Saturday, February 7, 2015

Laman Seni Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam, dan menjejak Satay Tulang Senawang







Assalamualaikum....


Lama juga rasanya tak tulis apa-apa kat blog yang disayangi ini...
ya la tu...sayaanng..
kalau kata sayang ..jenguk-jenguklah selalu kan?.. ni kata sayang tapi tak "dibelai-belai"kan?

Apa kabar anda? Pastinya sihat..itu yang kita harapkan.... badan kena sihat, jiwa mesti tenang tenteram....barulah indahnya hidup yang dilalui... 

Pada anda yang berhempas pulas berkerja.. sayangi diri anda..ambil lah cuti sehari dua tak semestinya keluar negara...kerana disini, negara kita pun banyak tempat yang dapat dikunjungi....dan ada tempat yang tak perlu bayar apa-apa..hanya datang dan hayati apa yang hendak dinikmati.
Contoh, pantai dan lautan...taman bunga.. alam semulajadi atau ke Muzium bagi pencinta sejarah..juga muzium lukisan.. bagi pencinta lukisan.

Menyebut tentang lukisan...baru-baru ni berkesempatan ke Lorong belakang, Laman Seni, Seksyen 7 Shah Alam...

Tujuan utama ke Shah Alam ialah hendak pegi ke butik-butik yang terkenal kat online tetapi butik2 "nyatanya" kat seksyen 7 tu... memang tujuan nak cari baju untuk menghadiri majlis kahwin nanti di Kota Kinabalu. 

Tiba-tiba teringat pernah terbaca kat blog kawan2 mengenai Laman Seni Lrg belakang....so google lgi dan suarakan hasrat pada suami... so boleh lah menyelam sambil minum air...

Laman Seni tu betul2 kat dinding belakang butik2 tu.. kalau rasanya para suami lama sangat tunggu isterinya bershopping..hihi
para suami bolehlah menghayati dan menghargai hasil seni tu berulang kali.
(Ya ler...berulangnya sangat... tapi kerana simpati ku pada suami..maka CUBA disegerakan jelajah kat butik2 ni...)

Namun...saya juga tak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di lorong tu.. melihat hasil seni tangan anak2 muda yang diperkatakan rakan blogger.

Tengoklah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan dengan kamera handphone sahaja....








Lihatlah...gaya ichie from #sukka project 
bergaya sebagai model tak berbayar...hihi..




















Memang menarik..kan?
Daripada dinding itu dibiarkan kosong.. ada baiknya zahirkan nukilan perasaan didinding2 batu yang kaku agar ianya hidup... berwarna dan dapat menceria persekitaran.

Ini juga dapat mengurangkan kadar jenayah. Ya la...dah tempat tu sentiasa ada orang tentu  pencuri pun berfikir banyak kali nak buat keja jahat kat lorong belakang tu...

Misi mencari baju masih diteruskan kat butik-butik yang empunya dinding belakang ni, diteruskan lagi.... dengan sesegeranya.... tak boleh macam selalu..bersantai masuk kedai keluar kedai.. hari ni..kesihan kat suami yang setia menanti.. sekejap dia ada kat belakang...sekejap ada kat depan....sekejap dah duduk dalam kereta.. sekejap dah berada luar kereta....
Aduuuuhhhhh....dah habis sebaris blok kedai ni dilawati...namun belum ada baju yang berkenan dihati...
Nak cari kaler dusty pink...bukan mudah.. kalau ada pun..fesyennya tak disukai..

Sekali lagi...masuk kedai yang sudah dimasuki  tetapi kerana ramainya orang awal tadi maka kami hanya melihat baju yg bergantungan bahagian depan kedai... rupanya dibahagian dalam kedai ni lah baju "yang telah tertulis" untuk ku...hihi...
Baju hasil rekaan CARYAZARA..menjadi milik ku...sangat cantik...fesyen menarik, sangat-sangat cantik ditubuh ku (perasannn). 
Misi completed!

Tak minum petang lagi..perut ni mengada2 pula nak minta diisi.
Suami seperti boleh membaca fkiran ku...masuk je kereta.. ajak kita makan satay tulang....yeeesssssss.....ingat lak dia nak memenuhi keinginan ku yang nak makan satay tulang...
kat mana lagi?? kat Tmn komersial Senawang...jommm

Perjalanan dari Shah Alam melalui highway Elit (Expressway Lingkaran Tengah)  lebuhraya yang menyambungkan shah Alam dengan Nilai. Sampai dipersimpangan Nilai, memasuki highway Plus menuju ke Selatan hingga ke Senawang. Perjalanan ini mengmbil masa dalam 50 mnit ke 1jam bergantung kepada kelancaran trafik...
Kami berhenti sebentar distesyen minyak Petronas utk solat...dan menyambung semula perjalanan selepas tu...seronok juga sebab kat lebuhraya trafik berjalan lancar.

Berpandu GPS kami sampai juga di Taman Komersial Senawang betul-betul masa untuk makan malam kami...
 bagi anda yang tak tahu kat mana restoran tu... sampai saja kat deretan kedai disana dan ternampak kedai Ice Room...maknanya kedai satay tulang dah dekat sangat lah tu...satay tulang ni juga berada dibelakang Satay Hj Samuri. Nama Restoran tu BUNDO KANDUANG... 
maksudnya "Ibu kandung" kata suami...yang memang berdarah minang.






Malam tu disamping satay tulang...kami juga order satay ayam dan daging. Order sampingannya nasi goreng...hihi






Walaupun namanya satay tulang (tulang ayam ya...), tapi bukan lah tulang melulu, masih ada isi yang boleh diratah....emmmm...tulang ni adalah tulang dari isi ayam yg dibuat satay tu..daripada buang tulang tu gitu saja...
.bagus juga idea satay tulang ni..
Tulang-tulang ayam ni diperap dengan rempahan satay, dicucuk dan dibakar mcm satay biasa...
besar juga cucukan tulang satay ni...harga dalam rm1.00 secucuk. 





Satay tulang yang sampai dah ke meja kami... jom mulakan operasi,
kita mesti gunakan dua tangan untuk menikmatinya.
Syukur Alhamdulillah...SEDAP!
Memang berbaloi driving jauh ni...(ala bukan aku yang drive pun..
my ground pilot kan ada....hihi)








Oh rupanya tak cukup satay tulang pinggan pertama tadi... kami order lagi pinggan kedua...
wah! memang sedap...datang dan cuba lah...




Ichie menikmati satay tulangnya.... 



Perut dah kenyang, baju baru pun dah ada...kami pun menuju balik kerumah di Bandar Sri Permaisuri.
Memasuki highway PLUS dan jalan-jalan lainnya...(dah kenyang, my ground pilot lebih tahu jalan mana yang harus diambil)

Syukur Alhamdulillah...