Wednesday, March 2, 2016

Selamat tinggal Terminal 2, Lapangan Terbang Kota Kinabalu...





Assalamualaikum....


Adakah anda merasa, kadang-kadang ada masanya kita rasa sedeh amat sangat? ada masanya rasa pilu menyucuk hati... ada ketikanya rasa sunyi menghambat jiwa....??

Itulah yang saya rasakan kini, seperti kawan menjauhi. seperti orang keliling menghindari...seperti orang keliling tak ambil peduli... 

Andailah itu hanya mainan perasaan...andai lah itu gangguan fikiran.. mungkin juga gundahnya emosi....kerana bukan mudah membiasakan diri, apabila pancaindera tidak lagi seperti dulu, pengelihatan tidak lagi secerah dulu...
 sudah saya ceritakan pada post yang lalu disini, apa yg telah berlaku kepada mata saya...ada yang bertanya, bagaimana keadaan pengelihatan selepas dilakukan laser?

Syukur Alhamdulillah, saya masih boleh melihat...mata saya masih boleh memandang... masih boleh melihat dan fokus pada skrin kerja... dan masih boleh membuat keputusan-keputusan, melihat cepat kepada target di skrin komputer dan segera memberi arahan.
 Tindakan yang dilakukan atas apa yang dipandang dengan mata, lalu minda segera bekerja....
Itu amat2 saya syukuri...
Syukur Alhandulillah saya masih boleh melakukan kerja2 saya macam biasa.

 TETAPI seperti juga yang sudah dimaklumkan pakar mata kepada saya bahawa "floaters" (benda yang terapung seperti awan dan air yg bergenang2) didalam mata itu TIDAK akan hilang...ianya akan berada disana sampai bila-bila. apabila saya fokuskan mata kepada satu pandangan, floaters dlm mata itu akan berada ketepi atas mata kanan saya...so, memandang kedepan akan jadi seperti biasa....cuma kalau diluar dari bangunan, tempat yang cerah dengan mata yang terpaksa sentiasa berkelip, membuatkan floaters itu bergerak2....dan menganggu pengelihatan...inilah yang merimaskan!

Inilah yang harus saya biasakan....
sudah tentu ianya tak semudah itu. sudah hampir 4bulan sejak retina mata saya terkoyak....saya tetap "bertarung" untuk membiasakan diri dengannya...
Apakah ini puncanya, sayu pilu, sedeh sendu??



OK, cerita kepada tajuk saya diatas, baru-baru ini...seperti jua kita maklum.. bahawa Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah DI TUTUP untuk operasi penumpang....
sudah tentu penumpang terbesar Terminal 2 ini adalah penumpang pesawat Air Asia... 
Bertambahnya penumpang dan pesawat saban tahun di terminal ini tidak dapat lagi menampung jutaan penumpang keluar dan masuk dilapangan tebang ini,  yang beberapa kali telah melalui pengubahsuaian dan penyelenggaraan  selepas lapangan ini yang mula2 duluu...lamaaa dulu.....
digunakan untuk lapangan terbang ketenteraan dari World war 2 lagi.
 Akhirnya setelah perang telah lama tamat, operasi dan penyelenggaraannya diambil alih  Department Of Civil Aviation (DCA) North Borneo. 

Walaupun dipanggil terminal 2..tpi inilah terminal pertama mengurus penumpang dan kargo yang tiba dan berlepas dari Kota Kinabalu...
Suatu ketika dahulu MAS juga mula beroperasi dari sini.


Untuk menampung kepadatan dan kesesakan penumpang...seiring dengan prmbangunan negara
Satu terminal baru telah dibina dikawasan yang bertentangan dgn terminal 2 dan pentadbiran, pengendalian dan operasi terminal baru dan lama diambil alih oleh Malaysia Airports Holding Berhad setelah sebahagian pentadbiran DCA pada waktu itu dikoperasikan....huhu..

Malaysia Airlines beroperasi dari terminal 1, Air Asia dari terminal 2... 

Namun akhirnya, sejak 1hb Disember 2015 Airasia beroperasi dari Terminal 1, meninggalkan terminal 2 (old airport) sunyi...sesunyi2nya...






Sengaja masuk kesini setelah Airasia tiada lagi disini, alangkah  sunyi dan lengang...seperti tidak percaya, kerana tempat ni pernah sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk....






Mustahil kita dapat melihat suasana selengang ini sewaktu tempat ini masih beroperasi....
 kereta dan bas pelancung berlapis-lapis menurunkan dan menanti penumpang.. 
orang lalu lalang... 
memang sibuk keadaannya....
beberapa bulan sebelum berpindah.. bangunan ini sudah semakin sesak dengan penumpang....aircond teminal ni sudah tidak terasa dinginnya...
yang makin dingin hanyalah hati orang2 yang menghantar dan melambai insan yang di kasihi berpergian...









Terminal ini pernah menjadi saksi senyum tawa...duka dan air mata kebanyakan orang. 

Pernah membawa senyum, menanti hadir mereka yang dikasihi...ibu bapa, suami isteri.. anak2..maupun rakan2 yg berkunjungan..

Terminal ini juga pernah membawa keceriaan, damai jiwa..apabila insan yang di sayangi muncul dibalik pintu ketibaan.

Namun terminal ini juga meragut senyum dan merembeskan titis airmata saat mereka yg kita sayangi hilang ditelan pintu pelepasan. 

Duka ceria...bersilih ganti....
Episod kenangan di terminal 2 Kota Kinabalu akan kekal diingatan..


Terminal udara dimana pun jua didunia, membawa pelbagai cerita penumpang dan keluarga mereka.

Selamat tinggal Terminal 2, Kota kinabalu...




1 comment: