(Imej dari google)
Assalamualaikum....
Apa kabar? Masih adakah yg sudi membaca blog saya ni...setelah saya tinggalkan anda begitu lama?....
Masih adakah yang ternanti2 tulisan saya?
Masih adakah yang sudi menjenguknya?
MAAF, hanya itu kata2 yg dapat saya lafazkan kerana sudah membiarkan blog saya lama sepi.. umpama rumah tak berpenghuni...
Sekarang ni saya sedang melalui fasa kehidupan baru yg belum terbiasa....dan saya memerlukan waktu.. tempuh bertenang...
Sekarang ni dah tak perlu lgi sibuk2 nak pegi kerja...tak payah lagi berjaga ketika syif malam ...tak perlu lgi fikirkan baju apa nak pakai esok...nak shopping baju atau kasut baru...yg sekarang ni sdh tidak menjadi keutamaan...
Tak perlu study saban tahun... tak perlu exam bagai...tak perlu buku2 tebal atau file2....tak perlu mengharungi kesesakan jalan raya...
Yang penting, tak perlu lagi saya risau kalau ada tika hari2 keupayaan tiba2 jadi lemah dan otak berfikir jadi lambat...khuatir memberi kesan pada apa yg sedang saya lakukan.. sedang pekerjaan saya memerlukan saya sentiasa bersedia... merancang dengan SEGERA....membuat keputusan dan memberi arahan yang perlu dipatuhi "pengguna" , demi keselamatan mereka dan ratusan atau ribuan orang dalam satu masa.
Mengendali pelbagai ragam dan bangsa se antero dunia...yang faham bahasa dan tak reti bahasa....mendengar suara macho dan suara mcm org bangun tidur... suara marah dan suara lembut..
Suara bertenang dan suara kelam kabut...
Tapi dalam kebanyakan waktu mereka semua berkerja sama..patuh arahan...dan sgt membantu... atau...adakah kerana mereka tertipu dengan suara ku yg menawan...bak gadis jelita awal 20an... (well....suara ku mmg begitu...dah semula jadi... bukan dibuat2...hihi...)
Mengawal...memberi pandu..dalam keadaan cuaca yg baik atau dlm keadaan cuaca yg tak membantu...
Dalam kesesakan "pengguna" ... dalam keadaan mood sendiri pun kadang huru hara.....ketika hormon menjadi down....
dengan pelbagai masalah hidup... namun...segalanya harus dipadam.... masalah sendiri MESTI ditinggalkan dulu dibalik pintu masuk ofis....balik karang baru ambi balik...
Sebelum berkerja kami tidak boleh dibebani fikiran..
Kerja kami bukan main2...tiada masa utk berborak dgn rakan sebelah.... kadang nak teguk air pun tak sempat....
Kalau waktu sibuk...berpeluh juga dalam kedinginan aircond....
Semua utk memastikan semua berjalan dengan lancar...cekap dan selamat!
Satu KELEGAAN apa bila dapat menyelesaikan apa pun masalah dan kepayahan tugas demi memastikan mu selamat sampai ke destinasi....
Inilah yang membuatkan saya teramat2 sayang pekerjaan saya....unik dan lain dri pekerjaan pejabat yg biasa...
Dan semua itu...kini ku rindukan....
walau pun ini pilihan tika bertahun dahulu, dimana ketika itu Allah gerakkan hati ku untuk memilih diusia ini untuk melepaskan kerjaya ku... aku memilih untuk menjadi #surirumahsepenuhmasa...
meninggalkan kerja yg sangat ku sukai... meninggalkan rakan2 semua... meninggalkan kebiasaan kepada diluar kebiasaan...
Tapi sudah suratan dan Takdir NYA.... walaupun ini yang setiap org berkerja harapkan dan tunggu2...masa utk berehat...
Tapi percayalah, ianya tidak semudah itu.
Tidak mudah melupakan perkara yg telah sebati dalam kehidupan..
Tidak mudah melalui hari-hari yang sgt bersenang-senang sekarang ni... belum biasa hidup santai tanpa keluar untuk berkerja...
Belum biasa tidak drive utk ke ofis..
Belum biasa tak bergaya baju bergosok dan pakai kasut tumit bagai...
Belum biasa tidak bertemu rakan ofis melebehi sebulan....
Belum biasa tidak menempuhi kesesakan trafik dijalan raya dan di udara!
Ya...saya belum biasa melalui hari2 saya tanpa semua ini...
