Ampun MAAF di pohon....pertama, sudah semestinya! bulan Ramadan dan syawal sudah jauh berlalu...dan saya pula tersangat lambat nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua...
MAAF ya...kesibukan melampau tidak menyempatkan saya walau sekejap untuk menulis sebaris dua...
MAAF ya...kesibukan melampau tidak menyempatkan saya walau sekejap untuk menulis sebaris dua...
kah MALAS ?? ...
Kedua pula, Mohon kemaafan kerana sangat-sangat lambat untuk melahirkan tulisan baru diruangan ini...maaflah kepada yang ternanti-nanti.. (adakah yang tertunggu-tunggu tu??.. perasan lah aku ni hehehe..)
Tapi yang pasti peminat setia yang menanti adalah Suami tercinta...asyik-asyik tanya bila nak tulis lagi, blog tak update ker?? Suka sangat dia membaca tulisan isterinya yang tak seberapa ini... saya tahu dengan membaca tulisan tulus dari hati ini, dia akan lebih mengetahui cerita zaman kanak-kanak, zaman tumbesaran isterinya ini, kerenah, atau mana tahu ada kehendak yang tak terzahir maklum lah didunia realiti, isterinya ni orangnya sangatlah pendiam (pendiam lah kononnnnn... hehehe..)
Namun dia (Suami) adalah pendorong nombor satu...untuk saya terus menulis...dan dia adalah segala-galanya, tangisan dan ketawa...saat duka dan saat suka, saat jatuh bangun...dialah yang sentiasa disisi..menghapus duka dan airmata!
(yang buat menangis tu bila sekali tu gagal dalam exam.. sedeh bukan kepalang, tak nak menerima hakikatlah tu...haha) ..nasib baik ada suami, kalau tak berkurung lah aku dalam bilik dan bergelap 3hari 3malam....
Walau apa pun TERIMA KASIH untuk Suami ku Tercinta dan TERIMA KASIH juga kepada anda yang sudi menyelak lembaran tulisan maya saya ini....
sekali lagi saya ambil kesempatan ini..dengan ikhlas memohon kemaafan andai ada kata-kata dalam tulisan saya mengguris rasa, atau kepada adik beradik saudara mara, rakan sekerja...yang seharian bersama saya...dengan penuh tekanan berkerja mungkin ada ketikanya saya ternaik suara...maaf sangat-sangat! dan saya juga dengan TULUS MEMAAFKAN apa jua kata dan tingkah anda yang membuat saya berfikir dan tak tidur malam...hehe (ini kepada yang tak berkesempatan lagi berhulur salam) ...saling memaafkan dengan TULUS barulah boleh #kosong-kosong....
Kalau sekadar hanya dibibir, namun dihati masih menyimpan dendam..kita masih berhutang kemaafan!
Andai adapun yang benar-benar menyakitkan hati, longgar-longgarkan lah kedegilan...
cubalah memaafkan...jadikan lah KEMAAFAN YANG TERINDAH!
Hari tu, sehari dua Ramadhan...nak ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan pada semua...tapi tak kesampaian...sibuknya mengalahkan PM...
maaflah yer tak ada ucapan dari reenjohan...so, walau pun dah berlalu sebenarnya niat dihati saya untuk ucapkannya kepada semua...pembaca, khususnya follower.. rakan-rakan yang baru dikenali...semoga persahabatan kita berkekalan...
Dalam bulan Ramadhan, baru beberapa hari Ramadhan tu saya berkesempatan mencutikan diri, ke Kuala Lumpur. Biasalah, bagai tak sempurna Ramadhan ku tanpa bersama keluarga belah suami...
