Wednesday, June 19, 2013

LABUAN.. "Jangan Diucap Selamat Tinggal"...







Menyusuri hari-hari ku di Labuan menggamit kembali kenangan masa-masa lalu yang telah jauh ditinggalkan....apa pun yang telah berlaku takkan dapat kita ulang  kembali...Persekitaran dan masa telah jauh memisahkan kita dari semua peristiwa lalu...
Disini, ku lalui lorong-lorong itu.....sekadar mengenangnya...

 Setiap hari dia menunggu ku disitu, disimpang itu...
Janji kami, siapa yang datang dulu dia akan menunggu...tak kira hujan, tak kira panas..tetapi biasanya dia lah yang akan smpai dulu, taat menantiku,  duduk atas batu dibawah pokok simpur berlindung dari hangat mentari Labuan, kalau hari hujan pula dia akan berlindung di sebuah pondok tak jauh dari situ..ditepian pelabuhan..

Sejak ku mengenalinya..aku tahu aku serasi dengannya... Dia datang dari sebelah kampung ku... keluarganya pun sangat baik dengan ku. pertama kali ku dibawa kerumahnya dan diperkenalkan kepada orang tuanya, dalam hati berkata...oh alangkah baiknya mereka, kesemuanya...ibunya, kakak-kakaknya, abang-abangnya dan adik bungsunya yang cantik, Fatimah masa tu mungkin berumur 5 atau6 tahun..
ketika itu ayahnya sudah meninggal dunia....
Selepas diperkenalkan itu, aku pun  mengenali adik beradiknya...malah sehingga kini aku masih ingat kesemua mereka..

Dia adalah keluarga 'yang ada-ada'...sedang aku datang dari keluarga sederhana...
masa sekolah rendah dia sengaja membawa bekalan lebih untuk kami makan bersama-sama. Keluarganya kadang menitip makanan untuk ku...alangkah baiknya hati mereka.
Bapa dan ibu pun bersetuju aku berkawan dengannya...kerana bapa memang mengenali keluarganya.
Walau pun sangat baiknya mereka, aku masih rasa segan dan malu...pada ketika itu pula aku sangat pendiam..sepatah ditanya, sepatahlah dijawab...tetapi keluarga mereka tetap menerima ku sebaiknya.


Aku mengenalinya sejak dari sekolah rendah, hingga kesekolah menengah, dialah pembakar semangat...kami sering saling bantu membantu, saling sokong menyokong, menemani saat suka dan duka... 
Banyak juga janji-janji kami terakam bersama. Janji untuk kemenara gading bersama!

Ketika disekolah rendah dia adalah pelajar pintar sekolah...kerana aku duduk disebelahnya dikelas yang sama, aku pun terikut-ikut jadi pandai. Setiap kali peperiksaan penggal, tangga pertama dan kedua, adalah milik kami berdua. Kadang dia tangga teratas, kadang aku mengambil tempatnya...kami saling bertukar dua kedudukan itu..Namun tiada sedikit pun rasa sakit hati, dengki apatah lagi benci sesama kami..

Aku, dia dan orang tua kami sangat gembira bila diberitahu pada satu perhimpunan sekolah pagi itu, guru besar mengumumkan kami berdua dilompatkan kelas dari darjah empat terus ke darjah enam...dan kami berdua tak perlu ke kelas darjah lima lagi... itu adalah kejayaan pertama kami..


Kami kesekolah menengah yang sama...dan setiap hari kami berjanji untuk pergi dan balik dari sekolah bersama-sama...dan disimpang itu, diatas batu itulah dia duduk menanti ku..


Pada suatu hari, masa makan malam bapa memberitahu bahawa bapa akan di pindahkan kerja ke Pelabuhan Kota kinabalu...maknanya kami sekeluarga akan berpindah ke bandar itu..
Sukar menafsirkan perasaan ku ketika itu.. adakah suka, sedeh terkejut, sayu, risau?? bercampur baur...

Antara suka dan sedeh, Pulau Labuan kami tinggalkan...dan tinggallah dia yang selama ini menemaniku, meniti bersama zaman kanak-kanak dan separuh usia remaja ku.. Namun tak pernah ada ungkapan SELAMAT TINGGAL...

Entah kenapa, hubungan terputus walhal Labuan dan Kota Kinabalu bukanlah jarak yang jauh sehingga terputus segalanya..

