TIKAR TERBANG MELAYANG
(Bahagian megimbau zaman kanak-kanak…)
Assalamualaikum….Syukur Alhamdulillah kita diizinkan
NYA lagi untuk bernafas dan menghirup
percuma udara untuk meneruskan hidup yang dipinjamkan NYA..
Syukur kepada Mu Ya Allah…memberi segala kenikmatan ini…
Syukur kerana kita masih diberi kesempatan mengenang dan berkongsi cerita dizaman kanak-kanak…untuk dikongsi
bersama anak-anak, keluarga tercinta dan sahabat yang sudi membacanya.
Berbeza dimana, dan cara kita dibesarkan, pastilah cerita
kita jua berbeza… mungkin biasa-biasa bagi sesetengah orang tapi bagi saya ianya adalah sesuatu yang sangat indah untuk dikenang..
Kanak-kanak tetap kanak-kanak, kadang-kadang nakal kadang-kadang baik, kadang-kadang pemurah kadang-kadang kedekut, kadang-kadang sayang
sangat kat adik beradik, kadang-kadang benci kat mereka…biasalah kanak-kanak,
rasa cemburu apabila kakak dipuji , dan rasa tersisih bila adik bungsu kita disayang
melebih-lebih….
Walhal sebenarnya itu hanyalah perasaan kita, ibu bapa memang
sayang kepada semua anak-anaknya, susah
senang, makanan banyak atau sedikit, dibahagi sama rata dan semua sama merasa. Namun
dasar kanak-kanak ada saja rasa yang tak puas hati…bergaduh berbaik, bermain dan bergaduh semula…..akhirnya
berbaik kembali..
Ahhhh… semua ini adalah asam-garam , rempah ratus dan warna-warna perjalanan hidup seseorang menuju dewasa..yang akhirnya hanya tinggal kenangan di kemudian hari…
Zaman kanak-kanak itu
menjadi lebih indah kerana ibu bapa
menyayangi kita..menitipkan kita dengan
berbagai kenangan..
Kenangan yang manis adalah hadiah yang tak terhingga dari
ibu bapa untuk kita kenang walau pun setelah puluhan tahun kemudian….
Ibu bapa yang bertanggung jawab sentiasa cuba untuk
memenuhi keinginan anak-anaknya dengan cara dan kemampuan mereka..
Zaman sekarang ibu bapa membawa anak-anak bercuti keluar
negera, dalam negeri atau membawa mereka
sesekali makan diluar kat restoran mahal bagi yang mampu, atau restoran makanan
segera yang berlambak di seluruh Negara….tak pun sesekali berkelah ditepian
pantai…
Zaman kanak-kanak kami , bapa membawa “jalan-jalan”
dengan kapal yang dikemudinya…kapal yang
bapa bawa pada ketika itu kapal yang kecil sahaja …
Seronok sangat rasanya pada ketika itu, bapa membawa kami mengelilingi perairan
persekitaran pelabuhan , sambil kami
lima beradik yang dibawa ketika itu, masing-masing diberi kesempatan oleh
bapa untuk memegang kemudi kapal.
Fuh! Terasa sangat bangganya …
(Lautan biru tenang, bayu berpuput lembut...alangkah damainya.....)
Apabila kami sudah terasa lapar bapa melabuhkan sauh kapalnya diteluk pelabuhan menghadap pesisir
pekan, kami pun mula mengeluarkan bekal
makanan yang dibekalkan ibu…masing-masng ada tugasnya, adik Shah akan membentang
tikar, kakak dan saya akan menyediakan dan mengaut makanan lalu meletak diatas
tikar yang dibentangkan tadi….
Diatas kapal, dilautan biru yang tenang dengan angin yang
sepoi-sepoi bahasa menikmati makanan dengan bapa dan adik-beradik diruang yang
terbuka…alangkah seronoknya!!
Makanan itu walaupun sederhana tetapi sangat sedap bagi
saya.. ibu membekalkan kami nasi, ikan goreng dan sambal hati campur kacang
panjang…makanan yang sedap, perut yang lapar dalam suasana yang indah…..ini
akan tetap saya kenang untuk selamanya..
Selesai makan macam
biasa, kami sama-sama mengemas pinggan
mangkuk yang kami gunakan tadi dan bapa mengarahkan pula adik Shahdan untuk
membersihkan tikar yang digunakan sebagai alas masa makan … Setelah dicuci, bapa mengemaskan pula pinggan mangkuk yg sud kedalam raknya dibahagian dapur kapal….
Setelah selesai
didapur bapa keluar dan bertanyakan adik Shah dimana tikar yang sudah
dibersihkannya….adik Shah yang mungkin pada ketika itu berumur 8/9 tahun
menunjuk ke air….ternyata tikar yang
memang untuk kegunaan alas makan dikapal itu telah ‘terjun’ kelaut..
Adik Shah telah membuangnya, kerana katanya dia memikirkan
bapa menyuruhnya membuang.
Bapa ketawa terbahak-bahak, geli benar hatinya melihat tikar
yang terapung-apung dilaut dan adik Shah dengan muka selamba seperti tak
berbuat apa-apa kesilapan..
Betapa senang hati bapa dapat menghiburkan hati anak-anaknya
dengan caranya….selalu dan selalu dari kami kecil hingga masing-masing meniti
dewasa peristiwa tikar dilaut itu
dikenangnya…
Tatkala dia masih sihat cerita ini akan diulang-ulangnya,
dia rasa lucu dengan telatah anak-anaknya..
Dia terhibur dengan kerenah anak-anaknya...
>
>
….sudah lima tahun kebelakangan ini tiada lagi dia mampu mengenang semuanya,
tiada lagi cerita zaman perang, tiada lagi cerita tentang Nabi dan Rasul…tiada
lagi suara ‘sedap’ mengaji Quran, tiada lagi dia mampu mendengar saya bercerita
tentang kerja, tentang hal-hal yang berlaku di persekitaran dan tentang hidup!
Saya sangat merindui ketika kami saling bercerita hal kerja
masing-masing….
Seperti takkan habis
apabila bapa bercerita tentang kapal dan lautan..
Namun semua itu tiada kini, bapa banyak menghabiskan masa
dipembaringan, pergerakan nya terbatas kerana sakit tua, mulutnya tetap
kumat-kamit membaca ayat-ayat suci tapi sudah tidak sampai dipendengaran ku..
matanya merenung tapi sudah kurang berkata-kata, tidak lagi mengenali adik
beradik nya dan anak-anaknya yang lain, tetapi masih tetap mengenali saya!
Saya hanya mampu berdoa agar kesihatan bapa pulih… dan diKuat
kan hati dan semangat bapa seperti kekuatan semangat bapa sebelum ini sejak bergelar Juragan Kapal dilautan…..