Sunday, October 13, 2013

CINTA KU MERENTASI LAUTAN, MENEMBUSI AWAN GEMAWAN..

.






 Assalamualaikum...

Ketika tulisan ini ditaip, saya sudah kembali berada di Kuala Lumpur.. bercuti untuk selama 10 hari mendatang. Apa hal pula tajuk yang jiwang-jiwang ni??

Percayalah, seperti cerita wayang tajuk saja gah bagai nak rak tapi cerita kadang ntah apa-apa...jauh dari bayangan dan kadang tak kena mengena dengan tajuk...tak percaya? teruskanlah membaca tulisan ku ini...

Cinta itu aneh! wow!

Jangan hairan kenapa saya sering kesini. maklum dah diTakdirkan bertemu jodohnya dengan orang disini..so sebulan sekali atau dua kali atau paling lama 3 bulan mesti datang kesini...menjenguk saudara mara yang ada disini.. 

Cinta itu menembusi awan, cinta itu merentasi luas lautan...
Cinta itu mendekatkan benua!

Rancangan Tuhan tidak kita ketahui...Dia yang lebih tahu apa yang TERBAIK untuk kita...Kita merancang, TUHAN juga merancang, tapi rancangan Tuhan mengatasi segalanya...

 Setelah melalui onak duri, jatuh bangun dalam kehidupan...
Syukur Alhamdulillah rancangan NYA terhadap hidup ku kini, begitu baik dan indah...

Gambar kat atas tu adalah diparas ketinggian 38,000 kaki dari aras laut, flght yang membawa ku menuju Kuala Lumpur...

Sedikit kecuaian ku berlaku pagi ini, flight sepatutnya pukul 10.15 pagi ntah camana saya fikirkan jam 10.55...rancang-rancang hanya nak keluar pukul 0950 pgi kerana perjalanan dari rumah di Luyang ke KKIA hanya mengambil masa 10 minit. so, konon-konon sampai airport jam 10 lebih sikit so ada masa nak check in...tetapi apakah yang berlaku sekiranya itu benar?
sudah pasti saya tidak akan diterima masuk kerana hanya tiba diairport 15 minit sebelum kapal terbang berlepas!

Sekali lagi ALLAH membantu ku, flight yang kul 10.15 pagi tu dah pegi ke 11.25, pun pada mulanya saya fikir 11.55 pagi. Nasib baik last minute sebelum kul 10 saya call airline untuk confirmkan flight yang dorang dah tukar tu...barulah diketahui sebenar-benarnya ETD pukul 11.25.
Dua kali, saya hampir terlepas flight pagi ni..

Namun sekali lagi Syukur Alhamdulillah, akhirnya duduk dengan perasaan lega dalam kapal baru, bau getah lagi tu....ruang yang selesa...dan yang penting masa ni dapat tiket harga murah, RM125 one way..kira murahlah tu...


Pertama kali terbang bersama Malindo Air...
yang pada mulanya dah terfikir...baru nak nak cuba flight ni, airline company nya dah berperangai. Tukar-tukar kita punya flightlaahh...eemmmm

Walhal ada kebaikkan pula disebaliknya...diatas kecuaian ku. Kalau dorang tak tukar flight saya tu, saya mati-mati ingat etd kul 1055. Sudah pastilah saya terlepas flight!

Jika berlaku sesuatu ada juga Rahmat NYA.

So, pengajaran juga perlu diambil..tengok betul-betul time departure..jangan main ikut fikir sendiri... ops! juga tarikh berlepas hahaha...
pernah berlaku juga kepada saya dua tahun lepas, dimana saya dah siap-siap berada kat kaunter di airport dengan segala beg bagai..nak check-in.
bila adik yang keja kat kaunter tu cakap,
"kak, flight kakak ni besuk"..

Whaaaaatttttt ???&#@$$$





Inilah ruang didalam pesawat MALINDO AIR, luas, bersih, berbau baru dan wangi. siap ada skrin disetiap seat...ada entertainment didalam pesawat, Pastinya perjalanan kelak tidak membosankan... in Sya Allah..




Dipintu masuk kita akan disambut dengan ramah dan senyuman dari cabin crewnya.. Taklah macam flght tambang murah yang satu lagi tu....suka hati dan pandai-pandai engkaulah masuk dan cari tempat. nak masuk, masuk. tak nak sudah...
Mereka sibuk kat dapur pesawat...tiada keramahan tiada senyuman!




Ini depan seat saya...tengok tu ada skrin..


Sekali lagi...ini depan seat saya... hahaha...
bukan apa,  kat depan tu artis Zed Zaidi yang duduk betul-betul diahadapan kami...beria-ia anak saya tangkap gambar ni...



Ruang kaki yang luas...taklah tersentuh lutut tu ngan seat depan.. pergerakan selesa!


Makanan ringan....yang sangat ringan akan diberikan kepada anda juga sebotol mineral water yang comel..suka dengan botol tu.
Kalau nak makan berat, ianya ada juga dijual didalam pesawat ini.