Setiap tahun beberapa hari Ramadahan sudah menjadi kemestian bagi ku untuk berada di Kuala Lumpur...pula tahun ni kebetulan, alasan yang paling kukuh untuk ku bercuti kerana menyambut tarikh 7hb Julai. ingat tak? ingat tak?,
apa ada 7 julai? (issyyyy...siapalah dia ni, untuk kita ingat segala tarikh keramatnya?? hahaha)
apa ada 7 julai? (issyyyy...siapalah dia ni, untuk kita ingat segala tarikh keramatnya?? hahaha)
Tapi pasti rakan sekerjaku Maria dapat meneka,
kan? ya betul!
kebetulan Ramadhan kali ini..harijadi insan ini, yang sedang menulis ini...menyambutnya serentak dibulan Ramadhan...so, siap-siap berpesan dengan Suami, tak payah susah-susah beli kek besar, dan hadiah bagai. tak payah membawa ku bercuti keluar negara, jangan degil, tak payah kata ku...hehehe..tak payah!
kerana hujung Ramadhan tu nanti kita banyak guna fulus menyambut persediaan Syawal....cukup ucapan, atau kalau nak juga, sekadar kad (boleh ku simpan dan dikumpul seperti tiap tahun sepanjang kita bersama, memang semuanya kad dan ucapan dari suami masih tersimpan rapi) or SMS seperti tiap tahun kita buat tak kira, walau kita saling berada disisi....
dan saya siap pesan lagi, kalau nak beli kek juga, beli 4 slices saja sebab kami berempat..dan kita boleh beli kek kegemaran masing2.
Beli sebiji pun nanti tak habis....bazir pula.
Tapi, bagai yang dikata...suami ku ini "degil"..
maka dibawanya lah kami bertiga berbuka diluar sambil meraikan hari keputerian isterinya ni...kemana??
Mungkin ada yang dapat meneka kat mana ni?...
Restoran ni sederhana...tak jauh dari rumah kami dibandar Sri Permaisuri... suasananya berbeza..ianya dibina diatas tasik, terapung..dan menghadap air terjun buatan...nampak real terlindung didalam hutan yang sedikit dan tersorok dari jalan besar... Suami memang suka mengajak ketempat ni...maklumlah dia, orang kota yang mencintai keindahan alam semulajadi. Alam semulajadi yang kian terhakis dan menipis di ibu kota raya Kuala lumpur....jadi pegi ke tempat ni kira ok lah tu.
So, petang tu....(ini cerita yang terlewat).. dalam Ramadhan yang mulia tu.. kami berbukalah di Cerana Floating Restoran kat Jalan Cheras tu...
Makanannya, masakan kampung...sedap! macam-macam ada...
buffet buka puasa....nak ambil gambar kat bahagian makanan...baru ambil gambar kat tempat buah-buah tu..kelat dan berat pula muka pekerjanya...so STOP ambi gambar..dan tak perlu lah saya promo panjang makanannya ya..
Tahun lepas...teringat, suami buat kejutan...tiba-tiba ada kek depan mata yang dibawa pelayannya...sambil dorang nyanyikan lagu popular 'Happy Birthday' beramai-ramai..dalam malu rasa terharu.
Tapi tahun ni siap pesan...jangan buat begitu lagi...dah tua untuk di nyanyikan lagu...seganlah....hehehe
Namun suami sampaikan hajatnya...dibelikannya juga sebiji kek..maka sampai dirumah malam tu meniuplah saya lilin kek sambil diiring lagu dari Luluth di Kota Kinabalu melalui video call...hahaha.
TERIMA KASIH wahai Suami....
Terima Kasih...rakan-rakan yang mengingiatinya..
Adik beradik..anak-anak dan seluruh keluarga yang tak pernah lupa akan hari istimewa itu...
Hari itu amat bermakna kerana kamu semua..
*
*
*
(Di Kota kinabalu)
Inilah Mohd Daniel Luth yang biasanya dipanggil Luluth... memakai baju melayunya raya tahun lepas..yang sudah sempit..tapi degil nak pakai baju tu juga masa kami pergi shopping kat Suria Mall di Kota Kinabalu.. makanya semua orang ucap Selamat Har Raya kat Luluth..walhal pada waktu itu raya seminggu lagi..
Pada suatu hari dibulan Ramadhan...di Kota kinabalu... disebuah kedai lampu..
Pada mulanya masuk cuma nak beli mentol, menggantikan mentol yang sudah terbakar ...tetapi cahaya berkilauan dan keindahan lampu-lampu yang bergantungan ni begitu menggamit hatiku...cantik-cantik!
Tauke kedai dan pekerjanya pula melayan begitu baik...dan sabar sangat melayan kerenah ku yang asyik terdongak-dongak dan suruh On/Off dan ON lagi mana-mana lampu yang berkenan...sampai sakit tengkuk melihatnya.