Adakah yg dapat meneka apakah pekerjaan saya??
Untuk melarikan diri dari keadaan yg belum biasa ini...maka bermastautin lah aku sementara di Kuala Lumpur...jauh dari tempat yg akn hanya mengungkit kenangan....
harap2 Kuala Lumpur akan berkelakuan baik dgn ku....sama ada suasananya...orang2nya terutama Suami tercinta....
Telah lama dia mengharapkan aku akan transfer kesini...berkerja disini....menetap disini...sejak kmi diijab kan dulu....
Nah sekarang....aku sdh disini...menjadi suri rumah sepenuh masa.....menjadi suri dihati suami...nah! hadaplah muka ku hari2....haha....
Sudah lama kami sama berkorban, dia disini aku disana....mengorbankan masa dan wang ringgit semata-mata rasa cinta dan kasih sayang yg Allah kurnia....
Nasib baik isteri ni dah tak berkerja...maka dapat lah berhijrah kesini...apakan daya tugas suami hanya disini....
Kalau dulu kesana kemari, berurusan atau sakit pening banyak kali bersendirian...
Now, dah ada pilot ku yang akan sentiasa ada disisi...dah ada yang akan menemani selalu kemana-mana... berjalan kemana berdua, food hunting berdua...minum enak nya coffee di cafe hipster terbaru...menonton movies...yang penting ketika masa-masa tak sihat...sudah pasti memerlukan suami ada disisi...barulah boleh sentiasa bermanja...kaaannn??
Begitulah hidup berumahtangga mesti ada tolak ansur dan kerjasama...saling memahami... saling percaya dan yang penting saling SETIA!
Mana-mana pun perkahwinan, bukan salah isteri atau suami, ianya dipertemukan atau dijodohkan... seperti yg berlaku pada pasangan terkenal yg viral dialam maya baru2 ni..bukan nak memihak pada perempuan... bukan salahnya isteri perkahwinan itu...
Kadi bertauliah...dengan cukup segala saksi telah mengesahkan pernikahan itu... kenapa meragukannya?
Kenapa tiada perundingan sesama? Tidak adakah lagi walau sekelumit rasa sayang sehingga yg dlm kain perlu dicanangkan?
Kenapa biarkan isteri meneka2 dan berfikir sendiri apa perasaan suami kini terhadapnya? Dimana keromantisan dan belaian?
Lupakah? Engkau berdua asalnya org asing, saling tidak mengenali... di Takdir bertemu dan diikat dgn nama ALLAH...
bemakna kau berjanji kepada Allah untuk menjaganya, memeliharanya... menjalankan tanggung jawab yang termampu... !!
Isteri takkan meminta lebih2 diluar kemampuan suami...hanya perhatian dan rasa tanggung jawab itu....hanya...zahirkan lah rasa sayang mu itu...bukan dengan kemewahan wang ringgit.. sekadar belaian dan ambil berat...
Walau sekadar tidur berbantal lengan suami, itu sudah cukup2 membahagiakannya... percayalah.... suami akan dapat lima kali kebahagiaan yg diberikan isteri...
Astaghfirullahilazim....apa yang aku dah melalut jauh ni.... aduuuiiiii sebab tularnya cerita pasangan ini buat aku geram sendiri.... masing2 ego...apa susah2, dari saling membangkit keburukan... (maknanya sdh tiada rasa cinta) baik lepaskan saja biarkan dia menemui bahagia yg lain....
Allahu Akbar....mudah2an bertahanlah cerita cinta kita....
Ramai yang mudah jatuh hati...tetapi
Bukan nya mudah untuk mempertahankannya. berbagai onak dan duri...cubaan dan dugaan ditempuhi....laluilah dengan kesefahaman.. berbincanglah hati ke hati....jgn pula asyik pinta difahami...sedang hati isteri siapa yg akan memahami ??
Ya Allah dijauhkan semua ini... janganlah jadi seperti kehidupan celebriti...
Semua kita apabila diijab kabul sudah semestinya memohon agar Allah mengurniakan perkahwinan penuh kebahagiaan dan percintaan hingga ke Jannah...
Carilah jalan...andai perkahwinan mulai memudar....jangan biarkan angin yg bermula dgn sepoi-sepoi bahasa, akhirnya mengumpul segala puing derita lalu mengganas bak taufan memusnah istana terbina sekian lama...
Kalau masih ada cinta, payahkah untuk membina rasa?
.