Assalamualaikum...
Apa kabar anda?
Lama juga blog ni nak di update kan... macamlah takda masa sangat.
kadang tu ada masa tapi semangat nak menulis tak mari-mari.
kadang tu ada masa tapi semangat nak menulis tak mari-mari.
Ni pula tengah berfikir-fikir nak kemana cuti2 luar negara tahun ni nak pegi yer?
Bila saban waktu membaca blog kawan-kawan sekejap disana kutub utara....dah tu disinun dibenua Australia...ada yang 3/4 kali setahun ke Korea....ada yang dah sampai Russia..
Wah! Wah! Hebat mereka ini...
Bagaimanalah hati ku nak tahan melihat semua ini...sementelahan berkerja ala-ala yang ada kaitan dengan terbang-terbang ni...takkan sekadar berkerja saja.. harus sesekali pergi juga ke destinasi kemana penerbangan negara kita pegi...
Wah...mukadimah...
Seolah-olah bagai nak bercerita dlm post ni dah berada diluar negara... namun hakikatnya, belum kemana-mana pun...
Wahai CUTI ku, mampirlah dikau...
Wahai kerja2 bertimbun...bereskan lah diri mu sendiri.. sempurnakanlah sendiri projek itu...bolehkah?? agar dapat ku tarik tangan suami ku untuk merealisasikan angan-angan ku berjalan berpimpinan dalam keindahan musim luruh...(emmm..)
Nda apalah.. di KK pun apa kurangnya...banyak juga tempat menarik yang boleh kita pegi...walaupun cuacanya panas membahang...
macam nda biasa, sejak lahir hingga sekarang dah puluhan tahun memang dah berada di negara khatulistiwa. Janganlah pula nak mengada-ngada.
Sementara menanti nak pegi cuti-cuti luar negara yang ntah bila...dan belum tahu kemana.. biarlah saya tuliskan dulu kisah jalan-jalan saya didalam KK sahaja...hihi..sekadar mengisi masa OFF DAY dan membawa budak-budak keluar... tak jauh pun, tak sampai 10minit ja dari rumah, ke Ocean Mall, sebuah lagi shoping mall yg baru dibuka di Kota Kinabalu...
Shopping Mall ni terletak dipusat bandar dan berada dipinggir laut menghala Laut China Selatan...selain pantai tanjung Aru.. panorama mentari terbenam boleh dilihat diruang anjung mall ini
Shopping Mall ni terletak dipusat bandar dan berada dipinggir laut menghala Laut China Selatan...selain pantai tanjung Aru.. panorama mentari terbenam boleh dilihat diruang anjung mall ini
Teringin dari dulu lagi nak melihat lukisan 3 dimensi yang sudah terlebih dahulu femes di Jepun...
Melihat dari gambar-gambar yang di post rakan blogger, wah...cantik juga.
Apabila dapat tahu di Kota Kinabalu sudah ada galerinya, maka kami pun ambil kesempatan melihat hasil seni lukisan tempatan dan luar negara ini, diruang pamer tingkat 3 Oceanus Waterfront Mall ini...
Jadi, sambil window shopping kita menghayati dan menghargai hasil seni lukisan ini, lepas tu boleh melayan jiwa menghayati pula keindahan mentari terbenam ditambah aktiviti bot dan kapal-kapal kecil diperairan sekitar KK ni. ...
Lukisan besar 3 dimensi yang dipamerkan ini adalah yang pertama ada disini dan mungkin juga yang pertama di Sabah, mungkin ya...
Bayaran masuk dikenakan, dewasa rm20
dan kanak-kanak rm15...
Mahalkah?
Tapi bagi saya ianya berpatutan kerana mereka terpaksa gunakan keluasan lebih dari 3unit kedai untuk menempatkan lukisan 3D tu... dan perlu diingat, tempat ni juga perlu diselenggara....
Masa kami pegi hari tu week days...hanya kami berempat didalam tu..jadi tempat tu kami yang punya...haha
Masa kami pegi hari tu week days...hanya kami berempat didalam tu..jadi tempat tu kami yang punya...haha
Layankan gambar-gambar ini...
Ya la tu...
Over nya gaya bebudak dua orang ni....
ops!....kanak-kanak berdua tu rasa sangat lucu melihat gambar ni... bukan apa yang kita nampak yer, tapi lihatlah hasil seni 3Dnya....
Daniel Luth pun keheranan macam mana agaknya ikan ni boleh terkeluar dan berenang diluar akuarium...haha
Pameran lukisan lainnya pun ada kat luar ni, kalau sekadar nak tengok-tengok pun boleh..atau kalau berniat nak beli tambah koleksi,
lukisan yang kat luar ni pun dijual kepada ramai....
saya ada juga berkenan sebuah lukisan kat sini...tapi memikirkan ada kepentingan lain yang perlu didahulukan....lupakan....
Cantik-cantik lukisan disini, berbagai genre lukisan yang ada...
Kalau bawa kanak-kanak kesini...dia siap main sembunyi dan kejar-kejar lagi dengan kita. Aduuuuiii...
Tengok tu...inilah yang saya katakan tadi..kat sini juga boleh melayan jiwa
***
Dua minggu kemudian....
Pameran yang sama, tempat yang berbeza.
Cuti yang pendek sekadar dibawa lari ke Kuala Lumpur sahaja....
suami mengusulkan idea melihat lagi lukisan 3D yang kat sana pula....
Layan lagi...bersama kanak-kanak dewasa pula...hihi..
di Trick Art Museum I-city Shah Alam..
Suasana sunyi dan lengang....tiada pengunjung lain....
Baiknya pegi masa weekdays tiada orang lain yang akan berebut-rebut dengan kita, jadi tempat ni kita yang punya..
Patung-patung lilin ada kat dalam ni...tapi kerana kami dah pernah masuk Medame Tussauds Hong Kong...so yg ni kami abaikan...
Panjat Chie...sampai kepuncak..
Harus malu-malu atau takut bila menatang ni nak ngapp
Amboii....berangan, kuatnya ko tendang kaca lukisan tu Chie...
kami sempat juga masuk 5D Cinema...tapi saya tak berapa suka, kerusinya agak keras..dan gegarannya agak ganas...so tak dapat enjoy movie 7 minit tu sebab berpaut kuat pada kerusi kerana khuatir hentakkannya menghempas kepala kekerusi...
Berbagai tarikan sebenarnya ada kat I-city ni...seperti Digital lights, yang ni kami dah pegi dulu pada awal-awal pembukaannya...memang menariklah pada waktu tu..
Selain tu ada indoor and outdoor games, RED carpet (patung2 lilin) snowalk, house of horror, trick art museum, waterworls dll...
Ada bayaran tertentu dikenakan memasuki mana-mana bahagian dalam ni yer...
Penutup hari kami ialah..... ke Senawang...
dari Shah Alam saja mesti nak makan satay tulang, asal nak makan satay tulang saja mesti dari Shah Alam....kenapa?
macam cuti-cuti Malaysia juga....Suami seronok agaknya driving jauh tu nak makan satay tulang...barulah berbalui-balui...
saya lagilah seronok sebab bukan saya yang drive... haha...