sambal bilis petai.... wahhh ibu pilih yg ni... suami pun mkn sambal bilis petai...
saya sebenarnya tak berapa suka mkn nasi pagi2....tetapi yg ini selesai sepinggan nasi lemak...tahu kenapa? Sambalnya mengingatkan masa kecil saya...macam sambal yg sering ibu masak kan untuk kami.
Memang SEDAP!
Tak kenal pun kakak ni...tapi klau anda singgah kat Genting Sempah...cubalah nasi lemaknya








Selain nasi lemak, kita order lagi lempeng..eemmmm


Teringat sekarang pun terliur juga buatnya


             
                  Perut dah kenyang dan senang hati... syukur Alhamdulillah....kita menuju ke Bukit Tinggi... tempat yg kita boleh berangan-angan apartment kat Paris... jommm....layan gambar saja la ya....




































          Telaga nasib...haha...tempat baling duit syiling... yg kononnya akan mendatangkan nasib yg baik... rezeki mari konon...terserah...kepada anda...nak baling atau tak...tapi bagi orang islam tak digalakkan ni...








        Kat Bukit Tinggi...panas pula hawa nya... jadi kami teruskan perjalanan ke Genting Highland...memang terasa sejuknya....semakin petang kabus sudah mula menutupi kemuncak ini...memang dingin terasa.... 

Suhu  mcm inilah yg kami cari...tapi takder pula gambar2 kat Genting ni yg dapat diambil sebab ..sebab bahagian out door ditutup sementara untuk pembinaan taman tema pertama didunia untuk .... 20th Century Fox World Genting Highland.

Kawasan outdoor game yang dulu, taman tasik dan roller coster sudah tiada. Sekarang taman tema baru dalam proses pembinaan.

Dalam keluasan 25ekar tanah di puncak Genting ini, taman ini akan menyediakan permainan bertemakan filem-filem blockbuster dari Century Fox seperti, Ice Age, Avatar, Titanic, Rio, Planet Of The Apes dan lain-lain.

Sungguh teruja menanti ianya dibuka di penghujung 2017 ini...katanyerr...

Dengarnya lagi, Shopping Complex iaitu Genting Premium Outlet juga akan dibuka...sama seperti Johor Premium Outlet... menjual barangan branded dan dijual murah sepanjang tahun...

Seronok tak?

Hotel yg ada disekitar Genting ni pun tengah buat renovasi penambahan bilik. So boleh pilih untuk bermalam kat Genting ni...dah lah suhu sejuk nyaman diatas perbukitan...ada taman tema... ada shopping complex...wah teruja sangat-sangat dan tak sabar menanti pembukaannya...












4 comments:

  1. Nasi lemak ni kalau sambal sedap nasi pun lembut dan berlemak baru sedap cenggini 👍🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap nasi lemaknya tu JM... lempeng tu pun ..emmm lapo pula bila teringat...

      Delete
  2. Itew pun pegi bukit tggi nk ambik gambo bangunan cam kat paris tu heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler tu...kak pun perasan mcm berada kat paris sja...tpi dah kurang sejuk.. panas msa kita pi bkt tggi tu... nak gi paris sebenar barangkali baru ok.. hihi

      Delete