Wednesday, January 1, 2014

Tahun Baru dan "Penyakit Alaf Baru"....






Assalamualaikum….


Selamat Tahun Baru. Syukur Alhamdulillah kita diberi kesempatan meneruskan perjalanan ditahun baru 2014 ini… 
Matahari bersinar terang pagi 1hb Januari...Alhamdulillah, setelah beberapa hari, minggu agaknya Kota Kinabalu malah seluruh Sabah basah dan dingin..hujan dan angin kencang melanda negeri ini.


Malam 31hb tu, malam  tahun baru…(memang tak pernah sambut pun),  Cuma kebetulan saya berkerja  shift malam, maka perancang kat ofis tu, ligat mencari menu untuk hidangan  makan malam dan seterusnya hidangan sehingga ke pagi.

Kami ada nasi biryani, pilihan kambing atau daging dan ayam, pasembor (rojak mamak), satay dan pasangannya nasi himpit, roti jala kuah kari ayam (isteri Sakiff yang masak) sedap!
Juga ada kudapan …kacang-kacang dan keropok serta minuman….




(abaikan cara hidangan itu maklum kat ofis, yang penting makanan ada umph!)



(satay Sipitang yang femes kat KK ni...nyamm)




(Roti jala semenanjung..dimasak khas oleh isteri kepada rakan sekerja, Sakiff....memang sedap)


Setelah sedikit bacaan doa oleh Penyelia bertugas, apa lagi kami pun melahap dengan jayanya….lapar sesangat…
Dah memang tahu malam ni ada makanan, maka masing-masng telah sedia  mengosongkan perut khas untuk malam ini.

Amboi... ”sayang”nya kita dengan badan kita sehingga makan dan makan lagi sampai naik semput..walau dah tengah malam… (agak-agaklah hoiii….hahaha).

Pagiku 1hb ni  setelah habis shift malam, balik rumah…mandi  lalu tidurrr…
Ya lah kan….kami kerja shift, orang tidur kami bangun, orang bangun kami tidur…
So, tidurlahhh…..zzzzz

Tersedar dalam pukul 12 tgh hari, selepas bersiap dan solat Zohor lalu keluar hendak ke farmasi kerana kehabisan vitamin….kedai  farmasi yang paling dekat adalah dikawasan Damai, Luyang tetapi tidak mahu mengambil risiko nanti sampai kesana kedainya tutup, mana tahukan? Sebab hari ni Public holiday…so tempat yang paling dipercayai  99% kedai-kedainya beroperasi hari ini adalah Centre Point dipusat Bandar Kota Kinabalu….alasan jak tu...
walhal nak window shopping +exercise (konon nya) dengan berjalan kaki mengelilingi mall, 10 kilometer atau 4jam tanpa henti…kan dah malam tadi makan banyak….jadi kena exercise hari ni (haah....ya lah tu....exercise lah sangat!! )

Selepas tu perjalanan diteruskan ke shopping mall Suria..teruskan exercise kaki dan mata kat situ pula hehehe....

Bila dah rasa lapar, ya lah belum lunch lagi ni....
kami mencari port yang rasanya agak tenang dan tidak kecoh...mana lagi kat Suria ni, kat secret recepi saja...


Keadaan kat dalam tu agak lengang hanya beberapa meja terisi.
Setelah order dan menanti hidangan dihantar, mata saya tertumpu kepada meja yang berada betul dihadapan saya, sebuah keluarga rasanya, ibubapa dengan 5 orang anak-anak dah meningkat remaja dan dewasa...
7 orang tu duduk semeja, tetapi keadaan sangat senyap sunyi...
Hanya sesekali si ibu bersuara, tetapi tak seorang pun yang memberi respon..

kesemua anak-anak asyik dengan handphone masing-masing, manakala yang termuda pula dengan IPad...si bapa pun sekali, asyik touch2 skrin... apalah yang agaknya dilakukannya....kalau ada kerja pun tinggalkanlah sekejap! Masa makan bersama keluarga paling lama pun 1 jam..engkau ada 23 jam lagi gunakan handphone, suka hati kau nak buat apa, guna sampai terbakar pun tak apa! Jangan korbankan masa berharga ini. Tak sanggup pula korbankan masa tidur sendiri, kalau nak sangat gunalah waktu tu nak membelek handphone tu sampai puas, Jangan ambil masa mu yang sedikit untuk isteri dan anak-anak mu...
Kesihan melihat si ibu, senyap seorang diri...bersuara pun tidak disahut. Apakah seronoknya makan kat luar macam ni, datang jauh cari tempat baik punya, tetapi masing2 tak bercakap...sehingga makanan datang pun suasana bersambung sunyi sebab mulut dah sibuk mengunyah makanan!


Inilah penyakit alaf baru, penggunaan handphone dan segala peralatan internet telah menimbulkan jurang dalam keluarga. Dimana-mana pun dalam keluarga tak kira bangsa apa dan agama apa....hand phone telah menguasai dan menular dalam kehidupan keluarga, tak kira dikampung apatah lagi dibandar-bandar besar...bukan menolak arus kemodenan, tapi berpada-pada lah....Jangan abaikan mereka yang ada didepan mata!



SELAMAT TAHUN BARU 2014....marilah sebarkan rasa kasih sayang dalam keluarga kita....hargailah perasaan dan waktu yang ada, agar kita tidak menyesal sesudah terlambat!!



2 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Reen..ehh..akak ke..nampak cam lebih mudah dari JM je heeee

    Selamat Tahun BAru semoga tahun ni lebih bersinar dan penuh dengan kegembiraan ye

    Ohh..org SAbah rupanya..kalau JM ke sana leh kita jumpa2 heee

    ReplyDelete
  2. Waalaikomusallam JM.
    Mudah-mudahan akan dtg sinar rezeki yg melimpah,(mudah nak jalan-jalan)
    ketenangan jiwa (keja la ni stress)
    Harap-harap kita sentiasa bergumbira.

    Klau dtg KK msg jer..dpt kita jumpa insya Allah

    ReplyDelete