Sunday, November 24, 2013

OH! KERETA KU...







Seminggu lepas di malam yang tenang, selepas syif petang saya singgah untuk mengambil anak kat Suria Shopping Mall...untuk balik rumah dan selepas itu akan ke airport pula menghantarnya pergi ke Kunming, China.

Dalam perjalanan dari Suria di simpang Jalan Kemajuan untuk memasuki Jalan Bertingkat Karamunsing dekat kompleks BSN untuk menuju balik ke rumah di Sri Gaya...kereta dijalan besar tu memang bertali arus...so kena berhati-hati untuk keluar dari simpang tu....tapi tiba-tiba...
hentaman kuat datang dari arah belakang...terkejut kami bertiga dalam kereta tu...segera keluar...
dilimpahi lampu neon jalan, kelihatan bonet kereta orang yang melanggar tu telah tersingkap keatas dan bagai ditekap dengan acuan, kelihatan cop spare tyre belakang kereta saya terbentuk di bonet keretanya....masa tu saya tak nampak  lagi keadaan kereta saya...
dengan penuh debaran apa bila melihat kereta saya, walau pun tak seteruk kereta yang melanggar itu, tetapi akibat rempuhan itu dia telah menghentam cover spare tyre yang terletak kat belakang tu, dan akibatnya bahagian bawah spare tyre terperosok sedikit kedalam, dan bawah bonet dekat lampu retak dan beberapa bahagian berhampiran bonet telah terhiris bagai menghiris hati ku.

Spare tyre tu telah menyelamatkan kereta ku, kalau tak itu ianya mungkin akan lebih teruk lagi...
Kereta kita, sedangkan kalau hanya secalit kotoran pun tak sanggup kita 
melihatnya...inikan pula apa bila ia "cedera dan terluka"...ianya bagai melukakan hati kita!

Sepanjang pemanduan bertahun-tahun kita cukup berhati-hati dijalan raya, bukan hanya kerana kereta tetapi adalah kerana nyawa-nyawa yang ada didalamnya....
Syukur kanak-kanak berdua tu tak ada dalam kereta pada masa tu kalau tak, mungkin mereka terhumban sedikit kedepan...nauzubillah!




Tengok calar dan kemek ni...hati mana kah yang tidak terhiris??

Kereta ni baru setahun dibeli...masih berbau getah baru....
sekarang terpaksa pula  akan melalui proses membaiki untuk beberapa lama....bukan kah ini akan memberi kesan pada "langkah" kita...
Sebelum tu beberapa urusan pula akan dibuat...
Balai Polis, orang yang melanggar, workshop dan beberapa procedure...
aduuuuiiiii naaaa.....
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ku...Amiiiinnnn

Saya masih tetap bersyukur kerana kami selamat!





*
*
*

Gambar bawah ni, adalah gambar kereta yang melanggar tu....

Teruk kan?? bagai di tekap dengan acuan membentuk bulat spare tyre kereta saya di bonetnya... itu menunjuk kan dia bergerak laju menghampiri simpang jalan yang ada kereta saya didepannya...yang pada ketika itu kereta saya sedang berhenti disimpang tu untuk menunggu ruang masuk ke jalan besar!





Kepada siapa jua, terutama saya, Suami, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan, berhati-hatilah di jalan raya...
Semoga kita sentiasa dilindungi Tuhan dimana pun kita berada...




NIKMAT RESAH...









Assalamualaikum...



Sekali lagi berada dalam pesawat, kali ini Maswing ATR72 menuju ke Labuan, bukan untuk bercuti bersuka-suka...tetapi pulang ke kampung halaman, setelah menerima panggilan telefon seawal jam 4 pagi, adik memberitahu ibu saya sakit dan dimasukkan ke wad... 

Menggigil dan tiba-tiba rasa lemah menerima perkhabaran ini.
Rasa kesal, beberapa missed call dan sms hanya diketahui pada pukul 5.15 pagi apabila alarm berbunyi untuk solat subuh!...

Handphone masih dalam 'mode silence', terlupa untuk 'ON' sound sejak petang semalam selepas balik dari syif petang...kerana ofis kami tak menggalakan penggunaan handphone ketika berkerja.

Setelah dapat berita itu, tak keruan juga pada mulanya, tidak tahu apa yang patut dibuat dulu.. apatah lagi hari tu saya berkerja syif pagi..
nak beli flight ticket balik, nak call ofis, nak call adik beradik....
tiba-tiba rasa bercelaru, mungkin kerana terkejut dan baru bangun dari tidur.

Apa pun Solat dulu, agar tak terlepas waktu dan selepas tu baru memikirkan apa seterusnya...astaghfirullahilazim....

Solatlah saya pagi itu disudahi dengan doa yang bercucuran airmata... 
kesihan nya ibu, betapa ia telah melalui segala kepayahan membesarkan kami adik beradik....namun setelah kami semua dewasa dan masin-masing jauh demi kerjaya...dan berumahtangga jauh dari kampung halaman, tinggal lah mereka disana...

