Wednesday, August 26, 2015

SESALAN....

                       

                Assalamualaikum...

Saya kembali....apa kabar? Lama sangat saya menyembunyikan diri...
sejak kepergian ayahanda tercinta seperti terhenti ghairah hati... seperti bernokhtah garisan senyum... seperti hilang warna ceria...seperti senyapnya dunia...

Namun hidup mesti diteruskan...untuk insan lain yang kita kasihi....untuk mereka yang menyayangi...suami, ibu, anak-anak dan keluarga lain nya. 


Sekadar peringatan sesama... sayangi dan jenguk-jenguklah kedua orang tua dikampung sana...hargai mereka selagi masih ada...
Besarnya pengorbanan mereka terhadap anak2nya....hidup penuh kesusahan untuk memberi kita bersuap2 nasi dan untuk menjadikan yang terbaik dimana kita berada sekarang ini...hulurlah mana yang termampu walau mereka tidak meminta...jenguklah mereka walau rindunya tidak pernah diluah...

Tua berdua nun dikampung sana saban waktu...mata merenung jauh, mengharapkan anak2 datang menemui mereka....
Terlalu banyak yang tak sempat kita balas...kita pun dgn berbagai alasan yg ada dikota sana...seakan melupakan insan yg telah bersusah payah berkerja siang malam menempuhi pelbagai keperitan demi melihat anaknya senang dikemudian hari...
Pulanglah...jenguk mereka...selagi masih berkesempatan...

Saat ini ditulis saya berada di Kuala Lumpur yg menyambut dgn suram wajahnya dek jerebu yang "dihadiahkan" dari negara jiran sana...di KL ni ianya memang kelihatan teruk..jarak pengelihatan pagi ni tak sampai 1kilometer... 

Gambar yang diambil dari tingkat 17 kondo kediaman kami...pandangan mata yg sebelum ni nampak sehingga ke Genting Highland, sekarang ni terhad tak sampai sekilometer.... 


Apabila dah keadaan jadi begini...kita jadi rindu pada kehijauan alam semula jadi yang bersih tanpa pencemaran...kita rindu melihat hijaunya bukit...rindu dengan gagahnya banjaran titiwangsa yg melingkari hutan negara....rindu bau tanah.. bunga2an...daun2an... bau alam semulajadi...

Apa yang terhidu sekarang hanyalah bau asap, bau hutan yang terbakar, yang diburukkan lgi dgn bau asap kenderaan....memang tidak sihat kepada orang yg masih sihat...apatah lagi kepada mereka yg tak sihat...

Kurang-kurangkan lah aktiviti luar..banyakkan minum air dan sentiasa menggunakan mask untuk tidak menyedut direct oksigen tercemar ni memasuki terus keparu-paru...

Lihatlah....terlalu banyak yang harus dikesali.. 

Oleh itu HARGAILAH apa yang kita ada sebelum ianya TIADA !


Saturday, June 20, 2015

Berpulangnya Ayahanda Tercinta kepada Pencipta NYA










Assalamualaikum....
Lama juga rasanya saya tak update blog ini....
Hari ini 3 Ramadhan, baru 3hari kita berpuasa...sama-sama kita rebut ruang dan peluang disepanjang bulan barakah ini membuat sebanyak mungkin kebaikan dan lipat gandakan amalan..
inn sya Allah... 

Dengan pelbagai kejadian alam, gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, permusuhan sesama, penganiyaan sesama manusia, kekejaman demi kekejaman yang kita dengar, pergolakan politik dalam atau luar negara....jadikanlah itu amaran dan petanda...dunia dipenghujungnya.
Bukalah mata dan minda...sama-sama kita ambil panduan dan iktibar... jadikanlah diri kita jauh lebih baik dari yang sebelumnya... 
inn sya Allah...


Seperti belum reda duka dihati, semenjak bapa tersayang meninggalkan dunia ini, meninggalkan ibu, meninggalkan anak-anak...sanak saudara dan rakan taulannya...meninggalkan aku yang begitu mengasihinya... 

Pagi Jumaat 24hb April 2015, panggilan telefon dan msg yang bertalu-talu dari kampung sejak pukul 4pagi belum dapat menyedarkan ku dari tidur...
hanya ketukan dipintu bilik oleh anak perempuan pukul 4.30 pagi tu, dan mengkhabarkan kepergian ayahanda, aku terpana....membuatku bangkit mamai dan terus mengerjakan solat subuh, walhal belum masuk waktu...