*
*
*
*
*

Bertahun, setelah zaman sekolah jauh kutinggalkan, aku sudah menetap di Kota Kinabalu dan kami  masing-masing sudah bertemu jodoh dan punya cahaya mata...dia dapat menghubungi ku kembali...
Selepas itu dia rajin menalipon ku bertanya khabar...
Ketika Syawal menjelang pasti aku akan menerima kad ucapan raya darinya...ianya bukan sekadar kad, tapi disertai dengan pemberian kain ela ketika itu untuk kami anak-beranak buat baju kurung. 

Orang tua ku sudah kembali menetap diLabuan...dan sudah pasti sesekali aku pulang kekampung menjenguk mereka...dan jika aku balik aku pasti akan mengkhabarkan kepadanya..agar kami dapat bertemu..
Bila dah berjumpa banyak cerita kami, seolah-olah takkan pernah habis..bila dah berpisah kembali, telefon adalah penghubung antara kami.


Namun keadaan sudah agak berbeza...apabila berkeluarga dengan anak-anak yang masih kecil, kesibukan menguruskan rumahtangga, membataskan aku kadang-kadang untuk duduk berlama-lama setiap kali dia menalipon ku.
Ada suatu hari tu, aku tak dapat menjawab panggilannya kerana ketika itu aku sedang memandikan anak kecil ku, ku minta anak kedua ku yang menjawab panggilan itu agar memberitahunya yang aku akan menghubunginya kembali... tetapi aku terlupa sehingga beberapa hari...dan sehinggalah beberapa hari lagi selepas tu, telefon ku berbunyi kebetulan aku yang mengangkatnya....menerima perkhabaran nya...bukan suaranya, suara saudaranya mengatakan dia sudah kembali ke Rahmatullah!

Kawan ku, Sahabat sejati ku, Nikmah binti Wanchi telah meninggalkan dunia ini, meninggalkan keluarga dan segalanya, meninggalkan aku tanpa ucapan SELAMAT TINGGAL..
Airmata sudah tidak tertahankan, sebak teramat menerima berita yang mengejutkan itu, ku peluk beg biru pemberian yang dianyamnya sendiri dari benang sulam...

Ya ALLAH, aku bermohon kepada Mu Tuhan, ampuni dosa-dosa sahabat ku ini, himpunkan dia dikalangan orang-orang yang beriman.

Setelah belasan tahun dia pergi, namun setiap kali kembali ke Labuan ini ingatan itu lebih kuat...
 Tenanglah dikau di alam sana wahai Sahabat ku...

Al-Fatihah....







Saturday, June 15, 2013

LABUAN...Aku datang lagi...





(Gambar dari Cik Google)


Pesawat ATR72 MasWing mendarat "cantik" dilandasan Terbang Labuan pada pukul 7.50 pagi ini. Tak ada seorang pun sanak saudara yang tahu kepulangan ini...
Memang saya selalu begitu, saya takkan memberitahu sesiapa kalau saya nak balik kampung..
Saya suka memberi kejutan buat ibu...wajah tua itu akan berseri-seri gembira apabila anaknya tiba-tiba muncul dimuka pintu.. 
Saya bersendirian kali ini..dan saya tahu bila sesiapa tak diberitahu, maknanya takkan ada sesiapa menanti saya di airport. so, apa lagi kena naik teksilah jawabnya..

Sebelum tu saya singgah dulu Mc D yang ada kat airport ni, untuk tapau set bekfas.. Walau pun selera orang tua bukan omputih...tapi apa salahnya kita bagi dorang rasa makanan yang hanya selalu dinampaknya iklan kat TV...saya pun beli lah set penkek, egg McMuffin, Sausage McMuffin with egg dan poridge (bubur nasi lah tu) manalah tau dorang tak selera omputih, porridge tu adalah penyelamat..
Dah beli semua, saya pun ke kaunter teksi untuk beli tiket/kupon teksi ke kampung (tak jauh dari bandar pun...)...dari airport kerumah RM17 walau jauh rumah dari airport hanya 10minit driving...

Saya menaiki teksi pakcik yang dalamnya sungguh unik....di dashboard depan digam kan duit syiling lama dan baru, dari dalam dan luar negara. Duit yang dikumpul dari muda dan ada yang diperolehi dari pelancong yang menaiki teksinya...
Wang kertas pula dilekatkan kat siling kereta....
