Akan saya sambung cerita ini dihujung tulisan ini nanti.

*
*
*

Dua minggu sebelumnya, saya 
tidak berapa sihat, kesakitan dari tulang belakang membawa kepinggang dan serentak hingga kehujung kaki. Stress juga, apabila makan pain killer pun masih terasa sakitnya....ini membimbangkan saya kerana, ia menyukarkan saya memberi tumpuan sepenuh nya kepada kerja, sedangkan saya perlu fokus dalam tugas saya...ini tak boleh jadi...
Doktor sarankan saya untuk check darah setelah x-ray dan scanning..
darah pun diambil dan resultnya hanya diketahui seminggu selepas tu..
adduuuhhh..... tekanan juga rasanya menunggu result tu..

Pada hari result darah tu keluar, klinik ada menelefon untuk meminta saya mengambil resultnya...dan pada pagi itu juga di pejabat,  saya melalui ujian yang memang diadakan tiap tahun, 2 tahun dan 3 tahun yang mana berkenaan...untuk memahirkan lagi dan untuk mengawal mutu dalam pekerjaan. Tugas kami memang menghendaki kami melalui pelbagai exam, dan ujian saban tahun...

Debaran yang berganda ini hanya Tuhan yang tahu, dah lah malam tadi study apa yang patut dengan nervous untuk menghadapi 3 pemeriksa dari Kuala Lumpur ni, seperti kita nak menghadap interview tu laaahh....

Saya ni pula memang jenis yang mudah nervous.
Banyak kerisauan dihati, risau tiba-tiba tak dapat menjawab apa yang disoal, risau gagal !

Saya pula adalah orang yang pertama memasuki bilik ujian untuk hari tu, dah lah malam tadi tidak dapat tidur, tiba-tiba pula makanan untuk sarapan pagi langsung tak boleh masuk. Roti yang sebesar ibu jari alahai susahnya nak telan...walhal sebelum ni berbuku boleh masuk...mengada pula tekak ni.

Menggigil saya dibilik menunggu....sejuk aircond tak terasa, badan macam berpeluh. Bila nama saya dipanggil, debaran itu bertambah-tambah. Berat kaki melangkah...namun, tiga langkah sebelum memasuki pintu keberanian itu tiba-tiba datang...tambahan bila mereka bertiga tu baik-baik belaka..
Saya tidak sedar berapa minit saya 'di temu ramah'...saya hanya menjawab apa yang ditanya, yang kadang-kadang saya kehilangan kata-kata. 
Kelegaan yang amat sangat bila sessi itu selesai!

Saya tak peduli apa keputusannya nanti, yang penting semua ini harus berlalu kerana selepas ni saya kena pegi klinik pula untuk mengambil result darah.

Syukur Alhamdulillah perkara pertama sudah dilalui hari ini, sesampai saya dikereta terus menelefon suami untuk menyampaikan rasa kelegaan yang amat. Dan menyampaikan rasa TERIMA KASIH kepadanya kerana selama ini dia lah memberi dorongan dan kata semangat dan dia lah yang terpaksa menelan kerenah isterinya ini, melihat isterinya ini jatuh bangun, senyum dan menangis, gagal dan berjaya dalam kerjaya...

Sekarang, satu lagi yang perlu dilalui hari ni...menuju ke klinik untuk mengetahui ujian darah hari tu...
Lama pula menunggu mereka mencarinya, semakin menambah debaran dihati..
Tiba-tiba datang pula misi tu siap tanya, "kakak dah ambil result kakak?"

Wah...wah....!!

Saya : kakak datang ni baru nak ambil, macam mana pula boleh kamu cakap saya dah ambil....??

Dalam hati : isssyyy apa laaaa.....cuaaiii

Agak lama juga menunggu...dimana lah agaknya dorang selitkan file tu...

Nasib baik, paras didih hati belum sampai kemuncaknya apabila nama saya dipanggil untuk berjumpa doktor...

Dengan penuh debaran, namun tenang mendengar doktor explain satu demi satu hasil dari ujian itu....akhirnya, perlahan... dan barulah terdengar merdunya suara doktor wanita itu berkata:

"You're consider healthy...."

Syukur Alhamdulillah...Syukur Allah keatas Nikmat berganda yang ku rasakan hari ini..bayangkan pagi tadi bangun dengan penuh stress, nervous yang tak terungkai, penuh tekanan...namun, 3jam berikutnya Allah berikan Nikmat ketenangan yang tidak terhingga!

*
*
*


Berbalik kepada cerita ibu saya yang sakit sebelum ni, di Labuan.....

 saya kongsikan pula result 
Scan CT Brain ibu....

Adakah rakan-rakan yang membaca blog ini boleh explain kat saya result ni??