Pagi tu memang merancang nak balik kampung...dah berjanji dengan adik bungsu untuk balik sekali...bapa memang sudah tidak sihat, dan ianya bertambah semenjak seminggu dua ...kami baru juga balik dari kampung kira-kira seminggu lalu...dan selepas tu setiap hari sering menalipon bertanya khabar melalui ibu...  tuntutan kerja membuatkan ku tidak dapat lama disana. ...dan pagi tu memang beg pakaian dah disiapkan pada malam sebelumnya...hanya tunggu masa siang untuk berangkat...kebetulan memang kami nak kekampung pagi tu, tapi janji Allah, tidak menunggu walau sesaat..inikan pula 2/3jam untuk menanti kami tiba... :(


A-Fatihah....
untuk mu bapa...
"Ya Allah, kau limpahkan lah Rahmat MU, ampunkan segala dosa-dosanya dan kau tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman..."

Bapalah lelaki pertama dihati, mengajar erti sayang, mengajar erti rindu...
Terlalu...terlalu banyaknya kenangan ku bersamanya...
Bapalah tuju ku saat bersedeh, sakit dan menangis.. bapalah yang sering menunaikan permintaan ku hendak makan ais kepal, cendul dan jeruk papaya muda kesukaan ku, di gerai luar pejabat kompeni perkapalan dipelabuhan Labuan... 

Bapa jugalah tempat rengekan minta beli buku-buku baru sekolah, malahan kalau ada buku cerita atau buku-buku lain yang disukai... 
Dialah dengan senyum bertanya baju raya macam mana aku nak pakai tika hari raya menjelang...

Tangannyalah yang ku genggam ketika dia menghantar ku, pada awal-awal kesekolah Menengah pekan Labuan. Hanya berjalan kaki, sejauh hampir 3kilometer. Tingkatan satu waktu tu kelasnya adalah sesi petang, basah kuyup baju bapa oleh titik peluh dek bahang panas tengah hari mentari Labuan.


Bapa jugalah dengan sabar mendengar keluh kesah, susah payah dalam kehidupan atau dalam kerjaya. 

Dialah juga, orang pertama yang ku khabarkan kegembiraan ku...
Sungguh, aku tidak mahu mengecewakannya...
Maka, setiap peperiksaan akhir tahun, sekolah rendah dan menengah... pasti dia akan tersenyum melihat keputusan peperiksaan ku..

Dia mengajar aku kehidupan, dia mengajar aku ilmu agama... malah bukan hanya aku dan anak-cucunya yang lain, tetapi juga anak-anak dan orang-orang kampung...

Jenazahnya dimandikan dan disembahyangkan oleh anak-cucunya dan anak muridnya yang suatu ketika dulu yang bapa ajar sembahyang dan cara-cara memandikan jenazah.

Allahu Akbar...


Setiap bapa, mesti panjang bebelannya dalam mengatur dan mengajar kehidupan kepada anak-anaknya...
Ketawanya saat dia terhibur telatah anak-anaknya..
Suaranya mengaji quraan dan sesekali menyanyi dirumah mengikut suara dari lagu P.Ramlee kegemarannya...

Semua itu tiada kini....tiada lagi gurau sendanya, tiada lagi terdengar suaranya, tiada lagi amarahnya, tiadalah lagi renung matanya dan tiadalah lagi dia dibulan Ramadhan ini... :(

Ya Allah, Jauhkan bapa ku dari siksaan kubur, ampunkan segala dosa-dosanya dan Kau masukkanlah dia ke Syurga MU tanpa hisab... Aaamiiinnnn


Al-Fatihah....






Tuesday, March 24, 2015

Melayan illusi, lukisan 3Dimensi di Ocean Mall, KOTA KINABALU dan di I-city SHAH ALAM..





Assalamualaikum...



Apa kabar anda? 
Lama juga blog ni nak di update kan... macamlah takda masa sangat.
kadang tu ada masa tapi semangat nak menulis tak mari-mari.

Ni pula tengah berfikir-fikir nak kemana cuti2 luar negara tahun ni nak pegi yer? 
Bila saban waktu membaca blog kawan-kawan sekejap disana kutub utara....dah tu disinun dibenua Australia...ada yang 3/4 kali setahun ke Korea....ada yang dah sampai Russia..