Syukur Alhamdulillah.
Tiket yang murah. seat ada skrin..ruang selesa, makanan alas perut dan beg 20 kilo. warm welcome dari cabin crew. Pengalaman pertama mengujakan
dengan Malindo Air..

"Not Just Low Cost"......






Dari tingkap tempat duduk saya, sekarang dah kelihatan tanah semenanjung..sebentar lagi kita akan turun dari paras 38,000 kaki beransur-ansur...dan menghala ke KLIA... 





Pesawat mendarat melalui runway 14R di KLIA pada pukul 2.20 ptg..


Nun diseberang, KLIA 2 dalam pembinaan...




Ni apa hal pula tiba-tiba menara kawalan Kota Kinabalu ni?
Gambar ini diambil diruang pamer galeri yang ada kat ruang arrival hall tu..jadi ternampaklah gambar ni...lalu saya captured. Bentuk KKIA sekarang dah berubah, lebih besar dan lebih cantik. 
Menara kawalan ni dah tak ada...sudah diruntuhkan menyembam bumi. Mungkin banyak memori bagi pengawal trafik udara yang pernah berkerja disana.
Now, pengawalan trafik untuk keberangkatan dan berlepas pesawat dilakukan dimenara kawalan baru, dan mereka beroperasi dari sana...





Kuala Lumpur menyambut ku dengan hujan lebat...langit sedang menangis...
memang lebat, selebat-lebatnya memaksa suami dan pemandu jalan raya lain memandu amat perlahan kerana air sudah mula bertakung disana sini...masih awal untuk berlaku kesesakan trafik jalan raya...tetapi biasalah, bukan Kuala Lumpur kalau jalan tak sesak ketika hujan apatah lagi masa-masa warganya balik dari kerja..

Suami terpaksa memasuki jalan ke Kajang sebelum memasuki Cheras untuk mengelak kesesakan. 
Perut dah lapar dan leper sebab "pengalas"" dalam flight tadi tak dapat bertahan lama. so, rancanglah nak makan, tapi dimana?
hujan lebat pasti akan basah walau hanya sekadar keluar kereta menuju kerestoran yang ada sekitar bandar Sri Permaisuri.
Jadi Suami pun cadang pegi Tesco Cheras, dapatlah parking dalam tu tanpa membasahi tubuh isterinya ini walau dengan setitik air hujan hahaha...

Di Tesco Cheras ni..semua ada, disamping membeli belah barang dapur basah dan kering, food court juga disediakan dan beberapa restoran, kalau nak rasa tenanglah...pilihlah mana nak masuk..dan apa yang nak dimasukkan dalam perut!





Apakah lagi yang paling best dimusim sejuk ni?

 Yes! Secawan white coffee kegemaran ku...emmmmm


Sangat-sangat menyegarkan....

so, nak makan apa? teringin nak makan sotong kangkung..tapi takkan nak makan sotong kangkung saja kan? sudah tentu tidak! dah sampai KL hancur berkecailah diet ku yang memang kat KK pun nda seberapa aktifnya..







Inilah makanan kami, ni sekali untuk makan malam ni kerana jam pun dah menunjukkan pukul 4.30 ptg. Suami memilih makan nasi ayam set dengan sayur taugeh tu, saya makan nasi goreng special..memang sedap nasi gorengnya..dan anak saya makan nasi sizzling tu....dan, oppsss
dessert ialah red bean sup. Syukur Alhamdulillah. 

Selepas makan kami naik tingkat atas membeli sedikit barang makanan untuk beberapa hari nanti..saya memang suka kesini...segalanya ada!

Selain itu, apakah 'kerja' saya didalam ini...ya ambil gambar, tak lain dan tak bukan....makanan juga...aduuhhhh yang ini lebih parah. Aiskrim!
Bermacam-macam aiskrim dijual kat sini, ada setengah tu takda jual kat KK...saya tangkap gambar ja lah dan pilih2 yang berkenan...




Haagan Daaz ..pun dah bermacam-macam...



Yang ni pula agaknya ada buah dalam ais yang dibekukan....




Yang ini pula nampak cantik dan menyelerakan....



Ini pula bukan pencil kaler yer....salah satu jenis aiskrim ni..kreatif betul dorang ni



Akhirnya kami pilih ini.... Selection HERSEY'S, dari WALL'S


Lalu ditransformasikan kedalam gelas yang sepatutnya, dan bubuh buah-buahan yang ada untuk menambah rasa....sambil makan kesihatan terjaga (kata penyedap hati)



*
*
*
*
*

Ketika kami berada di Tesco Cheras itulah menerima beberapa sms mengatakan sebuah pesawat twin otter dari Kota Kinabalu Ke kudat telah mendapat kemalangan ketika hendak mendarat...mengharapkan agar semuanya selamat....

Namun disebelah malamnya, mendengar khabar duka, 2 orang terkorban termasuk pembantu juruterbangnya....rasa sedeh mendengar ini :( 
Rasa simpati kepada keluarga mangsa..diharap mereka beersabar menerima dugaan yang berat ini.

Kita doakan mudah-mudahan penumpang yang lain akan segera pulih dari kesakitan dan pulih semangat dari rasa terkejut akibat kemalangan itu..