Walhal belum ada pun niat nak beli...saja ja nak tengok kilauan nya...
Hampir satu jam juga berada dikedai tu...kami pun balik sebab dah waktu nak berbuka...nasib makanan dah ready...maka berbuka lah semua orang dalam keadaan tenang....
tetapi aku??
Astaghfirullahilazim....ada sebiji lampu yang sangat-sangat kuat menggenggam hati ku....(wah...ini pun nak citer kat orang kah? hehehe..)
Dalam diam..saya jatuh hati pada sebiji lampu...yang bagi saya cukup cantik dan mewah...(perasan...)
Saya pun memang sudah sekian lama memendam rasa, nak tukar lampu ruang tamu tu pi lampu Chandelier... teringin sangat ni nak rumah tu ada sedikit perubahan...kerana keluasannya sederhana, jadi biarlah ianya nampak sedikit mewah..kononnyaaa... (alasan....)
Pula, dibulan Oktober ni akan ada majlis pertunangan dan seterusnya majlis perkahwinan yang akan diadakan.... (alasan lagi...)
Setelah muafakatan...(wahhhh....)
Saya kembali ke kedai tu seminggu kemudian.....
Pun hati saya belum nak membeli..masih ada kewarasan disitu..hehehe..
Tetapi lampu yang satu itu melekat di mata ku cuma harganya.. bagiku terlalu membazir untuk ku angkat... Walaupun tauke kedai tu dah nyalakan lampu-lampu yang lain, yang juga cantik....tapi yang satu tu juga yang disukai, sekali ku dah suka..tak boleh diubah...heheh
Sehingga tauke tu berkata...
"kau asyik tengok itu juga...kesian kau... dari hari tu..saya ON yang lain..balik-balik itu juga kau suka....ambillah dengan harga $$$ dot dot dot"..
(jauh dari harga yang sudah didiskaun kan)
Wah dia siap simpati kat aku... bagaimana lah rupa ku ketika melihat lampu yang disukai tu ya? sehingga tauke tu perasan...
Setelah difikir-fikir pro dan kontranya, setelah dibelek-belek ringgit di dompet. Akhirnya si taukeh tu pun menulis resit pembelian....maka lampu itu menjadi milik ku.
Hari tu saya membeli 2 lampu chandliers, 2 lampu sudut..kipas berlampu.. kipas bilik dan beberapa bulb LED... (bukan nak menunjuk2 ya....)
masa ni semua tu ada diskaun 50-70%...dan tauke tu ada diskaun simpati lagi....mampulah sikit...
Inilah lampu yang ku sukai itu...yang dah terpasang di siling rumah...
(tidak cantik dimata orang...tapi cantik dimata ku..
tidak mewah dimata orang..tapi MEWAH dimata ku...
Syukur Alhamdulillah)
(sempat lagi memasang wall paper kat didinding tu...dan ini adalah salah satu lampu sudut, yang baru dibeli tu)

Sederhana...tetapi membawa perubahan pada ruang rumah kami....mengubah pandangan yang bertahun-tahun sama... dan raya tahun ni ceria dengan kerenah dua orang kanak-kanak Rafeef dan Luluth yang asyik puji keadaan baru rumah, yg mereka lihat...
Kami hanya mengubah sedikit, tetapi BESAR nya keceriaan yang dibawa kedalam hati kami...
cantinya sunset d tanjung aru...dah lama x turun sabah..nampak nya JM perlu masukkan semua list tempat mkn dan tempat menarik ni ke dalam itie..mana tahu one day nk terjah sabah pulak kalau ada tiket murah..leh jumpa kak Reen..ehh..akak ke..ke JM yg lebih tua heeee
ReplyDeleteAssalam JM. Pekaba?
ReplyDeleteSunset mmg cantik d sni.. Bnyk lgi tmpt menarik sebenarnya yg sya pun tak gi lgi. Nnti klau gi kita tulus kat blog ni..
Klau dtg boleh jumpa kak.. Jgn risau JM kak lebih tua dri JM.. Hehe
kak masih ada janji yg blum tertunai kat JM.
Kak takkan lupa tu, tpi ya ler kak ni lmbt lah kn..
Insya ALLAH