Wah! Wah! Hebat mereka ini...

Bagaimanalah hati ku nak tahan melihat semua ini...sementelahan berkerja ala-ala yang ada kaitan dengan terbang-terbang ni...takkan sekadar berkerja saja.. harus sesekali pergi juga ke destinasi kemana penerbangan negara kita pegi... 

Wah...mukadimah...

Seolah-olah bagai nak bercerita dlm post ni dah berada diluar negara... namun hakikatnya, belum kemana-mana pun...

Wahai CUTI ku, mampirlah dikau...

Wahai kerja2 bertimbun...bereskan lah diri mu sendiri.. sempurnakanlah sendiri projek itu...bolehkah?? agar dapat ku tarik tangan suami ku untuk merealisasikan angan-angan ku berjalan berpimpinan dalam keindahan musim luruh...(emmm..)

Nda apalah.. di KK pun apa kurangnya...banyak juga tempat menarik yang boleh kita pegi...walaupun cuacanya panas membahang... 
macam nda biasa, sejak lahir hingga sekarang dah puluhan tahun memang dah berada di negara khatulistiwa. Janganlah pula nak mengada-ngada.

Sementara menanti nak pegi cuti-cuti luar negara yang ntah bila...dan belum tahu kemana.. biarlah saya tuliskan dulu kisah jalan-jalan saya didalam KK sahaja...hihi..sekadar mengisi masa OFF DAY dan membawa budak-budak keluar... tak jauh pun, tak sampai 10minit ja dari rumah, ke Ocean Mall, sebuah lagi shoping mall yg baru dibuka di Kota Kinabalu...
 Shopping Mall ni terletak dipusat bandar dan berada dipinggir laut menghala Laut China Selatan...selain pantai tanjung Aru.. panorama mentari terbenam boleh dilihat diruang anjung mall ini 

Teringin dari dulu lagi nak melihat lukisan 3 dimensi yang sudah terlebih dahulu femes di Jepun...
Melihat dari gambar-gambar yang di post rakan blogger, wah...cantik juga.


Apabila dapat tahu di Kota Kinabalu sudah ada galerinya, maka kami pun ambil kesempatan melihat hasil seni lukisan tempatan dan luar negara ini, diruang pamer tingkat 3 Oceanus Waterfront Mall ini...
Jadi, sambil window shopping kita menghayati dan menghargai hasil seni lukisan ini, lepas tu boleh melayan jiwa menghayati pula keindahan mentari terbenam ditambah aktiviti bot dan kapal-kapal kecil diperairan sekitar KK ni. ...


 Lukisan besar 3 dimensi yang dipamerkan ini adalah yang pertama ada disini dan mungkin juga yang pertama di Sabah, mungkin ya...

Bayaran masuk dikenakan, dewasa rm20
dan kanak-kanak rm15...
Mahalkah? 
Tapi bagi saya ianya berpatutan kerana mereka terpaksa gunakan keluasan lebih dari 3unit kedai untuk menempatkan lukisan 3D tu... dan perlu diingat, tempat ni juga perlu diselenggara....
Masa kami pegi hari tu week days...hanya kami berempat didalam tu..jadi tempat tu kami yang punya...haha

Layankan gambar-gambar ini...










Ya la tu...






Over nya gaya bebudak dua orang ni....




ops!....kanak-kanak berdua tu rasa sangat lucu melihat gambar ni... bukan apa yang kita nampak yer, tapi lihatlah hasil seni 3Dnya....







Daniel Luth pun keheranan macam mana agaknya ikan ni boleh terkeluar dan berenang diluar akuarium...haha


Pameran lukisan lainnya pun ada kat luar ni, kalau sekadar nak tengok-tengok pun boleh..atau kalau berniat nak beli tambah koleksi,
 lukisan yang kat luar ni pun dijual kepada ramai....
saya ada juga berkenan sebuah lukisan kat sini...tapi memikirkan ada kepentingan lain yang perlu didahulukan....lupakan....



Cantik-cantik lukisan disini, berbagai genre lukisan yang ada...




Kalau bawa kanak-kanak kesini...dia siap main sembunyi dan kejar-kejar lagi dengan kita. Aduuuuiii...






Tengok tu...inilah yang saya katakan tadi..kat sini juga boleh melayan jiwa

***


Dua minggu kemudian....
Pameran yang sama, tempat yang berbeza.
 Cuti yang pendek sekadar dibawa lari ke Kuala Lumpur sahaja....
 suami mengusulkan idea melihat lagi lukisan 3D yang kat sana pula....

