Assalamualaikum dan selamat pagi....
Dari jendela kamar
hati….melihat sang mentari perlahan
membiaskan sinarannya ke langit Kuala Lumpur…warna kuning keemasan mencelah
ruang dilangit nan biru…
sangat indah dan damai berada disini…
Ya ALLAH Syukur
keatas nikmat MU…. Syukur diatas ketenangan hati yang tidak dapat dibeli…
Kita juga harus bersyukur dan berterima kasih kepada insan-insan yang sangat dekat
dihati, menyayangi, mengambil berat, melayani kerenah kita, bersama ketika
susah dan senang…
Setiap pagi, kalau berada disini…saya sangat suka waktu
ini…ketika Kotaraya Kuala Lumpur perlahan disinar cahaya mentari, sangat
cantik!
Menikmati indahnya pagi sambil menghirup perlahan secawan white coffee dan dua keping roti bakar…hanya
roti butterscotch bakar
tak perlu menyapu
butter, jem atau kaya… (bukanlah nak
iklan..)
Percayalah ianya memang sedap!
Teringat masa zaman kanak-kanak, ketika masih nyenyak tidur
ibu seawal pukul 4 pagi sudah bangun memulakan harinya sebagai seorang suri
rumah tangga…menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya….
ketika saya masih
tidur terbau makanan yang dimasak dari dapur…
Hari-hari terbau menu yang
berbeza, kadang-kadang mee goring, esoknya ubi kayu goreng, nasi goreng
tulatnya.. dan lain-lain lagi yang menusuk hidung ketika saya masih tidur…dan
bau-bau ini adalah pemula senyuman saya
setiap pagi…
(bukanlah tebarus-pelahap, tetapi menghargai makanan - kata penyedap hati)
Kalau ketika masih tidur dipagi hari tu, tak terhidu bau sedap seperti selalu, maka
kuranglah sedikit mood pagi tersebut, kerana maknanya tak ada makanan untuk
sarapan hari itu….maka sangat liat bila bapa atau ibu kejutkan untuk solat
subuh berjemaah…
Kanak-kanak tahunya makan minum dan bermain…
Siap solat, sarapan telah ibu sediakan, ada juga
masa-masanya tiada makanan, hanya kopi! atau kalau tak pun, ada biskut kering
yang keras tu (arwah nenek sangat suka biskut ni)….
Pagi tu mood masih tiada kerana tak terhidu bauan makanan yg
dimasak…
Sebenarnya diatas meja ada satu jag kecil kopi o, roti, mentega dan gula!
Ya, inilah salah satu menu sarapan pagi yang sangat-sangat
saya sukai, roti putih disapu mentega dan ditabur gula pasir!! Patutlah saya
tak terhidu bau makanan yg dimasak pagi tu!
Syukur Alhamdulillah!!
No comments:
Post a Comment