Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin...
Ucapan ikhlas dan khas untuk pembaca setia blog saya yang tak seberapa ni... dan pembaca senyap yang hadir dalam diam namun kesannya terasa dihati.
Terima Kasih untuk anda, 'hadir' anda memberi semangat untuk saya terus mengongsikan cerita hidup insan yang tak femes ni...insan biasa yang sibuk dengan tugas-tugas pekerja yang diamanah. Sibuk juga sebagai isteri, ibu pada anak-anak...dan anak kepada kedua ibu bapa yang setia menanti khabar dan kepulangan anak-anaknya....
Itulah kita manusia, jika tiada mereka insan yang mengasihi dan mengelilingi kita...bayangkan alangkah sunyinya hidup ini...
Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk anda semua...saya menghulur jari sepuluh memohon kemaafan andai ada tulisan atau perkataan mengguris rasa dan melukakan jiwa..
Hampir sebulan saya tak menulis, ada yang bertanya dan setia menanti tulisan terbaru saya...maaf lah memang sibuk disepanjang Ramadan.
Siang hari dan waktu-waktu syif kena pergi berkerja, balik urusan rumah pula.. dan sepanjang bulan Ramadan kita mesti mengambil kesempatan dibulan yang mulia itu untuk meraih sebolehnya apa yang telah dijanjikan NYA.
In Sya ALLAH...mudah-mudahan segala apa pun kebaikan yang kita lakukan akan diterima NYA... Ammiiiinnn
Hari ini, saat ini ditulis kita dah berada 9 hari dibulan Syawal...saya dan keluarga dah kembali di Kota Kinabalu.. Hari tu balik Labuan, kampung halaman ku yang tercinta pada 7hb Ogos tu, yang pada malamnya tengok anak bulan Syawal tu...rancangan awal nak balik dengan pesawat.. kapalterbang lah tu...tetapi kerana saya kena tunggu jadual kerja keluar dulu baru nak beli flight tiket...akhirnya tiket fully booked! dan nampakknya terpaksa lah saya driving balik melalui Menumbuk..seronok memang seronok bersama anak-anak berkereta begini, tetapi sengal juga nak memandu tu dalam 2jam ke Menumbuk...
Dikhabarkan oleh adik pula tiket feri untuk membawa kereta ke Labuan sudah penuh...ertinya tiada tempat untuk kereta kesayangan ku dibawa balik sama. terpaksalah nanti ianya ditinggalkan dan bermalam di Menumbuk, dimana-mana rumah yang menawarkan perkhidmatan menjaga kereta. Bayaran untuk tinggalkan kereta ni adalah RM10 satu malam...
Dah kereta tinggal di Menumbuk, kena sewa juga kereta kat Labuan nanti, takkan buat muka 20 sen minta simpati saudara mara minta dibawa kehulu kehilir beraya kan??
Kebiasaannya, kalau saya tak bawa kereta balik ke Labuan saya akan menyewa kereta yang memang sedia ada di Terminal Feri AntaraBangsa atau kat Airport Labuan....harga berpatutan...
Saya pernah sewa Viva RM60 sehari...Toyota Vios RM90...Nissan ntah apa RM100 dan yang lain lagi, dah tak ingat...ada juga yang FREE, kereta adik sendiri hahaha...raya-raya ni dorang nak guna juga...jadi lebih selesa sewa sajalah..
Emmmm..bayangkan hariraya, mana nak sewa kereta lagi mau tak kopak lagi 400 ke 500 RM ni.....Tapi tak pa lah raya punya pasal...lagi pun kemudahan juga untuk kita berkunjungan...
Pagi 7hb tu bangun sahur 3.30 pagi menyiapkan makanan, makan dengan penuh selera, maklum senang hati nak balik kampung...siap tambah nasi lagi kami anak beranak.
Usai solat Subuh kami bersiap untuk balik, penuh bonet kereta dengan beg pakaian yang besar-besar macam nak beraya 3 bulan!
Maka bertolaklah kami 5orang dewasa dan dua kanak-anak meredah jalanraya yang masih basah oleh embun...
Nasib baik pagi tu bukan saya pemandunya...jadi boleh lah duduk macam Meemm... macam lama juga perjalanan, tidur bangun tak sampai-sampai.. sempat berdoa agar adalah ruang untuk kereta ku sebuah mencelah masuk dalam feri...kalau laahh...tapi ianya mustahil!
Dalam pukul 9.45 pagi kami pun sampailah ke Menumbuk, silapnya kami masuk parking kereta terlebih dahulu kat rumah yang menawarkan perkhidmatan kereta tu jauh kedalam kawasannya....akibatnya terheret-heretlah kami keluar dengan beg besar dan dua orang kanak-kanak kecil yang mesti dipegang tangannya.. dengan tanah lekak-lekuk, macam mana nak heret beg beroda tu??...apa laaa...
agak jauh juga nak menuju ke feri ni..dah tu diberitahu pula feri sampai dalam 10 minit lagi...alamak!! lagilah "kecoh"
Cahaya matahari amat terik, peluh dah memercik diseluruh tubuh, cukup mencabar puasa hari ini, juga mencabar perasaan...
Alangkah seronok dan bahagianya kalau dapat bawa kereta. barang tak perlu dikeluarkan, malah kita duduk saja dalam kereta sehingga sampai halaman rumah di Labuan...apakan daya, ruang dalam feri untuk kereta sudah penuh!!
Tak pa lah, raya punya pasal...
Sampai kat kaunter beli tiket, ramai juga orang berbaris, tak sempat nak ambil gambar...keadaan kami memang benar-benar "sibuk" dengan beg-beg dan kanak-kanak tu, maklum kawasan sibuk dan huruhara dengan kenderaan.. jadi kanak-kanak dua orang tu kena jaga betul-betul....
Kaunter tiket tu berhampiran jalan yang sibuk tu dan tempatnya sempit...barisan orang yang membeli tiket terjulur keluar ke jalan raya..
Tak tahulah kalau tempat kaunter ni hanya sementara, tetapi memang tak menyenangkan langsung...kalau hujan pasti basahlah mereka yang berbaris ni..
Ok sampai giliran kami membeli tiket...apa?? rm2.50 seorang harga tiket..murahnya!! bersyukurlah ianya separuh dibayar kerajaan...
Tiba-tiba teringat nak bertanya kat kaunter tu mana tahu ada ruang lagi untuk kereta dibawa masuk...dengan harapan yang tipis namun dengan doa yang mendalam cuba juga bertanya perempuan kat kaunter yang tak ramah tu...
Wah! terkejut bagai nak pengsan bila diberitahu, masih ada tempat kosong untuk kereta! pergi dan balik nanti 12hb...
Ya ALLAH, ALLAH...Syukur ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH ya ALLAH kerana mendengar doa hamba MU ini....Tak habis-habis Syukur ku keatas perkara ini, sehingga hari ini...
TERIMA KASIH juga untuk SUAMI TERCINTA!!
Maka, masuklah juga kereta kesayangan ku kedalam perut Feri....
kami pun melepaskan lelah naik ke bahagian atas feri menghadap laut yang terbuka
..angin sepoi-sepoi bahasa, alunan ombak, bau laut..bau itu adalah bau yang selalu dihidu masa kecilku...
kami memasuki lautan yang membawa banyak nostalgia buat ku..
Wahai kampung halaman ku nantikan kehadiran warga mu ini untuk bersama mu di Ailfitri....nantikan cerita ku seterusnya...
(diatas feri...budak dua orang ni tak bole dilepas pandang)
No comments:
Post a Comment