Layan lagi...bersama kanak-kanak dewasa pula...hihi..
di Trick Art Museum I-city Shah Alam..










Suasana sunyi dan lengang....tiada pengunjung lain....
Baiknya pegi masa weekdays tiada orang lain yang akan berebut-rebut dengan kita, jadi tempat ni kita yang punya..






Patung-patung lilin ada kat dalam ni...tapi kerana kami dah pernah masuk Medame Tussauds Hong Kong...so yg ni kami abaikan...







Panjat Chie...sampai kepuncak..




Harus malu-malu atau takut bila menatang ni nak ngapp




Amboii....berangan, kuatnya ko tendang kaca lukisan tu Chie...










kami sempat juga masuk 5D Cinema...tapi saya tak berapa suka, kerusinya agak keras..dan gegarannya agak ganas...so tak dapat enjoy movie 7 minit  tu sebab berpaut kuat pada kerusi kerana khuatir hentakkannya menghempas kepala kekerusi...
Berbagai tarikan sebenarnya ada kat I-city ni...seperti Digital lights, yang ni kami dah pegi dulu pada awal-awal pembukaannya...memang menariklah pada waktu tu..
Selain tu ada indoor and outdoor games, RED carpet (patung2 lilin) snowalk, house of horror, trick art museum, waterworls dll...
Ada bayaran tertentu dikenakan memasuki mana-mana bahagian dalam ni yer...






Penutup hari kami ialah..... ke Senawang...
dari Shah Alam saja mesti nak makan satay tulang, asal nak makan satay tulang saja mesti dari Shah Alam....kenapa?
macam cuti-cuti Malaysia juga....Suami seronok agaknya driving jauh tu nak makan satay tulang...barulah berbalui-balui...
saya lagilah seronok sebab bukan saya yang drive... haha...









Saturday, February 7, 2015

Laman Seni Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam, dan menjejak Satay Tulang Senawang







Assalamualaikum....


Lama juga rasanya tak tulis apa-apa kat blog yang disayangi ini...
ya la tu...sayaanng..
kalau kata sayang ..jenguk-jenguklah selalu kan?.. ni kata sayang tapi tak "dibelai-belai"kan?

Apa kabar anda? Pastinya sihat..itu yang kita harapkan.... badan kena sihat, jiwa mesti tenang tenteram....barulah indahnya hidup yang dilalui... 

Pada anda yang berhempas pulas berkerja.. sayangi diri anda..ambil lah cuti sehari dua tak semestinya keluar negara...kerana disini, negara kita pun banyak tempat yang dapat dikunjungi....dan ada tempat yang tak perlu bayar apa-apa..hanya datang dan hayati apa yang hendak dinikmati.
Contoh, pantai dan lautan...taman bunga.. alam semulajadi atau ke Muzium bagi pencinta sejarah..juga muzium lukisan.. bagi pencinta lukisan.

Menyebut tentang lukisan...baru-baru ni berkesempatan ke Lorong belakang, Laman Seni, Seksyen 7 Shah Alam...

Tujuan utama ke Shah Alam ialah hendak pegi ke butik-butik yang terkenal kat online tetapi butik2 "nyatanya" kat seksyen 7 tu... memang tujuan nak cari baju untuk menghadiri majlis kahwin nanti di Kota Kinabalu. 

Tiba-tiba teringat pernah terbaca kat blog kawan2 mengenai Laman Seni Lrg belakang....so google lgi dan suarakan hasrat pada suami... so boleh lah menyelam sambil minum air...

Laman Seni tu betul2 kat dinding belakang butik2 tu.. kalau rasanya para suami lama sangat tunggu isterinya bershopping..hihi
para suami bolehlah menghayati dan menghargai hasil seni tu berulang kali.
(Ya ler...berulangnya sangat... tapi kerana simpati ku pada suami..maka CUBA disegerakan jelajah kat butik2 ni...)

Namun...saya juga tak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di lorong tu.. melihat hasil seni tangan anak2 muda yang diperkatakan rakan blogger.

Tengoklah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan dengan kamera handphone sahaja....








Lihatlah...gaya ichie from #sukka project 
bergaya sebagai model tak berbayar...hihi..




