Tak sedar dah sampai dirumah...setelah beberapa kali memberi salam, namun tiada yang menyahut...saya menolak pintu dan hanya nampak bapa terbaring diatas tilam diruang tamu, saya berjalan perlahan kearah bapa, kelihatan dia sedang tidur...saya tidak mahu mengganggu kerana saya tahu bapa tidak sihat...
Saya memanggil ibu sambil beri salam...kedengaran sahutannya dari dapur, masih dia tak cam suara saya, mungkin fikirnya anak kakak yang datang, mereka ni tinggal bersebelahan saja.

Bila saya jenguk kedapur, sekali lagi saya beri salam dan dia memang terperanjat bila saya sudah berada dipintu dapur...buah nenas yang dipotongnya jatuh tergolek kerana terkejut dengan kehadiran saya dengan tiba-tiba...kelihatan dia tersenyum gembira!


Syukur Alhamdulillah, berada disisi mereka....walau terasa kegembiraan itu namun disudut hati, ada rasa sayu yang tidak terungkapkan...





Saturday, June 8, 2013

HARGA EMAS SEMASA ??




 


Assalamualaikum


Apa khabar anda yang tengah membaca post ni?...
Terima Kasih kerana sudi singgah diteratak saya ini...walaupun 'hadir  dalam senyap' namun kehadiran anda itu lah yang terus mendorong saya menulis, walau bahasa saya tidak indah jauh lagi bahasa nan puitis...

 Hari ini tajuk tu HARGA EMAS SEMASA....apa ke halnya??
dah jadi tauke emas ke?? 

Jangan risau, saya tak mengajak anda untuk membeli emas dari saya, kerana saya tak meniaga emas....boleh katakan, saya tak minat emas ! (buat masa ni hehehe...)

kenapa pula saya buang tebiat cerita harga emas semasa???


Pada suatu hari tu sibuk rakan-rakan sepejabat
dok borak pasal harga emas turun....kebetulan balik tengah hari tu singgah kat Centre Point Kota Kinabalu nak beli barang sebelum bercuti ke Singapore esuknya...kebetulan lagi, saya berjalan depan sebuah kedai yang ramai orang didalamnya...so saya pun turutlah sibuk jenguk, kedai emas sedang dikerumuni orang...kononnya hari tu harga emas turun ke RM130 1gram...ops! bila pula harganya lebih mahal? berapa harga sebelum ni??

*
*
*
*

Teringat masa baru-baru berkahwin dulu, ibu ada berpesan agar beli emas sikit-sikit, simpan..... agar  hidup tak susah dikemudian hari....maka berfikirlah saya...pada ketika itu..buat apa susah-susah beli emas....lebih baik simpan duit daripada simpan emas...
hidup lagi senang kalau ada duit bukan EMAS!..
tidak hairanlah bila menghadiri majlis perkahwinan dikampung , dimana gelang dan rantai emas - cara orang menunjukkan kekayaan dan kemampuan mereka...gelang tangan sampai kesiku, rantai leher pula panjang dan melilit dileher...jika bertudung, rantai emas yang berlapis itu tetap terjulur keluar....dan saya pada ketika  itu saat perut anak-anak jadi keutamaan...ianya bukanlah suatu kemestian...
Tak heranlah, kehadiran saya ditengah-tengah mereka 'penggila' emas ni, tangan, leher saya akan dijeling kerana saya hanya menyarung sebentuk cincin perkahwinan saya...
ada aku kesah?

*
*
*
Kini walaupun dah agak-agak mampu, Syukur Alhamdulillah...tetap ianya bukan menjadi kegilaan saya...
 Ada sekali, dulu saya membeli gelang tangan..tak ingat bila, masa tu harganya RM300 lebih saja... dan itu adalah sebagai hadiah kepada diri sendiri diatas kecemerlangan dapat menggapai sesuatu dalam hidup! 

Sekarang ni Suami lah yang terfikir membelikan isterinya ini rantai dan gelang emas sebagai hadiahnya dihari-hari istimewa kami, atau sempena hari jadi...kalau tidak memang takkan adanya laahh...

