Sunday, November 24, 2013

OH! KERETA KU...







Seminggu lepas di malam yang tenang, selepas syif petang saya singgah untuk mengambil anak kat Suria Shopping Mall...untuk balik rumah dan selepas itu akan ke airport pula menghantarnya pergi ke Kunming, China.

Dalam perjalanan dari Suria di simpang Jalan Kemajuan untuk memasuki Jalan Bertingkat Karamunsing dekat kompleks BSN untuk menuju balik ke rumah di Sri Gaya...kereta dijalan besar tu memang bertali arus...so kena berhati-hati untuk keluar dari simpang tu....tapi tiba-tiba...
hentaman kuat datang dari arah belakang...terkejut kami bertiga dalam kereta tu...segera keluar...
dilimpahi lampu neon jalan, kelihatan bonet kereta orang yang melanggar tu telah tersingkap keatas dan bagai ditekap dengan acuan, kelihatan cop spare tyre belakang kereta saya terbentuk di bonet keretanya....masa tu saya tak nampak  lagi keadaan kereta saya...
dengan penuh debaran apa bila melihat kereta saya, walau pun tak seteruk kereta yang melanggar itu, tetapi akibat rempuhan itu dia telah menghentam cover spare tyre yang terletak kat belakang tu, dan akibatnya bahagian bawah spare tyre terperosok sedikit kedalam, dan bawah bonet dekat lampu retak dan beberapa bahagian berhampiran bonet telah terhiris bagai menghiris hati ku.

Spare tyre tu telah menyelamatkan kereta ku, kalau tak itu ianya mungkin akan lebih teruk lagi...
Kereta kita, sedangkan kalau hanya secalit kotoran pun tak sanggup kita 
melihatnya...inikan pula apa bila ia "cedera dan terluka"...ianya bagai melukakan hati kita!

Sepanjang pemanduan bertahun-tahun kita cukup berhati-hati dijalan raya, bukan hanya kerana kereta tetapi adalah kerana nyawa-nyawa yang ada didalamnya....
Syukur kanak-kanak berdua tu tak ada dalam kereta pada masa tu kalau tak, mungkin mereka terhumban sedikit kedepan...nauzubillah!




Tengok calar dan kemek ni...hati mana kah yang tidak terhiris??

Kereta ni baru setahun dibeli...masih berbau getah baru....
sekarang terpaksa pula  akan melalui proses membaiki untuk beberapa lama....bukan kah ini akan memberi kesan pada "langkah" kita...
Sebelum tu beberapa urusan pula akan dibuat...
Balai Polis, orang yang melanggar, workshop dan beberapa procedure...
aduuuuiiiii naaaa.....
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ku...Amiiiinnnn

Saya masih tetap bersyukur kerana kami selamat!





*
*
*

Gambar bawah ni, adalah gambar kereta yang melanggar tu....

Teruk kan?? bagai di tekap dengan acuan membentuk bulat spare tyre kereta saya di bonetnya... itu menunjuk kan dia bergerak laju menghampiri simpang jalan yang ada kereta saya didepannya...yang pada ketika itu kereta saya sedang berhenti disimpang tu untuk menunggu ruang masuk ke jalan besar!





Kepada siapa jua, terutama saya, Suami, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan, berhati-hatilah di jalan raya...
Semoga kita sentiasa dilindungi Tuhan dimana pun kita berada...




No comments:

Post a Comment