Memang menarik..kan?
Daripada dinding itu dibiarkan kosong.. ada baiknya zahirkan nukilan perasaan didinding2 batu yang kaku agar ianya hidup... berwarna dan dapat menceria persekitaran.

Ini juga dapat mengurangkan kadar jenayah. Ya la...dah tempat tu sentiasa ada orang tentu  pencuri pun berfikir banyak kali nak buat keja jahat kat lorong belakang tu...

Misi mencari baju masih diteruskan kat butik-butik yang empunya dinding belakang ni, diteruskan lagi.... dengan sesegeranya.... tak boleh macam selalu..bersantai masuk kedai keluar kedai.. hari ni..kesihan kat suami yang setia menanti.. sekejap dia ada kat belakang...sekejap ada kat depan....sekejap dah duduk dalam kereta.. sekejap dah berada luar kereta....
Aduuuuhhhhh....dah habis sebaris blok kedai ni dilawati...namun belum ada baju yang berkenan dihati...
Nak cari kaler dusty pink...bukan mudah.. kalau ada pun..fesyennya tak disukai..

Sekali lagi...masuk kedai yang sudah dimasuki  tetapi kerana ramainya orang awal tadi maka kami hanya melihat baju yg bergantungan bahagian depan kedai... rupanya dibahagian dalam kedai ni lah baju "yang telah tertulis" untuk ku...hihi...
Baju hasil rekaan CARYAZARA..menjadi milik ku...sangat cantik...fesyen menarik, sangat-sangat cantik ditubuh ku (perasannn). 
Misi completed!

Tak minum petang lagi..perut ni mengada2 pula nak minta diisi.
Suami seperti boleh membaca fkiran ku...masuk je kereta.. ajak kita makan satay tulang....yeeesssssss.....ingat lak dia nak memenuhi keinginan ku yang nak makan satay tulang...
kat mana lagi?? kat Tmn komersial Senawang...jommm

Perjalanan dari Shah Alam melalui highway Elit (Expressway Lingkaran Tengah)  lebuhraya yang menyambungkan shah Alam dengan Nilai. Sampai dipersimpangan Nilai, memasuki highway Plus menuju ke Selatan hingga ke Senawang. Perjalanan ini mengmbil masa dalam 50 mnit ke 1jam bergantung kepada kelancaran trafik...
Kami berhenti sebentar distesyen minyak Petronas utk solat...dan menyambung semula perjalanan selepas tu...seronok juga sebab kat lebuhraya trafik berjalan lancar.

Berpandu GPS kami sampai juga di Taman Komersial Senawang betul-betul masa untuk makan malam kami...
 bagi anda yang tak tahu kat mana restoran tu... sampai saja kat deretan kedai disana dan ternampak kedai Ice Room...maknanya kedai satay tulang dah dekat sangat lah tu...satay tulang ni juga berada dibelakang Satay Hj Samuri. Nama Restoran tu BUNDO KANDUANG... 
maksudnya "Ibu kandung" kata suami...yang memang berdarah minang.






Malam tu disamping satay tulang...kami juga order satay ayam dan daging. Order sampingannya nasi goreng...hihi






Walaupun namanya satay tulang (tulang ayam ya...), tapi bukan lah tulang melulu, masih ada isi yang boleh diratah....emmmm...tulang ni adalah tulang dari isi ayam yg dibuat satay tu..daripada buang tulang tu gitu saja...
.bagus juga idea satay tulang ni..
Tulang-tulang ayam ni diperap dengan rempahan satay, dicucuk dan dibakar mcm satay biasa...
besar juga cucukan tulang satay ni...harga dalam rm1.00 secucuk. 





Satay tulang yang sampai dah ke meja kami... jom mulakan operasi,
kita mesti gunakan dua tangan untuk menikmatinya.
Syukur Alhamdulillah...SEDAP!
Memang berbaloi driving jauh ni...(ala bukan aku yang drive pun..
my ground pilot kan ada....hihi)








Oh rupanya tak cukup satay tulang pinggan pertama tadi... kami order lagi pinggan kedua...
wah! memang sedap...datang dan cuba lah...




Ichie menikmati satay tulangnya.... 



Perut dah kenyang, baju baru pun dah ada...kami pun menuju balik kerumah di Bandar Sri Permaisuri.
Memasuki highway PLUS dan jalan-jalan lainnya...(dah kenyang, my ground pilot lebih tahu jalan mana yang harus diambil)

Syukur Alhamdulillah...