Teringat zaman kanak-kanak, pertama kali memakai gelang emas, umur dalam 9 tahun... rasa nak menangis ketika ibu memasangnya ditangan saya....namun dengan muka masam mencuka saya terpaksa juga memakai gelang itu..ianya seutas gelang yang ditempah ibu dari kedai emas yang berukir huruf berjuntaian menggabung jadi nama saya!...menghadiri perkahwinan kak sepupu dikampung sebelah, anak-anak pun dihias cantik dengan kemampuan yang ada...
Namanya sudah kanak-kanak, bila dah jumpa sepupu yang lain, apa lagi bermain tak ingat dunia....entah macam mana gelang emas ditangan tu tiba-tiba terjatuh kedalam satu lubang ditanah depan rumah kenduri kahwin tu....takut nak menyeluk lubang berair kerana hujan baru teduh.... khuatir kanak-kanak ni terseluk ular atau ulat didalamnya... namun rasa geli geleman itu kalah oleh rasa takut yang amat terhadap kemarahan ibu kelak...
maka saya pun memasukan tangan kelubang tersebut cuba mencari, mengais tanah becak didalamnya..cari...kais, memunggah lumpur dilubang kecil tu...tapi gelang tu tidak ditemui..
Saat itu ketakutan yang besar datang....takut dimarahi ibu..
namun semua ini terpaksa saya hadapi, berlari kearah ibu mengkhabarkan apa yang terjadi.. sambil membebel ibu melakukan perkara yabg sama saya lakukan...seluk lubang kais tanah dan cari lagi...
Hairan, lubang tu kecil bertakung air dan hanya sedalam 6 inci...namun gelang itu tidak ditemui! saya terpaksa menelan kemarahan ibu...memang dah salah saya...
kasihannya ibu...gelang tu baru, berukir keliling dengan huruf-huruf tergantung mencipta nama saya.... Saya tak menghargainya ketika ibu memasangkan ditangan saya... 
Dengan muka kelat seribu....saya terpaksa juga mengenakan nya..
dan akhirnya ALLAH benar-benar hilangkannya dari saya...

*
*
*

Selepas balik dari bercuti dari Singapore, Johor dan KL hari tu, saya teringat seutas rantai emas pemberian suami yang terputus....jadi saya meminta keizinan suami untuk membaikinya dikedai...tapi suami cadangkan tambah sedikit duit dan beli yang baru agar dapat yang lebih besar sikit..kerana katanya ketika itu harga emas turun...
pula dah....
dia pun tahu turun naik harga emas...mungkin berkait dengan dunia bisnes...

Selepas balik dari Kuala Lumpur...saya pun pergi kesebuah kedai emas di Kota kinabalu untuk menukar gelang yang dah terputus tu dan mendapatkan yang baru....masa tu harga dah RM160 1 gram...pun sedikit murah berbanding 2bulan lalu Rm195...(cerita kawan 
se ofis)
ketika dia menimbang-nimbang gelang untuk menilai harga, boleh pula saya minta balik gelang tu...berat hati nak melepasnya...
Dengan pujuk rayunya dan menunjukkan gelang yang baru...akhirnya saya bersetuju dengan harga yang ditawarkan.....maka gelang lama bertukar tangan dan gelang baru melengkar ditangan......namun kali terakhir saya meminta sekali lagi untuk menyentuh gelang lama saya tu... kerana ianya adalah pemberian suami...walaupun suami dah izinkan tapi hati tetap rasa sayu nak melepasnya....gambar diatas tu lah gelang baru saya tu...
(bukan nak menunjuk-nunjuk..tetapi kehidupan kita sebenarnya dengan cara apa dan bagaimana akan ada peningkatannya....ini adalah Nikmat ALLAH yang patut kita syukuri)

*
*
Ok, ingat tak gelang yang saya beli untuk hadiah diri sendiri tu? saya ada membawanya kekedai untuk saya trade-in sekali
kalau dulu ianya saya beli berharga RM300 lebih sahaja....jika saya jualnya hari ini harganya sudah RM1000 lebih !!

Inikah yang dimaksudkan ibu dulu....belilah emas untuk kesenangan dikemudian hari??
Jual lah pada masa yang sesuai dan masukkan duit hasil jualan tu kedalam bank atau akaun ASB...
bolehlah digunakan duit tu apabila perlu...
atau, bolehlah melancong lagi....kemana??
Nantikan sedikit masa lagi...In Sya ALLAH